Harapan Baru Untuk Terengganu.

Berakhirnya sebuah krisis

Semoga Menteri Besar baru Terengganu akan melaksanakan apa yang dijanjikan beliau ini. Dan semoga apa yang terjadi di Malaysia dan Terengganu khususnya menjadi pengajaran yang amat bermakna untuk beliau.

Projek besar dikaji semula

KUALA TERENGGANU 30 Mac – Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said memberi jaminan kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan beberapa projek besar di negeri ini sekiranya ia benar-benar dianggap tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata, pentadbiran baru akan memastikan hanya projek yang dirasakan benar-benar bermanfaat akan diteruskan manakala yang dianggap tidak berfaedah akan digantikan dengan projek lain.

‘‘Insya-Allah, saya akan lihat keseluruhan senario pembangunan Terengganu terlebih dahulu dan akan teliti keperluan utama rakyat sebelum membuat sebarang keputusan.

‘‘Kita akan meneliti apa yang mereka hendak daripada kerajaan, bukan kita beri pada rakyat apa yang kita rasa ada dan boleh beri.

‘‘Contohnya, kita ada projek pembangunan yang hebat tetapi akhirnya rakyat menolak. Itu tiada makna dan pembangunan yang dijalankan tidak datangkan manfaat kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya di Kampung Teluk Kalong.
-Utusan

baca lagi di Utusan

Harapan aku kepada beliau tak banyak. Untuk Datuk Ahmad, perintahlah negeri dengan adil tanpa membeza-bezakan rakyat mengikut kaum atau fahaman politik. Kedua, bantulah rakyat untuk mencapai pembangunan yang seimbang melengkapi duniawi dan ukhrawi. Seterusnya, agihkanlah pembangunan secara seimbang ke seluruh pelusuk negeri dari utara (Besut) hingga ke selatan (Kemaman). Dan terakhir, layanilah pembangkang di Dewan Undangan Negeri dengan sebaik-baiknya dan berilah perhatian sewajarnya kepada kritikan mereka demi kebaikan rakyat.

Sekian.

Bergerak Di Alam Maya.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ISR telah berjaya dilaksanakan di Midwest dan East region dengan selamat. Harapnya, peserta ISR telah memanfaatkan program yang telah dianjurkan oleh MISG itu. Memang..jarang sekali ahli-ahli MISG dapat berkumpul di lokaliti untuk menganjurkan majlis ilmu.

Walaubagaimanapun, aku tidak berpeluang untuk menghadirkan diri ke ISR UIUC (lokasi ISR paling dekat dengan Purdue). Tetapi siaran lansung yang diusahakan MISG baru-baru ini membolehkan aku mengikuti sebahagian perjalanan ISR terus dari Urbana-Champaign. Sekalung tahniah aku ucapkan pada team Lujnah Informasi dan sesiapa jua yang terlibat dalam mengusahakan siaran lansung itu.

Siaran lansung itu merupakan siaran lansung yang pertama kali dibawa oleh MISG. Walaupun pertama kali, ianya tidak sama sekali mengecewakan. Dengan kelancaran siaran, chat box, dan juga maklumat yg berkaitan dengan topik yang sedang dibincangkan dibekalkan terus kepada penonton menerusi caption di bahagian bawah skrin, semuanya memang cukup membantu ketika menerusi ceramah. Jumlah penonton yang mengikuti siaran ini juga agak membanggakan. Angka yang tertinggi setakat pemerhatian aku pada hari itu adalah 32 orang.

Siaran secara lansung memang menjadi pilihan masa kini. Malah ceramah-ceramah agama dan politik di tanah air juga telah mula menggunakannya sejak dulu lagi. Tapi kualiti siaran yang pertama dari MISG ini berani aku katakan jauh lebih baik dari apa yang ada di Malaysia. Mungkin dari segi angle kamera video masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki.

Tidak dinafikan, kekangan jarak beratus-ratus batu antara universiti-universiti kami menjadi halangan utama untuk ahli MISG berkumpul bersama. Dalam setahun, hanya beberapa peluang(ISR,IFR,STC,Muktamar) untuk mereka bertemu dengan pertemuan utama adalah di Muktamar yang diadakan pada cuti musim sejuk.Walaubagaimapun, alhamdulillah, MISG telah berjaya mengeksplotasi halangan ini dengan menguatkan gerakan mereka di alam maya. Bak kata slogan yang popular di Terengganu-”Tiada Halangan, Hanya Peluang!”

Buktinya?

Secara pemerhatian kasar aku, kurang jemaah pelajar Malaysia di luar negara yang mempunyai rangkaian web seperti yang dimiliki MISG. Dari MISGOnline, lahirlah beberapa ‘anak’nya yang lain. Contohnya: Forum MISG, Radio MISG, MISGPodcast, MISG Toolbar , MISG Store, MISG Library, dan banyak lagi bahagian-bahagian lain dalam MISGonline sendiri.

Ini belum lagi dikira dengan blog-blog kumpulan usrah pelajar Malaysia di lokaliti masing-masing. Belum juga lagi dikira dengan MISG Production di Youtube, MISGNET Yahoo Group, mahupun FlickrMISG. Malah RadioMISG sekarang mempunyai DJ Asan dan DJ Faidz yang secara sukarela ke udara dari jam 8:00pm higga 9:00pm est(8:00am hingga 9:00am waktu Malaysia). Sesi ini digunakan mereka untuk berceloteh serba-sedikit tentang perkembangan MISG dan bertukar-tukar pandangan dalam isu-isu semasa.

Tujuan aku menulis sebegini bukanlah mahu mengatakan MISG sudah lengkap segala-galanya di alam maya dan jemaah pelajar Malaysia yang lain pula kurang bergerak di alam maya. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma aku harap MISG sendiri akan mempertingkatkan lagi gerakan di alam maya dan ahli-ahlinya sendiri berusaha untuk memanfaatkan sepenuhnya medium yang ada di alam maya ini. Aku yakin Lujnah Informasi akan terus keluar dengan produk-produk baru walaupun tahun demi tahun tulang belakang mereka seorang demi seorang pulang ke tanah air. Ini bukanlah menjadi masalah besar. Bak kata orang, ‘patah tumbuh hilang berganti’.

Dan aku juga amat berharap, jemaah pelajar Malaysia yang lain dapat mengikut jejak langkap MISG. Jangan pandang rendah pada kemampuan dakwah di alam maya. PRU-12 telah membuktikan kemampuan gerakan kempen politik di internet. Malah Perdana Menteri kita sendiri mengakui bahawa kekalahan partinya sedikit sebanyak disebabkan mereka memandang remeh kempen di alam maya. Memang, kempen dakwah tiada ukuran yang tepat seperti kempen pilihan raya. Tapi aplikasi dan golongan sasarnya hampir serupa. Sekali lagi-”Tiada Halangan, Hanya Peluang!”.

Sekian Wasallam.

Posted in MISG. 3 Comments »

Kepulangan Sultan Disambut Meriah.

Only 2 things I can say here. I’m proud to be a Terengganuian and we, the Teregganuians, are proud to have you as our king. Long live the King!

10,000 People Turn Up To Welcome King At KT Airport

KUALA TERENGGANU, March 29 (Bernama) — About 10,000 people turned up at the Sultan Mahmud Airport here to welcome the Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, when the king flew in here from Kuala Lumpur Saturday.

They arrived as early as 7.30am, carrying with them banners and placards and yellow flags in an expression of support for Tuanku Mizan, who is the Sultan of Terengganu, and gathered outside the airport terminal building.

Many of the people also lined both sides of the road leading out of the airport for a distance of about one kilometre.

Shouts of “Daulat Tuanku” (Long Live His Majesty) reverberated around the airport soon after the king’s special aircraft touched down at the airport at about 10am.

Tuanku Mizan was accompanied by the President of the Regency Advisory Council, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, on the flight from Kuala Lumpur. Tuanku Mizan was welcomed upon arrival by Regency Advisory Council member Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail, Menteri Besar Datuk Ahmad Said, state assemblymen, heads of departments and senior government officers.

Former menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, who is the assemblyman for Jerteh, was not seen at the airport.

The “doa selamat” prayer was recited after the arrival of Tuanku Mizan.

Tuanku Mizan, who was visibly moved by the show of support, waved to the people before getting into his car.

The king continued to wave to the people as the car pulled out of the airport terminal building and, at times, also shook hands with the people lining the road as the car moved slowly away. Tuanku Mizan had returned to Terengganu to participate in the FEI/ISN/EAM-Malaysia Endurance Circuit 2008 at the Terengganu International Endurance Park in Lembah Bidong, Setiu, which is scheduled to begin at 4pm.

Thirty minutes before the king arrived, the Regent of Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, arrived in another special aircraft accompanied by another Regency Advisory Council member, former Federal Court judge Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Tengku Muhammad Ismail waited for the arrival of his father before proceeding together to the palace.

The welcome ceremony for Tuanku Mizan was organised by the Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) for the people to express their undivided support for the king.

Two days ago, Mampat launched a signature campaign to enable the people pledge their loyalty to the Sultan of Terengganu. People in the state had also affixed yellow ribbons on their vehicles to express their support for Tuanku Mizan.

– BERNAMA

Photos taken from BuletinOnline.net

more photos at Amdang’s blog.

Daulat Tuanku!

sumber: http://mampat.blogspot.com/

*patik takde kereta, so tak dapat la nak ikat riben kuning. Tapi sokongan untuk Tuanku tak pernah luntur!

Munajat Perdana Rakyat Terengganu.

sila klik pada banner
MUNAJAT PERDANA RAKYAT TERENGGANU
MEMOHON KEBERKATAN DAN KEDAULATAN
KDYMM TUANKU AL-SULTAN DAN NEGERI TERENGGANU

Dipimpin Oleh;
YBhg. Datuk Sheikh Ismail Mohamad Al-Hafiz

Pada : 27 Mac 2008 (Khamis Malam Jumaat)
Masa : 8.30 Malam (Solat Isya’ Berjemaah)
Tempat : Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

SEMUA RAKYAT TERENGGANU DIJEMPUT HADIR
*anjuran NGO Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat)

Tahniah!

Berjalan-jalan di blog Judin, aku terjumpa angka-angka ini:

Berikut merupakan senarai 7 teratas sekolah-sekolah terbaik dalam pencapaian SPM 2007:

1. MRSM LANGKAWI 1.4458
2. SM SAINS SEREMBAN (SASER) 1.5
3. MRSM TUN GHAFAR BABA (JASIN)1.6084
4. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)1.665
5. MRSM TAIPING 1.6816
6. MRSM PENGKALAN CHEPA 1.6835
7. SM Sains Alam Shah (ASIS) 1.688

Agak outdated angka-angka di atas. Mungkin pilihan raya umum menyebabkan aku terlepas pandang. Minggu lepas, aku banyak mengikuti analisa keputusan PRU dari mengikuti analisa keputusan SPM. Apapun, sekalung tahniah buat warga MRSM PC terutama sekali guru-guru yang tak pernah jemu mendidik adik-adik dan menaikkan nama maktab.

Hadiah Untuk Rakyat.

Assalamualaikum.

Tengah hari tadi aku menonton siaran ulangan Buletin Utama. Agak terkejut bila mana berita sukan iaitu perlawanan bola sepak antara Kedah dan Perak di Stadium Darul Aman masuk ke ruangan berita utama. Dan waktu ini juga buat pertama kalinya aku melihat kelibat YB Khairy Jamaluddin yang menyepi sejak dua minggu lalu di mana ketika itu beliau sibuk dengan kempen ‘Pade Doh’ di Kelantan. Isu yang timbul tak lain dan tak bukan ialah isu pemberian tiket percuma untuk perlawanan tersebut.

Tak disangka, cempedak jadi nangka. Tiket yang disangka dapat mengembirakan hati rakyat, telah menajdi duka kepada sebahagian dari mereka. Memburukkan keadaan, FAM, melalui YB Khairy Jamaluddin(Timb Pres FAM), dikatakan akan mengambil tindakan keatas FA ekoran melanggar kontrak kejohanan. Sejauh mana tindakan FAM selepas ini akan sama-sama kita saksikan.

Alhamdulillah.Tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tiada yang tercedera ketika merebut tiket percuma. Tiada penyokong yang bertindak liar akibat tidak berjaya mendapatkan tiket.

Tidak dinafikan niat murni kerajaan negeri Kedah melalui KFA mahu membalas dan menghargai undi rakyat terhadap mereka pada PRU 12 tempoh hari. Tapi bagi aku, bentuk hadiah yang tidak betul dibimbangi boleh mencemarkan imej kerajaan negeri.

Di Kedah semalam contohnya. Adakah adil tiket(baca: hadiah) dibahagikan hanaya kepada penyokong bola sepak sedangkan yang memilih kerajaan adalah rakyat marhaen negeri Kedah? Bagaimana pula dengan mereka yang datang dari jauh tetapi terpaksa pulang hampa akibat kehabisan tiket? Bolehkah konsep ’siapa cepat, dia dapat’ yang diguna pakai oleh kerajaan Kedah pada malam itu? Adakah semua ini selari dengan manifesto PAS, ‘Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih. Menuju Negara Kebajikan’.

Mungkin kerajaan Kedah mahu menujukkan yang mereka juga menyokong perkembangan pasukan bola sepak Kedah yang sememangnya semakin kukuh di peringkat nasional. Tetapi, itu sahajakah caranya? Mengapa tidak kerajaan negeri tawarkan imbuhan pada pengurusan dan pemain setimpal dengan pencapaian mereka? Mengapa tidak Ustaz Azizan sendiri turun ke padang bersama pemain, memberi kata-kata semangat dan tazkirah barang sedikit pada pemain.Atau beliau dan exco kerajaan turun bersama peminat ke stadium setiap kali perlawanan? Cool bukan? Jika itu boleh dilakukan, tidak ada sebab hati peminat bola sepak Kedah tidak dapat ditambat.

Begitu juga di Pulau Pinang dan Perak dimana hadiah pembatalan saman oleh majlis tempatan. Mengapa begitu tergesa-gesa melakukan sesuatu perkara yang tidak terdapat manifesto? Mengapa hadiah itu hanya diutamkan pada mereka yang melakukan kesalahan, tidak pada rakyat yang patuh dengan peraturan terutamanya yang telah mengundi mereka tempoh hari?

Di Kelantan, lain ceritanya. Tiada hadiah istimewa pada rakyat walaupun negeri ini juga bermanifestokan negera kebajikan dalam kempen PRU 12dan diserang hebat parti lawan dengan pelbagai janji pembangunan. Yang dijanjikan hanyalah kesinambungan pemerintahan yang lepas dan meneruskan agenda kerajaan yang dahulanya dengan mendukung prinsip adil dan amanah.

Pada pendapat aku, kerajaan di 4 negeri yang berubah tangan kepada BA harus fokus dahulu pada janji-janji dalam manifesto pilihan raya. Usah terburu-buru menabur hadiah yang nikmatnya hanya sementara dan dirasai segelintir golongan sahaja. Rakyat hanya mahu melihat apa yang dijanjikan sebelum pilihan raya sebab janji-janji itulah yang mendorong mereka berubah angin. Buktikan dahulu bahawa anda mampu lakukan yang lebih baik daripada kerajaan sebelumnya. Bukan dengan menunjukkan diskriminasi dalam pemberian ‘hadiah’ untuk rakyat.

Sekian Wasallam.

Mesin Carian Islamik.

Assalamualaikum.

Hari ini sekadar mahu berkongsi satu mesin carian Islamik Alwahy. Ianya mirip google. Lengkap dengan carian gambar, video, berita, dan audio. Juga lengkap dengan messenger, akaun email dan laman membeli-belah.

Yang penting, laman ini mengandungi video-video kuliah, artikel-artikel Islam dan siaran lansung TV Islam dari seluruh dunia.

Memandangkan ianya baru sahaja dimulakan pada Ramadan yang lepas, masih banyak lagi kekurangan dalam laman ini. Hasil cariannya masih lagi tidak sehebat google. Tidak boleh disaring mengikut selera pengguna. Interfacenya juga masih belum cantik dan licin. Terlalu banyak lagi ruang untuk diperbaiki jika mahu bersaing dan mendapat tempat.

Kepada kawan-kawan, jika masih belum terbuka hati dan terasa berat meninggalkan google untuk bertukar homepage kepada Alwahy, sekurang-kurangnya bookmark dulu laman ini. Cuba dulu. Kata orang, tak kenal maka tak cinta!

Sekian Wasallam.

Affirmative Action in Malaysia.

Race & Politics.

Assalamualaikum.

It has been a month since I posted an entry that shares something about American politics. Of course the 12th general election in Malaysia has taken a lot of my blog’s space. Now, let’s put our attention back to America by watching a video of another great speech from Barack Obama. This video has been viewed by more than 1.5 million people after been uploaded onto Youtube yesterday. Opss…I’m not campaigning for him. I just want people especially young generation of Malaysia to look at the ways most of American politics speak and address the issue.

Back in Malaysia, the issue of race is very controversial and it’s hard to deny that Malaysian political parties are now searching for a new formula that can tackle this issue after seeing the aftermath of 12th general election. From my observations, I think Malaysians have several leaders like him who can address the race issue deeply and maturely. However, as we all know, their speeches cannot be viewed in TVs or be heard on radio stations. For me, they can only be heard by the ‘Netizens’ on Youtube and some other online TVs.

Malaysian politics is still far away compared to America’s. But, the results of 12th general election give us hopes. With the Parliament now becomes more racially diverse and balanced in the number of MPs from both the government and the opposition, I hope Malaysia would have a better landscape of parliamentary debate for years to come.

Ok la..I end my short post with a quote from CNNpolitics.com on Obama.

Wasallam.

Who can honestly argue that black America is not today contributing mightily to its own social, cultural and economic decline?

Who can honestly argue that white America has not been willfully blind and too often complicit in the injustices that continue to be visited upon people born with darker hue or stranger accent?

Who will have both the courage and the commitment to the promise of universal justice and equity that undergirds our country, to call upon the nation to move beyond the divisive rhetoric of racial “one-upmanship” and to embrace the challenge of fulfilling that promise?

Apparently a junior senator from Illinois by the name of Barack Obama.