Assalamuaalaikum.
Banyak sekali cakap-cakap mengenai Proton sejak akhir-akhir ini selepas syarikat itu terus mencatatkan kerugian untuk suku ke empat kewangannya. Sedang syarikat lain seperti MAS(walaupun denagn penjualan aset) dan Bank Islam terus mencatatkan pemulihan, nasib Proton pula berbeza sama sekali. PM pula digambarkan sedang ‘menekan’ Proton supaya melakukan pemulihan sedangkan beliaulah yang sepatutnya ditekan terlebih dahulu supaya memilih rakan strategik untuk Proton secepat mungkin. Memang benar. Buat keputusan tidak boleh tergesa-gesa. Tapi, buat keputusan tidak boleh juga dalam keadaan sangat rileks seakan-akan kita sedang tidur.
Janji terus ditaburkan. Sebelum ini kerajaan pernah berjanji mahu mencari rakan strategik sebelum 31 Mac. Tapi selepas dua bulan, rakan starategik belum ditemui. Malah calon yang paling berpotensi, Volkswagen, telah menamatkan rundingan. Sekarang ini mereka berjanji pula untuk mencari rakan strategik dalam masa 3 bulan. Sama-sama kita nantikan samaada kerajaan mampu atau tidak memenuhi janji itu, atau akhirnya Proton akan ‘dijual’.
Dalam pada itu, selepas menelusuri satu thread di MYKMU tentang proton, dapat la gambar ini yang sedikit menarik perhatian aku. Kata mereka, inilah model yang bakal dikeluarkan Proton. Tarikh pelancaran tidak pula mereka nyatakan. Sejauh mana kesahihan gambar ini tidak dapat dipastikan. Cuma aku paparkan di sini sekadar berkongsi kerana design kereta ini agak cool walaupun ada mirip Gen-2.
Sekian Wasallam.
p/s: Teringin nak tengok Proton keluarkan satu model SUV atau MPV. Asyik buat kereta je.

