NCER.

Assalamualaikum.

Heboh satu dunia yang Malaysia telah melancarkan projek mega kedua kali ini di bawah Peradana Menteri ke-5, Pak Lah. Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) nama diberi. Hampir serupa dengan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) yang kemudiannya ditukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar-WPI (Iskandar adalah sempena nama sultan Johor). Bagi make up kemelayuan orang kata.

Apapun, aku bukan nak bantah projek mega ni. Malah aku harap sangat projek ini akan berjaya satu hari nanti setelah RM177 billion dilaburkan untuknya. Apatah lagi projek ini melibatkan dua negeri yang majoriti penduduknya adalah melayu dan kedua-dua negeri itu turut berada di belakang dari segi kadar kemiskinan. Malah bilangan isi rumah dalam kategori miskin tegar di Kelantan yang dipimpin pembangkang adalah lebih rendah daripada Perlis.

Jika WPI dikatakan akan menukarkan kawasan segitiga Johor yang kebanyakannya mempunyai pasarana perbandaran menjadi satu megapolis seperti Shanghai, NCER pula digembar-gemburkan akan menukar lanskap negeri-negeri jelapang padi di utara menjadi hab pertanian moden. Fokus kedua-dua projek nampaknya tidak sama.

Apa yang menarik lagi projek NCER memasukkan elemen penyelesaian masalah sosial yang mana aku tidak ketemu penekanan unsur ini dalam WPI. Sedangkan WPI bagi aku lebih memerlukan penekanan sebegini berdasarkan statistik dan laporan masalah sosial di kawasan selatan tanah air yang dikatakan lebih tinggi.

Apapun aku amat berharap kerajaan tidak meneruskan dasar penjajah British yang ‘berat sebelah’ pada pantai barat sahaja. Aku amat berharap projek mega sebegini dapat sama-sama diadakan di pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Jika di zaman penjajah dahulu, alasan kekurangan bahan mentah mungkin boleh diterima untuk mereka tidak memajukan Pantai Timur. Tapi dalam dunia hari ini yang mana ekonomi berasaskan pengetahuan pula memainkan peranan, apakah alasan yang kerajaan ada untuk tidak menyeimbangkan jurang kemajuan antara pantai barat dan pantai timur?

Atau mungkin kerajaan telah mempunyai perancangan untuk melakukan pembangunan mega yang sama di Pantai Timur. Tetapi mahu menjadikannya sebagai umpan memancing rakyat Kelantan dan Terengganu dan memasukkannya ke dalam manifesto Barisan Nasional pada PRU-12 nanti. Sama-sama kita nantikan.

Sekian Wasallam.

Proton In The United States?

Membaca satu berita di sini membuatkan aku berfikir sejenak. Mampukah aku melihat kereta buatan negara sendiri berada di negara orang yang selama ini dipandang begitu gah dengan industri automotifnya. Mereka di UK telah melihat dan merasainya. Bagaimana dengan harga jika ia mahu dipasarkan di sini? Walaubagaimanapun aku pasti tidak mampu memilikinya.haha. Mungkin memandunya di sini sebagai kereta sewa sudah cukup untuk memberi satu kepuasan. But, I doubt whether car rental companies out there would use Proton models as their rental cars. Whatever…Best of luck for Proton in its trial and I really hope that dream would come true. 8)

Video from NTV7

Malaysia Tackles Its Street Children.

Video dari Al-Jazeera yang mengisahkan penubuhan pusat kebajikan kanak-kanak jalanan yang mendapat bantuan daripada kerajaan Malaysia. Adakah Malaysia menghalalkan pelacuran yang dengan hanya memberi bantuan kepada kanak-kanak ini tetapi tidak pada ‘ibu-ibu’ mereka? Seakan-akan kerajaan berkerjasama pula dengan ibu-ibu mereka, di siang hari mereka dibawa ke pusat ini untuk belajar kemudian di malam hari mereka dipulangkan kembali ke ‘rumah’.

Nasib Ko La Buku.

Assalamualaikum..

Terkejut aku membaca berita pengenalan buku kain menggantikan bantal busuk bagi memumpuk minat kanak-kanak membaca (boleh rujuk Utusan Malaysia online 28 Ogos 07).

Kadang-kadang manusia mahu menjadi kreatif. Tetapi bila terlalu kreatif masalah juga. Agak-agak burung gagak la (pinjam kata-kata Aduka Teruna) Datuk Shahrizat. Takkan buku mahu disamatarafkan dengan bantal yang mahu dibawa tidur dan digigit begitu sahaja oleh kanak-kanak. Mana rasa hormat kita pada buku yang menjadi sumber ilmu?

Nak memupuk minta membaca memang tersangat la elok. Tapi jangan sampai dalam masa yang sama pula memupuk pada anak-anak kecil sikap tidak hormatkan ilmu walaupun ilmu itu sekadar ABC, 123 ataupun Alif, Ba, Ta!

Bila dikatakan ‘b#$^^&’(pinjam kata-kata DSAI) pasti ada yang marah. Memang mereka tidak patut digelar sedemikian rupa kerana mereka semua mengaji tinggi. Tapi dimanakah common sense mereka pada ilmu!

Kalau pembangkang pula, mungkin mereka akan mencurigai kos pembuatan buku itu yang dijual pada harga Rm 50.00 sebuah setebal 16 muka surat kain! Syarikat yang menerbitkannya pasti mendapat hasil jualan yang tinggi kerana 30,000 unit telah dictek setakat ini, bersamaan Rm 1.5 juta hasil jualan(jika berjaya dijual semua). Jika sesiapa yang selalu membeli buku kertas, bolehlah membuat perbandingan jumlah buku dan muka surat yang anda mampu beli dan baca dengan kos sebuah buku kain itu!

Kerajaan mahu menyemai budaya ilmu pengetahuan, tapi dalam masa yang sama menyemai budaya hedonisma keterlaluan dengan program realiti TV dan karnival negeri selama berminggu-minggu. Jika ditanya kanak-kanak zaman sekarang, macam siapakah yang mereka mahu jadi apabila besar nanti? Pasti tidak kurang yang akan menjawab nama-nama artis segera hasil program realiti TV. Dalam masa yang sama, tidakku nampak usaha kerajaan mahu memupuk dalam jiwa kanak-kanak ini nama-nama tokoh ilmuan dahulu dan sekarang yang boleh mereka jadikan idola. Sukar memupuknya? Jika kita boleh menjadikan penyanyi sebagai idola kanak-kanak, tidak mustahil perkara yang sama boleh dilakukan pada ahli akedemik.

Jika kerajaan atau ibu bapa sanggup berbelanja besar untuk buku sebegini, mengapa tidak mengambil kira projek sebegini? Sangat berbaloi bagi aku.Capaian maklumat lebih meluas menjangkaui 7 unit buku kain dan lebih bersifat interaktif pada kanak-kanak.

Sekain Wasallam.