Anda semua ada baca tak berita tentang kerajaan nak menukar tema Hari Kebangsaan sempena sambutan ulang tahun yang ke-50 beberapa hari lepas? Kalau yang dah baca tu bagus la. Bagi yang belum, boleh klik sini.
Lepas tengok berita tu, tak lah aku rasa sedih sangat atau terkejut pun. Secara politiknya bagi aku(mula buat tafsiran sendiri, mandai-mandai je), tindakan tersebut menggambarkan yang orang sekarang takut dengan bayang-bayang orang lama. Mahu lari dari bayangan orang lama. Aku tak nafikan, bila saja dengar tema yang dah bertahun-tahun tu ditambah pula dengan lagunya yang begitu patriotik, hati aku ini boleh jadi teringat pada orang lama dan segala ’sumbangan’ nya pada negara. Rakyat Malaysia yang lain macam mana?
Ok la…let’s put their quibble aside and concentrate to what I’m gonna tell you today. Aku pun malas nak bagi pandangan tentang lagu tu dari political view. Before that, watch this video first. huhu..kalo korang baca apa yang aku merepek, mesti nak kena tengok video.Takpe la..Boleh tenangkan minda lepas penat study. Korang dengar lagu ni, sure jadi naik semangat. Lagipun, lepas ni takleh dengar selalu dah lagu ni kat TV.
Naik semangat tak kawan-kawan sekelian? Ke lesu lagi?
Ok la..Kita sambung balik. By the way, aku sebenarnya menyokong dengan penuh usaha Datuk Seri Dr Rais nak menukar tema ni. Jangan silap paham pulak. Aku tak menyebelahi mana-mana pihak dalam perbalahan mereka itu.
Cuma, aku tak berapa berkenan dengan tema yang dulu tu. Bukan la sebab tema tu tak cathy ke, dah boring ke ataupun sebab orang yang mulakan tema sebegitu.
Soalnya sekarang adalah tema itu sendiri. Kerana siapa kita mengecap kesenangan, kebahagiaan dan keselesaan selama ni? Kerana Malaysia semata-mata ke? Kerana kerajaan ke? Korang jawab la sendiri…
Sekali lagi aku nak mengingatkan pasal niat sama seperti yang aku sebut dalam entry sebelum ni. Bila kita nyanyi lagu ni memang kita niat nak mengingatkan jasa yang negara bagi pada kita kan? Tak ada sedikit pun kita nak ingatkan semua nikmat yang Allah swt kurnia pada kita time nyanyi lagu tu. Kalau ada tu alhamdulillah la. Memang la…bila kita nyanyi lagu ni, kita tak ada menafikan nikmat Allah. Tapi, kita seakan-akan mengatakan yang Malaysia la bagi segala-galanya. Part yang tu la aku rasa tak berapa sedap sangat sebab takut akhidah kita boleh terbabas sikit. Tu yang aku tak berapa berkenan dengan tema dan lagu ni.
Dulu pun, aku mengaku yang aku suka dengar lagu ni. Jadi bersemangat je. Tapi, alhamdulilah aku jumpa orang yang ajar aku satu benda yang sangat berguna.
Dipendekkan cerita.Masa di Intec dulu, orang Tabligh selalu datang ketuk pintu bilik aku untuk bagi tazkirah percuma(Tazkirah memang percuma adik kakok wei.Kalu orang yang bagi tazkirah nak bagi duit pun, belum tentu ramai yang offer diri. Apatah lagi mereka nak mintak charge of service). Kadang-kadang tu rasa berat jugak nak bagi masuk. Masakan tidak, mereka datang tanpa mengira waktu. Tapi, mereka telah ajar aku satu benda yang sangat besar dan berguna dalam setiap tazkirah.
Kata meraka, kalau kita dapat apa-apa nikmat, kesenangan, lepas dari kesulitan, kemudahan dan kesihatan, cubalah untuk ingat yang benda tu semua dari Allah. Meskipun ada manusia yang bagi pada kita atau membawa kita kepada kesenangan itu, anggap la benda tu perantaraan sahaja. Jangan la dikenang-kenang atau disebut-sebut selalu melebihi kita mengingati Allah swt.
Analoginya mudah. Contoh: Ayahku memberikan hadiah atas kejayaaan ku melalui kawanku. Tapi, aku pula asyik mememuji, berterima kasih dan menyebut-nyebut nama kawanku ni dihadapan orang lain. Nama dia je aku sebut tanpa menghiraukan ayahku tadi yang sebenarnya bagi hadiah pada aku. Tentulah sekali ayah aku tak senang, marah dan etc. Aku pun memang tak patut buat sedemikian.
Begitulah juga kita dengan nikmat Allah. Apa yang kita dapat dari, adalah perantaraan antara kita dengan Allah. Janganlah kita mengagong-agongkan benda perantaraan itu sedang dalam masa yang sama kita melupakan Allah.
Ok la…Aku akhiri tulisan ni dengan satu lagu untuk semua. Enjoy!
Aku pun sebenarnya malas nak post banyak-banyak dalam blog ni. Tapi rasa macam perlu je. Aku tulis je lah.
Ok la…Let’s go straight to the point. Pernah tengok iklan tersebut di TV? Bagi yang berada di Malaysia, mesti tengok setiap harikan. Aku ni, baru ari ni dapat menengoknya. Itupun selepas berlaku sedikit perbalahan di TKO tentang iklan ini.
Mungkin ada yang menyederi apa yang tak kena dengan iklan ni. Ada juga yang tak. Sekadar tengok lawak bodoh yang dibuat oleh makhluk kuning itu je. Lepas tu rasa gembira, suka dan ketawa. Ok la..teruskan menonton video ini pula. Jika boleh, dengar la bermula dari minit 1:45.
Ini adalah lagu dari filem Sister Act 1.Jika dapat didengari bermula dari minit 1:45, mungkin dapat mengkap persamaan antara nada dalam 2 lagu tadi. Jika kita dengari dengan teliti lagi, lirik pun hampir sama ‘I will follow him’ and ‘bersamamu walau kemana jua’.
Maklumat dalam perenggan ni aku ambil dari forum TKO. Aku ambil bulat-bulat sebab aku memang tak tahu pasal muzik dan filem lama-lama. Menurut forumers disana, lagu tu bukan la lagu gereja dan tidak dinyanyikan di gereja tiap-tiap hari. Tapi pernah dinyanyikan oleh puak-puak gereja dalam filem Sister Act 1 yang membawa maksud mereka mengikut Jesus. Lagu ini pula diambil lirik dan nadanya dari satu lagu cinta ‘I will follow you’.
Macam-macam pendirian yang aku dengar mengenai video ni. Ada yang mengatakan iklan Digi ni dakyah kristian. Ada juga yang berpendapat isu dalam iklan itu remeh sahaja. Sebab maknawi ayat dalam lirik lagu iklan adalah Digi sentiasa bersama orang Malaysia (liputannya meluas).
Jika benar maklumat forumers TKO bawakan, aku berpendapat tiada apa yang nak disalahkan pada iklan itu. Aku ambil yang aku lihat secara fizikal sahaja. Tak ada kuasa aku nak selidiki niat pembuat iklan tu untuk meyebarkan dakwah kristian.
Kalau aku nyanyi lagu tu sekalipun dan aku niatkan dengan ‘I will follow HIM’ tu aku merujuk pada Allah, salah juga ke? Bukan ke, apa yang manusia buat itu dinilai berdasarkan niat (macam hadith pertama dari Hadith 40). Mungkin ada yang mengatakan aku tak sensitif dalam perkara ni.
Aku cuma nak ajak rakan-rakan sekelian berfikiran rasional tanpa cepat melatah. Sikap kita yang terlalu paranoid dengan kristian kadang-kadang memburukkan imej Islam. Ya..aku tak nafikan memang ada dakyah orang kafir seperti mana dalam ayat surah al-Baqarah, ayat 120:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)
Kita pun kena sentiasa ambil peringatan dari ayat ni. Tapi, dalam hal-hal sebegini(iklan diatas), cubalah berfikir secara rasional. Sikap sensitif tak bertempat ni kadang-kadang aku lihat melampau. Orang kita cepat benar melatah bila ada artikel-artikel yang mendakwa holy water diberi pada anak muda, bible diberi secara percuma atau berita yang ada anak muda yang akan di’baptist’. Akan cepat-cepat mereka foward masej-masej sebegini. Seperti fobia pula aku lihat. Jangan melatah dengan melebel aku ni tak sayang agama.
Kalau holy-water tu benar-benar dapat memesongkan akidah, mengapa tak dimasukkan dalam perut orang Islam secara direct. Masukkan dalam Coca-Cola ke.Sapa-sapa yang minum jadi murtad. Pasal bible pulak, adakah dengan cara pengedaran itu je satu-satunya cara anak-anak muda nak dapat bible. Rakan-rakan sekelian, ini zaman teknologi. Taip apa saja di Google, semua keluar. Tak perlu bible dalam bahasa Melayu pun anak-anak muda boleh baca dalam Inggeris. Bagi orang macam aku pulak, lagi la mudah. Dalam kelas ada promotion bible, kadang-kadang tu tengah-tengah berjalan ada orang boleh sekat offer bible percuma. Seminar tentang kristian pun boleh tahan juga banyaknya disini. Mengalahkan dakwah orang Islam pada orang kafir. Sekali lagi, ini zaman globalisasi dan dakyah mereka ada dimana-mana. Sukar untuk kita menutup pintunya. Apa yang penting sekarang adalah mentapkan akidah diri sendiri, ahli keluarga dan seterusnya. InsyaAllah, mari la dakyah apa-apa pun kita tetap dengan yang satu, Islam. Lagi bagus jika kita dapat counter balik.
Tapi, jangan kerana sikap kita ni menjadikan imej Islam tercemar. Islam tak pernah suruh kita cari gaduh dengan orang kafir. Tak pernah suruh kita menuduh mereka dengan bermacam-macam tuduhan tanpa asas. Yang utama bagi aku, adalah cuba berdakwah secara berhikmah. Tunjukkan keindahan Islam. Itulah yang terbaik dari terus berburuk sangka yang bagi aku tak mendatangkan banyak faedah. Kita pun satu la..macam mana nak tarik diorang kalau masih ramai antara kita gagal mengamalkan Islam sebenar(aku sendiri pun). No wonder la kita gagal dalam dakwah pada orang kafir…Sama-samalah kita ambil peringatan. Harap ada yang perbetul pandangan aku diatas sebab itu cuma pandangan dari aku yang jahil.
Sejak dua tiga hari kebelakangan ni, member-member di Yahoo Group Hadith40 sibuk membincangkan tentang persoalan diatas. Bagi yang tak berilmu macam aku ni, memerhatikan dari jauh pun dah cukup untuk memberikan pelbagai informasi baru.
Sebelum aku bagi tahu jawapan untuk soalan diatas, rasanya elok didefinasikan dulu sipakah ulama ahli hadith. Ulama ahli hadith juga dikenali sebagai al-hafiz(bukan penghafaz quran sahaja) dan al-muhaddith. Jadi, siapakah yang layak digelar ulama hadith? Berikut adalah persoalan lanjutan yang dibawa oleh Ustaz Adhlan Abdul Aziz untuk sama -sama kita fikirkan:
“saya sering tertanya, siapakah yang benar-benar layak digelar ahli hadith/pakar hadith/muhaddith? Orang yang banyak hafal hadith? Orang yang hafal matan mustolah hadith (kaedah-kaedah kajian hadith)? Orang yang banyak beli buku hadith? Orang yang banyak tulis buku hadith? Orang yang boleh check setiap hadith sahih atau tidak? Orang yang banyak beramal dengan hadith? Orang yang mampu membaca kitab-kitab hadith dalam Bahasa Arab? Orang yang hafal nama buku-buku hadith?”
Memang, sangat sukar untuk mendefinisikan siapa ahli hadith yang sebenarnya.Ini kerana setiap ulama itu ada kekuatan dan kekurangan sendiri dalam setiap cabang ilmu hadith. Memang sangat sukar nak jumpa yang mahir dalam setiap cabang.Ok, ini pula jawapan yang diberi oleh Ustaz Adhlan diakhir artikelnya:
“Berbalik kepada topik artikel, siapa ulama atau pakar hadith? Bagi saya.. wallahualam. Memang akan ada ulama yang arif dalam satu cabang daripada bidang hadith, tetapi sudah pasti dia tidak tahu cabang-cabang yang lain. Yang tahu satu sudut dengan mendalam, namun sudut-sudut lain hanya diketahui secara umum. Yang masih dalam proses menuntut dan mencari pengalaman, mungkin ketika umur mencapai 70 tahun, barulah boleh dipanggil muhaddith! Kalau nak dipanggil semua ulama dengan gelaran muhaddith atau pakar hadith, atau alim hadith, bagi saya tidak ada masalah, tapi dengan syarat: kita sedar bahawa setiap ulama itu mempunyai kelebihan dan kekurangan dan pastikan diri kita tidak taksub sehingga menghalang kita untuk mengkritik atau mengambil pendapat lain selain pendapat orang yang kita sanjung dan gelar sebagai muhaddith tadi.”
Dipendekkan cerita, persoalan yang dikemukakan diatas terpaksa dijawab bukan dalam konteks ulama hadith, tetapi pengkaji hadith. Mengapa berlaku demikian? Bukan la kerana Ustaz Adhlan mengatakan tiada definisi yang konkrit. Sebenarnya persoalan tersebut dijawab dalam konteks pengkaji hadith kerana di Malaysia memang sukar untuk bertemu dengan orang yang benar-benar menguasai ilmu hadith. Setakat yang mengkaji sanad perawi hadith, kesahihan hadith, asbabul wurud, mustolah hadith, kaedah-kaedah takhrij hadith dan syarah hadith memang ada di Malaysia. Berikut adalah beberapa nama pengkaji hadith di negara kita yang kebanyakannya berkelulusan PHD:
1.Dr Uda Muhsin
2.Dr Abdul Hayeii Shukor
3.Dr Muhammmad Abu Laith
4.Dr Fauzi Deraman
5.Dr Sayuthi Abdul Manas
6.Dr Asri
7.Syaikh Aiman Ad-Daqqaq
8.Maulana Asri
Memang! Hampir kesemua nama diatas tidak aku kenali. ‘Search’ dalam internet pun tak jumpa(kecuali beberapa nama). Anda pula bagaimana? Kalau kenal, alhamdulillah. Mengapakah agak janggal nama-nama diatas? Bagi aku, ini mungkin disebabkan oleh bidang ilmu hadith ni masih belum bertapak kukuh dengan Malaysia. Sokongan dari pihak kerajaan dan ibu bapa amat kurang. Lihat sahaja kepada sekolah-sekolah sekarang ni. Wujud ke sekolah hadith?Yang banyak adalah Maahad dan Maahad Tahfiz. Bukan aku kata tak ada langsung usaha kearah tu. Memang ada pengajian hadith di universiti.Tapi, bagi aku satu institusi khas untuk pengkajian hadith dan melahirkan lebih ramai pengkaji hadith(yang kemudiannya aku harap boleh menguasai ilmu hadis) perlu diwujudkan.
Sokongan ibu bapa pun satu. Berdasarkan pemerhatian aku, ibu bapa zaman sekarang memang keberatan nak hantar anak belajar ilmu agama apatah lagi nak hantar anak belajar ilmu hadith. Kalau ada yang berminat untuk hantar anak ke arah aliran agama pun, kemungkinan besar memilih bidang tahfiz atau bahasa arab(berdasarkan pemerhatian, sedia diperbetul). Memang sangat sukar nak perbetulkan persepsi manusia…
Teringat dulu ketika aku diperkenalkan kepada fahaman ahli hadith oleh Ustaz Adhlan sendiri dalam satu kem. Ada beberapa hujah tentang pemahaman ini Ustaz Adhlan telah bagi yang membuatkan aku mahu mempelajari ilmu ni dengan lebih mendalam. Aku pun dah lupa apa hujahnya..Nanti la aku cari dan kongsi. Bagi aku, fahaman ahli hadith la antara yang terbaik pernah aku jumpa. Tapi, nak mendalami ilmunya bukan mudah. Setakat nak tahu secara ’surface’ tu mampu la kot .Sebelum nak mandalaminya pun kena dapatkan dahulu kuncinya iatu bahasa arab.
Memang, bidang hadith memerlukan seorang yang sangat pandai untuk mempelajarinya. Ilmunya sangat luas untuk diduga. Harapnya, lebih banyak ahli pengkaji hadith dan ulama hadith terutamanya dikalangan orang Melayu dapat dilahirkan di Malaysia selepas ini.
Terkejut juga aku bila membuka web al-ahkam pagi tadi bila melihat ada thread mengenai AJL-12 yang baru berakhir dua hari lepas. First impression aku, mesti ada satu benda yang tak kena dengan majlis tu.Mestilah tak masuk akal kalau forumers di al-ahkam akan membincangkan tentang siapa layak jadi juara dan siapa yang tak layak. Melainkan kalau Anugerah Juara Nasyid(tak wujud).
Dan selepas membuka thread itu, memang betul ada sesuatu yang tak berapa kena berlaku dalam majlis itu. Bagi aku benda tu tak berapa elok dan hampir kesemua forumers yang komen menyuarakan kekhuatiran dengan trend sebegitu sekarang ini. Apakah trend itu?
Bagi yang menonton AJL, mungkin ada menyedarinya.Tapi, bagi yang tak mengikuti perkembangan industri muzik tanah air apatah lagi mahu menonton AJL, boleh la meluangkan masa sekejap menonton persembahan pemenang AJL, Adibah Noor menyanyikan lagunya, ‘Terlalu Istimewa’.
Dapat tangkapkan apa yang kanak-kanak tu katakan sebelum Adibah Noor memulakan nyanyiannya? Ayat yang menceritakan tentang sikap masyarakat arab jahiliyyah yang membunuh anak perempuan mereka dan amaran dari Allah swt pada mereka. Menurut budak perempuan tu, ayat yang dibacakan adalah dari Surah Al-An’am, ayat ke-14. Tapi, bila aku semak balik terjemahan, ayatnya tak lah pula membawa maksud begitu. Atau aku yang tersilap dengar? Mungkin boleh dimaafkan kerana yang membacakan ayat itu adalah seorang kanak-kanak.Aku sendiri pun tak dapat nak ‘relate’ ayat Quran tu dengan lirik lagu ‘Terlalu Istimewa’.No wonder la, aku bukan kaki jiwang.Aku suka lagu-lagu rancak.Tapi, itu bukanlah point yang ingin ku bawa disini.
Ok..cuba tengok pula video ni.Nyanyian Zahid, lagu bertajuk ‘Warkah untuk Laila’(waah..macam pentas ‘recap’ AJL pula blog aku kali ini).
Perasan tak penyanyi latar menyebut ‘Lailahaillallah’ ditengah-tengah persembahan Zahid tadi. Yang tengok AJL mesti perasan. Tapi, sensitif ke kita?
Aku tak berani nak kata pembacaan ayat Quran dan kalimah ‘lailahaillah’ pada nyanyian tadi itu salah atau betul. Aku bukan la alim ulama yang boleh tentukan hukum.Cuma aku sependapat dengan forumers al-ahkam. Aku khuatir dengan trend masyarakat kita sekarang ni. Mencampurkan antara benda yang baik dengan yang tak baik. Baik ke majlis yang menampilkan perempuan dengan pelbagai fesyen yang tak selari dengan agama? Baik ke majlis yang berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan?Apakah matlamat majlis itu? It’s all about the music(macam tagline Fly.fm pulak).Takde nak membawa kebaikan ummah bagi aku.So, secara pukal bagi aku, majlis tu tak selari dengan agama.
Tak ke mereka ni perhati suasana AJL sebelum nak plan sesuatu persembahan itu?Sesuai ke kalimah Allah dibaca pada majlis yang sebegitu rupa? Begitulah juga aku kurang bersetuju bila pemenag anugerah industri hiburan sama ada pelakon atau penyanyi(melayu) mengucapkan ‘Alhamdulillah’ sebaik saja mereka memenangi anugerah.Anugerah bertitik peluh hasil kerja mereka yang bagi aku ‘mostly’ tak ikut garis panduan agama. Begitulah juga aku tak setuju dengan artis bila menyebut ‘InsyaAllah’ apabila ditanya mengenai perancangannya dimasa hadapan. Macam la apa yang nak dia jalankan selepas tu(menyanyi, buat album, buat show etc) perkara yang Allah redai. Bukanlah aku mengatakan totally salah nak buat album semua tu, tapi ikutlah garis panduan dan batasan agama.
Entahlah..semakin celaru masyarakat sekarang bila kepimpinannya juga hilang arah. Pemimpin tertinggi yang seagama tak mampu nak menegur.Mampu je sebenarnya….Cuma nak tak nak je.Ataupun mungkin Islam Hadhari hanya boleh menegur dalam perkara yang melibatkan aspek pembangunan sahaja.No wonder la…
Sekali lagi, aku tak tahu perkara sebegini haram ke, halal ke, harus ke…Aku pun bingung. Tapi pada pendapat aku, untuk selamat, tak payah la buat. Kalau betul-betul mereka ni nak berdakwah, banyak lagi tempatnya.Bukan AJL.
Sekian Wasallam.
p/s: Sepatutnya kita pun patut kena follow industri hiburan tanah air. Bukan apa, sekadar pemerhatian akan masyarakat kita hari ini. Nasib baik orang kat al-ahkam ada yang tengok.Kau tak, tak sampai gak kat aku.
Kalau boleh, tonton la video tu sehingga tamat dahulu.
Ok..saya teruskan.Berapa ramai antara kita sering meletakkan agama diposisi kedua dalam kehidupan seharian? Tidak dinafikan, diri yang menaip ini juga pernah berkelakuan sedemikian dan mungkin sekarang ini terpaksa berkelakuan demikian. Sejak dari kecil hingga besar kita dididik dan didedah dengan amalan ritual masyarakat melayu yang kelihatan sungguh molek sehingga kita menyangka yang amalan-amalan itu sebahagian daripada wajah Islam.
Lebih malang lagi jika ada yang mengatakan jatuh hukum berdosa jika tidak melakukannya. Ish…sedih betul aku bila berjumpa dengan orang yang taqlid buta macam ni. Masih banyak adat budaya kita yang tak selari dengan agama seperti adat mandi bunga untuk buang sial, adat pernikahan, upacara kematian, dan upacara menyambut kelahiran.
Walaubagaimanapun, aku tidak maksudkan yang semua budaya dan adat Melayu itu bercanggahan dengan agama. Banyak apa adat-adat yang ‘comel’ orang Melayu kita amalkan. Contohnya, sambut-menyambut(bertandang), permainan tradisional,merisik, dan berkhatan.
Entri kali ini juga tidak akan menyentuh semua tu kerana aku bukan la orang yang berilmu untuk membawa kedepan segala hujah dan dalil. Yang aku tahu melalui pembacaan, benda-benda kat atas tu ada yang tak selari dengan Islam.Mungkin kalau korang baca kat lain boleh la kot dapat dalil-dalil mengapa ianya tak selari.
Hanya yang aku nak sentuh secara spesifik kali ini adalah mengenai perkahwinan. Aku pun lama memerhatikan adat perkahwinan masyarakat kita yang banyak tak kena pada aku. Dan satu hari nanti pun aku sendiri juga akan melaluinya. Jadi, ada baiknya aku ajak rakan-rakan sekelian berfikir bersama. Aku bukan la alim ulama atau ustaz yang mampu bagi dalil dalam agama untuk mejustifikasikan apa yang dikata. Setakat nak ajak berfikir dan muhasabah tu boleh la.
Ok rakan-rakan sekelian. Bila kita menyebut perkahwinan adat melayu, sudah tentu banyak perkara yang terlintas dihati. Merisik, meminang, bertunang, hantar belanja, wang hantaran, menyambut menantu, bersanding dan lain-lain. Jika mahu tahu dengan lebih lanjut lagi, disini mungkin boleh membantu.Memang tak dapat dinafikan begitu banyak juga karenah ‘birokrasi’ yang perlu ditempuh jika rakan-rakan mahu berkahwin dengan anak dara melayu. Tapi, sekali lagi saya mahu membawa satu persoalan. Adakah agama mewajibkan semua ini?Disini mungkin ada jawapannya.
Wahai rakan-rakanku, Islam itu mudah dan ia memberi kemudahan pada umatnya dalam banyak hal.
Sekarang ni aku nak masuk bab pemerhatian aku mengenai perkahwinan orang Melayu yang aku rasa tak berapa kena dengan Islam. Yang pertama sekali aku nampak adalh pasal ‘karenah birokrasi tu’. Banyak sangat peringkat yang perlu selesai dan dilepasi satu demi satu. Mengapa perlu menyusahkan dalam perkara-perkara baik sedangkan dalam perkara-perkara yang tak begitu elok kita ringan-ringankan pula. Adakah orang kita berpendapat yang perkahwinan itu hanya sekali seumur hidup dan maka dengan itu ibu bapa pun ingin la mengikut segala adat agar semuanya nampak ‘comel’, grand, dan bla bla bla.
Nanti bila disuruh buat yang wajib sahaja, jawapan ini la yang biasa terpacul dari mulut ibu bapa, “nanti apa pula orang kita”. ish ish ish…Sanggup pula kita meletakkan kepentingan pandangan orang dari kepentingan dan kemaslahatan anak sendiri. Lebih malang apabila sanggup membelakangkan tuntutan agama dan memperlekehkannya. Apa yang aku duk perhati, ibu bapa sekarang rela membiarkan anaknya yang tengah bertunang keluar berpeleseran dengan tunangnya dari mengahwinkan mereka terus.
Wahai golongan ibu bapa sekelian, sesungguhnya Islam itu mudah dan memudahkan. Tapi, jangan kita pula yang ambil mudah dengan Islam.
Pemerhatian aku seterusnya bertumpu kepada harga mas kahwin. Mengapa perlu diletak tinggi. Nak bertanding sesama sanak-saudara ke?Ke nak jual anak?ke “nanti apa pula orang kata”? Sejak kebelakangan ini aku nampak harga mas kahwin dah mengalami kenaikan inflasi yang keterlaluan. Demand semakin tinggi ke? Atau supply yang tak cukup.Atau orang kita ni berlumba-lumba nak compete sapa harga tinggi. Yang aku dengar seorang penceramah cakap masa kursus kahwin tahun lepas, paling ‘koman’ pun mas kahwin sekarang RM4000.Tingginya! Tapi, kalau zaman Rasulullah, sepotong ayat quran pun dah cukup. Mengajarkan al-quran pun boleh je dijadikan mas kahwin. Nak bagi cincin besi pun boleh.
Seperti yang aku taip sebelum ni, Islam itu mudah dan ianya memberi kemudahan.
Kalau yang dikahwini tu padan dengan harga ok lah lagi. Walaupun mas kahwin beribu-ribu, tapi tahu jaga akhlak, jaga maruah, tahu didik anak, reti layan mak mentua, reti masak, reti mengemas rumah, rajin, sejuk wajahnya dipandang mata dan bla bla bla.Berbaloi la kan. Aku pun tak lokek untuk keluar beribu-ribu kalau dapat yang macam ni.Tapi, kalaulah perempuan itu indah rupa dari akhlak, alangkah ruginya lelaki yang mengeluarkan mas kahwin beribu itu.
Tanpa melalut dengan banyak, aku teruskan dengan pemerhatian yang seterusnya iaitu kahwin ‘follow the order’. Aku bahagikan ordernya kepada 2. Pertama order dalam keluarga. That’s mean, if you are the second son, you in whatever reason cannot overtake your elder brother or sister. Everybody who whould like to get married must go in order.Second interpretation on ‘follow the order’ is follow the order of typical Malay ordinary life.That’s mean, you must finish your study first, get a degree, get a good job, saving thousands of money just for one purpose and then you are qualified to get marry in the eyes of your parents. What the heck is this all about??
Untuk order 1, rasanya mudah saja disangkal sebab memang larangan kepada ‘langkah bendul’ sungguh tak praktikal langsung dalam kehidupan sekarang. Tapi, bila sampai kepada order 2, sangat sukar sekali memperbetulkan pandangan sebegini. Tak dinafikan yang ibubapa takut anak-anak mereka belum mampu untuk membina keluarga sendiri. Tapi percayalah wahai ibu bapa sekelian. Allah akan buka pintu rezeki bila anak-anakmu berkahwin(aku pun dah lupa ayat quran yang ada dalil ni). Rezeki itu milik Allah dan insyaAllah bila kita memilih jalan yang halal dari terus bergelumang dengan maksiat, Allah akan lebih sayang pada kita.InsyaAllah pintu rezeki pun akan lebih terbuka.
Perkara sebegini pernah berlaku dalam keluarga aku. Atuk-atuk(aku refer dua-dua sebab dua-dua ada mentaliti sama dalam perkara ni) aku lebih rela membiarkan anak-anak lelaki mereka terus menjalinkan hubungan cinta luar nikah dengan perempuan-perempuan(mak-mak sedara aku sekarang ni) dari memberi kebenaran mereka berkahwin.Membiarkan mereka kehulu kehilir sedangkan mereka dah boleh kahwin. Bila ditanya, duit la jawapan yang pertama sekali muncul dari atuk-atuk aku. Tapi, siapa la aku untuk mengutarakan pandangan ketika itu. Aku hanyalah budak hingusan lepasan sekolah menengah yang tak boleh masuk campur dalam urusan keluarga.
Sekarang sampai la kita ke pemerhatian aku yang terakhir.Yang terakhir ini tentang ’salam berisi’.Apakah itu? Salam berisi adalah bersalam dengan tuan rumah atau bapa pengantin bersama dengan duit barang RM5 atau RM10 didalam tangan.Sudah pasti tuan rumah dengan senang hati dan tidak segan silu akan menerimanya lalu dimasukkan kedalam poket baju melayunya. Rasanya poket baju melayu pun tak cukup nak mengisi duit-duit tu. Kadang-kadang aku pun terfikir kenapa lah mereka-mereka ni tak pakai baju yang orang guna pi memancing tu. Kan ada banyak poket untuk isi duit.Aku sendiri pun tak pasti samada seluruh Malaysia mengamalkanya atau tidak. Yang pasti, amalan ini masih tegar di negeri aku.
Malah keluarga aku sendiri pun terus-menerus mengambil wang ’salam berisi’ ni walaupun lembu yang disembelih itu kepunyaan sendiri dan orang kampung datang menolong(tak pakai catering).Sayur-sayur keladi untuk tetamu pun semua hasil kutipan ditepi-tepi kebun yang aku rasa bukan la bernilai sangat dipasaran.Orang-orang kampung yang datang menolong pun ada membawa bersama gula dan rempah ratus sebagai ’sedekah’ untuk kenduri kendara.Tapi mengapa perlu menerima wang ’salam berisi’? Sekali lagi, siapalah aku untuk masuk campur urusan keluarga.
Sekali imbas, amalan sebegini seakan-akan menjadikan majlis perkahwinan sebagai kedai makan sehari. Nak kenduri ke nak berniaga pak cik mak cik oi?Tak cukup ke lagi dengan hang dah jual anak beribu-ribu tu? Kadang-kadang itu sampai macam wajib pulak ’salam berisi’ ni. Nak tanya soalan terakhir ni?Apkah tujuan sebenar kenduri perkahwinan atau walimatulurus ni?Semua dah tahukan…nak meraikan pasangan dan ‘umum’ pada mayarakat akan perihal mereka dah berkahwin. Bukan untuk cari untung.Dan bukan untuk bermegah-megahan.
Aku pasti, ada suara-suara menyatakan yang diorang ni tak mampu nak anjurkan walimatulurus kalau takde ’salam berisi’ ni. Disini menuntut peri pentingnya kita memahami istilah kemampuan. Takde masalahnya kalau nak buat walimatulurus tanpa ’salam berisi’. Tapi, jangan dek kerana takut apa orang kata, kita jemput semua orang tanpa mengembil kira kemampuan kita. Satu DUN kita jemput. Anjur la ikut kemampuan. Islam tak kata yang kena tumbangkan lembu, mesti ada ayam, mesti ada nasi minyak, mesti ada bunga telur, show silat, team kompang, mesti ada makan meja pengantin dan lain-lain. Ini semua adat yang tak rasional untuk diamalkan kalau tak mampu!Makan roti canai kuah kacang pun ok. Roti jala ke. Pulut gaul nyior pun sodap.Asalkan tetamu dijamu dan tetamu pun kenalah memahami status tuan rumah. Datuk ke, Tuk Penghulu ke,Ketua UMNO Bahagian ke, cikgu ke, petani ke, pesara ke, polis ke dan lain-lain. Jangan set dalam kepala kita yang bila ada walimatulurus, makanan yang lazat-lazat bakal menanti. Islam tak tuntut semua itu. Yang Islam mahu hanya lah meraikan pasangan yang mendirikan rumah tangga mengikut kemampuan.
Ok la..Aku rasa boleh bagi satu solusi untuk permasalahan kos perkahwinan ni. Lagipun, kos hidup semakin tinggi sekarang ni. Minyak naik, tol naik, ayam naik, api naik, air naik, bla bla bla..Macam yang Dr Asri kata la.Kita jangan hanya mengkritik, alternatif juga perlu diketengahkan. So, solusi yang terbaik aku rasa untuk meringankan beban walimatulurus ni adalah dengan berkahwin ramai-ramai dalam satu majlis. Tapi entah lah. Aku tak fikir yang Melayu boleh terima cadangan ni kerana mentaliti ‘hidup biarlah bergaya’ dan mentaliti ‘nanti apa pula orang kata’ masih lagi menebal. Tapi, jika rasa tidak berkenan dengan solusi ini, berbaliklah pada isu kemampuan anda.
Sekelian lamanya kita bergelumang dengan maksiat, tapi Allah swt masih sayang pada kita. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Allah swt menghantar bala bencana sebagai amaran kepada kita untuk dijadikan pengajaran. Tapi, sejauh mana kita mengambil pengajaran?
Mungkin ada antara kita yang mengatakan bencana alam seperti banjir ini adalah disebabkan oleh pemanasan global. Ya! Anda betul dan tepat dari segi saintifik. Tapi, jangan pula anda menafikan kekuasaan Allah swt untuk menghantar segala bala bencana ini kepada kita.
Wahai rakyat Malaysia sekelian. Renungilah kerosakan yang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Semakin kronik dan parah. Renungilah juga musibah bencana banjir yang sedang melanda ini.
Tidak mengapalah jika diri ini belum merasai pengalaman berjalan sambil dihujani salji. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin juga salji yang turun tidak seindah bayangan di minda ini. Semua dah sedia maklum dengan keganjilan cuaca dunia sekarang. Banjir terutamanya melanda beberapa negara dunia(sekadar pengetahuan penulis), United Kingdom, Sri Lanka dan tidak terkecuali negara tercinta Malaysia.
Bagi penulis yang hanya dapat mengikuti perkembangan melalui internet, rasa terkedu yang amat bila mendapati akhbar Utusan Online memuatkan hampir keseluruhan bahagian muka hadapan hari ini dengan berita banjir di Johor.Rupanya, tanggapan penulis yang banjir di Johor akan reda dalam dua tiga hari ni meleset sama sekali.Dalam pada itu, penulis sedari, tiada satu sumbangan dari segi fizikal dan kewangan yang mampu penulis sumbangkan. Mungkin hanya doa yang mampu diberi(kata-kata sebegini selalu kita dengar.Tapi memang betul, tiada apa yang mampu disumbang).
Oh ya..Asyik berceloteh, lupa pula dengan tajuk diatas.Apa kaitannya antara ketiga-tiga subjek tersebut? Bagi mereka yang belajar Critical Thinking pasti dapat menekanya. Terus kepada point utama penulis. Tulisan kali ini sebenarnya adalah untuk menyatakan rasa sedih penulis atas sikap masyarakat kita yang selalu hilang fokus.Penulis sekadar memerhati dan mengutarakan pandangan.
Lihat saja dalam rapat umum. Berapa kali kita mahu buat tunjuk perasaan, perhimpunan awam atau apa-apa saja nama yang mahu diberi? Kalau tak silap penulis, tunjuk perasaan yang diadakan di tol Plaza Gombak semalam adalah yang ketiga selepas yang dua sebelumnya(1 Jan dan 7 Jan). Penulis tak mengatakan yang isu tol dan kebajikan rakyat perlu dilupakan begitu sahaja.Tapi, fikir-fikirkan lah. Kan elok jika wang perbelanjaan untuk mengadakan rapat itu, wang untuk menghadiri rapat itu disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan disaat mereka memang memerlukan. Kan elok jika beratus-ratus anggota polis FRU yang turut sama di Plaza Tol Gombak yang sememangnya tiada banyak kerja dikerah ke Johor untuk membantu mangsa-mangsa.
Satu lagi perkara yang ingin penulis bangkitkan walaupun ianya tiada kaitan dengan banjir dan nasib rakyat Johor. Ingin penulis bertanya kepada insan-insan yang menghadiri rapat-rapat umum tersebut. Setakat mana rapat umum yang dilakukan memberi kesan? Perlu ke ia dianjurkan berkali-kali sedang dalam masa yang sama tiada perubahan yang berlaku?Penulis bukan la orang yang mudah berputus asa. Bak kata Dr M, masa depan tidak menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah berputus asa. Tapi, apabila langkah yang kita ambil tidak berapa kena, penulis takkan sesekali bersetuju. Mungkin ada cara lain untuk kita selesaikan masalah rakyat ini.
Kembali kita kepada topik asal.Terus kita ke subjek pilihan raya kecil(PRK) N.06 DUN Batu Talam. Secara peribadi, penulis bersetuju dengan keputusan BA untuk tidak bertanding di DUN tersebut. Bukan sahaja kerana masalah dalam SPR, tapi penarikan diri oleh BA akan memungkinkan tiada pertandingan di Batu Talam. Itulah yang sebaiknya pada pandangan penulis. Bukan kita tak tahu, apa yang berlaku pada sesuatu kawasan bila ada PRK. Penulis pernah merasainya kira-kira 2 tahun lepas di tengah-tengah PRK DUN Kuala Berang. Belum pun tiba hari penamaan calon, suasananya mengalahkan hari pengundian PRU. Tak kira kerajaan, tak kira pembangkang, semua pemimpin dari atas hingga bawah akan turun padang.Dengan tiadanya pertandingan di Batu Talam, harapnya tidaklah semua jentera parti politik akan dikerah ke Batu Talam hanya semata-mata untuk mempertahankan maruah politik mereka.
Bagi penulis, lebih baik jika jentara parti politik, tak kira pembangkang, tak kira kerajaan dikerah ke Johor bersama-sama dengan jutaan wang peruntukan untuk PRK itu.Memang betul, parti-parti politik ada mengerahkan jentera mereka kesana.Tapi, mungkin jumlah mereka tak signifikan hinggakan Dato’ Shahrizat terpaksa membuat kenyataan menyarankan bekas-bekas pelatih PLKN datang ke Johor untuk membantu mangsa banjir. Penulis tak mengatakan kenyataan itu salah, tapi mungkin tak kena tempat.Kenyataan itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej negara jika tersebar diluar negara. Bagi penulis, ianya membolehkan orang luar mempertikaikan kemampuan Polis, Tentera dan unit-unit keselamatan/bencana alam lain. Tapi, dalam keadaan yang semakin meruncing, apalah sangat ada pada imej. Nasib mangsa banjir lebih penting.
Banyak yang dapat kita pelajari dan teladani dari banjir di Johor ini.Mungkin kita perlu lebih belajar perkara apa yang perlu diutamakan dan perkara apa yang perlu dikebelakangkan.Bagi muslim, boleh la membaca buku Fiqh Keutamaan karangan Syeikh Yusof Qardawi untuk mengetahui peri pentingnya kita mengutamakan apa yang perlu diutamakan tak kira dalam perkara yang berkaitan dengan dunia atau yang berkaitan dengan agama.