Antara Lawan Dan Kawan.

Jarang berita sebegini keluar di media. Tapi aku amat suka jika ianya lebih kerap disiarkan agar menjadi ikutan pada rakyat biasa terutamanya mereka yang menjadi penyokong kuat sesebuah parti politik. Kerana bagi aku yang jadi masalah adalah pabila pengikut dalam parti politik yang terlalu taksub dan bemusuhan sesama mereka yang berlainan parti. Sedangkan pemimpin-pemimpin mereka di atas hanya berbeza dari segi ideologi sahaja.

Ini dia petikan dari HarakahDaily mengenai suasana di hari pertama perbahasan di Parlimen.

Sementara itu, suasana di luar Dewan Rakyat juga tidak kurang meriahnya, ramai yang tertumpu kepada skrin-skrin televisyen yang disediakan di Lobi Parlimen untuk mendengar perbahasan yang pastinya hangat dan membuatkan jantung sentiasa bergerak laju.

Kelihatan beberapa Ahli Parlimen keluar masuk dewan, dan ada juga yang sempat menjengah Kafeteria bagi membasahkan tekak menikmati sarapan pagi dalam suasana yang agak sibuk.

Antara yang kelihatan di Kafeteria ialah, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang duduk bersama bekas Ahli Parlimen BN Ketereh, Dato’ Mohd Alwi Che Ahmad.

Seketika ternampak kelibat Presiden PAS yang keluar dari Dewan Rakyat dan terserempak dengan Presiden MIC, Dato’ Seri S.Samy Vellu.Mereka bersalaman sambil jurugambar dari pelbagai media tidak henti-henti mengambil gambar mereka berdua.

Spontan dari mulut Samy menanyakan khabar kepada Presiden PAS, dan mereka kelihatan cukup mesra tanpa sebarang rasa prejudis walaupun dalam politik mereka bermusuh.

Presiden PAS seterusnya diberi laluan oleh Samy untuk ditemuramah wartawan-wartawan yang sememangnya menanti ulasan Presiden PAS itu mengenai beberapa isu yang sedang melanda negara hari ini terutamanya isu Melayu dan Islam.

Tiru Macam Doktor.

Guan Eng: Politicians should learn from doctors
PENANG: Politicians should learn a thing or two from doctors, said Chief Minister Lim Guan Eng.

He said doctors saved everyone’s life regardless of where they came from.

“They don’t ask which political party you are from before they treat you,” he said in his speech at the Malaysian Medical Association (Penang Branch) 25th Anniversary Dinner and Dance on Saturday. Lim said that the time for politicking was over as the election was over and it was time for everyone to work together to serve the people.

“In the past few days, my appointment of someone from across the political divide has created a controversy that has had the entire Federal Government’s top leadership pointing their guns at the Penang state government,” Lim said, citing the issue of the appointment of former Gerakan deputy secretary-general Datuk Lee Kah Choon to posts in two state economic development agencies.

“I believe that if we serve the public, our highest calling is the people and not only the party we represent. The new state government is willing to accept anyone regardless of race, religion, gender or political affiliation as long as they are eager to serve.

“If we can cut across the political divide, we can create a more inclusive and united society that allows everyone to prosper and participate,” Lim said.

Behind The Scene

The Audacity of Hope.

A video that plays some of the inspiring excerpts from Obama’s famous speech at the 2004 DNC in Boston.

If you notice, Obama also touches on the concept of unity in his speech. A unity called ‘One America’. It’s kind of like what Ustaz Has writes here. Let me quote the most interesting part in his article.

Tetapi busuk-busuk Eropah, biar pun dengan ideologi yang pelbagai, mereka mampu bertolak ansur dengan sentimen masing-masing terhadap sempadan negara. Mereka mampu membentuk Kesatuan Eropah. Kita yang Muslim dengan satu Tuhan, satu Rasul, satu Kitab dan satu Syariat itu, mampukah satu itu menghasilkan Kesatuan?

And this one is a quote from the speech. I’m just trying to reflect it with what we have in Malaysia.

That is the true genius of America, a faith — a faith in simple dreams, an insistence on small miracles; that we can tuck in our children at night and know that they are fed and clothed and safe from harm; that we can say what we think, write what we think, without hearing a sudden knock on the door; that we can have an idea and start our own business without paying a bribe; that we can participate in the political process without fear of retribution, and that our votes will be counted — at least most of the time.

Definitely, we don’t have most of the freedoms mentioned in the paragraph. I keep on dreaming that one day Malaysians will enjoy such freedom.

Btw, do you think Obama’s speech is a mere rhetoric?

Kembalikan Hak Rakyat Ganu.

Bak kata orang puteh, ‘so far, so good”.  Sekali lagi, aku bersetuju dengan kenyataan terbaru Menteri Besar baru aku ini.

Ahmad Said Minta Kerajaan Pusat Serah Kembali Royalti Minyak

KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) — Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 2000 dan kemudiannya digantikan dengan DKKP, diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini.

“Kita berharap bahawa kalau boleh Kerajaan Pusat kembalikan royalti itu, kita cakap terus teranglah…tidak boleh selindung lagi. Kita mengharapkan duit (royalti) dapat kepada kita,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selepas PAS mengambil alih pemerintahan di Terengganu apabila memenangi pilihan raya umum 1999, Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ehsan yang disalurkan terus kepada rakyat menerusi projek pembangunan, dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, sejak DKKP diperkenalkan semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.

“Ada projek yang kita rancang… kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat.

Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya.

“Ini yang menjadi masalah… sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

“Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah,” katanya.

Ahmad berkata jika Kerajaan Pusat menyerahkan kembali hak pengurusan DKKP, ia akan memudahkan kerajaan Terengganu membuat perancangan tentang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan berbanding keadaan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu.

Katanya kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah. – BERNAMA

Capai Kecemerlangan Sebenar Dengan Mengimani Qada’ dan Qadar.

Waktu Malaysia jam 10:00am hari Ahad

Juga boleh didengari melalui RadioMISG

Jumpa di sana!!

Gempa Bumi.

Ketika aku sedang nyenyak tidur….

5.4 earthquake rocks US Midwest, no early reports of damage or injuries

WEST SALEM, Illinois: A 5.4-magnitude earthquake that appeared to rival the strongest recorded in this area of the Midwest rocked people hundreds of miles away early Friday, surprising residents unaccustomed to such a powerful temblor.

The quake shook skyscrapers in Chicago’s Loop, 240 miles (385 kilometers) north of the epicenter, and in downtown Indianapolis, about 160 miles (260 kilometers) northeast of it. There were no early reports of injuries or significant damage.

The quake just before 4:37 a.m. (0937 GMT) was centered 6 miles (11 kilometers) from West Salem, Illinois, and 66 miles (106 kilometers) from Evansville, Indiana. It was felt in such distant cities as Cincinnati, Milwaukee, and Des Moines, Iowa, 450 miles (725 kilometers) northwest of the epicenter, but there were no early reports of injuries or significant damage.

“It shook our house where it woke me up,” said David Behm of Philo, 10 miles (16 kilometers) south of Champaign. “Windows were rattling, and you could hear it. The house was shaking inches. For people in central Illinois, this is a big deal. It’s not like California.”

(IHT)

Read here

Perubahan Positif

Alhamdulillah..Walaupun belum genap sebulan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said, mengangkat sumpah, telah ada beberapa perubahan positif yang dilaksanakan beliau. Terima kasih dan tahniah untuk Datuk! Perubahan seperti inilah yang dinantikan oleh rakyat Terengganu selama ini.

Di bawah, aku petik beberapa petikan akhbar tentang perubahan yang terkini di Terengganu.

1. Tiada lagi hadiah dan layanan karpet merah.

“Menyediakan cenderamata kepada pembesar hanyalah satu budaya…kita rasa tak payahlah sediakan…lebih baik peruntukan bagi menyediakan cenderamata itu dibelanjakan untuk kegunaan lain yang lebih utama dan mustahak.

“Kita dah isytiharkan agar sebarang bentuk cenderamata tidak perlu disediakan penganjur sama ada untuk Menteri Besar ataupun Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang diundang merasmikan sesuatu majlis,” katanya.

(Utusan Malaysia)

2. Penghapusan sewaan meter air mulai 1 Mei

“Di Terengganu, kita mampu melaksanakan projek-projek besar. Kenapa kita tidak boleh hapuskan bayaran sewaan meter air yang dipasang di setiap rumah rakyat negeri ini sebanyak 80 sen sebulan”

(Bernama)

3. Kenaikan imbuhan kecemerlangan

“Sebelum ini pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang memenangi APC hanya menerima sijil kecemerlangan dan imbuhan berbentuk wang tunai berjumlah RM5,000. Mulai tahun ini, selain hadiah menunaikan haji, kerajaan negeri juga bersetuju menaikkan kadar wang tunai daripada RM5,000 kepada RM7,500.

“Kerajaan negeri bersetuju menggantikan wang tunai berdasarkan perbelanjaan semasa ke Tanah Suci kepada pegawai serta kakitangan yang menolak untuk menunaikan haji untuk kali kedua,”

(Berita Harian)

Oh ya! Datuk Ahmad juga telah dijemput untuk menjadi panelis di forum “Islam Yang Adil” anjuran PUM Johor. Harapnya, Datuk Ahmad Said akan menerima jemputan ini dan menggunakan kesempatan ini untuk mewakili rakyat Terengganu dan menangkis segala tohmahan yang dilemparkan ke atas beliau selama ini. Baca lagi mengenai forum tersebut di sini.

Kecewa.

Tinggal satu lagi perlawanan sebelum melangkah ke suku akhir kejohanan Intramural. Tapi malangnya, panas tak sampai ke petang, hujan turun di tengah hari. Cabaran Rebong FC berakhir begitu sahaja.

Keseluruhan musim bola sepak untuk aku tahun ini sangat mengecewakan apabila semua pasukan pilihanku gagal dalam semua kejohanan. Itulah bolasepak, ada kalah, ada menang. Tak mengapalah.. Mungkin aku boleh bagi tumpuan yang lebih selepas ini pada peperiksaan akhir sem yang akan bermula 28 April ini dan berakhir 2 Mei. Dan Ini juga bermakna semua pemain-pemain Rebong berpeluang hadir ke end of semester BBQ anjuran Pumsa Ahad ini.

Untuk Rebong FC, teruskan perjuangan. Midwest Games masih ada!

Berita Terkini: Kemenangan Rebong FC ditarik balik.
Written by #23

Purdue COREC hari ini bertindak menarik balik kemenangan 4-1 Rebong FC malam tadi atas alasan menggunakan pemain yang sudah beraksi untuk pasukan lain, sekaligus membatalkan penyertaan Rebong FC ke pusingan ketiga dalam Kejohanan Intramural 2008.

The Captains, yang tewas 1-4 malam tadi, sebaliknya diberi kemenangan percuma 1-0 dan melayakkan diri ke pusingan seterusnya menentang pasukan Pi Tau Soccer Team, Ahad ini.

Keputusan mengejut tersebut diterima oleh ketua pasukan Rebong FC pagi tadi. Keputusan tersebut menamatkan terus cabaran Rebong FC dalam Kejohanan Intramual untuk musim 2008 ini.

Posted in Life. 8 Comments »

Values

Taken from the second chapter of The Audacity of Hope entitled ‘Values’.

It’s not a question we ask ourselves enough, I think; as a country, we seem to be suffering from an empathy deficit. We wouldn’t tolerate school that don’ teach, that are chronically underfunded and understaffed and underinspired, if we thought that the children in them were like our children. It’s hard to imagine the CEO of a company giving himself a multimillion-dollar bonus while cutting health-care coverage for his workers if he thought they were in some sense his equals. And it’s safe to assume that those in power would think longer and harder about launching a war if they envisioned their own sons and daughters in harm’s way.

I believe a stronger sense of empathy would tilt the balance of our current politics in favor of those people who are struggling in this society. After all, if they are like us, then their struggles are own. If we fail to help, we diminish ourselves.