Salam Raya

[gambar raya tahun lepas]

Alhamdulillah..Jika dipanjangkan umur, aku akan menyambut Eidulfitri di West Lafayette buat kali ketiga. Mungkin esok, mungkin lusa rayanya. Yang aku pasti raya di sini tak semeriah seperti di Kuala Berang. Percayalah! Lebih-lebih lagi bila emak aku memaklumkan yang semua emak dan bapa saudaraku yang tinggal di luar Terengganu balik beraya di kampung tahun ni.  Pasti riuh-rendah rumah tok ki aku sekarang dengan teriakan budak-budak. Pasti seronok mereka menjamu rendang, lemang, tapai, dan nasi dagang di hari raya. Oh!

Apapun, terus saja kepada ucapan…

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Mak, Abah, tok ki, tok wan, adik-adik, keluarga belah mak, keluarga belah abah, jiran-jiran terdekat, guru-guruku yang pernah mendidikku di SK Pauh, bekas guru-guru MRSM-YTD, guru-guru di MRSM PC, dan pensyarah-pensyarah di INTEC. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan di Malaysia, AS, Canada, UK, Jerman, New Zealand, Rusia, India, Mesir, Indonesia, dan Jepun (habis global je kawan-kawan). Ucapan Selamat Hari Raya ini juga turut ku tujukan kepada pengunjung dan pelawat blog ini. Akhir kata, pohon maaf zahir dan batin kepada semua atas segala silap dan salah yang dilakukan selama ini. Sekian.

p/s: Boleh la baca dairi syawal aku tahun lepas di sini. Dah malas nak tulis untuk tahun ni.

Salam Dunia

Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu

Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

Inilah hari kita oh…

Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

Jangan Buat!

Salam.

Saje nak kongsi kat sini tulisan Ustaz Zaharuddin mengenai do’s and don’ts di Hari Raya. Tapi aku qoute bahagian don’ts sahaja sebab yang ni selalu kita alpa.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

SUMBER

Muflis Di Akhirat.

Assalamualaikum.

Teringin nak kongsi satu peristiwa di Masjid semalam. Banyak peristiwa yang berlaku semalam sebenarnya. Tapi yang ini je aku mahu catatkan. 

So, antara solat Isyak dan solat Terawih semalam, Dr Mourad (part-time Imam kat Islamic Center Lafayette) tampil ke depan untuk menegur mengenai beberapa basikal yang tak diletakkan di tempat yang sepatutnya di kawasan masjid(Islamic Center). Tegurannya mungkin simple di pandangan mata kita. Tapi bila dipikirkan kembali agak serius juga perkara ni. Sebab hal ni secara tak lansung menunjukkan ketamadunan kita(baca: muslim) yang sebenar.  Dan sejauh mana kita prihatin akan hak orang lain. Sedar atau tak kita basikal yg bersepah boleh menghalang perjalanan orang dan mengancam keselamatan pejalan kaki di tepi masjid.  

Boleh dikatakan semua ahli masjid di sini terdiri dari orang yang mendapat pendidikan tinggi. Ada profesor, pensyarah, Dr, researchers, Phd students, dan lain-lain. At least student kat kampus West Lafayette ni. Tapi mereka pandang serius perkara ni. Semua beri perhatian bila membicarakan tentang hal yang nampak kecil di pandangan mata kita. Bukan hal basikal saja yang pernah diperkatakan. Malah, hal-hal seperti masalah parking kereta, susunan kasut di rak, kebersihan masjid, susunan al-Quran, dan kebersihan perpustakaan juga turut pernah disentuh sebelum ni. Walaupun nampak kecik, tapi benda-benda macam ni la mencerminkan sejauh mana efektifnya Islam dalam hidup seseorang muslim. Islam bukan setakat ibadat dengan Allah sahaja. Memetik kata Dr Mourad lagi…Sampai dalam tandas pun Islam mengajar umatnya akan adab dan tertib.

Suka aku bandingkan dengan masjid di kampungku. Aku harap bukan semua masjid di Malaysia sebegini. Jarang sekali perkara-perkara sebegini dibicarakan secara terbuka walaupun aku perhatikan sekeliling masjid banyak lagi kepincangan. Tandas kotor, tempat wuduk dan longkang berkulat, pokok bunga tumbuh menjalar, motor diletakkan bersepah, motor diletakkan di kawasan persendirian, orang-orang muda lepak di motosikal dan di beranda masjid ketika khutbah, ahli jemaah hisap rokok berjemaah di waktu petang dll. Sekadar itu yang aku perhatikan. Tapi yang dibicarakan kepada umum hanyalah pengumuman mesyuarat cawangan, pembahagian borang bantuan wang ehsan, aktiviti terkini di kampung dan pernah sekali pengumuman kampungku masuk TV.Haih.. Aku tak mengharapkan masjid kampungku menjadi terbuka seperti di sini. Tapi jika hal yang  hanya memerlukan common sense ini tak mampu diketengahkan, entah bila la aku boleh melihat masjid ini boleh terbuka kepada  kepelbagaian mazhab dan ideologi politik.

Diakhir teguran beliau, Dr Mourad ada menyampaikan satu hadis yang berbunyi…

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:”Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” 

Lalu jawab sahabat:”Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta?” 

Lantas Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. 

“Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Aku rasa semua orang boleh faham hadis di atas. Peringatan untuk diri aku yang sememangnya sikit amal ini. Nak syurga bukan setakat amal solat 5 waktu, puasa, sedekah sahaja. Hak dengan saudara kena jaga jugak. Dalam konteks aku yang berjauhan dengan keluarga ni, kawan-kawanlah saudara terdekat. Kadang-kadang selalu alpa..Mengumpat kawan di belakang, lupa janji dengan kawan, ambil/guna barang kawan tanpa hak/keizinan, datang lewat mesyuarat, lupa janji dengan kawan, lupa bayar hutang kawan, dengki dengan kawan dan lain-lain. Banyak lagi contoh bagaimana tak caknanya kita tetang hubungan dengan orang di sekeliling. Kalau muflis di dunia mungkin ada options lain seperti bail out atau takeover, tapi jika muflis di akhirat apa options yang kita ada? Renung-renungkanlah..

Sekian Wasallam.

Tambat

Amaran: Ini adalah catatan peribadi. Jangan buang masa anda dengan membacanya.

Sepatutnya, bulan puasa sebegini aku harus lebihkan catatan/tulisan Islamik yang sememangnya kurang di blog ini. Tapi keinginan untuk mencatat mengenai perkara yang aku perolehi di kelas Intermediate Macroecon tadi tidak mampu ku lepaskan. Oleh itu, kalau anda merasa masa ibadat anda di 10 Ramadan terakhir ini boleh terkurang dengan membaca tulisan aku yang entah apa-apa ni, tekan sahaja butang Alt+F4. Terhapuslah blog ini dari pandangan anda.

Dipendekkan cerita, aku berasa puas sekali berada sepanjang 1 jam 15 minit dalam kelas tersebut hari ini hanya dek kerana perkara yang disyarahkan oleh Prof Kanda mempunyai kaitan dengan isu semasa terutamanya mengenai krisis kewangan AS sekarang. Rasa nikmat pun ada.

Perkara pertama yang dikongsikan beliau adalah tindakan FED membuat pengumuman di hujung minggu untuk menyuntik 700b USD sebagai bail out ke dalam sistem kewangan AS. Tidak pada hari sebelumnya atau pada minggu ini ketika pasaran saham seluruh dunia beroperasi. Sebenarnya ia memang sengaja dilakukan ketika pasaran saham ditutup  bagi mengelakkan reaksi negatif pasaran kerana keputusan yang diambil FED itu amat sensitif kepada sentimen pasaran. Dengan harapan pelabur boleh membuat penyesuaian.

Menurut Prof itu lagi, tidak dapat tidak, inflasi akan dialami dalam jangka masa panjang(long run) bila berlakunya suntikan kewangan yang sebegitu besar oleh FED.Money expansion means inflation. Dalam jangka masa pendek(short run) pula, kadar faedah akan menurun dan akan menjadi pemangkin kepada pelaburan di AS. Dengan anggapan harga barang kekal(price stickiness). Pelaburan meningkat, pengangguran(unemployment) berkurang(secara ringkas). Salah satu aspek positif dalam tindakan bail out 700b USD ini. 

Dan kebetulan, hari ini silibus untuk kelas ini menyentuh tentang kaitan antara RER(real exchange rate) dan Inflation. Mengapa kebetulan? Baca sini.

Secara tak lansung Prof Kanda telah menerangkan secara terperinci dilema yang dialami kerajaan Malaysia. Dipendekkan cerita, beliau telah menguraikan(derived) 2 persamaan (equations) yang menjadi asas kepada polisi kerajaan(exchange rate regime) sama ada untuk menambat(fixed exchage rate) atau mengapung(floating exchange rate) Ringgit kepada mata  wang asing (dalam kes ini USD). Dan perbincangan di kelas hari berkisar pada 2 persamaan ini dalam membandingkan antara kedua-dua sistem itu.  Agak susah sebenarnya nak buat catatan mengenai equation tersebut di sini. Cuma bila aku cuba aplikasikan dilema Malaysia dalam perbincangan exchange rate regime tersebut, jelas kerajaan telah mengambil langkah yang wajar dengan tidak menambat USD.

Berdasarkan persamaan yang diberikan, nominal exchange rate USD kepada Ringgit meningkat(ringgit mengukuh) jika jangkaan inflasi di AS naik seperti diramalkan. Dan semestinya ada assumptions yang dipakai iaitu RER antara Ringgit dan USD adalah kekal dan inflasi di Malaysia tidak meningkat. Persoalanya, mampukah inflasi pada jangka masa panjang di Malaysia dikawal dengan polisi kerajaan yang masih enggan menurunkan harga minyak?  

Hari ini harga minyak naik hingga 6% ke paras $109. Adakah ini mempunyai kaitan dengan USD yang semakin lemah atau kembali meningkatnya permintaan di pasaran komoditi? Entahlah..

Yang pasti, jika ramalan inflasi yang dibuat menjadi kenyataan, nilai USD akan kembali kepada trend kejatuhan seperti sebelum ini dan ini mungkin merupakan waktu yang terbaik untuk memindahkan duit simpanan ke tanah air. Dan inflasi yang bakal dirasai dalam jangka panjang juga menuntut perbelanjaan yang lebih berhemah (juga alasan yang baik untuk menuntut kenaikan elaun.haha.pointer tak penah pulak naik). Dan, juga pasti akan berlaku peningkatan dalam kadar cukai di AS bagi menampung bail out yang telah diperuntukkan. Suka atau tidak, aku turut terkesan walaupun sedikit dengan apa yang berlaku di pasaran.

Alhamdulillah.

Assalamualaikum

Rasa sangat syukur melihat perkembangan terkini yang berlaku di MISG dan di West Lafayette. Hanya ungkapan alhamdulillah yang mampu aku ucapkan. Ketika akhir cuti musim panas, aku sama sekali tidak menyangka perkembangan yang begitu positif ini boleh muncul. Apa perkembangan positif itu?

1. Muktamar. Perkembangan yang sungguh positif. Aku sama sekali tak menyangka (kali ke-2) yang aku boleh merancang untuk ke Muktamar tahun ini pada awal Fall Sem. Bagi sesiapa yang belum maklum (Ditujukan khas kepada Boilermakers. Aku tahu ramai yang masuk blog ni), Muktamar MISG-IMSA tahun ini insyaAllah akan berlansung di Houston, Texas bermula 26 hingga 30 Dec.  Open invitation ni. Jadi janganlah lepaskan peluang ni. Berjalan-jalan sambil mencari ilmu. So far, dah ada beberapa orang yang memberi persetujuan secara lisan untuk turut sama ke sana. Aku harap lebih ramai akan menyertai rombongan kami ke sana December ini.

2. Kader-kader. Syukur juga aku panjatkan bila melihat freshman yang baru tiba sebulan yang lepas. Tak sia-sia sponsor hantar mereka beramai-ramai ke sini. Ramai sekali berminat dengan aktiviti Islamik di sini. Harapnya mereka istiqamah. Cabaran bergerak di sini tak sama seperti di Malaysia. Walaupun kebanyakan mereka tidak sefikrah dengan aku, tapi aku pasti matlamat akhir kami sama. Pada mereka jua harapan di letakkan untuk meneruskan kesinambungan gerak kerja dakwah untuk Malaysians di bumi AS ini. 

3. Website. Alhamdulillah.. misgonline.com sudah pulih. Baru je petang ni aku maklum tentang perkara ini. Harap-harap ia pulih sepenuhnya. Seperti yang aku pernah tulis kat sini, integrated website seperti ini amat penting jika mahu bergerak di bumi AS yang luas ini. Jazakallahu khairan diucapkan kepada insan yang telah menghulurkan tangan dan kepakaran memulihkannya. Hanya Allah yang mampu membalas.

Sekian buat ketika ini. Wasallam.

Posted in Life, MISG. 2 Comments »

Krisis

Angin-angin kejatuhan memang telah bertiup semenjak minggu lepas dan memuncak ketika hujung minggu. Dan hari ini seakan-akan taufan melanda Wall Street selepas Lehman Brothers disiytiharkan muflis selepas dagangan di buka pagi tadi. Wall Street jatuh ke paras terburuk semenjak peristiwa 9/11. Dan berita ini memang menjadi bualan umum di sini.  Di kelas, ramai orang yang mengambil masa untuk meneliti berita mengenainya di The Wall Street Journal sementara menunggu kelas bermula.

Dan seperti dijangka, separuh dari kelas Intermediate Macroecon dan Financial Management aku hari ini dihabiskan oleh kedua-dua pensyarah subjek ini untuk membicarakan krisis kewangan ini. Lebih menarik lagi, krisis ini ada kaitannya tajuk yang kami sedang belajar sekarang, ‘Supply and Demand of Money ‘ dan ‘Financial Analysis’.  Sebenarnya, Americans dalam kelas aku tu pun taklah masak sangat dengan krisis ni (aku selalu overestimate Americans). Banyak fundamental questions yang diajukan kepada kedua-dua Prof ketika mereka menerangkan tentang krisis ini. Tapi mereka sangat bagus, tak malu untuk bertanya!

Aku pun tak bercadang nak bercerita mengenainya di sini sebab pemahaman aku pun masih lagi pada peringkat surface. Itupun dibantu dengan penerangan oleh kedua-dua prof aku hari ini. Tapi kalau anda rasa teringin nak faham sikit sebanyak bagaimana krisis ini boleh berlaku, boleh cuba baca di sini, sini dan sini. Artikel ketiga tu menarik untuk lihat kesannya pada kita dan cuba-cubalah bandingkannya dengan situasi di Malaysia dimana bail out sering dilakukan bagi meyelamatkan GLCs dan syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan stategik kepada negara. Yang terpaksa menanggung semua ini pada akhirnya adalah rakyat yang membayar cukai.  

Akhir sekali menurut prof aku, krisis sub prima ini tidak berakhir di sini. Beliau menjangkakan selepas ini ada beberapa institusi kewangan lagi yang bakal mengikut jejak langkah Lehman. Tunggu dan lihat sahajalah.

p/s: Selamat menyambut Hari Malaysia (16 Sept) untuk semua rakyat Malaysia!

Seruan TPM.

Seruan dari TPM, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kita hayati bersama. 

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Najib: Contohi Sikap Adil Tokoh Islam Lampau

PEKAN, 13 Sept (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru umat Islam mengambil iktibar dari sejarah umat Islam lampau dalam berlaku adil dan mengamalkan sikap toleransi terhadap semua golongan masyarakat.

Sebagai contoh, kata Najib, masyarakat Kristian menyukai kepimpinan Abu Ubaidah (seorang panglima Islam) berbanding pemerintah empayar Rom berikutan sikap adil dan saksamanya walaupun terhadap bukan Islam.

Berucap pada majlis ramah mesra serta berbuka puasa bersama kakitangan kerajaan dan swasta di sini, beliau berkata banyak peristiwa lalu menunjukkan umat Islam berlaku adil terhadap bangsa lain.

Islam merupakan agama yang mengamalkan konsep adil dan toleransi sekaligus membolehkan semua kaum di negara ini hidup dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Najib berkata agama Islam diturunkan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia menjadikannya relevan sepanjang zaman dan terhadap semua bangsa.

“Islam itu bererti selamat dan sejahtera…berpandukan ajaran Islam ini, umat Islam mengamalkan konsep adil dan toleransi…” katanya.

Sumber: BERNAMA

Democracy

Sometimes, it’s common to hear comments by some poeple in Malaysia about how democrary our country is  just by giving people of Malaysia the right to vote in GE every 4 years. Also, for them a true democracy for a nation is giving the oppositions permits to hold small ceramah in ceruk somewhere and giving them rights to publish their own newspapers twice a week(not to mention that they are for sale only for the party members). How about having an independent TV or Radio Station? Or at least provide the oppositions with one to two hours of air time perday in the state-owned media.

If people ask me what is the thing I envy with the Americans. I would say their democracy.  Not their wealth nor their culture. Maybe these three paragraphs from Imam Feisal Abdul Rauf on the meaning of true democracy can teach us some lessons. Its taken from his book ‘What’s Right with Islam: is What’s Right with America’, a freebie I got from IIIT booth.

The word democracy is an arrow that can point to different kinds of political realities. Until we recognize that the separations of power and respect for human rights do not automatically follow from democracy, we are in danger of believing that a good society resembling ours  is created simply by giving people the right to vote. This is why it is good to define our terms and understand them well. As a case in point, look at situations in Afghanistan and Iraq. We err when focus exclusively on democracy and perceive that good governance automatically follows.

Good governance is much more than free elections. It includes a separation of powers, especially an independent judiciary; a rule of law that respects human liberties and protects the rights of minorities against the tyranny of majority; social safety nets to protect those in need; an economic infrastructure that generates a healthy economy; and a system for peacefully dismissing those in power who are not doing a good job. By evicting those in power in a nonviolent way, the electorate exercises its power to grade the ruling regime and to change its leadership as society evolves and matures.  Allowing a fresh crop of people the opportunity to rule allows the country to adjust itself to stresses that, when not addressed, build up into pressures that result in political revolutions. It’s like rebooting your computer; certain operational bugs flushed out of the system.

The above judicial, economic, military, and legislative separations of power and protection of human rughts-all in harmony with Islamic law-are more urgently needed in Muslim world than popular elections.

Btw, do you think PR’s plan to topple the current government on this Sept 16th is democratic?
May Allah save and protect my country..Ameen.

Sekian.

Who Is The Real Maverick?

McCain says…

Obama says…

I say: Whatever…

Tag & Ramadan

Walaupun dah setahun lebih aku blogging, ini kali pertama aku di’tag’. Nasib baik la sekadar kena copy paste gambar sahaja tanpa ada soalan pelik-pelik yang perlu dijawab. Sementara Ramadan masih ada, aku tunaikan permintaan Rajo ini. Terima kasih Rajo Poje sebab sudi tag aku untuk pertama kalinya.

 

 

bashrie.blogspot.com
fndy.blogspot.com
encree.blogspot.com
shootsyuhada.blogspot.com
aigoo-saranghae.blogspot.com
akutengahblur.blogspot.com
farhanwahab.com

 

nah ambik ni…sekarang giliran aku untuk tag Shazwea, Judin, Peja, Sazs dan Hassan.

Bagaimana caranya?

1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags

Posted in Rileks. 2 Comments »