Assalamualaikum
Mungkin ramai yang dah tahu tentang perkara ni. Tapi aku baru je tahu. Nak buat macam mana. Takde orang nak bagi tahu dan kejahilan diri sendiri yang tidak cukup menyelidik.
Bila berada di luar negara, isu yang selalu dan pertama kali mendapat perhatian adalah soal makanan terutamanya soal katok. Sampaikan perbahasan di blog-blog boleh menjadi begitu emosi kerana isu ini. Malah bila berada di tanah air beberapa bulan lalu, soal makanan la yang menjadi pertanyaan utama. Memang tak ramai yang bertanya tentang urusan muamalat di sini terutama tentang halal haram transaksi kewangan di negara berasaskan kapitalisme ini.
Di sini, kad merupakan medium utama transaksi dalam jual beli. Penggunaan kad jarang dibicarakan dan dispersoalkan haram atau halal oleh kita. Isu katok lebih sensitif gamaknya. Dan bila sampai kepada soal penggunaan kredit kad, ramai antara kita sendiri yang ambil mudah. Ramai yang mengatakan tak salah menggunakannya kalau bayar tepat pada waktu.
Dulu aku memandang biasa statement sebegitu tanpa ada rasa sensitiviti. Terus menggunakan kredit kad (bila-bila masa, dimana saja) dengan anggapan sudah terlepas dari riba dengan syarat bayar on time. Tapi alhamdulillah, persoalan aku sudah terjawab hari ini setelah mendengar rakaman kuliah Ustaz Zaharuddin ini. Boleh dengar pandangan beliau mengenai penggunaan kad kredit tanpa tangguhan bayaran pada minit ke 15 rakaman itu. Kuliah tu membicarakan secara details tentang jenis-jenis riba.
Menurut Ustaz Zaharuddin, dimana ’slack’nya transaksi kad kredit yang digunakan disini adalah komisen yang dibayar oleh penjual(Wal-Mart, stesen minyak, Amazon etc) kepada syarikat kad kredit selepas transaksi dilakukan. Secara tak lansung kita menyumbang keuntungan dan memberi sokongan kepada sistem kewangan ini. Walaupun tiada riba dibayar secara lansung atau ‘direct’. Boleh dengar sendiri rakaman tu. Boleh juga baca di sini, sini, sini, sini dan sini mengenai penggunaan kad kredit konvensional.
Tidak dinafikan, ada beberapa urusan yang tiada alternatifnya di sini. Yang selalu kita hadapi adalah bila mahu menyewa kereta atau membayar premium insurans. Mengenai hal tu, baca ulasan Ustaz Zaharuddin di sini. Masalah ni kena buat penyelidikan lagi. Kalau sesiapa ada jumpa pandangan atau komentar dari ulama atau ahli akedemik lain mengenai isu ni, jangan la segan untuk berkongsi.
Menyedari isu ini agak sensitif, aku berfikir banyak kali sebelum berkongsi mengenainya. Suka atau tidak, kena tulis jugak. Dan la aku ni jenis orang yang susah nak tegur depan-depan.
Akhir kata janganlah ambil mudah tentang riba dalam kehidupan seharian. Aku akhiri tulisan ini dengan 2 video dari kuliah Ustaz Zaharuddin dan 2 ayat quran untuk peringatan semua. Perkongsian lain mengenai subjek ni amat dialu-alukan. Sekian Wasallam.
-terjemahan Surah al-Baqarah ayat 278 dan 279
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِىَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (2:278)
فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَڪُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٲلِڪُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(2:279)
