Sekadar catatan pendek. Untuk dua minggu lebih yang akan datang insyaAllah aku tiada dirumah kerana bermusafir sempena cuti musim sejuk. Blog ini juga tidak akan dibuka untuk satu tempoh masa dan komen akan di’moderate’(mcm la byk sgt org komen kat blog ni). InsyaAllah aku akan ke Houston untuk bermuktamar dan singgah sekejap di New Orleans sebelum ke Florida untuk berjalan-jalan. Tiada apa yang aku pinta selain doa dari kalian semua agar perjalanan aku dan rakan-rakan selamat.
I was tagged by Cik Fathen, a friend of friend of mine several days ago. Sorry for the delay. Here are the questions.
1 Do you think you’re hot?
- Definitely not. Lebih-lebih lagi sekarang musim salji.
2 Upload your favourite pictures of yourself:
-Maaf. I never upload my own pictures in any entry of this blog. I can’t fulfill this request. Really sorry.
3 Why do you like these pictures?
-Irrelevant
4 When was the last time you ate pizza?
-This afternoon. Before taking my MA351 paper.
5 The last song you listened to?
- Syukur alhamdulillah by ungu.
6 What are you doing right now besides this?
- Minum air
7 What name would you prefer besides yours?
-Errr.. Enough la with Ahmad Farhan A Wahab. Lecturers pun senang ingat.
8 Who are the next people you will tag?
-I’m not going to tag anybody. So, questions 9 to 13 automatically become irrelevent.
ps: Maaf sangat-sangat Cik Fathen saya tak dapat jawab semua. Thanks for tagging anyway.
Dalam kelas EAS, lecturer aku ada menyentuh sedikit tentang satu fenomena ekonomi iaitu curse of oil. Biasanya senario ini berlaku di negara-negara membangun. Satu fenomena dimana rahmat kurniaan Allah melalui sumber emas hitam tidak dapat meningkatkan kemakmuran ekonomi kepada rakyat negara itu. Malah, lebih teruk bila sumber itu boleh membawa kepada ketidakstabilan politik, kacau bilau, masalah sosial dan penyalahgunaan sumber kekayaan. Istilah yang berkaitan adalah resource curse dan dutch disease.
Dan sekarang ini, timbul balik isu pemulangan wang royalti kepada negeri Terengganu. Dan seperti biasa 2 parti politik yang terasnya Melayu terus berkelahi tentang hak rakyat Terengganu ini. 6.218 billion bukan jumlah yang kecil. Jika diurus dengan baik agak mustahil Terengganu boleh kekal sebagai negeri kedua termiskin. Tahun demi tahun. PRU demi PRU. Pemimpin bertukar ganti. Kerajaan juga pernah bertukar. Jika kerajaan sekarang dikatakan gagal menguruskannya dengan baik, check and balance di DUN dan Pilihan Raya sepatutnya mengatasi masalah ini. Tapi ini sama sekali tidak berlaku. Keadaan rakyat secara amnya masih lagi seperti dulu. Yang beza hanyalah pada kemegahan Masjid Kristal, TTI, Monsoon Cup dan bermacam-macam lagi projek mega. Adakah Terengganu juga terkena ‘curse of oil’?
Aku tercari-cari blog yang dimaksudkan dalam Utusan Malaysia ni. Aku tak rasa blog ini adalah blog yang dimaksudkan. Blog ni dah wujud sejak PRU-12 tempoh hari. Mengapa sukar bagi Utusan memasukkan sekali alamat blog Tok Mun dalam berita itu? Atau sekadar menggunakan modal blog Tok Mun yang sebenarnya tidak wujud bagi menarik perhatian pembaca. Kalau ya, aku pun turut sama terpedaya. Btw, ada sesiapa tahu alamat blog Tok Mun yang dimaksudkan Utusan itu?
Just now, I stumbled across 2 interesting paragraphs commenting on financial difficulty face by GM and Ford in my MGMT textbook. Its kinda late since I have learned this topic 2 weeks ago. I should share them earlier if I make this book as my best companion. Unfortunately, I read it for the sake of the final exam since lecture notes are not enough to prepare me for the final.
Ok la..I rewrite them here.Keep in mind, they are not very insightful, but still helpful to understand US auto crisis from a managerial perspective. They are taken from Chapter 17 of the book-’Financial Laverage and Capital Structure Policy’.
Meanwhile, as the wheels of justice turn in their ponderous way, the assets of the firm lose value because management is busy trying to avoid bankruptcy instead of running the business. Normal operations are disrupted, and sales are lost. Valuable employees leave, potentially fruitful programs are dropped to preserve cash, and otherwise profitable investments are not taken.
For example, in 2006, both General Motors and Ford were experiencing significant financial difficulty, and many people felt that one or both companies will eventually file for bankruptcy. As a result of bad news surrounding both companies, there was a loss of confidence in the companies’ automobile. A study showed that 75 percent of Americans would not purchased an automobile from a bankrupt company because the company might not honor the warranty and it might be difficult to obtain replacements parts. This concern resulted in lost potential sales for both companies, which only added to their financial distress.
-Ross, Wasterfield and Jordan. Corporate Finance Fundamentals. New York: McGraw Hill, 2008.
2 years later, GM and Ford are not in the state of financial distress anymore. They are on the brink of bankruptcy. I love the idea of customer confidence though. That’s true right? Would you buy a car from an auto company that will be wiped out of the market anytime soon? I won’t. The issue of customer confidence is rarely mentioned and focused in the media here. For me, it’s crucial for them to win back the confidence of Americans since they can’t afford to keep having drops in sales. Well, you can’t get it overnight. It takes years, or maybe decades. Letter like this won’t do anything.
Sedar tak sedar, berakhir sudah tempoh khidmat Dr Asri sebagai Mufti Negeri Perlis. Tempoh 2 tahun sungguh sekejap dirasakan. Dan pasti juga tempoh 2 tahun terlalu pendek untuk merevolusi pemikiran umat Islam negari Perlis, apatah lagi untuk Malaysia.
Aku tahu ramai yang tak bersetuju dengan cara beliau. Tapi memang susah nak dapat orang yang mempunyai autoriti dalam hal ehwal agama sekarang yang boleh ‘call a spade a spade’, yang boleh duduk sepentas dengan BN dan PR, yang boleh keluarkan kenyataan tanpa ada kepentingan. Real maverick kata orang.
Diakui beliau agak popular. Buktinya, aku lebih kenal beliau berbanding Mufti negeri aku. In fact, aku tak kenal pun siapa mufti negeri Terengganu. Dengar kuliah agama beliau pun tak pernah, apatah lagi nak mendalami fikrah dan perubahan yang beliau bawa di Terengganu. Salah siapa di sini?
Aku Rela..
Telah ku benarkan nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela tohmahan bermahajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah. .
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerna..
“Don’t underestimate the power of prayers because we can plan, we can work but the power of the prayers of people of all faiths should not be underestimated.“
yang berasal dari sini. Sangat berat kenyataan ini bagi aku kalau ianya benar keluar dari mulut beliau.