Ramadan Dan ISNA Convention.

Assalamualaikum

InsyaAllah hujung minggu ini aku akan ke ISNA Convention di Columbus, Ohio. Memang aku jarang menyertai mana-mana persidangan/majlis ilmu di sini. Selain keterbatasan waktu dan kurangnya inisiatif dari aku sendiri, program-program sebegini juga agak jarang diadakan di bahagian Midwest. Sebab itu aku sanggup mengorbankan sambutan merdeka semata-mata untuk ke sana. Lagi menarik, Ramadan aku juga akan bermula di sini insyaAllah dengan menyertai solat terawih jemaah paling besar di Amerika. Di ISNA, selain dapat mencari sikit ilmu untuk aku yang jahil ini, dapat juga bertemu dengan rakan-rakan Malaysia yang datang dari serata US. InsyaAllah, balik nanti aku kongsi apa yang patut di sini.

Dan Ramadan menjelma lagi. Harapan aku agar Ramadan kali ini lebih baik daripada yang lepas. Tak mampu aku nak membuat azam yang tinggi. Sudah cukup baik bagi aku kalau aku dapat memenuhi waktu lapang aku pada Ramadan ini dengan benda-benda bermanfaat. Kurangkan layan politik..Kurangkan layan sports..Kurangkan duduk depan komputer..Banyakkan ibadat..Banyakkan study…

Akhir kata, kepada semua keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan aku di tanah air atau di mana-mana sahaja, selamat menunaikan ibadah puasa aku ucapkan. Mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silapku.

Sekian Wasallam.

Kerajaan Baru.

Kebosanan membawa aku untuk mencoretkan sedikit pendapat aku tentang ura-ura pembentukan kerajaan persekutuan oleh PR yang diketuai Datuk Seri Anwar. Bagi aku ia satu fasa politik yang amat besar jika benar-benar berlaku. Positif atau negatif aku sendiri tdak pasti. Tapi jika aku ditanya mampu atau tidak kerajaan persekutuan baru dibentuk dengan cara ‘lompat si katak lompat’, aku akan menjawab yang aku sama sekali tidak yakin. Jumlah 30 ahli parlimen adalah terlalu ramai bagi aku dan amat mustahil lompatan besar-besaran boleh berlaku. Bagi aku, jumlah seramai itu hanya mampu diperolehi jika ada 2 atau lebih parti komponen dalam BN yang berpaling tadah. But, politics is the art of the possible…apa-apa boleh berlaku.

Cuma aku bimbang dengan kestabilan negara jika ia benar-benar berlaku. Jika PR mampu menarik YB dari BN menyertai mereka, aku tidak nampak sebab mengapa BN tidak dapat melakukan perkara yang sama. Mereka juga adalah manusia. Boleh tewas pada pangkat, harta dan wanita. Semua dari kita mengakui bahawa kerajaan pusat yang tertegak dengan kelebihan satu kerusi bukanlah sesuatu yang dapat memberi keyakinan kepada pelabur dan masyarakat antarabangsa. Ditambah pula dengan pengalaman cetek dua tiga bulan PR berada ditampuk kuasa. Mampukah PR menangani krisis keyakinan ini?

Bagi aku, apa yang penting bagi PR sekarang ini adalah menunpukan pada pentadbiran 5 negeri yang menjadi amanah mereka. Usah rakus. Buktikan dahulu yang mereka mampu mentadbir dengan lebih baik. Buktikan bahawa kerajaan di 5 buah negeri itu lebih telus, demokratik dan adil. Buktikan kemampuan PR dalam memacu kemajuan ekonomi di 5 negeri yang diperintah mereka. Dibimbangi dalam PRU-13 nanti, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Di Parlimen pula, jadilah pembangkang yang mampu menghidupkan kembali sistem semak dan imbang Dewan Rakyat. Kritik apa yang patut tentang kekurangan yang ada pada kerajaan sekarang, salurkan idea yang positif untuk kepentingan rakyat dan tingkatkan mutu perbahasan di Dewan Rakyat. Itu saja harapan aku.

Tapi, antara YB Khairy Jamaludin dan YB Datuk Seri Anwar, salah seorang daripada mereka akan terpaksa menanggung malu selepas dari 16 Sept.

Yakinkah Anda PR Akan Membentuk Kerajaan Persekutuan Sebelum 16 Sept 2008?
Yakin
Tak Yakin
Get Code View Result

Gas Buddy

I got to know this website from my EAS lecture yesterday. A very cool website indeed. From the website, you can compare gas prices across the United States(here, retail price of gas varies). The diagram below is not a weather map. But it is US National gas temperature(read: price) map. As you can see, the prices get higher as you go north and get lower as you travel south. The answer for the pattern is here. Most of the refineries is USA are located in southern states like Texas, Louisiana and Mississippi. Also, the prices are different between states. According to my lecturer, it is caused by the different tax structures imposed in every state. Apart from mapquest, googlemaps and weather.com, I think this is another website I must consult before travel. At gas station, 0.4 cent different in prices is quite big for me. haha

Btw, EAS class is quite an interesting class. I’m looking forward to learn more about oil and other fossil fuels which I think one of the most hotly debated topics either here or in Malaysia. I have to admit that before this I only get the information about this topic by watching TVs, reading newspapers and hearing from some politicians. Put aside what politicians have told me about energy crisis, oil and fossil fuel. Now I get a chance to study, do research and write papers on this topic. My lecturer have assigned 3 reading materials(books) for this course. I already have one which is The Prize by Daniel Yergin. But I haven’t opened the book yet caused the thickness of the book make me scare. For the time being, I just gonna watch these videos.

Tukar Tajuk

Diakui kandungan blog ini agak kurang selari dengan tajuknya iaitu ‘Coretan Hidup’ . Aku juga ada menerima sindirian dari beberapa rakan tentang ketidaksesuaian tajuk ‘Coretan Hidup’. Oleh yang demikian, elok saja jika aku ubah tajuknya kepada ‘Berjalan, Melihat, Mentafsir’. Sama macam tajuk lagu kumpulan  Nowseeheart. Malah tajuk ini juga menjadi pilihan ramai blogger untuk blog mereka. Tak mengapalah. Yang penting tajuk  ini lebih bersesuaian dengan kebanyakan coretan aku di sini.  Tak gitu?

Posted in Rileks. 6 Comments »

Semester Baru

Amaran: Ini adalah catatan peribadi.Jangan buang masa anda dengan membacanya.

Pejam celik, pejam celik, dah lebih separuh rupanya tempoh pengajian aku di sini. Tinggal lagi separuh untuk dihabiskan insyaAllah. Dan esok, aku akan bergelar seorang Junior. Bagi yang belum biasa dengan sistem AS, Junior adalah panggilan untuk mahasiswa tahun ketiga. Freshman untuk tahun pertama. Sophomore untuk tahun kedua dan Senior untuk tahun keempat atau tahun akhir.

Semester ini aku akan mengambil 4 subjek baru iaitu STAT417(Statistical Theory), ECON352(Intermediate Macroeconomics), MGMT310(Financial Management) dan EAS391(Fossil Fuels And Society). Dan satu subjek ulangan iaitu MATH351(Elementary Linear Algebra). Tiada apa yang diharapkan untuk semester ini melainkan memperbaiki CGPA yang jatuh untuk dua semester berturut-turut. Dan niat seharusnya diperbetulkan sebelum melangkah ke semester baru. Jangan belajar semata-mata untuk menghadapi peperiksaan, tapi belajarlah kerana kita minat dengan apa yang diajar dan jadikanlah apa yang kita belajar sebagai bekal untuk hidup. Chewahh..Tapi kalau takde minat susah jugak…

Jadual kelas aku pun dah lawa. Tidak bermula terlalu awal dan tidak berakhir terlalu lewat. Just nice. Hari paling maksimum adalah selama 3 jam 20 minit manakala hari paling minimum adalah selama 50 minit. Dan Alhamdulillah juga…tiada konflik antara jadual kelas dengan solat jumaat. Sepanjang 2 tahun di sini, belum pernah jadual kelas aku bertindan dengan waktu solat Jumaat. Kalau ada sebarang pertindanan, memang sukar untuk mengatur hari Jumaat.

Dan semester ini juga aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan tidak mencari sebarang pekerjaan baru. Tak mengapalah..Kewangan aku pun dah agak stabil. Lagipun terdapat beberapa tugasan yang perlu aku sudahkan dengan sempurna sebelum akhir tahun ini. Amanah yang diberi tak boleh disia-siakan. Tak rela aku mengecewakan mereka yang mengembara beribu-ribu batu merentasi benua Amerika ini. Harapnya, rakan-rakan seperjuanganku yang lain juga memikirkan perkara yang sama.

Sekian saja untuk kali ini..Dah masuk waktu Isyak..

Posted in Life. 7 Comments »

Buruk Sangka

Kadang-kadang aku sendiri meluat dengan gelagat penyokong PR yang taksub. Baca tulisan Ustaz Zain ini mengenai Ustaz Ramlang Porigi yang dah jadi popular. Bermacam-macam teori keluar tentang keterlibatan Ustaz ini sebagai saksi sumpah Saiful Bukhari. Bagi aku, semua ni takkan muncul kalau penyokong PR tak mempunyai sikap buruk sangka yang melampau kepada pihak lawan.

Habis semua benda nereka salahkan dan tujukan kepada pihak lawan, UMNO dan Barisan Nasional khususnya. “Ini konspirasi!!” , “Ini fitnah!!” , “Polis bersekongkol!!”, :”Calon AKIM ditaja BN!!”, Akta DNA untuk perangkap Anwar!!”. Banyak contohnya lagi.. Kehangatan PRK Permatang Pauh menghangatkan lagi keadaan.

Sikap sebegini sama seperti ciri-ciri politik tradisonal dalam buku The Politics of Hope yang baru aku baca. Politik tadisional merupakan salah satu dari 4 peringkat evolusi politik. Bagi penganut politik tradisonal, segala apa yang datang dari pihak lawan tidak dapat diterima. Yang betul hanyalah ‘aku’. Kalau ‘kau’ tak bersetuju, ‘kau’ bersubahat atau berada di pihak lawan. Malah, ‘kau’ yang salah jika tak bersetuju dengan ‘aku’. Golongan ini juga terlalu bergantung dan taksub pada parti masing-masing. Mereka percaya hanya pemimpin mereka yang mampu menjadi penyelamat.

Seperti nasihat Ustaz Zain di akhir tulisannya, bersederhanalah dalam segenap hal. Sikap melampau membawa padah!

Nasihat ini bukan sahaja untuk penyokong PR, tapi turut sama teraplikasi untuk penyokong BN.

Sekian Wasallam

Mahu Turun?

Walaupun tidak lagi berada ditanah air, aku menyambut baik janji kerajaan ini. Tiada siapa yang akan menolaknya.

Jika penurunan ini dilakukan sebelum bermulanya pilihan raya kecil Permatang Pauh, adakah ianya akan menjejaskan rentak jentera kempen PKR dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar? Selama ini, isu minyaklah yang menjadi zikir utama dalam kempen dan ucapan beliau di Permatang Pauh.

Aku sebenarnya agak kecewa bila isu-isu nasional dibawa dan lebih diutamakan dalam siri kempen. Tak salah kalau nak menyentuh sedikit tentang isu nasional dalam kempen, tapi isu setempat yang membabitkan rakyat Permatang Pauh haruslah diberi perhatian no 1. Pilihan raya kecil Permatang Pauh seharusnya dipandang sebagai satu pilihan raya untuk memilih wakil rakyat yang berkhidmat kepada rakyat, bukannya pilihan raya untuk memilih Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, jika parti pemerintah melakukan penurunan tersebut, aku yakin pilihan rakyat Permatang Pauh tidak akan berubah. Populariti Datuk Seri Anwar pada pandangan aku lebih tinggi pada waktu sekarang jika mahu dibandingkan sebelum belansungnya PRU ke-12 yang lalu.

Cuma, pelbagai persoalan muncul dalam kepala berhubung dengan keputusan yang dibuat kerajaan semenjak akhir-akhir ini. Jika penurunan dilakukan dalam dua tiga hari akan datang, tidakkah ia bercanggah dengan rancangan awal kerajaan yang mahu melakukan penyelarasan harga setiap awal bulan. Bagaimana pula dengan pelaksanaan rebet? Adakah akan diteruskan pada msa akan datang? Jika diteruskan, adakah akdar rebet sama dengan kadar yang terdahulu? Bagaimana pula dengan pemberian subsidi kepada nelayan, teksi dan pengusaha bas? Berubah lagi ke selepas ini? Bagaimana pula pasaran akan mengadaptasi denagn segala perubahan ini? Adakah IHP akan berada pada paras rendah atau setidak-tidaknya berlaku penurunan ? Walaubagaimanapun, aku yakin pakar-pakar di MOF dan MDTCA sudah melakukan yang terbaik.

Harga Minyak Boleh Diturunkan Jika Kekal AS113 Setong, Kata Najib

By: Ramjit

BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan boleh menurunkan harga minyak dalam tempoh terdekat jika harga bahan bakar itu kekal pada AS113 setong.

“Sehari dua ini, mungkin ada berita baik. Harga minyak boleh dikaji semula,” katanya ketika berucap pada majlis bertemu rakyat di Permatang Tengah di sini hari ini.

Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata tidak perlu menunggu Penasihat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bagi menurunkan harga minyak, sebaliknya kerajaan juga boleh berbuat demikian jika harga minyak kekal pada paras itu.

“Kalau harga minyak dunia turun, kerajaan boleh turunkan harga minyak. Ini boleh ditunaikan,” katanya.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan mengumumkan berita baik untuk rakyat pada pembentangan Belanjawan 2009 pada 29 Ogos ini.

“Ada berita baik nanti dalam belanjawan. Tunggulah,” katanya.

Najib berkata langkah kerajaan itu bertujuan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat ketika ini berikutan peningkatan kos hidup.

“Kerajaan tidak mahu rakyat dalam kesempitan hidup,” katanya yang meminta supaya rakyat tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangkang yang belum pasti boleh ditunaikan.

– BERNAMA

Samak Bangunan

Boleh tonton sedutan video dari rancangan Majalah 3 itu di sini.

Sebenarnya, ini kali pertama aku mendengar kisah proses samak bangunan. Rasanya, dalam silibus pendidikan Islam tidak diajar mengenai kaedah samak bangunan ini. Malah belum pernah ada aku terdengar ustaz-ustaz becakap mengenainya samada dalam kuliah-kuliah agama ataupun dalam khutbah Jumaat.

Walaubagaimanapun, dalam video itu, yang aku lihat hanyalah proses samak lantai, bukan samak bangunan seperti yang didakwa. Dinding, atap dan syiling tidak pula disamakkan sekali.

Cuma aku bimbang apa pula tafsiran warga non-muslim bila menonton rancangan itu.

Jika beginilah gayanya, mungkin melayu di West Lafayette yang baru naik rumah terpaksa la bergelumang dengan lumpur.erk…mana pulak nak dapat tanah lumpur kat sini? Lantai rumah kami pun berkarpet..Takkan nak tanggalkan karpet?

hurm..siapa nak jawab semua ni?

Pulang

Assalamualaikum

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk aku berada di kampung. Rabu ini dah kena balik ke West Lafayette. Gembira pun ada..sedih pun ada. Biasalah….

Yang pasti, perjalanan pulang sama meletihkan seperti perjalanan balik baru-baru ini. 5 kali turun naik serta bertukar kapal terbang dan berada 21 jam di udara bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Kebosanan boleh bertukar menjadi tekanan.

Secara amnya, aku puas berada di Malaysia selama dua bulan lebih. Cuti musim panas yang dihabiskan bersama keluarga, sanak saudara dan kawan tidak mengecewakan. Malah aku juga puas setelah dapat menjamah segala macam juadah terutamanya nasi dagang, nasi kerabu, budu, sambal belacan, petai, durian dan bermacam-macam jenis kuih lagi. Tapi, cuti bukan tentang makanan sahaja. Cuma, cuti musim panas aku agak mengecewakan bila ada beberapa program yang mahu aku sertai gagal aku sertai. Kita merancang, Allah swt jua yang menentukan.

Harapnya aku akan sampai ke West Lafayette seperti yang dirancangkan. Kepada sesiapa yang membaca coretan ini, doakanlah agar perjalanan aku selamat. Dan doakan juga aku selamat pulang dengan segulung ijazah 2 tahun lagi. Itulah sahaja matlamat, tugasan dan amanah yang perlu diselesaikan untuk dua tahun akan datang.

Sekian Wasallam.

Posted in Life. 1 Comment »

3 Fasa Dalam Pegangan Politik

Tertarik aku dengan satu point yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir dalam kata penghantar pada permulaan buku ‘Mencari Jalan Pulang’ tulisan Kassim Ahmad. Mungkin dah ramai yang mengetahui apa fasa-fasa itu. Tapi suka aku petik kata penghantar itu di sini untuk penilaian bersama.

Namun demikian kita harus ingat bahawa seorang insan akan melalui tiga fasa hidup dalam pegangan politik mereka. Semasa muda mereka agak radikal dan mirip kepada pemikiran dan ideologi kiri. Apabila menempuh usia pertengahan, pandangan dan pegangan mereka lebih mencerminkan “centralist” dan kecuali. Apabila sudah berumur mereka lebih suka mendokong sikap dan pandangan puak kanan, atau konservatif.

Tapi sejauh mana kebenarannya? Hanya diri sendiri yang dapat menilai. Dan penilaian itu mungkin hanya selesai setelah sampai usia emas (kalau dipanjangkan umur oleh Allah swt). Walaubagaimanapun, penilaian untuk fasa pertama mungkin sudah boleh dilakukan.