Ganjaran

Hari Jumaat 2 minggu lepas hujan turun dengan lebatnya. Tapi aku gagahkan diri meredah hujan demi menghantar asssignment yang nilainya 2% dari keseluruhan gred. Habis basah sampai ke kelas hanya kerana 2%.

Hari ini, aku telepas untuk menghadiri satu talk dari seorang alumnus yang menawarkan 10 bonus points(over 500 points.2% gak) untuk kelas EAS. Talk tu jam 10:30. Aku semak jadualnya kat blackboard vista jam 11:00. Memang la terlepas. Rasa geram pun ada sebab terlepas 2% tambahan markah. Mungkin  ini la padahnya bila tak pakai planner.

Tapi bila fikir balik, untuk ganjaran dunia yang tak seberapa, aku boleh rasa sebegitu kecewa dan sanggup basah kuyup ke kelas. Tapi untuk ganjaran akhirat, jarang sekali berfikir macam tu.  Kadang-kadang antara homework dan solat jemaah, kita lebih utamakan homework. Dengan alasan boleh solat sorang-sorang lepas tu. Kadang-kadang bila hujan renyai-renyai kat luar, kita bagi alasan untuk tak ke masjid. Melepaskan ganjaran akhirat yang 27 kali ganda lebih tinggi begitu sahaja. Itu baru sentuh bab solat jemaah, belum sentuh yang lain-lain lagi. Haih…

Ceramah Dan Lagu

Bila nak dengar apa-apa lagu, aku dengar je. Tak pernah pikir dua tiga kali. Tak pernah pikir macam ni-”Eh..lagu ni dah dengar dah dulu..tak payah dengar dah la”.

Tapi bila pergi kepada kuliah agama. Pikir dua tiga kali pulak. “Ceramah ni dah penah dengar la. Nak kena dengar lagi ke?”.

Haih..

Dilemma

Take note that this video is published by GM. Interesting facts though if they are true.  

Maybe Proton is interested to buy one of these 3 giants for $1.00 if they collapse.haha

Other related videos…

Posted in Video. 2 Comments »

I’m Nothing

Terima Kasih

Terima kasih untuk semua ucapan.

Terima kasih untuk segala doa.

Terima kasih untuk satu ‘kejutan’.
(nasib baik aku tak sakit jantung)

Terima kasih belake!

Jazakallah khairan khasira

Buah Tangan

Assalamualaikum.

Dua minggu lalu aku telah berjanji dengan rakan-rakan usrah untuk menulis sedikit tentang kisah Joe The Plumber yang kami bincangkan dalam usrah selepas melihatnya dari perspektif Islam. Walaubagaimanapun, dek kerana aku merasa tidak mampu untuk menulis tentang isu itu, aku mohon untuk mengantikannya dengan perkongsian dari kuliah MSA retreat 2 minggu lepas berkenaan 4 imam besar mazhab. Mungkin dah ramai yang mengetahuinya. Kalau dah tahu, mungkin ini sebagai peringatan untuk anda amalkan dan sampaikan kepada orang lain. Ada paham?

Rasanya semua dah belajar pasal keempat-empat imam besar ni sewaktu SPM kan?? Soalnya antara ingat atau tidak sahaja. Kalau selalu lupa cam aku, boleh buka sini, sini, sini dan sini. Sebab bukan itu yang mahu ku kongsikan di sini.

Alhamdulillah..Dalam MSA Retreat tu, basically hanya 100% talk oleh Syeikh Bachir. Agak berbeza sedikit dengan Islamic Fall Retreat Purdue. Walaupun kedua-duanya ‘retreat’. Tapi konsep kedua-duanya sangat berbeza.

Dalam kuliah bersama Syeikh Bachir, beliau telah menelusuri riwayat hidup 4 Imam besar ini bermula dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad Bin Hanbal. Kisah hidup mereka memang unik dan bukanlah untuk sekadar bacaan atau cerita di waktu lapang atau untuk di’luah’kan didewan peperiksaan, tapi untuk dijadikan renungan dan panduan hidup.    

Disini aku catatkan sedikit sebanyak pengajaran penting yang aku perolehi dari kuliah Syeikh Bachir ini. Kebanyakannya adalah isi pembentangan Syeikh Bachir sendiri dan ada beberapa yang aku terpikir. Segalanya terdedah kepada kesilapan. Komen, kritikan, pembetulan atau penambahan amat dialu-alukan.

1. Sunnah menuntut ilmu. Menuntut dan mendalami ilmu terutamanya ilmu Islam adalah satu proses yang panjang. Kesemua imam ini menghabiskan keseluruhan hidup mereka selama berpuluh-puluh tahun untuk menjadi imam mujtahid. Malah mereka berguru dan mengembara ke merata tempat untuk mencari guru dan mencari sumber hadith. Pendek kata, menuntut ilmu adalah satu proses yang panjang dan memerlukan pengorbanan. Bukan setakat selepas habis sekolah atau selepas selesai ijazah pertama. Dan menuntut ilmu perlukan guru, bukannya berguru pada ’syeikh google’ semata.       

2. Bersedia sebelum ke kelas. Dikisahkan juga tentang ketajaman akal dan kesungguhan Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Beliau terlebih dahulu menghafal kitab al-Muwatta pada usia 10 tahun sebelum pergi ke Madinah pada usia 13 tahun untuk menuntut dengan penulis kitab itu iaitu Imam Malik. 

3. Ringankan mulut untuk berkata ‘tidak’ jika tidak tahu. Keempat imam besar ini sangat la berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa. Contoh yang terbaik adalah Imam Malik dimana diriwayatkan pada satu ketika, beliau diajukan sebanyak 40 soalan dan diwajab beliau dengan ‘aku tidak tahu’ kepada 32 daripadanya. Dalam satu kisah lain, beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan memberikan fatwa sebelum 70 ulama Madinah yang mengiktiraf kelayakan beliau. Antara kata-kata beliau yang masyur(dalam bahasa inggeris)

“The shield of the scholar is, ‘I do not know,’ so if he neglects it, his statement is attacked.”

4. Belajar sesuatu yang diluar dari bidang kita. Diriwayatkan bahawa Imam Syafie merupakan seorang yang bukan sakadar seorang alim dalam bidang fiqh, malah pandai bersyair, handal memanah, menunggang kuda dan mendalami ilmu genealogi. Menurut Syeikh Bachir, mendalami sesuatu yang diluar dari bidang kita boleh membantu seseorang itu memahami orang lain dan dekat dengan masyarakat.  

5. Peranan ibu. Tiga dari 4 imam besar ini (kecuali Imam Abu Hanifah) mendapat didikan dan pengaruh yang sangat kuat dari ibu masing-masing untuk menuntut ilmu. Malah, bapa mereka ada yang meninggal sebelum lahir (Imam Ahmad) dan meninggal ketika kecil (Imam Syafie). Peranan ibu dalam mencorak mereka pada peringkat awal usia sangatlah besar. Menurut Syeikh Bachir, bukanlah menafikan peranan bapa, tapi sekadar mahu menekankan soal pembentukan anak yang bermula dari peringkat pemilihan ibunya kerana ibulah yang akan meluangkan lebih masa bersama anak.  Pesanan syeikh Bachir sangat ringkas-be highly selective and don’t pick up from streets

6. Jangan pernah merasa terlambat untuk menuntut atau mendalami ilmu agama.  Berbeza dengan Imam lain, Imam Abu Hanifah hanya mula menyertai halaqah ilmu dibawah Imam Hammad ibn Sulayman pada umur 22 tahun selepas bertemu dengan Amir as-Shabi dalam perjalanannya untuk berdagang. Selepas pertemuannya itu, beliau mula menuntut dibawah halaqah Imam Hammad ibn Sulayman hingga mengambil alih tempat gurunya itu pada usia 40 tahun. Ilmu tak mengenal usia. Dan ilmu juga tidak terhad kepada pelajar-pelajar sepenuh masa sahaja seperti yang ditunjukkan dalam kisah Imam Abu Hanifah itu dimana beliau pada mulanya hanyalah seorang pedangang.  

Setakat itu sahaja yang mampu aku kongsikan. Diulangi, sebarang komen, kritikan, pembetulan atau penambahan amat dialu-alukan.

Sekian Wasallam

Compilation

A compilation of  some significant speeches from Barack Obama on his road to the White House.

Mesti berat blog ni lepas ni. Tapi tak perlu tonton la. Saje je letak sini untuk rekod.

1. Keynote address at the 2004 Democratic National Convention, in Boston, Massachusetts.

2. Presidential Announcement in front of the Old State Capitol building in Springfield, Illinois on Feb 10,  2007.

3. First victory speech after winning Iowa Caucuses on January 3, 2008.

 

4. Democratic nomination victory speech in Minnesota on June 3, 2008.

5.  Introduction of vice presidential running mate, Joe Biden, in Springfield, Illinois on August 23, 2008.

6. Acceptance speech at 2008 Democratic National Convention at Mile High Stadium, in Denver, Colorado.

7. Victory speech after being elected as 44th President of the United States on November 4th, 2008 at Grant Park, Chicago.

Antara Dua

Pejam celik, pejam celik..tiba sudah hari ditunggu. Amerika dihidangkan dengan dua pilihan utama. Pilihan ketiga sekadar penyeri. 

A short roundup from their campaigns…

When I am president, I will not offer up unconditional summit meetings with dangerous dictators, nor will I foreclose diplomatic tools that serve our interests. I will respect our trade agreements with our allies, not unilaterally renounce them. I will close the Guantanamo Bay prison and ban torture. I will expand our armed forces and transform our civil and military agencies to win the struggle against violent Islamic extremism.

I believe that America is an exceptional country, one that demands exceptional leadership. After the difficulties of the last eight years, Americans are hungry for change and they deserve it. My career has been dedicated to the security and prosperity of America and that of every nation that seeks to live in freedom. It’s time to get our country, and our world, back on track.

Mr. McCain is the Republican nominee for president.

So tomorrow, I ask you to write our nation’s next great chapter. I ask you to believe — not just in my ability to bring about change, but in yours. Tomorrow, you can choose policies that invest in our middle class, create new jobs, and grow this economy so that everyone has a chance to succeed. You can choose hope over fear, unity over division, the promise of change over the power of the status quo. If you give me your vote, we won’t just win this election — together, we will change this country and change the world.

Mr. Obama is the Democratic nominee for president.

p/s: manis mulut je belaker pakcik2 ni…

Untitled

A reflection for today. Taken from the last paragraph of the introduction part of Alan Greenspan’s The Age of Turbulence. Maybe Mr Greenspan is trying to lecture some of our Malay leaders.

In the face of the increasing integration of the global economy, the world’s citizens face a profound choice: to embrace the worldwide benefits of open markets and open societies that pull people out of poverty and up the ladder of skills to better, more meaningful lives, while bearing in mind fundamental issues of justice; or to reject that opportunity and embrace nativism, tribalism, populism, indeed all of the “isms” into which communities retreat when their identities are under siege and they cannot perceive better options. They are enormous obstacles facing us in the decades ahead, and weather we surmount them is up to us.