Amanah…Bukannya Keistimewaan.

Teringat aku akan situasi ketika batch aku (SPM 2004) mula melangkah ke institut pengajian tinggi(tertiary education). Ketika itu isu biasiswa lebih tertumpu kepada lambakan pemohon dan perayu bagi bidang perubatan. Tetapi, semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini perbincangan dan isunya masih lagi dalam konteks yang sama (yakni isu penganugerahan biasiswa) tapi dilihat pada perspektif yang lebih luas iaitu penganugerahan biasiswa secara kesuluruhannya. Tidak lagi hanya bertumpu kepada biasiswa untuk kursus perubatan.

Dan bila bercakap tetang penganugerahan biasiswa, satu perkataan yang terpancar hari ini adalah meritokrasi. Dan bila bercakap soal meritokrasi yang tergambar adalah pemilihan berdasarkan  keputusan semata-mata seperti yang didefinisikan oleh wikipedia-”suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya”. Persoalannya, jika keputusan SPM dijadikan kayu ukur semata-mata, dimana letaknya penilaian terhadap temuduga pelajar itu, dan aktiviti ko-kurikulumnya? Dan jika sistem meritokrasi digunapakai, adakah pelajar yang dipilih benar-benar terbaik bila ianya hanya berpaksikan slip SPM semata-mata? Apatah lagi dengan realiti dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi  selepas mahasiswa keluar dari universiti tidak hanya bergantung pada slip keputusan semata-mata.

Currently, Ong said, the selection is based on four criteria – merit (20%), race (60%), Sabah and Sarawak citizens (10%) and students from underprivileged groups (10%).

He said if meritocracy was part of the criteria, the students’ co-curriculum activities and interviews should not be included for consideration.

“Meritocracy means it should solely be the students’ results and not any other areas,” he said.

source

 Jika dilihat kepada kenyataan diatas, jelas sistem meritokrasi tidak dilaksanakan sepenuhnya. 

Aku tidak mahu mengulas lebih lanjut memandangkan aku sendiri tiada banyak maklumat tentang sistem yang digunapakai dalam menilai permohonan.

Tetapi jika benar sistem meritokrasi itu tidak lansung mengambil kira latar belakang sosial pemohon, aktiviti ko-kurikulum dan prestasi temuduga, aku rasa ada baik ianya tidak diguna pakai.

Sungguh perbincangan ini sangat subjektif dan sukar untuk menemui penyelesaian yang memuaskan pelbagai pihak melainkan menambah jumlah biasiswa yang memenuhi kehendak pemohon.

Dan kebetulan Jumaat lepas aku dan rakan-rakan ada membincangkan sedikit tentang masalah ini bersama Dr Shakor (seorang ahli panel penasihat industri bagi UTP) yang kebetulan datang melawat ke sini. Tapi perbincangan kami lebih tertumpu kepada brain drain yang berlaku kepada mereka yang selesai pengajian di luar negara atas tajaan. Brian drain yang bukan disebabkan keengganan untuk pulang berkhidmat di tanah air, tetapi brain drain akibat graduan-graduan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dan diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya kerana terikat dengan perjanjian mereka. Juga kami sentuh adalah masalah pengagihan biasiswa yang diakuinya masih memerlukan penambahbaikan. Semuanya tentang masalah pengurusan sumber manusia yang tidak pernah selesai sejak dahulu kala lagi.    

Cuma bila kadang-kadang mendengar dan membaca berita sebegini, ia sedikit sebanyak memberikan peringatan terhadap aku tentang peluang yang diberi untuk belajar menggunakan duit rakyat. Aku sedar..aku sendiri belum memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dan sungguh..ianya bukan satu nikmat atau keistimewaan, tapi satu amanah yang pastinya akan disoal di akhirat kelak. Kerana aku percaya amanah itu bukan setakat membawa balik segulung ijazah dan ilmu, tapi juga membawa pulang satu perubahan pada budaya, cara kerja dan cara berfikir yang tidak mungkin boleh diasuh jika menuntut di tanah air. Ke guane sahabat-sahabatku? 

Seruan aku kepada adik-adik yang baru sahaja berjaya menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke dalam atau luar negara, gunakan ia sebaik mungkin. Seperti yang abangaku katakan tadi, ia bukannya keistimewaan..tapi satu amanah. Dan ingat biasiswa yang anda perolehi itu tidak sama sekali menjamin masa depan anda. Pelbagai cabaran sebenarnya sedang menanti anda selepas ini terutama jika anda memilih untuk ke luar negara. Di sepanjang perjalanan nanti, anda akan lihat ramai rakan seperjuangan(yang sama mendapat biasiswa seperti anda) yang leka dan tak kuat akan tercicir dan kecundang. Dan anda juga akan lihat rakan-rakan yang tanpa apa-apa bantuan atau biasiswa boleh terus mara ke hadapan meninggalkan anda. Percayalah!

10 Ciri

Fatwa on Swine Flu Safety

SOURCE

Fatwa on Swine Flu Safety

Swine Flu is spreading very fast and causing a lot of public concern in United States and other countries of the world. The World Health Organization (WHO) and Center for Disease Control in US (CDC) have already issued advisories to the general public. We urge Muslims to exercise necessary precautions in this matter. It is an Islamic teaching that in the situation of wide spread infections, people living in infected areas should be careful not to move around in order to avoid spreading infections. Similarly those who are healthy should avoid traveling to infested areas in order to protect themselves, unless they are needed as doctors or health workers. Allah says in the Qur’an, “Do not contribute to your destruction with your own hands…” (2:195) The Prophet –peace be upon him- said, “If you are in a land and plague breaks out there, then do not leave that place. If you are told that it is spreading in some land and you are not there, then do not go there.” (Muslim, Hadith no. 5731)

In the light of these instructions the Fiqh Council of North America emphasizes that Muslims should take CDC advisories seriously. Those who are affected by any symptoms of this flu should avoid shaking hands and coming into close contacts with others. They are allowed in this situation to pray at home and not go to the Masjid for congregational prayers, until they are healthy. The Prophet –peace be upon him- said, “A sick person (with contagious disease) must not be brought among the healthy.” (Abu Dau’ud, Hadith 3911)

In case there is a Swine Flu pandemic, public assemblies might be curtailed. In that situation it will be allowed for the Masajid to issue special instructions regarding Jama’ah (congregational) and Jumu’ah (Friday) prayers considering the general welfare of their communities and cooperating with local authorities to maintain public health and safety.

We must also make individual and collective du’a asking Allah to remove this affliction and bless us all.

Fiqh Council of North America

Strategi Kemenangan

Tidak perlu diperkenalkan kepada semua bila disebut nama Dato Seri Anwar Ibrahim. Tokoh politik tanah air ini sememangnya cukup terkenal di dalam dan luar tanah air. Juga telah membuat kemunculan kali kedua dalam senarai 100 individu paling popular majalah Times. Tapi mungkin ramai yang masih belum sedar akan impak yang dibawa beliau di arena politik tanah air sejak beliau menyertai UMNO pada tahun . Dan bila bercakap tentang tsunami politik 8 Mac 2008, mungkin ramai yang meyangka ianya hasil pengaruh beliau semata-mata dan kemarahan rakyat yang meluap-luap.

Walaubagaimanapun, membaca buku  yang berjudul ‘Winning Strategies Of Anwar Ibrahim’ yang ditulis oleh Mutharasan(seorang peguam) ini sedikit sebanyak mengubah pandangan saya. Kemenangan yang mereka perolehi bukan sekadar nasib, tapi merupakan starategi rapi yang dikepalai DSAI sendiri yang dirancang dan dijalankan semenjak 2 tahun sebelum PRU 12 bermula.

Walaupun penulis buku ini merupakan seorang ahli MIC, pandangan beliau sama sekali tidak bias kepada mana-mana pihak. Tulisannya sangat kritikal. Jauh dari kutukan atau pujaan yang melampau terhadap DSAI.

Dimulakan dengan sejarah ringkas perjalanan politik DSAI. Jika dilihat liku-liku kehidupan DSAI, satu benda yang mungkin kita boleh ambil pengajaran adalah semangat melawan dan tidak berputus asa beliau. Walaupun berada dalam penjara beliau tetap mampu menggerakkan satu mobilisasi perjuangan dan kembali semula ke arena politik tanah air sebagai ketua pembangkang selepas dibebaskan dari penjara. (pengajaran 1:  jangan berputus asa)

Penulis juga turut menganalisis bagaimana pengalaman-pengalaman pilihan raya yang lalu dijadikan pengajaran oleh PKR-DAP-PAS untuk merencana strategi mengahdapi PRU 12. Banyak kesilapan-kesilapa lalu cuba untuk tidak diulangi mereka pada PRU 12.

DSAI juga berjaya memanipulasikan  segala kelemahan di pihak Barisan Nasional sendiri untuk mengubah arus sokongan kepada 3 parti tadi. Terdapat beberapa kelemahan yang diulas penulis secara teperinci dalam buku ini.

Dan jika dilihat, beberapa bulan menjelang PRU, banyak sekali perisitiwa-peristiwa yang mewarnai lasnkap politik tanah air dan cukup menekan BN. Antaranya adalah demo BERSIH, video VK Lingam, isu kenaikan harga barang dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, mereka tetap masuk awal dalam gelanggang dalam keadaan tidak bersedia. Iaitu sebulan sebelum DSAI bebas untuk kembali semula bertanding.

Dan jika dikaji semula, larangan untuk bertanding sebenarnya memberi banyak kelebihan kepada 3 parti itu sendiri dimana beliau berpeluang untuk berkempen secara bebas di merata-rata tempat. Walaubagaimanapun kempen beliau tidak dilakukan secara semberono. Gerakan kempen DSAI cukup berfokus dan berstategi. Beliau kurang menjejakkan kaki ke timur Malaysia dan negeri yang sememangnya kubu UMNO seperti Johor dan Pahang. Tetapi, beliau banyak berfokus kepada negeri yang memeliki komposisi kaum yang pelbagai seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Kempen beliau di Kelantan dan Terengganu juga kurang dek kerana kekuatan PAS yang sedi ada di kedua-dua negeri itu. (pengajaran 2: buat kerja biar berfokus)

Dan strategi DSAI untuk menubuhkan parti berbilang kaum(Parti Keadilan Nasional dan kemudiannya PKR) selepas keluar dari UMNO merupakan salah satu lagi strategi yang mula menampakkan hasil dan relevan dengan arus politik semasa. Ianya merupakan satu langkah yang memerlukan satu keberanian untuk betul-betul berubah memandangkan ianya sangat berbeza dari landasan perjuangan beliau dalam UMNO.   (pengajaran 3: berani berubah)

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati membaca analisis Mutharasan ini. Analisis yang ditulisnya mungkin biasa dibaca di laman sesawang selepas 8 Mac 2008. Cuma unik bagaimana semua itu saling kait-mengait dan menghasilkan satu kemenangan untuk DSAI dan PR. Cuma mungkin buku ini agak kurang dari segi sumber rujukan yang tidak disertakan bersama pada setiap fakta yang dikemukan.  

Penafian: Saya sama sekali bukanlah penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim. Jauh sekali menjadi pemuja beliau atau ahli Parti Keadilan Rakyat. Ulasan ini dibuat atas rasa ingin berkongsi dari apa yang saya baca.

Posted in Book, Tokoh. 5 Comments »