jump to navigation

Recap 2011 December 31, 2011

Posted by farhan in Uncategorized.
add a comment

Seperti biasa, ini sekadar catatan biasa.Sila berhenti kalo tak nak masa terbuang.

Tirai 2011 bakal dilabuhkan lama lagi..Kalau di ibu kota, manusia berpusu-pusu keluar meraikannya. Di Shah Alam pon tak kurang hebatnya. Ada 2 program yang berbeza ‘falsafah’ berlansung. Ada countdown dengan Ust Azhar di Dataran Shah Alam & konsert artis di I-City. Tapi aku tak pergi kedua-dua.Haha.Lebih senang duduk di rumah. Malas nak bersesak-sesak. Mungkin dah memang aku ni jenis malas nak bersesak-sesak. Terengganu masuk final 2 kali tahun ni pon aku tak turun stadium :)

Boleh dikatakan 2011 tahun yang amat bermakna. Alhamdulillah..sebahagian hasrat serta azam yang ditanam sejak pulang ke Malaysia telah tercapai.

Alhamdulillah, 2011 menyaksikan aku berjaya menghidupkan kembali hobi membaca yang hampir berkubur sejak pulang ke Malaysia. Mungkin di pandangan orang benda ni satu yang remeh. Tapi bagi aku impaknya tetap besar walaupon buku yang di baca tak sebanyak waktu di universiti. Dan alhamdulillah, satu lagi hobi baru berjaya dicipta iaitu berjogging. Haha. Ni semua lantaran timbul kesedaran hidup seharian yg banyak dihabiskan di kerusi empuk pejabat & depan komputer amat tak menyihatkan. Sekali lagi nampak macamsatu perubahan gaya hidup yang kecil. Tapi aku yakin kesannya insyaAllah ada di hari senja nanti. Waktu nak start amalan ni mmg sangat2 susah. Liat beb.Tapi sekarang dah jd macam satu ketagihan. Kalau seminggu tak jogging tak sah. Rasa tak sedap badan.

2011 juga menyaksikan aku memulakan kerjaya dlm IB. Pengalaman 11 bulan di Kenanga IB mengajar aku banyak perkara(benda akedemik dan bukan akedemik). Banyak dapat kawan baru dan juga banyak suka duka. Tak sangka aku dapat bertahan sampai 11 bulan walaupon kena condemn ngan bos on my very second day. Huhu. Ntah kenapa aku tak gelabah nak tukar kerja. Keje kat Kenanga pon ok je sebenarnya. Tak stress pon. Cuma aku masih mencari-cari a dream career. Boleh katakan jemputan temuduga  sentiasa datang (esp mgmt trainee). Tp ntah kenapa semuanya tak masuk dengan minat aku. Aku bertahan je sampai peluang yang betul2 aku minat datang. Then come the interview invitation form EPF. I decided to go all out for it.  Dan alhamdulillah dapat..sekarang dah sebulan di sana. Masih lagi under investment, tp different job scope. So far so good. I love what I’m doing now, I love the people here as well as the working environment. Semuanya best alhamdulillah..Rasa kesabaran selama setahun amat2 berbaloi.

Dan 2011 juga menyaksikan aku kembali ke ‘pangkal jalan’.hehe. Alhamdulillah.. dipertemukan dengan rakan-rakan baru yang pernah menuntut di pelbagai tempat. Ada engineer, ada dr, ada lecturer, ada student, ada banker, dan macam-macam lagi. Semua berkumpul dan bergerak atas satu fikrah. Selama ni memang tak pernah jumpa dan tak pernah kenal. Tp fikrah la yang mempertemukan aku dengan mereka. Bagi aku ni antara nikmat terbesar aku dapat tahun ni. Aku pinta dari Allah semoga kekal di ‘pangkal jalan’ ini..

Dan alhamdulillah, 2011 aku dipertemukan kembali dengan ramai rakan-rakan lama waktu mrsm dan waktu universiti dulu. Tapi masih ramai lagi yang tak berjaya dihubungkan semula. Tapi ok la setakat ini. Ada ramai kawan pon tapi takleh maintain susah jugak. Bukan mudah beb nak keep in touch selalu ngan semua orang.

Alhamdulillah..kalau nak dikirakan memang banyak limpah rahmat dan kurnia dari Allah swt yang kadang-kadang aku terlupa. Ada keluarga di sisi, ada kawan-kawan yang best, ada ofismates yang sempoi, ada career yg baik dan macam-macam nikmat lain yg tak terhitung. Cuma diri aku yang selalu alpa. Bak kata Ust Azhar, bahang lagho sokmo.

Apapon, tahun 2012 pastinya perlu lebih fokus kepada aspek Spiritual dengan peningkatan pada aspek P, I dan E. Dan 2012 juga perlu kickstart something untuk mencari rumah dan orang rumah. Dua subjek ni bagi aku perlukan waktu yang secukupnya. Tak boleh terburu-buru esp dalam bab cari orang rumah. Memang, setiap bulan ada je kawan yang menamatkan zaman bujang. Tapi itu tak seharusnya dipandang sebagai ‘tekanan rakan sebaya’ (motivasi mungkin? ).  Apapon, persediaan ke arah dua subjek itu seharusnya bermula dari sekarang.  As investment community says; those 3 subjects shall be my themes for 2012..insyaAllah.

Bahasa Inggeris December 21, 2011

Posted by farhan in Uncategorized.
2 comments

Kalau ada satu nasihat yang aku mahu aku sampaikan pada adik-adik mahupon sepupu aku, pastilah ianya saranan untuk belajar bahasa inggeris bersungguh-sungguh. (Tanpa menafikan rezeki, ajal maut dan ketentuan dari Allah swt) Bagi aku salah satu faktor yang amat memainkan perasan waktu masuk dalam pasaran kerja sememangnya bahasa Inggeris. Ianya boleh dikatakan saringan pertama. Kalo ko tak lepas, memang susah la untuk ke peringkat seterusnya. Aku dah pernah melaluinya. Dan aku tak pelik bila isu sebegini dibangkitkan kembali.

Dan munasabah la kalau majikan mahukan pekerja yang boleh berbahasa inggeris. Pi mana2 dan buat apa2 pon, ko akan pakai medium tu. Kalau takleh, alamatnya kerja pon susah nak jalan. Dan lebih teruk lagi imej majikan boleh tercemar. Tak boleh salahkan majikan. Mereka pon ada kepentingan juga yang perlu dijaga.

Aku sendiri pon takde la mantap sangat english. Tonggang terbalik jugak. And still learning. Dan aku akui la yang kehidupan 4 tahun di negara orang banyak membantu. Tapi nak dapat ‘tiket’ untuk ke sana lepas SPM bukan sekadar bergantung pada nasib. Kat situ pon tapisan bahasa inggeris dah bermula. Tapi kalau diingat balik citer macam mana aku struggle nak belajar english dulu, boleh buat aku tersenyum sendiri. Ye la..budak ulu berang.what do you expect?? mental block la aku rasa paling susah sekali waktu tu. Kononnya orang bandar je boleh excel dalam english. Tapi aku tak leh nafilah strong support dari parents aku yang tak putus asa hantar aku gi tuisyen english(walaopun anak mereka sememangnya slow dlm BI) dan sistem pembelajaran kat mrsm tu sendiri.

Oleh sebab nak practice english luar bilik darjah, aku sanggup cari NST waktu hujung minggu untuk di baca.Ntah la. Waktu tu suka baca akhbar je. So NST je la option yang ada. Tambahan pulak, hari jumaat ada sisipan EPL. So beli dan baca je la. Orang mungkin nampak poyo. Bila orang tanya sebab apa beli NST, aku kata nak baca section EPL tu. huhu. So bila ada perkataan baru yang aku jumpa, terus buka kamus. Slowly2 dapat tambah vocab baru.

Yang lagi satu ni aku buat kat rumah je la. Haha. Buka internet, search dan print lirik lagu orang putih. Lagu favorite la. Siap buat koleksi lagi. Waktu tu aku layan HITZ.fm ngan radio omputih RTM.huhu. Kalo ada  lagu tu keluar radio, aku buka lirik and nyanyi. Kononnya nak practice spelling and so-called speaking la. Tapi lama-lama boleh addicted jugak la ngan lagu omputih.haha

Struggle jugak la waktu tu.Tiada jalan mudah. Orang mungkin hanya nampak ‘output’, tapi tak nampak ‘input’ dan ‘investment’ yang kita buat untuk sampai ke tahap yang kita berada sekarang. Lain la kalo family ko ada background english. Dari kecik speaking. Mmg tak struggle la.huhu

Ukur Kesihatan Kewangan Anda December 10, 2011

Posted by farhan in Uncategorized.
add a comment

Alat pengukur yang sangat bagus bagi aku..Tapi masih ada banyak faktor yang tidak diambil kira. Apapon, no harm in trying it out. I got B+ :) Good luck!

http://cgi.money.cnn.com/tools/financialhealth/

 

Menuju Akhir Zaman November 17, 2011

Posted by farhan in Uncategorized.
add a comment

Off tema sekejap. 2-3 hari lepas JPN mengumumkan bahawa statistik anak tak sah taraf mencecah 152,000 dari 2008 hingga 2010. Statistically, 5.78 orang anak utk setiap jam. Itu jumlah anak yang berjaya dilahirkan. Yang dibuang tepi longkang? Yang digugurkan? Yang tak disenyawakan?  

Hanya manusia yang jahil akan mengatakan gejala zina itu tak berleluasa dalam masyarakat kita. Sungguh, kiamat itu sangat dekat.

Spekulasi November 14, 2011

Posted by farhan in Uncategorized.
add a comment

Teringat waktu sekolah menengah dulu..belajar pasal saham dalam Pendidikan Islam..antara unsur-unsur yang ditegah dalam pelaburan saham adalah spekulasi..waktu tu mungkin aku tak dapat comprehend lagi mengapa sebenar-benarnya Islam menegah spekulasi. dan bila berada dalam industri, hikmah disebalik penegahan tu dah makin jelas.

Contoh boleh baca kat bawah. sebuah syarikat bukan dibawah radar pelabur-pelabur. tak ada apa-apa produk yang ‘menabjubkan’. tiada rekod kewangan ajaib. tapi boleh naik 2575% dalam masa sebulan. memang teramat jauh tersasar dari ‘value-investing’ yang ditekankan oleh Islam.

http://malaysiakini.com/news/181340

Tips Cari Jodoh(versi jimat cermat) November 11, 2011

Posted by farhan in Uncategorized.
add a comment

Ari ni kerja blog hopping je kat ofis..nak buat macam mane..menghitung hari je sekarang ni utk tamat perkhidmatan.Bos pon dah tak nak abgi assignment apa-apa. So, utk hilangkan bosan, nak share something kat sini utk faedah semua.

Full kredit utk bro Mat Joe for this tips. Memang bernas dan sesuai dijadikan panduan. Aku just quote 2 tips paling menarik:

5) Perempuan/lelaki yang ada kesedaran pasal perancangan kewangan: it is obvious hidup sekarang kene ada wang yang berterusan, so pilihlah pasangan yg ada rajin simpan wang untuk masa depan. Jgn laa gatai pegi kawen yang suka shoping, duit gaji bulan2 habis kt shoping jer. Kalau masing2 dah ada kesedaran, barulah senang utk plan camner rumahtangga akan dikemudi, berapa orang anak, kereta apa nak pakai, rumah mcm mana nak duduk.

6) Perempuan/lelaki yang sanggup berkongsi: Time couple lagi dh boleh kenali dh pasangan ni jenis yang berkongsi ke tak. Ada tak awek belanja makan sekali sekala, ada tak boyfriend kasik pinjam laptop. Kongsi ni bukan takat benda jer. Mcm masa pun boleh dikira penting jugak, sanggup x boyfriend ambik cuti nak mintak tolong hantar adik korang pegi UiTM. Sebab utama kt sini ialah bila dh kawin semua benda patut dikongsi, kalau nk buat hal sendiri, x willing to kongsi, mmg susah nk make marriage work.

Untuk tips lain, boleh baca original post kat sini. Tapi seperti yang bro Mat Joe highlight, 4 tips yang Rasulullah bagitahu must come first. Sekadar mengingatkan..

Bajet 2012 November 10, 2011

Posted by farhan in Uncategorized.
add a comment

2011 hampir melabuhkan tirainya..Tinggal lebih kurang satu setengah bulan je lagi. Awal Oktober lalu, kerajaan dah pon bentang bajet. Begitu juga dengan dept aku yang sibuk dengan bajet syarikat utk tahun depan sebelum raya baru ni. Individu sekecil aku pon sememangnya amat perlukan bajet untuk tahun depan walaupon dengan skala yang sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan bajet syarikat.

Berikut dikongsikan item utama dalam pecahan bajetku yang bakal dipecahkan mengikut bulanan. Bajet orang bujang beb. Korang macam mana? Rasanya, lain komitmen lain pecahan. Bergantung pada keperluan masing-masing.

Savingkawen
Car installment
House rent
Takaful
Internet
TnG
Petrol/toll/park
Infaq
Food/groceries
Phone
Misc
Total
Nett Income

Alhamdulilah..dalam bajet aku takde peruntukan sama sekali untuk rokok, astro subscription, tengok wayang mahupon peruntukan khas untuk makwe. Jimat beb kalo tak layan mende2 takde paedah ni. Juga takde installment untuk personal loan mahupon study loan.hehe

Alhamdulillah sekali lagi..expense tracking yang aku mulakan akhir 2010 sebenarnya banyak membantu dalam merencanakan bajet untuk tahun depan. Dari tracking tu dah nampak kemana duit setiap bulan mengalir dan kat mana perlu dikurangkan.

Dan InsyaAllah 1 Dec aku akan mula berkhidmat dengan majikan baru (yup..I decided to move :) ).  Ada satu bulan untuk menyesuaikan perbelanjaan harian di tempat baru sebelum belanjawan 2012 bermula. Dengan sedikit perubahan pada struktur gaji dan benefits, objektif kewangan untuk 2-3 tahun mendatang perlu dikemaskini. Tapi insyaAllah,  rasanya dah tak lompat kapal lepas ni. Hehe..Tak larat nak buat banyak adjustments setiap kali tukar environment.

Tabungan Pencen October 21, 2011

Posted by farhan in Uncategorized.
add a comment

Dua tiga hari lepas ada buat skit pengiraan untuk tabungan pencen..dan penemuan selepas pengiraan tu agak mengejutkan..

Assumptions:

-6% annual increment
-3% inflation
-4% yearly dividen
-no zakat until first withdrawal
-bersara 55 tahun, hidup sehingga 75 tahun. pengeluaran bulanan dibuat sama rata selama 20 tahun.
-pengeluaran pertama hanya pada 55 tahun, tiada pengeluaran untuk rawatan kesihatan, beli rumah mahupon pergi haji.

And the outcome..

Wang yg bakal dikeluarkan setiap bulan selepas bersara hanya lebih kurang 1/3 sahaje dari gaji terakhir..tak percaya? cukup ke 1/3 untuk tampung hidup? kalau ada anak yang masih bersekolah lagi parah..now baru aku tahu mengapa orang prefer pencen kerajaan..

After all, selain daripada simpanan EPF, other retirement plan, insurans, education fund dan simpanan tambahan selain amatlah penting..

Kisah Nelayan October 19, 2011

Posted by farhan in Uncategorized.
add a comment

Sekadar untuk renungan..

Where are they? October 9, 2011

Posted by farhan in Uncategorized.
1 comment so far

 

 

Ikut pada statistik yang aku baca kat the Star semalam, masih banyak lagi rumah yang berharga 200k ke bawah. Tapi dimanakah mereka?

Purata harga rumah di KL hampir mencecah setengah juta..Buleh masuk Ripley’s Believe it or Not beb..

Sumber dari The Star: Opportunities in Secondary Market

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.