Aku jarang petik tulisan panjang seperti entri kali ini. Tulisan ini aku petik dari buku al-Muntalaq karangan Muhammad Ahmad ar-Rashid. Banyak kritikan-kritikan dalam buku ini yang terkena pada diri aku. Tapi dari banyak-banyak kritikan itu, ini paling bermakna untuk direnungkan dan dikongsi bersama. Sebanyak mana nilai diri ini pada ummah. Sudahkah mencapai angka 1? Atau setakat 0.1? Atau cuma 0.001? Atau sememangnya sifar sejak dahulu?
Mereka sangka jalan ini cukup dengan sekadar pidato, syarahan, ceramah, resolusi-resolusi dan seminar semata-mata. Oleh itu, seorang da’i Islam yang agung, Syakib Arsalan Rahimahullah telah berusaha bersungguh-sungguh mengajar jalan yang betul namun masih juga belum berjaya.
Di dalam sebuah risalahnya yang diterbitkan pada tahun 1931 dan disiarkan di dalam majalah al-Muslimun, beliau berkata kepada salah seorang warga Palestine: “Banyak surat sampai kepadaku, sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestine. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: “Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”
Seterusnya beliau berkata: “Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?”
Kata-kata beliau itu menyerlahkan kemuncak kesedaran dan pengalaman mutakhir pada da’i, tetapi rakan-rakan Syakib Arsalan telah mengecewakan beliau dan tidak bersemangat.
Kita masih menyaksikan penceramah-penceramah di atas mimbar-mimbar masjid pada hari Jumaat dan perhimpunan- perhimpunan perayaan yang meratapi dan dukacita. Mereka mengajak umat Islam untuk beramal dan berjihad. Mereka menutup ucapan dan pidato mereka dengan kata-kata: “Islam menyeru kamu….” Sebaliknya mereka tidak bertanya kepada diri mereka sendiri, ‘Manakah pemimpin yang harus dipercayai? Sedangkan pemimpin yang ada hanyalah pemimpin yang menjadi boneka dan hamba penjajah yang kononnya berkuasa penuh.
Mereka tidak memahami jalan amal yang sahih. Syarahan dan pidato mereka hanya menambahkan lagi penderitaan dan kekesalan pada diri mereka dan pada para pendengar. Sekiranya mereka mengajar orang ramai supaya jangan lagi mengharap kepada para pemimpin hari ini, kemudian membimbing mereka agar berjamaah dan menjalankan tugas menyeru kepada kebaikan yang dibawa oleh Islam dan menegah dari melakukan kemungkaran yang dilakukan oleh parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa, pasti mereka dapat mencapai apa yang mereka inginkan.
Namun, sampai kini kita masih mendengar laungan-laungan di dalam perhimpunan-perhimpunan serta resolusi-resolusi di muktamar-muktamar sejak puluhan tahun lalu. Semuanya itu hanya merupakan himpunan angka kosong.
Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang.
Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu. Kamu panggillah puterimu: “Marilah anakku”, untuk menyemarakkan lagi nyalaan unggun api lalu kamu mengajarnya:
Marilah wahai anakku, nyalakanlah api itu sepanjang malam.
Nyalakanlah api itu, semoga api itu menjadi penunjuk
Nyalakanlah ia wahai manjaku
Sesungguhnya para da’i dalam kehairanan
Nyalakan ia untuk para pengembara di padang luas ini
Marakkan api dan nyalakanlah baranya
Semoga para pengembara segera datang kepadanya
Usirlah kegelapan yang pekat ini
Tunjukkanlah jalan ini kepada rama-rama yang sesat itu
Inilah api yang paling baik, dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita
Itulah sebaik-baik penghibur yang menyalakan api hidayah itu
Bukan persinggahan yang menjadi tujuan pasukan
Tetapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan kepada pengembara yang mencari
panduan
Bekalkanlah kami dengan kehangatan cinta dan tanggungjawab
Bekalkan kau wahai puteri si manjaku, dari nyalaan hidayah ini

April 7, 2009 at 11:52 pm
Setuju ya akh.
Alhamdulillah.
April 8, 2009 at 6:37 am
alhamdulillah..tp kalo ajak ke muktamar winter nanti jgn menolak plk.haha
April 8, 2009 at 9:29 am
bila tu? ada diskaun ke tiket? huhuh
April 8, 2009 at 6:40 pm
ish2..mentaliti subsidi tuh..
hujung tahun ni insyaAllah.