ISRAEL: BEHIND THE WALL.

Mengakui Kelemahan Bukannya Susah.

Assalamualaikum.

Itulah salah satu sikap terbuka yang ditunjukkkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam pentadbirannya. Beliau mengakui yang program “Jumpa Sampah Kutip” yang dijalankan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam pada tahun lepas masih gagal mendidik rakyat untuk menjaga kebersihan. Begitu juga usaha dakwah yang selama ini cuba diterapkan dalm membentuk masyarakat yang cintakan kebersihan. Sehubungan dengan itu, beliau memohon kerjasama ibu bapa untuk turut sama mendidik anak-anak supaya tidak membuang sampah merata-rata.

“Anak perlu dididik supaya tidak membuang sampah merata-rata. Bubuh dalam supik (beg) plastik dan bila sampai di rumah baru buang di dalam bakul sampah,” kata Nik Aziz. – Bernama

Walaupun laporan akhbar mungkin (diulangi:mungkin) mahu menonjolkan imej kurang menyenangkan terhadap Kelantan, tapi bagi saya ia secara tidak lansung menonjolkan ketelusan kepimpinan negeri Kelantan. Jarang sekali ada kerajaan yang mempunyai kekuatan untuk mengakui kesalahan dalam program mereka. Kebanyakan kerajaan-kerajaan lain pula dilihat akan sedaya-upaya menutup kelemahan mereka dengan mengeksploitasi sepenuhnya media massa dan melakukan ’spin’ sebagai tampalan imej dimata rakyat. Malah ada pemimpin yang bersikap ‘elegant silence’ dalam menangani segala dakwaan yang ditujukan kepadanya. Lebih daripada itu, ada pemimpin yang juga tanpa segan silu membenarkan orang lain menjawab tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Title Bandar Raya Islam bukan bermakna bandar itu sempurna. Bukan bermakna bandar iu suci dari dosa. Bukan bermakna bandar itu bersih berseri disetiap sudut kawasannya. Mustahil untuk mencari satu bandar yang ‘maksum’. Walaubagaimanapun, suasana dan persekitaran bandar yang menjurus kepada Islam itulah yang menjadikan Kota Bharu istimewa daripada yang lain.

Kelemahan dan kekurangan dalam Bandar Raya Islam tetap ada. Cuma bagaimana cara kita mengangani masalah tersebut, itulah yang patut menjadi keutamaan. Kerajaan Kelantan telah berusaha kearah itu, cuma yang tinggal lagi adalah sokongan dari rakyat kelantan sendiri. Ayuh rakyat kelantan! Perbaiki dan pertingkatkan kemajuan fizikal dan rohani Kota Bharu agar ianya benar-benar dapat berfungsi sebagai Bandar Raya Islam yang menjadi contoh kepada banda raya lain yang selama ini hanya berkiblatkan kemajuan fizikal.

Sekian Wasallam.

Lessons From Syeikh Khalid Yasin.

Assalamualaikum.

Tulisan ini adalah sekadar cacatan dan perkongsian tentang apa yang saya dengar dan faham dari pada dua sesi(khutbah dan lecture) oleh Syeikh Khalid Yasin hari ini. Tulisan ini sekadar bukanlah sesuatu yang bulat-bulat keluar dari mulutnya, tetapi ia lebih bersifat pengolahan dan pemahaman saya. Bagi sesiapa yang mahu mengenali pendakwah ini dengan lebih dekat, mungkin laman ini boleh membantu. Antara syarahannya yang saya cadangkan untuk didengar dan dihayati adalah “The Purpose of Life“.

The best Khutbah ever.

Secara jujur, khutbah yang disampaikan oleh Syeikh Khalid hari ini adalah yang terbaik pernah saya dengar dalam hidup. Yang menjadikan ianya khutbah paling best bukanlah sekadar cara penyampaiannya, tetapi yang terbaik dari khutbah jumaat Syeikh Khalid adalah isinya yang begitu pedih terkena pada diri ini. Mungkin anda juga akan merasa perkara yang sama jika mendengarnya.

Dua isi penting yang masih saya ingat adalah memperkatakan tentang perkara ynag anda tidak lakukan dan agama sebagai ritual.

Terdapat sepotong ayat quran yang Syeikh Khalid bacakan untuk isi ini. Walaubagaimanapun, sudah terlupa trejemahan ayatnya secara tepat.Tapi saya pasti ramai yang dapat mengagak bagaimana maksud secara kasar ayatnya bila berbicara tentang memperkatakan perkara yang tidak kita lakukan.

Ramai antara kita yang semakin hari semakin bertambah ilmunya. Ceramah demi ceramah dihadirinya, forum demi forum disertainya, kursus demi kursus dihadirinya, dan kitab demi kitab ditelaa’hnya. Dalam erti kata lain, ilmu masing-masing semakin bertambah setimpal dengan usaha masing-masing. Sehingga masing-masing sibuk berbahas di sana-sini, berbicara tentang perkara khilaf, memperjuangkan penubuhan negara Islam, bercakap tentang Khilafah, berdiskusi tentang ilmu hadith dan lain-lain. Semua ni tak la salah..

Akan tetapi, bila sampai kepada peringkat pengamalan, tidak semua dari kita mempraktikkannya ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian. Sunnah Rasulullah s.a.w yang kita tahu tidak semua kita amalkan, good values yang kita teladani dari Al-Quran dan Rasulullah saw tidak dapat kita semaikan semaksima mungkin dalam kehidupan sebenar, dosa yang kita tahu pula kadang-kadang terlepas pandang atau buat-buat tak pandang.

Agama sebagai ritual adalah salah satu lagi perkara yang saya rasa terkena pada diri dan mungkin juga terkena pada anda sekelian. Semua di antara kita mengakui yang dirinya solat lima waktu, puasa, bayar zakat, bersedakah, membaca al-quran dan melakukan lain-lain ibadat. Tapi, setakat mana kita dapat memperbaiki diri kita hasil daripada ibadat ini? Setakat mana ibadat yang kita lakukan sehari-harian itu boleh mempengaruhi cara hidup kita? Jika ianya gagal membawa hidup kita kearah bertambah baik, ibadat kita selama ini mungkin ritual semata-mata tanpa penghayatan dan keikhlasan pada yang Esa.

Malah ramai yang menganggap tugas mereka sebagai muslim hanya sekadar solat, puasa, bersedekah, tahlil kenduri, mengaji Quran, baca surah Yasin malam Jumaat dan lain-lain sahaja. Bila semua dari perkara tadi selesai, mereka merasa tugasan mereka sudah selesai dan kembali pada kehidupan yang lain. Ada juga yang menyangka tugas mereka sekadar preaching people dan merasakan tugas mereka telah sempurna selepas preaching. I’m done!. Sedangkan banyak aspek dalam kehidupan mereka yang tidak selari dengan perkataan/seruan mereka terhadap orang lain dan tidak selari dengan apa yang mereka amalkan dalam ibadat.

bersambung….

Trade With China: Threat or Opportunity for Malaysia?

*This writing is taken from my English paper. InsyaAllah, after this I’ll post the argumentative part. This one is the interview part.

In order to answer the question above, I did an interview with Dr. David Hummels, an associate professor of economics at the economics department of Purdue University’s Krannert School. The interview was conducted in the early morning of March 26th in his small office in Rawls Hall. Dr. Hummel, who holds a PHD in economics from the University of Michigan, is definitely the right person to get information from since he has expertise in international trade and has published extensively in this area. Besides that, his experience as a visiting scholar, back in 2002, at the Asian Development Bank and International Monetary Fund also makes him the right expert to interview. During the interview, he answered all the questions very well and managed to give me a general idea of China’s future economic prospects. I started the interview by asking about China’s policies and country’s economic future before going on to discuss its effects on consumers and industrial players in other countries. At the end of the interview, he provided me with the actions that should be taken by the other countries’ governments in order to deal with China and create fair trade with this fast-developing country.

The interview was held in an informal way and Dr. Hummels treated me in a friendly manner. Before I started with my questions, we talked about his personal background and his experience in economics. A few minutes of introduction by him made me more eager to get as much information as possible from him. I started the interview by addressing some well-known advantages of China that attract investors, and then asked him what were the other policies that China practices. He said that the most important action that has been taken by China several years ago is to build export processing zones along the Chinese coast. In these economic zones, the Chinese government then provides the best infrastructure and practices a modern capitalistic system there. Moreover, according to him, China has generally liberalized its economic policies in these areas, which have substantially managed to attract foreign investors.

In Dr. Hummels’s opinion, even though China has a large population and excellent policies, it is not necessarily true that China is the best place to set up business. According to him, investors usually look at two things when it comes to starting a business: the market which they want to sell their goods in and the low-cost labor. China meets the first criteria, which has already attracted many investors years ago. However, in terms of low-cost labors, China’s competitiveness compared to other countries has started to wane. Even Vietnam and India have overtaken China in terms of labor cost in recent years. The reason for it is simple theoretically. He said, “As there are more foreign investments flowing in, the competition for workers will push up the wage rate that makes it costly for firms.” In conclusion, according to Dr. Hummels, it depend on firms whether to give priority for huge market or low-cost labor when setting up their business. If they think huge market is more important, China definitely is the best choice.

As the labor cost is rising in China, it also affects the price of goods that come from China into Malaysia. The rising cost of labor has a connection with the next thing that I asked him. I continued by giving him the situation in Malaysia right now, where cheaper goods from China are invading and then asked him whether this trend will continue. In Dr. Hummels’s opinion, the cheap goods will continue to invade Malaysia for years to come. But, it may not last forever for Malaysians. Part of the reason is labor cost, like he mentioned earlier. He also added, “When China started up, the industry mostly produced labor-intensive goods. Now, they are moving into the industry that requires a lot of capital, higher-skill workers and high technology like car manufacturing. This will gradually raise the production cost and cheaper goods may no longer be able to be produced if these production factors continue to be available at higher price.” At the end of his answer, he concluded by saying that whatever prospect for consumers in the future depends on Chinese whether they will completely transform their country’s economy to a high-tech industry or will still focus on labor-intensive industry.

Dr. Hummels also admitted that cheap Chinese products that we discussed earlier have created a tough competition for local industry players. At the end of the interview, I tried to get his opinions on the solutions for this problem. I gave him two solutions that are always advocated by the media, which are government interruption and WTO (World Trade Organization) control. Without hesitation, he disagreed with both of them by saying, “Such policies like protecting firms, setting up quotas and tariffs are generally disastrous for a country’s economy.” He added that what the government should do is just provide incentives that will convince the firms to invest. Some examples he gave are good infrastructure, good educational system to produce high skill workers and liberalize the economic policies. For the WTO issue, he stressed that WTO can only set up rules that all countries should abide by and the rules are only beneficial well if all countries follow them. He gave an analogy for this situation. WTO is like a town that has rules but no police officers to punish whoever violates the rules. He added, “The best way for WTO to create better trade now is to convince every country about the rules and try to get every country agrees with the rules.”

In a nutshell, the interview has helped me answer some of the questions and introduced me to new information that I think is very useful for my research. Dr. Hummels managed to give me a general idea about China’s advantages and its labor cost situation. He also told me that cheaper goods from China in Malaysia nowadays may not last forever. But, they still create a tough competition field for local industrial players. He agreed that governments should help by providing more incentives, not policy interruptions. At the end, he stressed the WTO’s role in order to create fair trade between countries.

Program Realiti TV di Itali.

Assalamualaikum.

Menurut laporan BBC, sebuah stesen TV di Itali yang dikenali sebagai Rai akan memberhentikan semua program realiti TV yang tidak berkualiti bermula tahun depan. Tindakan ini bagi saya agak mengejutkan disaat stesen TV di seluruh dunia termasuk di tanah air ghairah mengaut keuntungan dari rancangan sebegini.

Walaubagaimanapun, presiden Rai mengakui yang masyarkat Itali semakin bosan dengan program sebegini dan dibuktikan dengan penurunan rating pada 2 program realiti TV mereka, Big Brother dan Celebrity Island. Sekarang, mereka sedang berusaha menyiarkan rancangan yang lebih berkualiti. Mentor mereka adalah The Apprentice.

Berikut adalah beberapa komen sekitar Itali mengenai tindakan Rai:

“Reality television is a dinosaur,” – La Republicca.

“After all the vulgarity, all the swearing, and the smut, it’s time is finally coming to an end.”

“Reality TV shows put people into environments that are both unrealistic and coercive.And what inevitably results is unjustified and degrading behaviour. I don’t believe they are the type of shows the majority of our viewers expect or want from a public service broadcaster.” said Mr Petruccioli(Rai’s president).

Kini, rancangan realiti TV hanya boleh ditonton di stesen Mediaset, milik bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Dua rancangan yang telah disentuh tadi sebenarnya telah mendapat kritikan yang hebat di Itali kerana menggunakan bahasa yang kotor dalam rancangan mereka. Disember lepas kedua-dua rancangan tersebut telah didenda 100,000 Euro kerana pesertanya menggunakan perkataan yang menyentuh sensitiviti keagaaman masyarakat Itali.

SENARIO YANG AGAK BERBEZA

Di Malaysia pula ceritanya agak lain. Masyarakat di sana kebanyakannya tidak kisah samada realiti tv atau rancangan tv biasa yang dihidangkan kepada mereka berkualiti atrau tidak. Mereka tidak kisah jika terang-terangan rancangan TV yang dihidangkan pada mereka lebih berbentuk hedonisme semata-mata. Terus menyokong dan membuang undian walaupun jelas peserta-perserta realiti tv yang mereka puja itu bertasyabbuh dengan budaya barat dalam segenap aspek kehidupan. Mungkin golongan muda sekarang lebih minat mengundi di tv dari mengundi di peti-peti milik SPR. Munkin selepas ini proses pengundian pilihan raya boleh dijalankan menerusi sms.

Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur bila masih ada rakyat Malaysia yang sensitif dengan perkataan yang keluar dari mulut para artis pujaan mereka. Apabila ada rancangan yang membabitkan penghinaan pada agama, tindakan yang di ambil oleh pihak telivisyen sangat lembab. Mereka hanya menggantung rancangan tersebut dan artis yang melakukan penghinaan itu hanya digantung dari muncul di satu stesen tv. TV lain apa cerita? Bersetuju ke?

Sementara itu, Presiden stesen Rai itu juga menegaskan bahawa bukan semua realiti tv itu buruk. Mereka percaya dapat muncul kembali dengan program realiti tv yang lebih baik dan bermanfaat.

Ada benar juga pendapat presiden ini. Janganlah bila disebut kepada kita perkataan ‘realiti tv’, semua yang akan keluar di minda adalah negatif. Konsep realiti tv kadang-kadang amat berguna. Tapi, mungkin kerana terlalu sangat diaplikasi oleh golongan kapitalis yang sememangnya arif dengan nafsu manusia pada hiburan, ianya lebih banyak dilihat membawa keburukan.

Di Malaysia, anda boleh senaraikan semua realiti tv yang ada dan jumlah yang berasaskan hiburan pasti melambak. Oleh kerana saya sudah agak lama tidak menonton tv Malaysia, maka saya tidak begitu yakin untuk menyenaraikan semuanya di sini.

Walaubagaimanapun, rontoh rancangan yang berkualiti mungkin boleh saya sebut di sini walaupun tidak banyak. Rancangan yang berkonsepkan realiti tv seperti Akademi Al-Quran, My-Team dan Bersamamu sepatutnya diperbanyakkan lagi. Program yang mirip realiti tv (lebih bertujuan untuk mencari bakat) yang tidak disiarkan di tv seperti Cari Champion dan T-Team juga bagi saya adalah program yang berkualiti.

SEKADAR CADANGAN

Hiburan dan suka ria bagi saya sepatutnya tidak lagi menjadi asas untuk menerbitkan program realiti tv. Bukan saja atas alasan lambakan program sebegitu di tv, malah kerana program sebegitu bagi saya tidak mendatangkan sebarang faedah melainkan merehatkan minda semata-mata. Tapi, jika merehatkan minda sekalipun, jangan la sampai masa dihabiskan sehingga berjam-jam hampir setiap malam!

Saya mencadangkan penerbit tv untuk memikirkan mewujudkan program realiti tv berkonsepkan pertandingan reka cipta antara pelajar sekolah. Konsepnya mungkin sama dengan Tunas Saintis antara MRSM dan pertandingan Intel-ISEF yang diadakan setiap tahun. Cuma, para pelajar ini mungkin boleh dibawa membentangkan hasil kerja mereka di depan kamera tv berbanding membentangkan ciptaan mereka di hadapan juri. Ianya pasti lebih mencabar untuk mereka!

Mungkin juga realiti tv yang berkonsepkan kepimpinan anak muda juga boleh diterbitkan. Satu rancangan yang mengumpulkan mahasiswa dan mereka kemudiannya akan bersaing sesama sendiri menonjolkan bakat kepimpinan. Mungkin dari segi visi memajukan negara, kebolehan orator dan kemampuan menganalisis setiap aspek pentadbiran negara. Mungkin secara tidak lansung rancangan sebegini dapat mencari pelapis ataupun pengganti untuk Pak Lah. Cuma sangat mustahil untuk rancangan sebegini diluluskan memandangkan ianya pasti menyentuh banyak perkara yang tidak sehaluan dengan pemerintah yang mana perkara tersebut akan disiarkan seluruh negara.

Memang diakui bahawa menerbitkan rancangan hiburan tidak semudah apa yang difikirkan. Cuma, soal penerbit memilih hiburan sebagai asas utama rancangan realiti diharapkan tidak lagi timbul kerana selagi rancangan itu bermutu, penonton pasti akan meluangkan masa mereka.

Sekian Wasallam.

Kuantiti Bertambah, Kualiti Pula Macam Mana?

Assalamualaikum.

Seketika tadi saya membaca laporan akhbar yang mengatakan dua kolej universiti lagi telah dinaik taraf. Sama ada kita sedar atau tidak, jumlah universiti di Malaysia sudah mencecah 20 buah. Senarai penuh boleh dilihat di sini.

Sejak satu tahun yang lepas sahaja, jumlah universiti yang ditubuhkan samada melalui penaiktarafan(seperti UTHM, UMP, USIM, UMT,UniMAP) atau melalui penubuhan universiti baru(UDM, UMK), jumlahnya boleh dikatakan amat mengejutkan. Tidak seperti yang berlaku dalam awal kurun ke-21. Di negeri saya sendiri, Terengganu, bermula daripada tidak mempunyai satu pun universiti sejak berpuluh tahun lalu, alhamdulillah kami kini telah mendapat dua buah(UMT dan UDM) dalam tempoh setahun.

BEZA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI.

Saya sebenarnya masih lagi tertanya-tanya apakah beza antara dua institusi ini?Apakah garis panduan yang digunakan kementerian untuk menganugerahkan penaiktarafan sesebuah kolej universiti kepada universiti?

Jika di Amerika Syarikat, istilah University, Institute of Technology ataupun Polytechnic Institute tidaklah memberi apa-apa makna dari segi taraf. Semuanya sama. Cuma yang membezakan mereka adalah jumlah schools dalam institusi tadi dan bidang pengkhususan pengajian dan penyelidikan. Dan dalam kedudukan tahunan yang dikeluarkan agensi bebas di sini, terdapat banyak juga institusi biasa yang kedudukannya lebih baik dari universiti-universiti.

Tetapi di Malaysia, persepsi pelajar dan masyarakat terhadap kolej universiti atau kolej politeknik dilihat sebagai institusi kelas dua berbanding universiti. Jika tidak, mengapa sekian ramai orang yang akan menghamburkan pujian dan berbangga-bangga dengan institusi mereka bila dinaik taraf. Pensyarah, kakitangan dan dekan pula sibuk bercakap itu ini mengenai sasaran mereka untuk menaikkan institusi masing-masing. Seakan-akan semua orang mahu meninggalkan title kolej universiti itu.

Di Amerika Syarikat, belum pernah lagi saya terbaca berita tentang penaiktarafan sebegini. Sedangkan MIT yang telah sekian lama dikenali sebagai universiti terulung dunia belum lagi melucutkan title ‘institut teknologi’nya itu.

KUANTITI & KUALITI.

Saya memahami tanggungjawab kerajaan untuk memberi kemudahan pendidikan pada rakyat. Tiada sebarang bantahan bila kerajaan mahu menambah bilangan IPT di seluruh negara. Walaubagaimanapun, saya amat berharap kerajaan dalam amsa yang sama akan memikrikan mengenai soal kualiti yang terbukti masih lagi gagal ditangani sejak sekain lama. Lihat sahaja pada masalah graduan menganggur yang masih lagi tidak kelihatan jalan penyelesaiannya. Isu graduan mengganggur hanya sebahagian juzuk kecil dari penilaian untuk sesebuah universiti.

Apa yang lebih penting bagi saya adalah akhlak dan mentaliti pelajar-pelajar universiti sendiri. Tiada gunanya mendabik dada mengatakan kita berjaya melahirkan beribu graduan sedangkan dalam masa yang sama akhlak para graduan lebih teruk dan kelihatan tidak bertamadun. Tiada beza antara graduan dengan mereka yang tidak ke menara gading. Tiada gunanya nama gah sesebuah universiti jika maksiat di sekitar kampus subur. Orang yang berilmu secara mudahnya dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Kes-kes maksiat di sekitar kampus dan bandar-bandar universiti sepatutnya mencapai tahap paling minima kerana ianya didiami oleh manusia berilmu dan manusia yang bergelumang dalam budaya ilmu. Tapi, senario sekarang sudah berbeza. Kesuburan maksiat di kawasan universiti sama naik dengan apa yang ada di bandar-bandar.

TANGGUNGJAWAB VS JANJI POLITIK.

Suka saya sentuh sedikit di sini mengenai sikap kerajaan yang sekali lagi dilihat double standard pada negeri yang kebanyakan penduduknya tidak menerima mereka. Jika menag pilihan raya dan berjaya menubuhkan kerajaan negeri, maka universiti akan dibina. Jika tidak perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut.

Ini sepatutnya adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Tidak patut sama sekali ianya dijadikan alat ugutan politik diambang pilihan raya untuk mengambil kesempatan atas harapan rakyat untuk melihat satu universiti tertegak di negeri mereka.

Walaubagaimanapun, kesediaan kerajaan pusat untuk membina universiti di Kelantan walaupun gagal memerintah tetap perlu diberi pujian. Diharapkan impian rakyat kelantan akan direalisasikan tidak lama lagi seperti mana yang telah diperolehi rakyat Terengganu.

RANKING ANTARA UNIVERSITI

Satu lagi perkara yang membuatkan saya tertanya-tanya adalah tentang keengganan kementerian pendidikan membuat perbandingan atau mewujudkan ranking antara IPTA dan IPTS tempatan. Perkara ini bukan sahaja berlaku pada IPT, malah sekolah-sekolah juga tidak lagi dibandingkan dalam keputusan SPM.

Sedar atau tidak, perbandingan antara IPT tempatan tetap akan berlaku apabila ranking antarabangsa dikeluarkan oleh Times Higher Education Supplement setiap tahun. Masing-masing sibuk mencongak bagaimana untuk menaikkan ranking universiti masing-masing.

Saya tidak nampak satu keburukan pun melainkan akan ada satu persaingan yang sihat untuk menambah baik kualiti jika kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa yang akan menilai setiap IPT tempatan dan mengeluarkan senarai ranking rasmi setiap tahun. Suasana persaingan yang sihat sebegini bagi saya amat penting untuk mencapai impian kerajaan selama ini untuk melihat ranking universiti-universiti tempatan naik di peringkat antarabangsa.

Secara amnya, isu yang mebabitkan institusi pengajian tinggi tidak boleh dipandang remeh oleh semua. Mahu juga saya melihat generasi muda satu hari nanti memilih universiti tempatan sebagai destinasi utama untuk melanjutkan pelajaran berbanding universiti luar negara. Mahu juga saya melihat universiti-universiti di Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan universiti-universiti di Singapura.

Sekian Wasallam.

Mengapa Manusia Mudah Berubah?

Assalamualaikum.

Perubahan memang tak kenal orang. Tak mengira anda berasal dari mana. Tak mengira anda bersekolah dari mana. Sedar tak sedar, memang sudah ramai rakan-rakan sekolah dahulu yang sudah berubah. Tapi, jangan la hanya melihat pada mereka yang berubah kearah yang negatif sahaja. Alhamdulillah, yang berubah pada yang positif juga ada. Aku memang patut memberi kredit pada mereka ini. Jika dulu, dialah kaki jiwang karat, leka dengan perempuan sehingga pandangan rakan diabaikannya. Tapi alhamdulillah, Allah bukakan pintu hatinya untuk membawa Islam. Sekarang ini dia menjadi penggerak agama di tengah kampus yang subur dengan maksiat.

Yang berubah dari baik kepada kurang baik juga ada. Tapi, aku tak rasa perlu diulas disini kerana memang tak membawa apa-apa faedah dan anda semua juga boleh melihat sendiri contoh yang banyak diluar sana. Dugaan di luar alam persekolahan memang kuat. Kebebasan yang diperolehi kadang-kadang disalah guna. Jika di alam persekolahan, mereka masih lagi dibawah jagaan ibu bapa atau guru-guru sekurangnya. Tapi, bila sudah berada di menara gading tiada siapa lagi yang mengongkong. Anda nak bangun pukul berapa, takde siapa yang peduli. Anda mahu keluar bila, lantak pi la. Anda mahu keluar dengan siapa, tiada siapa yang kisah. Anda mahu belajar ke tak, itu anda punya pasal. Anda tak belajar, anda yang terima pasal sendiri nanti. Rakan-rakan anda kebanyakanya tak merasa pun mereka ada kepentingan.

Yang mengongkong anda mungkinlah assignment yang bertimbun-timbun dan demerit jika tidak hadir kuliah. Dugaan sekarang ini bukan lagi hanya pada pelajar-pelajar yang berada di luar negara. Yang tempatan pun tak kurang hebat juga dugaannya. Kadang-kadang perubahan yang dialami pelajar universiti tempatan selepas keluar alam persekolahan lebih mengejutkan lagi.

Walaubagaimanapun, kita harus menerima yang semua manusia akan berubah. Jarang yang kekal pada takuk lama. Cuma soalnya bagaimana mereka mencorakkannya. Aku juga ingin berubah. Berubah pada yang lebih baik. Tapi, berubah seperti ini tidak la semudah disangka. Tak sama dengan tajuk diatas. Hanya Allah yang berkuasa sama ada kita berubah ke arah mana. Tiba masa kita akan terserlah juga perubahan itu. Walaupun kita mungkin tidak menyedarinya, tapi orang lain mungkin. Yang paling mungkin adalah ibu bapa kita.

Cuma, bagi sesiapa yang menyedari ada perubahan pada dirinya yang tidak sepatutnya berlaku setelah keluar dari alam persekolahan, cuba-cuba la cari dimana silapnya. Jika terasa kebebasan itu sudah berada sepenuhnya di genggaman, ingatlah yang kita masih berada dibawah kawalan Illahi.

Bagi sesiapa yang menyedari kawan rapatnya mengalami perubahan yang tak sepatutnya, cubalah bawa dia balik semula ke pangkal jalan.

Saya jarang menghayati bahan-bahan sastera. Tapi, untuk kali ini, saya rasa pantun ni mempunyai makna yang sangat mendalam. Tanpa mengira dari mana latar pendidikan anda, ambil la pengajaran daripadanya.

———————————————————————————————————-

*Sumbernya tidak dapat dinyatakan disini.Harap maaf.

Bertudung labuh ayu sentiasa,
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang ni gaya ‘hebat-hebat’ belaka,
Entah bila nak ‘ayu’ semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
“Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?”

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk “engkau ni skema”

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
“Alah, aku banyak kerja lain laa…”

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak ……… berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi’il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
“Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?”

Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
“Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!”

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

———————————————————————————————————–

Sekain Wasallam.