Statistik pertama di atas yang aku ambil dari alexa.com untuk 6 bulan pertama bagi 5 akhbar utama di Malaysia. Ia jelas meunjukkan Malaysiakini.com kini meninggalkan jauh utusan.com.my dan bharian.com.my (dua akhbar melayu utama). Walaubagaimanapun akhbar online no 1 negara masih lagi milik akbar berbahasa Inggeris thestar.com.my.
Dan graf kedua di atas menunjukkan pola keselurahan bagi 5 akhbar tersebut semenjak Ogos 2007. Sekali lagi ia jelas menunjukkan Malaysiakini telah ‘memintas’ utusan dan berita harian selepas bulan Mac 2008 iaitu ketika musim pilihan raya ke 12. Malah ‘gap’ antara harakahdaily dengan utusan mahupun berita harian telah berkurang selepas Mac 2008.
Aku tak reti nak tulis apa-apa intrepetasi tentang pola kedua-dua graf di atas. Tapi aku pasti pola peralihan pengguna kepada akhbar maya alternatif dan bebas seperti Malaysiakini pasti mempunyai kesan yang tersendiri kepada politik negara.
Dalam kelas MGMT411 (Investments) semalam, pensyarah aku ada berceloteh sedikit tentang tabiat orang di sini yang mudah mempercayai ramalan-ramalan yang dibuat oleh so-called stocks analyst di TV, akhbar atau mana-mana media massa. Biasanya mereka akan meramal dan menghebohkan kepada masyarakat saham mana yang akan naik dan saham mana yang akan turun. Dan memang ada orang yang percaya dan membuat pelaburan berdasarkan ramalan-ramalan yang disiarkan di TV.
Lebih menyedihkan, pensyarah aku turut menceritakan bagaimana syarikat-syarikat ‘analisis’ ini menjual perkhidmatan mereka hanya dengan mengaplikasikan teori kebarangkalian ke atas para pelanggan sasaran mereka. Secara ringkas, email akan dihantar kepada seribu orang. Dari seribu orang(dengan kebarangkalian 0.5), 500 akan mendapat ramalan yang betul. Dari 500 orang ini email ramalan akan terus dihantar diamana 250 pula akan terkena ramalan yang betul(dengan kebarangkalian 0.5). Setelah 4 hingga 5 kali email dihantar, akan ada satu kumpulan yang mengena kesemua ramalan. Syarikat ini kemudiannya akan mengenakan bayaran jika mereka mahu meneruskan khidmat ramalan. Dan memang ramai yang melanggan kepada agen-agen ramalan sebegini.
Pensyarah aku mempersoalkan, jika so-called stocks analyst itu benar-benar yakin dengan ramalan mereka betul, mengapa tidak mereka sahaja yang terus melakukan pembelian saham itu? Mengapa ianya mahu dihebohkan pada orang lain?
Dan jika orang ramai mengetahui realiti dunia pelaburan yang sebenarnya, peramal-peramal turun naik saham di TV mungkin boleh menggangur sahaja. Hakikatnya, keuntungan tidak boleh dicapai dengan jalan yang mudah dan cepat. Teori EMH digunakan bagi menjustifikasikan dakwaan ini. Pelaburan yang mahu dilakukan perlu kepada analisis risiko dan pulangan serta diversification. Itu pun masih belum cukup untuk menjamin keuntungan.
Di Malaysia mungkin gejala nujum saham belum menular. Memang tiada rasanya satu rancangan khas yang meramal saham mana akan naik dan saham mana akan turun seperti yang ada di sini. Dan rancangan berita pun sekadar menyentuh tentang pasaran saham selama dua hingga tiga minit.
Tapi sikap mahukan untung mudah dan segera tetap ada dalam masyarakat kita. Banyak contohnya. Skim cepat kaya, peraduan gores dan menang, pelaburan internet, MLM, skim piramid, dan lain-lain. Usahkan mahu sabar..Halal dan haram pun entah kemana dicampak. Yang difikir hanyalah untung segera. Ustaz Zaharuddin pun dah berbuih menegur dan berusaha untuk merubah sikap masyarakat kita ni.
Bila ditanya kepada pensyarah aku cara terbaik untuk melakukan pelaburan bagi dirinya . Petua yang diberikan oleh beliau mudah sahaja. Melaburlah dalam mutual fund jika anda tidak mahu pening kepala membuat analisis risiko dan pulangan. Ini kerana mutual funds itu sendiri terdiri daripada pecahan saham-saham dalam pelbagai syarikat. Kos transaksi pula jauh lebih rendah dan analisis pelaburan dilakukan oleh mereka yang benar-benar pakar. Cuma kita sebagai umat Islam perlulah memastikan pelaburan itu menepati syariah. Dalam erti akat lain mempunyai majlis penasihat syariah yang betul-betul menasihati.
Aku tutup entri pendek ini dengan ceramah pendek Ustaz Zaharuddin tentang pelaburan yang dibolehkan dalam Islam.
Ini sekadar catatan pengalaman peribadi. Mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan(aku tulis sikit-sikit).
Perancangan awal hanya melibatkan Houston, New Orleans dan Florida. Tetapi beberapa perubahan berlaku di peringkat awal.
Hari Pertama:
Misi pertama adalah menjemput Ansari dan Jani di UIUC. Sebuah van dan sebuah kereta dihantar khas ke sana. Selesai menjamah Pizza yang di taja Ansari, kami terus bergerak ke Nashville. Perjalanan yang asalnya 5 jam menjadi 7 jam dek kerana GPS tersilap kira. Sampai di Nashville, kami di sambut oleh Nasir yang juga turut bertanggungjawab menguruskan tempat tinggal untuk 26 ahli rombangan dari West Lafayette. Terima kasih bebanyak diucapkan pada Saudara Nasir.
Hari kedua:
Perancangan kami sedikit berubah. Kami satu van mengemabil keputusan untuk meninggalkan Nashville lebih awal bagi melakukan lawatan mengejut ke Memphis dan Dallas. Sebelum bertolak, sempat singgah di Nashville Airport dan pusing-pusing sekitar Vandy. Perjalanan ke Memphis mengambil masa 3 jam. Kami bertolak selepas makan tengah hari dan solat di Best of India. Jadi sampailah di Memphis pada waktu malam. Tiada apa yang menarik. Sekadar singgah di Sun Studio dan bergambar di tepi sungai Missisipi yang berlatarbelakangkan jambatan ini. Pukul 10, kami bergerak menuju ke Dallas. Perjalanan di pagi hari ini mengambil masa 7 jam.
Hari ketiga:
Sampai di Dallas kira-kira jam 6:00 pagi. Setelah puas meronda-ronda kami singgah di Stesen minyak 7E untuk berehat dan ambil wuduk. Selepas setengah jam berhenti dan melepak disitu, penjaga kedai tiba-tiba keluar dan mengadu tandasnya basah(paham-paham je la apa sebabnya). Tanpa banyak sonyeh, kami dihalau bagai kucing kurap. Sedih mengenangkan tiada tempat solat, kami berhenti untuk solat di premis perniagaan. Terpaksa berambus dengan cepat bila guard keluar untuk menunjau kami. Selesai solat kami ke Thanksgiving square di tengah bandar Dallas. Kemudian ronda-ronda di tengah bandar ini. Bangunannya cantik. Selesai meronda, kami ke Walmart mencari alas perut dan kemudian mencari Masjid untuk berehat. Banyak rupanya masjid di Dallas. Tapi kesemuanya tutup. Tapi menjelang solat Jumaat kami berjaya menjumpai Masjid Church. Sedikit tentang Masjid ini. Keaadannya sungguh menyedihkan. Agak daif. Makmum pula boleh dibilang dengan jari. Tak sampai 30 orang pun untuk solat jumaat hari itu termasuk kami. Tapi khutbahnya..MasyaAllah. Sungguh mantap.”Faith as the Foundation of Life’ tajuknya. Susah nak jumpa khutbah seperti di Masjid tu kat Malaysia. Selesai solat, kami terus bergerak ke Houston. Perjalanan ke Houston mengambil masa 3 jam. Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan permandangan padang rumput yang indah dan luas mata memandang. Tiba di Houston jam 8:00 malam. Mendaftar diri dan bersiap untuk bermuktamar.
Hari keempat hingga keenam(27-20 Dec) adalah waktu bermuktamar. Tak mampu aku untuk kisahkan semuanya di sini. Mungkin boleh baca Titian Fitrah edisi Muktamar untuk mengetahui kisah di Hilton Westchase tempoh hari. Boleh download secara percuma di misgonline.com.
Hari Ketujuh:
Kami bertolak dari Hilton Westchase kira-kira jam 2 petang dan terus menuju ke New Orleans. Perjalanan yang mengambil masa 5 jam ini terlah menghidangkan kami dengan permandangan hutan paya. Hampir sama permandangan dengan kawasan pantai Terengganu jika anda bergerak dari Batu Rakit hingga ke Setiu. Dalam perjalanan, kami melalui landmark New Orleans iaitu CCC. Kami tiba di New Orleans hampir jam 8 dan terus check in hotel. Misi mencari makanan malam itu diteruskan selepas berehat sekejap. Kami silap dalam merancang kerana tidak menyangka premis perniagaan di New Orleans tutup awal sekitar jam 10. Walaubagaimanapun, nasib kami baik kerana masih ada yang sudi kerana sebuah Papa John’s sudi menerima kami sebagai pelanggan walaupun mereka sudah tutup.
Hari kelapan:
Kami meneruskan program satu hari jalan-jalan di New Orleans. Kesan pembangunan semula New Orleans selepas dilanda Katrina memang dirasai. Banyak jalan-jalan lama yang gagal dikesan oleh GPS dan kami terpaksa berlegar-legar di dalam bandar ini dek kerana itu. Awal pagi kami ke museum sekitar bandar New Orleans. Tapi yang berjaya kami masuki hanyalah WWII Museum. Selesai melawat museum kami ke bulatan terkenal di tengah bandar ini. Dah lupa namanya. Selesai melepak di bulatan itu kami terus mencari Salt and Papper. Sebuah kedai makan halal. Walaupun halal, service dan kualiti makanannya amat buruk. Malas nak cerita panjang-panjang. Kehidupan malam tahun baru kami di New Orleans diteruskan dengan perjalanan mencari French Market. Kami turut melalui Bourbon Street dalam perjalanan itu. Lorong ini sangat ‘kotor’ dan ‘gelap’ bagi aku. Bacalah sendiri apa yang ada disitu. Sampai di French Market, kami terus menikmati kopi di Cafe Du Monde. Sebuah kedai kopi yang tersangat popular di New Orleans. Orang kata, tak sah tak datang sini kalau dah sampai New Orleans. Sungguh kaw kopi di sini. Paling kaw pernah aku rasa. Kesedapan roti Beignets yang dihidangkan bersama kopi juga tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Apa yang menarik tentang kedai ini, ia mempunyai jumlah pekerja yang luar biasa ramainya. Aku pun tak tahu mengapa. Selesai melepaskan hajat di Cafe Du Monde dan French Market, kami terus keluar dari New Orleans menuju ke Florida.
Hari kesembilan:
Kami tiba di Florida pada subuh hari. Selesai solat sekadar lepak dan pusing-pusing disekitar Orange County sementara menunggu kedai menyewa basikal buka. Kami berbasikal lebih kurang jam 11 selama 1 jam. Sungguh cantik kawasannya dikelilingi tasik-tasik yang sederhana besarnya. Suhunya juga tak sejuk dan tak pula panas. Ada kebun-kebun oren di sepanjang jalan. Memang mendamaikan kawasan ini. Tapi tak leh lawan kg aku..haha. Selesai berehat, kami terus bergerak ke Ramada untuk check in dan berehat setelah letih dalam perlajanan dari New orleans semalam. Dan rehat yang cukup memang perlu sebelum menghabiskan masa sehari di Sea World esok harinya.
Hari kesepuluh:
Kami ke Sea World. Tiketnya adalah pakej bersama tiket untuk ke Busch Garden yang berharga kira-kira $99. Taman tema ini bukan sekadar untuk melihat hidupan laut sahaja, tapi turut menawarkan permainan yang sesuai untuk semua golongan. Tapi aku tak cuba semua la. Tengok la sendiri apa yang ada kat sini. Yang paling menarik sekali kat sini semestinya pertunjukan(animal show). Ada pertunjukan ikan lumba-lumba, singa laut, shark dll. Kagum aku lihat koordinasi mereka yang cukup kemas. Nak tercabut kaki berjalan dalam ni. Letih berjalan, kami pulang jam 8:00 malam iaitu waktu Sea Wolrd ni ditutup. Memang memanfaatkan semaksimum mungkin waktu yang diperuntukkan. Dan bermula di Sea World jugalah aku merasa seperti berada di Amerika Latin. Kiri kanan orang cakap Spanish.
Hari kesebelas:
Tempat yang paling aku nantikan. JFK Space Center. Yang ni lebih kurang 1 jam dari Orlando. Tapi bukan keseluruhan center la kami pi. Tak lawat la launch pad roket tu. Cocoa Beach pun tak pi. Sekadar melawat visitor center je. Tempatnya kecil dan tak ramai pelawat. Tapi bermacam-macam aktiviti menarik. Antaranya adalah tayangan 3D, launch simulator, meet the astronauts dll. Walaupun kecik, yang ni pun kami masuk full. Dari pagi sampai maghrib. Sebelum pulang singgah sebentar di Astronaut Hall of Fame. Ianya sekadar tempat pameran. Tiada apa yang menarik.
Hari kedua belas:
Ini hari kami ke lokasi terkahir untuk Orlando iaitu Universal Studio. Kalau diikutkan tempat ni tak la kena sangat dengan jiwa aku walaupun macam-macam ada kat sini. Kebanyakannya adalah pertunjukan yang berkaitan dengan pembikinan filem. Yang paling menarik bagi aku adalah tayangan Shrek 4D dan horror make up show. Dan nak masuk satu-satu kat sini kena melalui barisan yang sangat panjang dek kerana pengunjung yang sangat ramai. Memang sangat melatih kesabaran. Dan Universal Studio ni memang agak tidak sesuai untuk dilawati bagi mereka yang mempunyai sakit jantung, ibu mengandung atau sakit badan. Kalau mahu datang juga, sekadar pusing-pusing je la. Sekali lagi kami masuk pada pagi dan keluar pada waktu malam selepas ianya ditutup.
Hari ketiga belas:
Kami bergerak menuju ke Miami, sebuah lagi destinasi menarik. Sampai di city of Miami, jalannya sangat berputar belit, banyak lorong dan trak-trak besar bersepahan. Sangat menakutkan memandu di sini jika mahu dibandingkan dengan Chicago(tapi trafik di Malysia paling menakutkan setakat ini). Sebaik sampai kami terus ek Bayside.hajatnya mahu naik belon panas, tapi premis belon panas tu dah berbulan tutup. Selepas hajat tak kesampaian kami ke South Beach untuk meninjau pantai. Sekali lagi kami dihidangkan dengan permandangan Biscayne Bay yang cantik ketika merentasi Interstate 195. Cantik pantai South Beach dengan camar laut berterbangan. Letih bermain di Pantai kami pulang dan check-in hotel.
Hari keempat belas:
Perancangan awalnya kami mahu terus ke Key West. Tapi dek kerana belum puas bermain pantai, kami turun ke North Beach sekejap. Usai main pantai, kami terus ke Key West. Florida Keys ni adalah gugusan pulau-palau di bahagian paling selatan di AS. Dan sepanjang perjalanan ke Key West kami dihidangkan dengan pemandangan penempatan tepi laut dan pulau. Tentunya tak sama dengan pemandangan di pesisir pantai Terengganu yang agak daif taraf hidup penduduknya. Jauh bezanya bagaikan langit dan bumi. Kami solat asar di pantai key west dan lepak di situ sambil menunggu matahari terbenam. Subhanallah..cantik sekali pemandangannya. Sebelum bergerak keluar dari Key West, kami singgah di downtown untuk makan dan membeli cenderamata. Takut juga sebenarnya melihat maksiat yang bergelimpangan di Pulau ni. Rasa nak cepat keluar dari Pulau kecik ni. Kalau Allah nak turun bala, bila-bila masa je. Setelah kekenyangan di SUbway, kami terus bergerak keluar dari Florida Keys menuju ke Tampa yang mengambil masa lebih kurang 7 jam (masih lagi di Florida). Kami bermalam dalam van sahaja malam itu.
Hari kelima belas:
Kami tiba di Tampa kira-kira jam 5:00 pagi. Selesai solat di depan Wal Mart dan sarapan kami terus ke Busch Farden dan menunggu pintu taman ini dibuka. Busch Garden ni taman ala Afrika. Dalam ni kiranya ada bermacam-macam binatang dari Africa. Ada sykride, Rhino Rally. Ada juga permainan ala-ala funfair. Dan ada juga 7 jenis roller coster kalau tak silap. Tapi satu pun aku tak naik. Tak mampu la beb..
Hari keenam belas:
Kami sambung lagi berjalan-jalan di Busch Garden demi memehuni hajat beberapa pihak yang mahu menaiki roller coaster agong. Masuk tengah hari, kami bergerak ke aldang oren. Kami selesai memetik oren pabila maghrib masuk dan terus bergerak pulang menuju ke West Lafayette. Perjalanan pulang mengambil masa 17 jam(19 jam termasuk berhenti).
Dalam buku Tun Mahathir yang aku kongsikan baru-baru ini, satu benda menarik yang aku perolehi adalah mengenai cara Malaysia yang dikatakan tidak konvensional oleh Tun. Bebeza daripada negara lain. Banyak contohnya. Bermula sejak zaman Tunku Abdul Rahman ketika mana kontrak sosial ditandatangai, hinggalah ke zaman Tun Abdul Razak pula DEB dijadikan sebagai serampang dua mata dalam mengatasi masalah kemiskinan dan ketegangan kaum. Dan ketika dunia belum lagi bercakap tentang FDI dan pedangangan bebas, Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir bealih daripada pengeluar komoditi kepada sebuah negara berasaskan industri pembuatan. Begitu juga dengan dasar penswastaan yang dimulakan ketika era Tun. Pilihan itu tampak tidak bijak kerana ketika peralihan ini berlaku, tiada pulangan secara lansung yang dinikmati oleh kerajaan (dalam bentuk cukai) memandangkan banyak insentif yang terpaksa diberikan kepada para pelabur asing. Dan ketika krisis kejatuhan matawang pada tahun 1998 berlaku, Malaysia sekali lagi memilih melawan arus yang yang dilakukan Thai, Korea dan Indonesia dengan tidak meminjam kepada IMF. Sebaliknya memilih untuk menyekat pengaliran mata wang ke luar negara.
Cakap pasal konvensional, dalam usaha menangani kemelesatan, AS semalam telah memilih jalan yang agak konvensional dengan meluluskan plan ransangan ekonomi berjumlah 813b usd. Yang luar biasa hanyalah pada angkanya. Malaysia dijangka mengambil langkah yang sama dengan pembentangan bajet kecil berjumlah 10b ringgit oleh Menteri Kewangan tak lama lagi. Aku pun tak pasti ini pakej ransangan yang ke berapa. Kalau tak silap sudah dua tiga pakej sebegitu diumumkan tahun lepas. Cuma kali ini saiznya agak besar iaitu 10b. Pakej peransang sebegini memang merupakan alternatif untuk menangani kemelesatan ekonomi yang sering didebatkan dalam buku teks selain daripada memotong kadar faedah. Tapi, seperti yang disebut oleh Tim Geithner dalam ucapan beliau semalam, langkah yang diambil oleh pentadbiran baru AS ini ‘risky and time-consuming‘.
Aku masih belum lagi menghabiskan buku ini yang ditulis oleh John J. Mearsheimer dan Stephen M.Walt . Tapi komen penulis tentang gerakan melobi oleh persatuan yang pro-Arab dan pro-Palestin di AS menarik perhatian aku. Teringat aku akan satu pengisian di ISK tentang komen bekas Menteri Pertahanan Israel (aku dah lupa nama makhluk lakhnat ni) mengenai punca umat Islam gagal bangkit. Salah satu dari sebabnya adalah tidak tersusun dalam gerakan mereka(kita).
Pro-Arab organizations are also no match for the major groups that make up the Israel lobby. There are handful of pro-Arab and pro-Palestinian interest groups in the United States, but there are smaller than AIPAC and other pro Israel organizations, not nearly as well funded, and nowhere near as effective. According to Mitchell Bard, the former editor of AIPAC’s Near East Report, ” From the beginning, the Arab lobby has faced not only disadvantage in electoral politics but also in organization. There are several politically oriented groups, but many of these are one-man operations with little financial or popular support.” U.S. politicians rarely, if ever, complain about pressure from an “Arab-American lobby” and have little reason to adjust their behavior to accommodate it. As Harry Truman famously remark, “In all of my political experience I don’t ever recall the Arab vote swinging a close election.”
Moreover, because Arab Americans come from a variety of countries and backgrounds, and include Christians as well as Muslims, they are unlikely to speak with a unified voice on Middle East issues. Indeed, they sometimes hold sharply opposing views. And whereas many Americans sense a degree of cultural proximity to Israel and the Unites States and believe Israelis are “like us”, Arabs are often seen as part of an alien (or even hostile) civilization. As a result winning heart and minds in the United States is an uphill battle for its Arab-American citizens in ways that it has not been for American Jew or their Christian allies. Robert Trice’s 1981 assessment of Arab-Americans groups remain true today: “Their impact on most aspects of US Middle East policy remains negligible.”
The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy. Page 141 & 142.
Professor of Political Science at the University of Chicago, John J. Mearsheimer, and Professor of International Affairs at Harvard University’s John F. Kennedy School of Government, Stephen M. Walt, discuss their book
Gambar di atas menunjukkan statistik blog ini untuk 2 minggu terakhir. Secara puratanya blog ini menerima kunjungan sebanyak 50 kali setiap hari. Nampak kecil. Tapi kecil tu pun amanah juga. Besar juga kalau difikirkan balik. Kebanyakannya datang dari ahli keluarga, teman satu sekolah, teman satu kampus dan rakan bloggers. Terima kasihlah kepada yang setia untuk melawat blog yang tak seberapa ini. Dan terima kasih kepada mereka yang sudi menghantar komen di sini. Dah 2 tahun lebih aku blogging. Dan sememangnya aku perlu menilai kembali apa yang aku masukkan di blog ini. Aku tak pasti sama ada tulisan aku membawa faedah kepada orang di sekeliling. Hanya pengunjung yang mampu menilai. Aku tak kisah kalau blog ini tak dapat banyak komen. Tak dapat hits beribu setiap hari. Yang penting, aku harap sangat 50 klik yang masuk ke sini setiap hari akan keluar dari blog ini dengan sesuatu. Mintak jauh la dari blog ini jadi tempat untuk pengunjungnya melahgo.
Iran menyambut ulangtahun ke-30 Revolusi Islam mereka dengan pelancaran satelit buatan sendiri dan dilancarkan sendiri oleh mereka yang diberi nama Omid. Walaupun dikenakan sekatan oleh AS dan PBB, mereka tetap berjaya membangunkan satelit ini. Dan seperti biasa, tindakan Iran sekali lagi mengundang banyak ulasan negetif media di sini.