Sakit!

Hari ini, harga minyak di stesen minyak sudah mencecah $4.00 per gallon. Tiada tanda-tanda sejak awal Mei yang harganya akan turun sedikit. Terus melonjak adalah. Esok insyaAllah kami akan ke SIU bagi menghadapi Midwest Games. Perjalanan selama 6 jam kali ini tentu sekali akan membakar duit berbanding setahun lepas.

Di Malaysia, bila minyak mentah naik atau turun, berapa ramai sangat yang mahu peduli. Yang peduli hanya kerajaan yang terpaksa menanggung subsidi bebillion-billion ringgit. Tapi rakyat bersyukur ke dengan nikmat harga minyak yang dikawal di Malaysia? Bagaimana nak bersyukur dengan nikmat harga minyak yang sentiasa berada pada paras terkawal?

Entah..aku pun tak tahu.

Minyak melambung – Cecah AS$135 setong ekoran kebimbangan kurang bekalan
LONDON 22 Mei – Harga minyak mentah dunia terus meningkat lagi hari ini mencecah paras ketinggian baru melebihi AS$135 (RM432) setong ekoran kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan.

Minyak mentah Brent North Sea melonjak ke paras tertinggi baru kepada AS$135.13 (RM432.41) setong dan penanda aras pasaran, harga minyak berkualiti tinggi Light Sweet New York merekodkan harga tertinggi baru pada AS$135.09 (RM432.28 ) setong.

Harga minyak di pasaran hadapan telah meningkat lebih daripada satu pertiga sejak awal tahun ini apabila ia buat kali pertama mencapai paras AS$100 (RM320) setong.
Ini berikutan ketidaktentuan senario politik di negara pengeluar minyak, pengurangan stok bahan tenaga, keengganan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkatkan pengeluaran, permintaan tinggi dari negara-negara Asia serta kelemahan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

-UTUSAN

Tiga Cawan Teh.

Malu dan kagum. Dua perkataan ini sahaja yang dapat menggambarkan perasaan aku bila membaca kisah seorang pendaki gunung, Greg Mortenson yang berusaha dalam misi keamanannya tersendiri di Pakistan dan Afghanistan menerusi Central Asia Institute.

Kisah perjuangan beliau bemula setelah beliau gagal dalam pendakiannya menuju puncak K2. Setelah terselamat dari pendakian yang hampir meragut nyawanya, beliau tinggal di Korphe, sebuah perkampungan di utara Pakistan. Melihat kedaifan penduduk kampung itu, beliau telah mengikat satu janji dengan mereka. Janji yang disemat ketika beliau di kampung itu untuk membina sekolah bagi mendidik kanak-kanak di kampung itu telah mengubah hidupnya sama sekali.

Lebih mengkagumkan bila melihat usaha beliau yang merentasi sempadan agama dan bangsa. Teramat malu rasanya bila mengetahui ada seorang American yang sanggup turun padang membina sekolah bagi membebaskan kanak-kanak muslim Pakistan ini dari belenggu kemiskinan dan keganasan. Sedang dalam waktu yang sama masih ada orang Islam yang memandang Amerika sebagai satu subjek yang negatif secara total.

Banyak dugaan dan penentangan yang dihadapinya sama ada daripada kalangan rakyat Amerika sendiri setelah berlakunya peristiwa 9/11 mahupun dari ulama syiah dan sunni yang mengeluarkan fatwa bagi menghalang tugas-tugas kemanusiaan beliau. Nasib baik la ada Syed Abbas, seorang ulama yang berfikiran terbuka dan dan berpandangan jauh. Beliau seharusnya dijadikan contoh oleh ulama-ulama lain.

Kisah beliau juga mengajar bagaimana usaha yang bermula dari akar umbi sebenarnya lebih berkesan jika mahu dibandingkan dengan kerja yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Di Pakistan, bukannya semua tempat tiada sekolah. Tapi dek kerana karenah birokrasi dan korupsi. Banyak sekolah yang tidak berjalan, kemudahan sekolah tak lengkap, guru tidak bergaji dll. Dalam pada itu, sekolah yang dibina oleh Greg Mortenson bersama orang tempatan memakan masa yang lebih singkat untuk dibina, kos yang lebih rendah dan kualiti yang lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah yang dibina oleh kerajaan Pakistan mahupun UNICEF.

Membaca buku ini membawa aku pada satu perspektif lain mengenai usaha melawan keganasan. Berbeza sekali usaha yang dilakukan Greg Mortenson dengan kempen melawan keganasan yang diwar-warkan oleh pakcik Bush yang telah menelan trillion dollar.

Greg Mortenson bukan sahaja berusaha membantu kanak-kanak dan masyarakat ini secara membabi buta begitu sahaja. Segalanya dilakukan beliau sebaik mungkin hinggakan beliau berusaha memahami kebudayaan dan adat resam masyarakat Islam di sempadan Pakistan-Afghanistan dan masuk ke dalam masyarakat untuk menjadi sebahagian dari mereka.

Oh ya! Apa kaitan kisah beliau dengan tajuk buku ini (Tiga Cawan Teh)? Hurm..takkan semua nak bagi tahu kot..bacalah sendiri.

Do Not Expect Gratitude From Anyone.

Very meaningful paragraphs from La-Tahzan. Just wanna share them with you guys here as they can be good reminder for us to be a grateful servant to Allah swt and also a grateful person to the people around us especially our parents.

So be at peace if you are requited with ungratefulness for the good you have done. Rejoice in your knowledge that you will be rewarded from the One who has unlimited treasurers at His disposal.

This is not to say that you should refrain from performing acts of kindness towards others: the point is that you should be mentally prepared for ingratitude.

Perform acts of charity seeking Allah’s pleasure, because with this attitude you will assuredly be successful. The ungrateful person cannot really harm you: praise Allah that the person is transgressor and that you are the obedient servant. Also, remember that the hand that gives is better than the hand that receives.

We only feed you for Allah’s sake; we desire from you neither reward nor thanks [76:9]

Many people are shocked at the nature of ingratitude in others, as though they had never come across this verse and others like it:

And when affliction touches a man, he calls on Us, whether lying on his side or sitting or standing; but when We remove his affliction from him, he passes on as though he had never called on Us on account of an affliction that touched him; thus that which they do is made fair-seeming to the extravagant.[10:12]

Hence do not be in a state of agitation if you give someone a pen as a gift and he uses it to satirize you, or if you give someone a walking stick to learn upon and he strikes you with it. As I pointed out earlier, most human beings are ungrateful to their Lord, so what treatment should you or I expect?

Satu Perbualan Bersama Dr Ingrid Mattson.

Sebelum memulakan pembacaan buku ini, aku membuat sedikit ‘google’an untuk mengenali penulisnya dengan lebih dalam. Alhamdulillah, terjumpa video ini.

Agak panjang, tapi tak rugi meluangkan satu jam menonton dan mendengar pandangan dari tokoh muslimah dari Amerika utara ini.

Antara yang disentuh oleh beliau:

1-Latar belakang dan sejarah pengislaman beliau.

2-Tentang ISNA.

3-Wanita dan kepimpinan.

4-Peranan khas muslim di Amerika Syarikat.

5-Prejudis/diskriminasi terhadap muslim.

6-Peranan media dalam membentuk imej muslim.

7-Penggunaan nama ‘Allah’ di kalangan muslim dan kristian.

8-Larangan menggambarkan Allah swt dan Nabi Muhammad dalam bentuk fizikal seperti patung atau lukisan.

9-Bagaimana menangani perbezaan pendapat(contoh yg diberi adalah melihat anak bulan).

10-Sufism.

Energy Independence.

In Malaysia, the hike in gas prices is one of the main issues frequently used by the opposition parties to bash the government. They promise voters with reduction of gas prices around 20-30 cents. Well, I don’t mean to discuss about whether the price of gas at gas stations should be reduced or not. But, what I notice is the difference in the way we handle the gas price issue in Malaysia.

Here, since the system is different and the control of the gas price is not in the hands of the government, the way American politicians approach this issue also different. They don’t make easy promise like Malaysian politicians do. Promise that gas prices will fall by 30 cents if they were in power. Promise that they will make use of Petronas’s windfall profits to subsidize the gas prices we pay at gas stations.

But, what American politicians promise is energy independence that eventually will help reduce the demand of gasoline in many sectors and bring down gas prices. Though it is a long-term action, I do believe that energy independence should be our first option. Making a simple promise to reduce gas prices once come to power might help politicians in gaining wide support. But, economically, it’s not gonna help us solve the hike in ‘real’ gas prices in the future. To Malaysian politicians, enough with all the gimmicks. Let’s really solve the problem by working towards energy independence.

Cerita Semalam.

Above is part of Madeleine Albright’s speech which I attended yesterday in Room 1010 of Neil Armstrong Engineering Hall. Her visit to Purdue is part of Hillary Clinton’s campaign series in Lafayette. Here, Hillary’s camp has managed to organize 4 series of meetings(Hillary Clinton, Bill Clinton, Chelsea Clinton & Madeleine Albright) while Obama’s camp only 2(Barack Obama & Caroline Kannedy). Let’s wait for the outcome of their campaigns this Tuesday.

I was lucky to get a chance to join this session since my Arabic exam was held late in the evening of the same day. No more intersection this time.

After receiving a great applause from the audience, she started her speech by greeting the audience and Purdue University with 3-4 brief sentences. Then, she abruptly introduced the subject of foreign policy by describing the situation of our world today as ‘mess and disorganize’. According to her, there are 5 umbrella issues regarding foreign policy which are very important in this coming election.

Here are 4 of the issues which I managed to jot down:

1) Fighting terrorists without creating more of them.

2) Non-proliferation of nuclear weapons.

3) Restoring democracy(America can’t impose, but support).

4) Globalization (can’t be stopped, but could be managed).

Last but not least, there are some sub-issues which are equally important encompassing Iran, Iraq & its refugees, Pakistan, Afghanistan and Africa. According to her, the next president has to be someone who can deal with all these with ‘high confidence’, not just ‘certain’.

That’s all..

Malas nak tulis banyak.

Sekian Wasalllam.

Melepas Lagi (II).

Nak dijadikan cerita, semalam aku ke satu Town Hall Meting anjuran kem Hillary Clinton. Sudah pasti Hillary Clinton yang datang. Oleh kerana tersilap membaca email, aku datang awal (jam 3.00). Sedangkan pintu masuk sebebnarnya hanya akan dibuka pada 3:30 hingga 5:30. Dan Hillary Clinton hanya akan berucap paling awal jam 5:30.

Walaugaimanapun, aku mengambil keputusan untuk masuk sahaja ke Rielhe Plaza walaupun aku tahu aku mungkin tak berpeluang mendengar beliau berucap memandangkan final exam DEQ aku berada dalam interval ucapan beliau. Tak berani aku mengambil risiko keluar di celah-celah kesesakan orang ramai. Jam 4:00 aku berjaya masuk ke Rielhe Plaza. Jam 5:00 aku mengambil keputusan untuk beransur setelah puas melihat gelagat orang ramai membuat persiapan untuk menganjurkan satu Town Hall Meeting.

Berikut adalah sedikit gambar yang aku ambil selama 2 jam aku disana.