Kerajaan Telus

Aku kira Presiden Obama benar-benar berusaha mengotakan janjinya untuk mewujudkan kerajaan yang telus (transparent governance). Hari ini, satu online town-hall-meeting telah dianjurkan beliau di White House dimana beliau menjawab pelbagai soalan yang  dihantar secara online. Ianya julung kali aiadakan. Lebih 100,000 soalan telah dihantar melalui laman rumah putih ini. Namun hanya soalan-soalan yang mendapat undian tertinggi yang hanya akan disentuh Presiden Obama.

Tak lupa juga pentadbiran Obama juga turut menyediakan satu laman khas bagi memaklumkan setiap sen perbelanjaan dari pakej ransangan yang diumumkan baru-baru ini. Sila lawat http://www.recovery.gov/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Aku sendiri tidak tahu sejauh mana ketelusan mereka. Tapi sekurang-kurangnya mereka memberi peluang untuk rakyat bersuara dan memaklumkan rakyat kemana perginya duit cukai mereka.

Khutbah Untuk Pelajar

Di bawah adalah khutbah jumaat oleh Syeikh Yasir Qadhi di Ryerson University yang ditujukan khas untuk para pelajar. Beberapa isi penting dalam khutbah itu:

1-Krisis melanda umat apabila terlalu mengutamakan ilmu sekular dan dimasa yang sama tiada sebarang usaha dilakukan untuk mendalami ilmu agama. Amat memalukan bila kita mampu menyelesaikan persamaan matematik yang kompleks tapi tidak tahu apa yang membatalkan wuduk.

2-Ilmu sekular boleh menyelamatkan kita dan memberi kesenangan hanya setakat dunia sahaja. Tapi hanya ilmu agama yang boleh menyelamatkan kita di akhirat.

3-Tuntutan mendalami ilmu agama tidak memerlukan kita untuk menjadi ilmuan agong Islam atau hingga dapat mengeluarkan fatwa. Ilmu agama ada banyak tahap pemahamannya. Tidak sama sekali seperti ilmu dunia di mana jika anda seorang jurutera, anda adalah jurutera.

4-Muslim di barat tidak ketinggalan dalam segenap bidang. Apa yang kurang di barat adalah intelektual Islam yang dapat menyatukan tenaga muslim dari pelbagai bidang.

5-Sudut pandang umat yang salah dimana pelajar terbaik diutamakan untuk mendalami ilmu sains dan ilmu agama diletakkan sebagai pilihan terakhir.

6-Ahli ibadat hanya membawa kebaikan kepada dirinya seorang sahaja dan sumbangan amat terhad. Tapi ahli ilmu membawa kebaikan kepada sekeliling dan menajdi agen perubahan dalam masyarakat.

7-Malulah bila anda menggunakan akal yang dikurniakan Allah swt untuk belajar ilmu sekular sedalam-dalamnya dan mencatat gred yang terbaik dalam peperiksaan tapi masih tidak mampu memahami al-Quran.

8-Jangan perkecilkan ilmu dunia yang anda belajar di universiti. Ianya ada peranan tersendiri kepada ummah. Ummah memerlukan golongan professional sebagai penyokong kepada ulama.

9-Reconnect with your religion.

10-Allah tak akan hukum sama ada kita dapat selesaikan masalah di Palestin atau masalah ummah di seluruh dunia. Tapi Allah hanya tanya apa  perubahan kita sudah lakukan pada diri sendiri.

What do we want?

A presentation by Joseph Pine at the TED Conference which he explains the progression of economic value, experience economy, and selling authenticity (should we call it ‘delusion of authenticity’?). This presentation might give you an answer why some products do not need any advertisements to lure consumers (like Starbucks which he mentioned in the presentation). Though Joseph Pine is not an economist, I still think his idea is awesome. Also, this idea of experience economy was featured in TIME’s “10 Ideas That Are Changing the World” and presented in a book which he co-authored with Jim Gilmore.

Satu Pemerhatian

Ketika melintasi Chicago dalam perjalanan balik semalam dan 2 hari lepas, aku berpeluang melihat sedikit sebanyak kesan krisis ekonomi yang melanda industri automotif di AS. Pemandangan di sekitar suburb Chicago tidak lagi seperti dulu. Jika dulu bersinar-sinar deretan kereta perbagai jenama buatan AS dan luar negara dapat diperhatikan di sekitar premis di tepi jalan. Lambang ‘American Dreams’ yang dibanggakan mereka. Tapi sekarang suasananya agak berbeza. Banyak ruang tempat letak kereta di premis menjual  kereta sudah lengang dan kosong. Malah ada bilik pameran yang telah ditutup dan berhenti beroperasi. Kebanyakannya adalah premis yang menjual jenama Ford, Chevy, dan Chrysler. Mungkin ini adalah kesan daripada langkah pengurangan pengeluaran yang diambil ketiga-tiga syarikat berkenaan awal tahun ini. Dan yang masih dapat meneruskan perniagaan pula tampil dengan pelbagai tawaran yang tak masuk akal dulu seperti 0% pinjaman.

Spring Break

Salam to all,

Alhamdulillah..spring break sudah tiba. Cuti aku dah bermula semalam selepas 2 kelas dibatalkan oleh pensyarah.

InsyaAllah spring break kali ini memberi peluang sekali lagi untuk keluar dari West Lafayette. 4 hari dari 10 hari cuti kali ini akan dihabiskan di bahagian utara atau lebih spesifik lagi ke Twin Cities, Minnepolis. Dekat tempat jambatan I-35W yang runtuh tahun 2007 tu. Tak la jauh sangat tempatnya. 9 jam je kalo gerak dengan kereta tanpa henti. Dan kali ini rombongan cik kiah dari West Lafayette ke Minnepolis terdiri dari sebuah minivan dan 2 kereta. Ramai tuh!!

Aku pun tak tahu apa yang ada di Minnesota. Yang ku tahu hanyalah Mall of America. Gedung ke-2 terbesar di negara uncle sam ini. Tapi mall tu kecik je kalo nak dibandingkan dgn Berjaya Times Square (boleh tahan jugak shopping complex  kat Malaysia ni..haha).  Dan menurut kawan aku sorang kat Minne..minne bermaksud ‘water’. Sesuai dengan gelarannya sebagai ‘tanah sepuluh ribu tasik’ atau ‘Land of 10,000 Lakes’. Haha. Dan insyaAllah juga akan singgah di Wisconsin dan Chicago dalam perjalanan pulang.

Apapun, doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang serta dirahmati Allah swt.

Sekian Wasallam