Blogging again. But now I have my own domain. Too many reasons it took for me to rationalize this purchase.
Actually, I need to write something to sharpen my English. It has been 6 months since I wrote a complete essay for my writing class. Now my English, that’s already lousy, becoming very lousy. I don’t have to take writing class anymore. I’m not sure whether it’s a good or bad thing for my writing health. The same goes to science. No more physics, chemistry or biology though I’m majoring under school of science. The leftover are math, stat and some accounting classes.
Before proceed with the next post, I kindly ask you guys to correct any grammatical or spelling errors present in my writings. Do not hesitate and do not afraid to do so. I beg you this time. I can’t make an excuse like the one that was given by Sheikh Shpendim Nadzaku since my English is not as good as his. Those who attended his talk know what’s the excuse.
Realizing that I’ve spent several dollars on this side, I have to make full use of it. So, let’s state briefly what I’m going to do here:
1) To improve my rusty English.
2) To update on a regular basis about my life in the States.
3) To express my humble opinions on current issues.
Menonton perlawanan football antara #1 OSU vs #25 PSU semalam membuatkan aku tartanya-tanya berapa besarkah PSU punya Stadium. Memang kelihatan tersangat besar stadiumnya jika dilihat dari kaca TV.
Setelah ‘google’ aku mendapat tahu bahawa Beaver Stadium ni mampu memuatkan 107,282 penonton. Stadium kedua terbesar di Amerika Utara dan keenam terbesar di dunia. Semua maklumat boleh diperolehi di Wikipedia.
BEAVER STADIUM
Bayangkan, daripada 10 Stadium terbesar di Amerika Utara, 9 daripadanya adalah digunakan oleh NCAA punya football teams. Dengan kata lain stadium-stadium ini adalah berada di bawah pentadbiran universiti. Malah 4 dari 10 Stadium terbesar di dunia adalah merupakan venue untuk college football. 3 daripada 4 ini pula adalah venue untuk pasukan Big Ten Conference.
Bayangkanlah bagaimana mereka mampu memenuhkan stadium-stadium sebesar 80,000 ke 100,000 kapasiti setiap kali perlawanan tanpa mengira samada pasukan kesayangan mereka form atau tak form, bermain di liga atasan atau liga bawahan. Lebih mengkagumkan stadium yang bersaiz sebegitu besar mampu dipenuhkan walaupun populasi universiti-universiti itu sendiri hanya separuh dari kapasiti stadium mereka.
MICHIGAN STADIUM
Begitulah besarnya acara college football di Amerika. Pada aku semua ini tidak akan mampu dicapai mereka melainkan ianya satu budaya dan semangat kesukanan yang sangat tinggi. Usah bandingkan dengan Malaysia. Satu negara dengan pupolasi 26 juta rakyat pun belum tentu dapat memenuhkan Stadium Bukit Jalil yang hanya berkapasiti 80,000 bila berlansungnya perlawanan bolasepak melibatkan pasukan kebangsaan mahupun perlawanan akhir Piala Malaysia.
Tiada apa yang mahu ditulis mengenai isu ini. Sekadar mahu berkongsi temuramah menarik NST dengan Datuk Mazlan Othman. Temuramah ini secara tak lansung menyingkap sejarah industri aeroangkasa tanah air. Boleh baca di sini.
Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini. Mohon maaf atas segala kekasaran selama aku menulis di sini.
Aku jarang bercerita tentang hal ehwal harian aku di blog ni. Tapi, untuk raya kali ini aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman aku. Pengalaman beraya di perantauan bukan la menarik sangat. Tapi aku nak berkongsi jugak moga mereka yang berada di tanah air akan lebih bersyukur dapat beraya bersama keluarga.
Khamis (10/11/07)
Selepas pulang dari Wal-Mart, aku menerima berita yang mengejut dari sahabat aku yang mengatakan hari raya di komuniti kami jatuh pada esok hari(12 Okt). Aku bagaikan tidak percaya kerana sebelum itu aku teramat yakin yang hari raya akan jatuh pada 13 Oktober berdasarkan pengumuman yang dibuat seminggu lebih awal oleh ISNA. Bilapun tarikhnya aku tetap terima. Selepas sahaja memastikan berita itu tepat dari website MSA, kami serumah terus merancang persiapan yang perlu dibuat. Seperti tahun lepas, kami memutuskan untuk memasak rendang dan nasi impit. Aku bergegas berbasikal meredah kesejukan malam menuju kedai untuk mendapatkan beberapa paket daging untuk memasak rendang. Malam itu kami ber’gotong-royong’ memasak. Walaubagaimanapun, aku terpaksa menarik diri lebih awal memandangkan kerja rumah bahasa arab belum lagi siap dan aku perlu tidur awal untuk bangun ke kelas pada 7:30 pagi esoknya. Menurut kawanku, mereka selesai masak pada pukul 2 pagi. Rasa bersalah pulak.
Jumaat ( 10/13/07)
Aku bangun sedikit lewat pada jam 6:30 memandangkan hari ini tiada lagi sahur. Selesai sahaja bersiap dan solat subuh aku bergegas ke kelas Mgmt pada pukul 7:30. Sepanjang kelas, aku gagal menumpukan sepenuh perhatian memikirkan sambutan raya hari ini. Selesai sahaja kelas pada jam 8:20, aku bergegas balik ke rumah sebelum bertolak untuk ke lokasi solat sunat aidilfitri dengan menaiki kereta.Solat sunat aidilfitri berlansung pada pukul 8:45. Dek kerana kalut untuk ke sana, aku terlepas dua sunnah ketika hari raya-mengenakan pakaian yang terbaik dan makan sebelum menunaikan solat. Kami tiba di lokasi solat agak lewat sehingga terlepas satu rakaat.
Khutbah raya pula seperti biasa dan diselitkan masej yang sama seperti tahun lepas di mana tok khatib menyeru seluruh komuniti berganding bahu menjayakan perojek Islamic School. Cuma yang aku agak sakit hati dengan sikap jemaah perempuan yang sangat bising di bahagian mereka ketika imam sedang membaca khutbah. Kalau yang bising adalah kanak-kanak aku mungkin boleh lagi memahami. Mereka tidak menghiraukan lansung akan amaran dari tok khatib yang terpaksa memberhentikan khutbah untuk menegur. Keadaan selepas tok khatib menegur tiada bezanya. Sungguh biadap!
Selesai khutbah raya, aku duduk bermaafan sambil bergambar bersama pelajar melayu dan makan sebelum pulang semula ke rumah. Pagi raya diteruskan dengan agenda makan hidangan yang kami sediakan semalam. Hanya 10 minit sahaja diluangkan untuk makan di rumah. Aku bergegas untuk ke kelas arab pada pukul 10:30. Kelas aku berakhir di tengah hari. Pulang ke rumah, semua tetamu sudah pulang. Rendang yang di masak semalam dan kuih raya (kebanyakannya di kirimkan oleh mak kawan aku dari Malaysia) pun sudah hampir habis.
Solat Jumaat berlansung seperti biasa di Masjid kat tepi rumah aku. Kehadiran jemaah agak sedikit berbanding solat aidilfitri tadi. Dan yang pasti khutbah jumaat pada tengah hari itu lebih tenang tanpa riuh rendah kaum hawa. Selepas solat, petang raya ku habiskan dengan membelek buku ekonomi dan meyelesaikan tugasan grading kertas homework.
Malam itu, senior perempuan ada mengadakan rumah terbuka. Tapi aku terpaksa membatalkan hasrat berkunjung kesana mengingatkan janjiku pada mak untuk menelefonya di pagi raya.
Itulah serba sedikit catatan sambutan hari raya aku tahun ini.
Berbeza sekali dengan raya di kampung. Jika raya dua tahun lepas, perut diisi sepuas-puasnya. Semua makanan ada..Yang paling aku suka adalah tapai. Duit raya pun aku masih lagi dapat dua tahun lepas. Tak tahu la apa sebabnya orang masih bagi duit raya kat aku walaupun umur dah masuk 18 ketika tu. Dan juga dapat bertemu sanak saudara yang dah setahun tak jumpa.
Aku tak pasti sama ada catatan ini dapat memberi manfaat atau tak kepada yang membacanya. I hope it does.
Dah hampir sebulan setengah aku belajar subjek linear algebra ni. Tetapi oleh kerana kelajuan pembelajaran yang terlalu pantas dan sikap aku sendiri yang suka skip bahagian-bahagian yang kurang penting dalam buku teks, aku terlepas pandang satu perkara asas dalam subjek ini yang mana bagi aku harus kita sebagai umat Islam tahu. Lebih-lebih lagi untuk muslim yang mempelajari linear algebra. Perkara tu betul-betul terletak di perenggan pertama isi buku teks linear algebra yang aku pakai sekarang.
Berikut adalah perenggan pertama buku teks itu:
Jadi mulai hari ini, bila aku ke kelas tak ada lagi rasa rendah diri dan memandang tinggi pada bangsa mat saleh dalam kelas aku kerana apa yang mereka pelajari selama ini adalah hasil dan sumbangan daripada ketamadunan dunia Islam.
Satu perkara lagi, alangkah malangnya nasib aku kerana hanya menyedari kehebatan ketamadunan ini setelah sekian lama. Seakan-akan sumbangan ini cuba dipadam dan tidak diberi pengiktirafan sewajarnya. Ataupun sumbangan ini tidak penting dalam prosos pembelajaran? Bukan la aku tak tahu tentang sumbangan ini. Cuma ‘alertness’ kurang. Tak dinafikan perkara ini disentuh dalam kelas pendidikan Islam. Tapi setakat mana sangat hasilnya jika perihal tokoh-tokoh itu di’compile’ dalam satu bab subjek pendidikan agama. Berbeza jika ianya disentuh sekali ketika mempelajari subjek sains dan matematik. Bandingkan dengan nama-nama tokoh sains barat yang kita kenal.
Sebut sahaja kepada murid umur 12 tahun akan nama-nama seperti Alexander Graham Bell, Henry Ford, Thomas Alva Edison, Wright Brothers dan Neil Armstrong. Pasti ramai antara mereka yang mengenali mereka. Dan tak lama lagi nama Dr Sheikh Muszaphar pula akan meniti di bibir mereka (walaupun hanya melancong ke angkasa). Masakan tidak Nama-nama besar dari barat itu diajar sejak dari darjah 3 sekolah rendah lagi sedangkan nama-nama cendekiawan Islam diajar ketika akhir tingkatan 5 sekolah menengah. Di situ mungkin boleh dijadikan bukti bahawa penekanan dan acuan yang mahu diberikan oleh sistem pendidikan negara lebih menghala ke barat.
Bagi yang dah tahu dan sedar tentang sumbangan cendekiawan Islam, yang penting bagi kita adalah bagaimana mahu mengembalikan kegemilangan dan sumbangan kita pada dunia sains dan matematik?
Pasti ramai yang boleh memberi jawapan bla bla bla….