Perihal Budak Sekolah Dua Negara.

Salam

Berita yang disiarkan di Berita Harian online hari ini cukup mengejutkan. 886 dari 887 responden(pelajar sekolah) yang ditanya mengaku pernah melakukan seks. Dalam erti kata lain, kecik-kecik sudah pandai berzina.

Selama ini mungkin kita boleh menepis dengan mudah jika ada cakap-cakap yang mengatakan gejala ini melanda sekolah lantaran tiada satu kajian dari golongan intelek mengenainya. Nah! Hari ini UKM telah membuktikannya. Bukan setakat statistik zina dikalangan pelajar sekolah, statistik ponteng sekolah, vendalisme, judi, pornografi, kongsi gelap dan judi turut disertakan sekali. Tak perlulah aku nyatakan disini. Boleh rujuk di Berita Harian. Apa yang ‘menarik’ perhatian aku ialah semua statistik ini melebihi 50%. Maknanya salah seorang dari dua pelajar sekolah yang anda jumpa, pasti pernah melakukan jenayah. Memang bunyinya menakutkan dan meragukan.Terima sajalah..Itukan kajian yang dibuat oleh IPTA.

Sekarang ini cerita budak sekolah di Amerika.Apa kaitan pulak dengan budak sekolah Amerika? Diorang ni sama ke dengan budak-budak Malaysia?

Secara amnya, jawapannya tidak. Mereka lebih ‘baik’ dari budak sekolah Malaysia.

Lantas ada yang suara-suara dalam hati berkata….”Tak payah nak bawak cite ah..ko bukan penah sekolah kat sana pun.Mandai-mandai je reka cite”….”Ish ko ni!Diorang tu kapir. Mestilah kita lebih baik dari diorang.”

Ya rakan-rakan..Aku tak pernah sekolah dengan diorang. Ya..mereka orang kafir. Tapi, tidak semestinya mereka jahat. Malah tak keterlaluan jika aku kata orang Amerika lebih bermoral dari pada kita. Ok tinggalkan bab itu..

Cuma nak berkongsi statistik di Amerika pulak. Budak-budak disini dikatakan semakin sibuk dengan akitiviti di sekolah dan pembelajaran mereka. Kehidupan mereka menjadi semakin padat dan sentiasa berkejaran dengan masa. Apa yang menariknya, kesibukan mereka ini telah memberi satu kesan positif pada masyarakat disini, menurut Time-January 29 2007. Dipetik dari Time, “Kid’s lives have become more rushed, scheduled, and digitized than Elkind could have imagined in 1981, yet many psychosocial metrics of childhood have improved”

Buktinya:

-”The teen pregnancy rate in 2000, the most recent year for which the Centers for Disease Control and Prevention has figures, was the lowest since 1976″

-”Teen drug use has has dropped steadily over the past decade”

-”There’s less violence and juvenile crime”

-”Death rate for suicide was lower in 2003 than in 1980″

-”SAT scores have risen” :0

-”9-to-12-years-olds were watching less than 15 hours a week in 2000 down from 20 in 1981″

-”Kids spend less outdoors these days(only 25 minutes a week for the average 6-to-12-year-old)”

Mungkin ada yang berpendapat yang fakta ini bias lantas mempertikaikannya. Itu hak anda la. Aku cuma cuba boleh bawa fakta sahaja. Terpulanglah pada anda untuk menerimanya atau tidak. Saya tidak bawa maklumat hasil cakap-cakap kosong di kedai kopi.

Sambung balik.Hurm..kalau nak dibandingkan bebanan mereka, budak-budak sekolah di Malaysia pun apa kurangnya. Lagi bebanan ada la. Masuk-masuk darjah satu dah kena belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Masuk kelas dengan cikgu speaking. Dulu kat tadika pun baru belajar mengenal huruf dan mengeja. Kalau di bandar tu, lain cerita la. Speaking dengan mak ayah tiap-tiap hari. Tapi, kalau budak-budak di pedalaman, hari-hari cakap loghat negeri.Oh! Melalut pulak..

Itu belum masuk program tambahan J-Qaf. Kecik-kecik dah mula belajar arab. Bagus la kerajaan adakan J-Qaf, boleh membentuk generasi celik al-Quran. Tapi itu la yang aku pelik…Mereka makin sibuk dan dibebankan dengan pembelajaran, tapi masih sempat mencari ruang waktu untuk melakukan perkara tidak bermoral. Dimana silapnya? Fikir-fikirkanlah…

Sekian Wasallam.

Masuk Bakul, Angkat Sendiri.

Assalamualaikum..

Mungkin ada antara anda yang sudah terbaca tentang artikel yang sama tajuk dengan tajuk dia atas di TKO. Isinya terntang perihal Malaysia yang dikhabarkan rakyatnya begitu berpuas hati dengan keadaan sekarang. Hujah mereka adalah melihat kepada sindrom dipasaran saham sekarang dan kemasukan pelaburan asing. Itulah sahaja tahap ukuran bagi mereka untuk mengatakan ekonomi negara ini makmur dan negara stabil sedang diwaktu yang sama rakyat menderita dan jenayah bertambah. Belum termasuk lagi penyakit sosial yang lain. Walaubagaimanapun, aku bukanlah mahu menyentuh pasal itu walaupun perkara-perkara tersebut ada kebenaran dan kepentingannya.

Kali ini dalam konteks yang lain, kerajaan negaraku seolah-olah tidak puas dengan tabiat masuk bakul, angkat sendiri.

Mungkin sudah acap kali orang memperkatakan hal ini. tapi, aku tetap mahu membawa fenomena ini kehadapan lagi kerana aku tak mahu rakan-rakan ku terus dibuai mimpi. Ada yang berbangga dengan pencapaian ini dan tidak kurang juga ada yang buat tidak kisah. Pendakatan aku, cakna tapi tak bangga.Alahai Pauh, tak patriotiknya kau!
Bagi aku, biarlah aku mention perkara ini acap kali agar generasi yang bakal memimpin negara tahu menilai apa erti kejayaan yang sebenar. Aku tak rela jika negara aku terus cipta kejayaan yang palsu sebegini di masa hadapan.

Sejak dari zaman Tun lagi trend ini menular. Bermula dengan kejayaan M Magendran dan N Mohanandas yang mendaki ke everest dan diikuti dengan pelbagai lagi so-called ‘kejayaan’, rakyat Malaysia terus didodoi kononnya Malaysia juga setanding dengan negara lain. Merentas selat Inggeris la, menghantar kereta ke kutub la, belayar mengelilingi dunia la, berjalan di kutub la dan bermacam-macam lagi. And this trend is still going on nowadays in the era of Pak Lah. What a pity for Malaysians.

Satu anologi mudah boleh aku buat disini. Ibarat seorang atlet lumba lari di sebuah stadium. Dia menghias stadium itu dengan begitu cantik sekali seakan-akan ada pertandingan. Dia memnaggil semua orang dan wartawan untuk menonton. Pada hari pertandingan, di garisan permulaan yang ada hanyalah batang tubuh atlet itu seorang dan dia berlari ke arak garisan penamat 100m sebaik dilepaskan, keseorangan..Dia naik podium pun keseorangan sambil claim yang dia jadi juara sedangkan disisinya tiada pesaing.

Hurm..satu soalan untuk semua. Realistik ke kejayaan sebegini? Bukan ke sudah ada banyak medan untuk Malaysia mengukur ketahanan fizikal rakyatnya. Bermacam-macam Games ada. Lagipun, sukan Malaysia masih kelihatan tiada kemajuan yang progresif di awal millenium ini. Bolasepaknya entah kemana, prestasi skuad hokinya semakin turun, bolingnya pun tiada pelapis.Mungkin badminton sahaja yang memberi sinar harapan untuk arena sukan.

Jika betul kerajaan mahu melihat kejayaan anak Malysia diiktiraf di mata dunia, mengapa tidak ditumpukan sahaja wang peruntukan berjuta-juta untuk projek sebegitu kepada atlet Sukan Olimpik. Sudah dua temasya Malysia tidak masuk dalam medal tally di Sukan Olimpik. Bukan ke Sukan Olimpik itu merupakan satu kayu ukur yang realistik untuk membandingkan kejaguhan fizikal rakyat-rakyat dari semua negara di muka bumi ini? Mengapalah mereka ini tidak suka berpijak pada bumi yang nyata..

Oh!Letak ketepi la peruntukan 20 juta itu untuk disalurkan pada pembangunan atlet seperti yang aku nyatakan tadi. Banyak lagi masalah negara yang boleh diselesaikan dengan wang berjuta-juta itu dari dibelanjakan untuk projek ‘masuk bakul, angkat sendiri’. Mungkin ini la yang kita panggil ‘menang sorak, kampung tergadai’. Kebajikan rakyat terus diperkosa..Disaat kerajaan mengatakan yang negara tak mampu nak tampung subsidi, tak mampu nak bayar pampasan tol, tak mampu nak bagi bantuan buku teks, kerajaan masih sempat lagi membuang duit untuk projek-projek sebegini.

Rakyat boleh menilai..Cuma pandangan aku, kerajaan perlulah berpijak pada bumi yang nyata dan mengutamakan apa yang perlu diutamakan. Oh!Aku memberi pendapat seolah-olah aku begitu layak memimpin negara. Janganlah rakan-rakan menganggap begitu ya. Ini sekadar pendapat dari seorang rakyat yang mahu melihat kepimpinan negaranya berubah. Pendapat dari seorang budak yang hina dan jahil. Terbuka untuk dikutuk, kritik dan perbetulkan.

Sekian Wasallam.

Tidur Sebagai Ibadat.

Assalamualaikum..

Mungkin dah ramai antara kita yang mengatahui kaitan tidur dengan ibadat. Apatah lagi kita dianjurkan untuk mengamalkan banyak sunnah ketika sebelum tidur dan selepas tidur. Sungguh indah agama Allah ini. Hinggakan tidur pun diberikan panduan melalui Rasulullah saw.

Sebenarnya, yang membuatkan aku tertarik untuk menulis sedikit pasal ini setelah membaca berita tentang penemuan mengenai tidur siang. Menurut berita itu, tidur siang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung.Sebelum ini pun aku ada terjumpa beberapa lagi penemuan yang lain berkaitan tidur. Tapi, kesan yang mereka temui adalah pada lapangan berbeza.


Berikut adalah beberapa kajian saintifik mengenai tidur dan permasalahannya:

1) Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March 1998)

2) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 – $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid)

3) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)

4) Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

sumber rujukan:”Tidur Mengikut Sunnah dan Penemuan Sains”-Dr Danial Zainal Abidin.

Tidur merupakan ibadah selagi mana kita tidak berlebih-lebihan dengannya. Dengan tidur, kita juga telah menunaikan hak pada badan dengan memberikan kerehatan padanya.

Berikut adalah beberapa hadis mengenai saranan tidur:

1)Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)

2)Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”
(Bukhari-Muslim)

3)Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.”
(Bukhari-Muslim)

QAILULAH

Jika mahu diceritakan sunnah Rasulullah saw ketika tidur memang sangat banyak. Tetapi, kali ini, aku hanya mahu berkongsi bagi yang belum mengetahui dan memperingatkan bagi yang telah mengetahui tentang satu sunnah tidur dari Rasulullah saw iaitu qailulah. Secara umumnya, qailulah adalah tidur sekejap diwaktu tengah hari.

Masih terdapat lagi segelintir yang memandang serong amalan ini tanpa mengetahui amalan ini juga sebenarnya diamalkan oleh Rasulullah saw.Malah ada yang mengatakan amalan tidur tengah hari menggambarkan sikap malas.Mungkin mereka belum tahu hikmahnya lagi.

Walaubagaimanapun, aku tak jumpa hadis yang mempunyai matan penuh mengenai amalan sunnah ini. Hanya 2 sumber aku jumpa biasa digunakan untuk menyandarkan amalan ini pada Rasulullah saw.

1) Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

2)Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:

“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”

Berikut pula adalah beberapa lagi penemuan sains yang berkaitan dengan qailulah:

1) Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News: ‘Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,’ from eFuse)

2) Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’

3) Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’ Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’

4) Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

sumber rujukan:”Tidur Mengikut Sunnah dan Penemuan Sains”-Dr Danial Zainal Abidin.

Sudah jelaslah kepada kita bahawa qailulah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Kajian saintifik telah membuktikannya. Yang disentuh disini hanyalah mengenai qailulah. Itu belum lagii sunnah-sunnah tidur dan bangun tidur yang lain. Aku pasti akan lebih banyak hikmah yang bakal kita temui.

Walaubagaimanpun, suka sekali lagi dingatkan bahawa qailulah adalah tidak terlalu lama. Sekadar 20-30 minit sahaja untuk memberi kerehatan pada badan. Lebih elok jika kesempatan rehat itu kita gunakan untuk mempersiapkan badan untuk mendirikan malam. Oh! Aku sendiri pun memang sangat liat nak bangun mendirikan malam. InsyaAllah kita cuba sama-sama amalkan sunnah ini untuk membantu kita bangun pada malam harinya.

Sekian Wasallam.

 

Le Tour de Langkawi dan NISA’ Games.

Assalamualaikum..

Teringat lagi aku akan waktu zaman persekolahan dulu. Biasanya, pada bulan Februari seperti sekarang ini, aku pasti akan pulang bercuti ke rumah sempena dengan Tahun Baru Cina. Cuti seminggu pada bulan Febuari biasanya tidaklah begitu membosankan dengan kehadiran Le Tour de Langkawi. Setiap petang, aku pasti akan terpacak didepan TV menonton siaran secara lansung kayuhan sejam terakir pelumba ke garisan penamat. Memang kelihatan seperti orang bodoh melihat orang mengayuh basikal. Tapi, berasa puas bila melihat lokasi yang dilalui pelumba yang pernah aku juga jejaki. Biasa la kan..

Kali terakhir aku pergi menonton LTDL secara ‘live‘ adalah pada upacara pelepasan di Kuala Berang pada Feb tahun 2005 ketika menunggu keputusan SPM. Memang gampak pekan Kuala Berang ketika tu. Tahun 2006 dan tahun ini, aku tidak berkesempatan lagi untuk mengikuti LTDL. Tapi tak lah kemaruk sangat nak tengok.

Sebenarnya, semenjak dari tahun 1998 lagi aku mengikuti perkembangan jelajah lumba basikal kebanggaan negara ini. LTDL bagi aku memang unik. Bukan la kerana kerana status gahnya sebagai perlumbaan jelajah keempat terbesar didunia. Tapi, bagi aku LTDL memainkan peranan penting sebagai agen penyatuan rakyat dan mempromosikan negara.

Bagi rakyat pula, memang sukar untuk mereka mendapat peluang melihat secara live sukan bertaraf dunia setiap tahun, secara percuma dan menjelajahi hampir ke seluruh negara. Peluang untuk melihat aksi pasukan ternama dari pro-tour seperti Selle Italia, Panaria, Discovery, Lempre dan Credit Agricole memang sukar untuk dilepaskan.Tidak kurang juga hebatnya pasukan-pasukan yang diwakili pelumba-pelumba tempatan.

KERJASAMA YANG MENGENEPIKAN PERBEZAAN POLITIK.

Tidak dinafikan, hampir setiap tahun, LTDL pasti akan memilih Kelantan dan Terengganu sebagai destinasi. Mungkin kerana keadaan geografi dan kebudayaannya yang unik serta menarik untuk dipromosikan kepada dunia luar. Lihat saja persisir pantai di Terengganu yang begitu panjang. Permandangannya memang indah dan menyasikkan walaupun perkampungan nelayan yang usang bertebaran dipesisir pantai.

Walaupun berbeza pandangan dan persefahaman, kerajaan Kelantan dan Terengganu(99-04) akan turut serta memeriahkan acara tahunan ini malahan promosi turut giat dibuat diseluruh negeri. Tuan Guru juga tidak ketinggalan untuk hadir pada majlis pelepasan atau penymapaian hadiah. Selari dengan penglibatan kerajaan yang berteraskan Islam, konsep LTDL yang tidak selari dengan Islam di ubah menjadi lebih ‘comel’. Upacara pengalungan hadiah tidak lagi diiringi oleh wanita malah persembahan tarian yang melibatkan wanita diganti dengan pertunjukan silat.

Tiada lansung sikap berkecuali atau tidak ambil peduli kerajaan negeri PAS dalam membantu penganjuran acara Sukan yang boleh membawa banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak, negeri dan negara. Pendek kata, kerajaan PAS memang bersikap terbuka dalam perkara yang boleh mendatangkan faedah pada rakyat dan negeri selagi mana ia selari dengan dasar negeri, ‘Membangun Bersama Islam’.

DOUBLE STANDARD

Akan tetapi, perkembangan Nisa’ games seakan-akan menggambarkan tindakan sebaliknya dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan yang menganjurkan Nisa’ o7 di Kota Bharu. Biarpun, penganjurannya adalah dibawah program Tahun Melawat Malaysia 2007, kerjasama kerajaan pusat aku lihat begitu kurang.

Lihat sahaja kepada publisiti yang diberi untuk Nisa’ di akhbar-akhbar dan media massa. Tidak sehebat dan serancak yang diberikan kepada LTDL mahupun F1. Aku tidak mahu sekali-kali mengatakan tiada lansung publisiti kerana aku memang tidak berada ditanah air. Tapi, setakat pemerhatian aku di internet dalam beberapa minggu menjelang Nisa’ 07, hanya satu laporan di akhbar Utusan Online mengenai penampilan Ruqaya pada Nisa’ 07 nanti.

Mengapakah sungguh berat bagi untuk berkerjasama mempromosikan konsep yang begitu cantik ini? Mengapa anda boleh berbelanja berjuta-juta untuk mempromosikan Sukan Sea, Sukma dan Sukan Komanwel dulu yang tidak lansung dilandaskan pada Islam? Mengapa tidak dipromosikan secara besar-besaran sukan yang berkonsepkan Islam ini?Apabila kerajaan Kelantan melalui Pertubuhan Nisa’ tampil dengan alternatif, tak ramai yang memberikan sokongan padu. Kenapa semua lesu dan membisu?

Saya tidak mahu menjadikan kerajaan sebagai sasaran secara keseluruhan kerana enthusiasm dari masyarakat akan perkara ini juga kurang. Oh!Apa sudah jadi dengan umat sekarang!perkara baik tak pula mereka bersemangat. Jauh sekali semangat mereka bila dibandingkan dengan AJL, ABP, AF dan segala macam AAAAA lagi!

Mungkin ada yang mengatakan Nisa’ kurang berprestij kerana tidak disertai oleh atlet kebangsaan apatah lagi atlet antarabangsa. Memang la cik adik..Jangan expect semuanya grand. Lebih-lebih lagi ini adalah penganjuran kali pertma. LTDL ketika dahulu pun hanya bermula dengan penyertaan yang kebanyakan pasukan-pasukan dari Asia dan beberapa pasukan pro Tour.

Apapun, aku sangat-sangat bersyukur kerana kerajaan Kelantan melalui Nisa’ dapat hadir dengan satu hasrat murni untuk membawa perubahan dalam dunia sukan. Mereka tidak hanya memngkritk malah telah menunjukkan adanya alternatif. Biarlah orang lain tak mahu mempromosikan Nisa’. Tapi aku tak nak melepaskan peluang untuk mempromosikan perkara baik ini di blog aku yang tak seberapa ini.

Sekian Wasallam.

ps:klik pada banner untuk ke webNisa’.
web banner

Tingkap Johari.

Assalamualaikum…

Mungkin hujung minggu ni aku tak ada nak post apa-apa tulisan yang ilmiah ataupun apa-apa jenis tulisan sekalipun. Bukanlah kerana tiada kesempatan. Cuma aku rasa perlu utamakan apa yang aku mahu perkatakan dalam tulisan ini.

LAGI PENGAJARAN DARI KELAS OBHR.

Aku pun tidak tahu mengapa yang kelas OBHR yang dulunya aku tak berapa suka banyak bagi pengajaran pada aku sejak akhir-akhir ni. Hurmm..dah nama pun Human Relations, mesti banyak yang boleh diaplikasikan dalam hidup.

Jadi, apa yang mahu aku kongsi dangan anda kali ini? Sudah tentu la benda yang berkaitan dengan tajuk diatas. Johari Window. Mungkin ramai yang dah tahu apakah tingkap itu. Bagi yang tak mengetahuinya lagi. Biar la aku terangkan serba sedikit.

Tapi, ini adalah berdasarkan pemahaman aku pada kuliah dalam kelas sahaja dan besasaskan nota yang aku catat sedikit.Lagipun, topik ini memang tiada dalam buku teks. Memang topik yang ringan dalam kelas hari itu. Segala kesilapan dalam pentafsiran harap maaf dan diperbetulkan.

Secara ringkasnya, Johari Window ni adalah satu model untuk menerangkan tentang kesedaran kita tentang personaliti dan sikap kita sendiri serta bagaimana orang lain memandang diri kita.

Johari Window dibahagikan kepada 4 tetingkap. Tingkap-tingkapnya adalah Arena, Blindspot, Facade dan Unknown.

Saya tahu dan orang lain juga tahu(Arena).

-Tetingkap ini adalah yang paling biasa. Contoh yang mudah adalah seperti jantina, bangsa, nationality, dan benda-benda kegemaran kita. Tingkap ini biasanya kecil apabila seseorang itu baru mengenali seseorang tapi akan bertambah besar lama-kelamaan.

Saya tahu, tapi orang lain tidak tahu(Facade).

-Tingkap ini pula perlulah dijaga dengan betul. Sikap dan amalan buruk sudah tentu tidak mahu didedahkan pada orang ramai. Islam juga melarang kita membuka aib sendiri, apatah lagi membuka aib orang. Walaubagaimanapun, apa-apa yang buruk dalam tetingkap ini, pada pandangan saya elok dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ini kerana apabila ia masuk ke tetingkap Arena, buruk padahnya.

Saya tidak tahu dan orang lain juga tidak tahu(Unknown).

-Tingkap ini adalah paling selamat dan perlu diteroka untuk memahami lagi potensi dan kelemahan diri. Contoh paling mudah adalah bakat yang belum terserlah. Kita perlu meneroka dan mencuba banyak benda untuk mengetahui apa kebolehan diri. Apa-apa yang dijumpai dari tingkap ini boleh terjun kemana-mana tingkap apabila telah kita atau orang lain temui.

Saya tidak tahu tapi orang lain tahu(Blindspot).

-Tetingkap ini adalah paling bahaya. Siapa yang mahu orang lain tahu tentang dirinya yang dirinya sendiri tidak tahu?Jika perkara tentang diri kita dalam Blindspot itu adalah perkara yang elok, mungkin bukan masalah yang besar. Tapi, jika perkara itu adalah, perkara yang buruk, mungkin tak berapa elok untuk kita. Oleh itu, cubalah untuk mengurangkannya seminima mungkin denagn mengambil semua pandangan dari pelbagai orang(360 degree feedback).

SEDIKIT SELINGAN.

Ketika pensyarah aku membawa contoh American Idol sebagai contoh bagaimana orang mengetahui Blindspot mereka, aku terkejut apabila mendapati ada ramai jugak Americans yang tak suka menonton American Idol. Bila ditanya pada pelajar seramai lebih kurang 50 orang(dalam lecture hall itu) tentang siapa yang menonton American Idol, hanya seorang yang mengangkat tangan.

Perempuan yang mengangkat tangan itu pun kelihatan malu-malu untuk mengangkat tangan. Manakala yang lain tak mengangkat tangan ada yang mencebih pada perempuan itu. Kesian pulak aku tengok minah tu..Tapi, itu sekadar pemerhatian pada satu komuniti yang sangat kecil. Tak patut aku men’general‘kannya untuk seluruh Americans.Lagi pun, benda ni remeh je. Cuma dulu aku sangka Americans ni gila sangat tengok American Idol macam orang Malaysia tengok AF.

BLINDSPOT PADA AKU DAN BLOG INI.

Perkara ini mungkin juga sebagai kesimpulan pada apa yang aku bawakan di atas. Let’s go straight to the point. Mungkin dalam penulisan aku atau dalam blog ini, banyak benda yang aku tidak tahu dan korang tahu. Tidak kira lah perkara itu baik atau buruk. Ynag penting korang tahu dan aku tak tahu. Sangat bahaya jika aku terus menulis tanpa mengambi kira blindspot pada blog atau penulisan aku.

Apa yang aku minta cumalah jangan berdiam diri. Katakan apa saja yang korang rasa aku tak tahu dan korang tahu terutamanya pada tulisan aku.Dipersilakan untuk mengkritik, mengutuk dan memperbetulkan apa yang silap. Apa jua yang ditulis disini hanya dari seorang budak jahil yang memang selalu melakukan kesilapan. Yang penting anda dan saya cuba bersama-sama untuk memperbaiki kesilapan itu dan menegur antara satu sama-lain.

Sekain Wasallam.