Masjid Yang Mesra.

Assalamualaikum.

Hari ini suka aku mahu berkongsi satu artikel tulisan Kapten Hafiz Firdaus mengenai hukum masuk masjid bagi non-muslim, wanita haid, orang yang junub dan syarat-syarat memasukinya.

Artikel tersebut boleh dibaca di sini.

Apa yang mahu aku sentuh kali ini adalah perbezaan Masjid di Amerika dan di Malaysia. Kalau sesiapa yang ada menonton Jejak Rasul As-Salam episod ke-3, pasti dapat membayangkan jerih kepayahan umat Islam di Amerika berusaha untuk membina Masjid. Dana pembinaanya terpaksa dikumpul sesama mereka. Jika bernasib baik, ada hartawan dari negara arab atau di Amerika sendiri yang akan menderma. Tiada peruntukan khas dari kerajaan untuk membina masjid dan sekolah agama seperti di Malaysia. Bagi aku, mungkin faktor ini yang menyebabkan mereka amat menghargai masjid yang mereka miliki dan akan menggunakan sebaik mungkin masjid ini untuk kepentingan komuniti mereka sendiri atau pun untuk kepentingan dakwah pada komuniti non-muslim di sekeliling.

Masjid di kampus aku pula hanya dibina kira-kira 9 tahun lalu dan ini merupakan kejayaan yang besar dalam gerakan persatuan muslim di sini. Saiznya agak kecil jika mahu dibandingkan dengan masjid di Malaysia dan mungkin kalau di Malaysia masih layak untuk dipanggil surau. Dan sekarang ini komuniti muslim di kampus universiti aku sedang giat semenjak tahun lalu mengumpul dana untuk membina Islamic School bagi menyekolahkan anak-anak mereka sepenuhnya dengan pendidikan Islam.Tanahnya sudah ada cuma dananya sahaja yang masih belum mencukupi untuk meneruskan projek itu. Satu lagi projek penting yang dirancang komuniti muslim di sini adalah pusat dakwah (lebih kurang macam ni namanya.nama spesifik aku dah tak ingat) berdasarkan lokasi universiti aku yang sangat strategik di antara dua bandar besar(megapolis).

Jika sesapa datang kesini pasti merasakan suasananya tidak sama seperti kebanyakan masjid di Malaysia. Kanak-kanak berkejaran di masjid dan ada bayi yang dibiarkan bermain di depan ayahnya yang sedang bersembahyang. Malah ada yang cuba naik kebelakang ayah mereka yang sedang sujud. Diamalysia jarang sekali suasana sebegini dapat dilihat. Ibu bapa lebih berminat ‘menyimpan’ anak mereka di rumah dari membawa ke masjid. Malah ada ibu bapa yang memberi alasan terpaksa menjaga anak di rumah dan tidak dapat ke masjid.

Kadang-kadang di masjid di sini akan dikunjungi oleh non-muslim yang mahu berkenalan dengan Islam. Biasanya mereka hadir ketika waktu solat dan duduk dibelakang sambil memerhatikan jemaah bersembahyang. Tidak pula mereka dihalau atau dikenakan pelbagai syarat untuk masuk ke Masjid. ‘Syarat tidak rasmi’ yang aku perhatikan bagi non-muslim masuk ke masjid di sini hanyalah berpakaian dan berkelakuan sopan serta membuka kasut. Malah di bulan Ramadan seperti ini mereka akan diajak untuk turun sama menikmati iftar bersama-sama jemaah. Menerima layanan sama seperti yang diperolehi seorang muslim. Mereka juga akan dibekalkan dengan bahan penerangan percuma tentang Islam yang terdapat di satu sudut masjid.

Itu tadi hanyalah beberapa contoh yang menunjukkan kemesraan dan keterbukaan masjid di Amerika. Bandingkanlah keadaannya dengan masjid di negara kita. Sebelum berundur, saya cadangkan juga artikel ini untuk renungan semua.

Sekian Wasallam.

As-Salam USA.

Episod pertama dokumentari Jejak Rasul di USA. Lepas korang tengok episod ni, tak lah makan daging burger tu saje-saje je. At least tahu la jugak sejarah dan sumbangan syarikatnya.

Women & Power.

Here is the list of 100 Most Powerful Women by Forbes. According to Forbes, the ranking score is based on visibility in the press and economic impact. My attention is on Hillary Clinton who’s at #25. She’s surely has a big chance to jump up to #1 spot next year. Btw, wife of the Emir of Qatar, Sheikha Mozah Nasser Al-Missned, also managed to get into the list at #79. I just get to know her last week from Hugh Miles’s Al-Jazeera. Even though being the second from three wives of the Emir, she managed to make numerous contributions to Qatar’s society especially in education field. Let’s compare her to our own flower-obsessed first lady. Maybe we should give her more time to show her true color. Their honeymoon period is not yet over. Melalut la pulak..