Guidance & Jihad

In today’s khutbah, brother Sohail made an analogy on Allah’s guidance. It was simple yet meaningful for me. It goes like this. Let’s say a person wanna go to the Indy Airport from West Lafayatte. Of course this person is new to West Lafayette. So, he stop at a gas station and ask the cashier at the register for directions. Without hesitant, the cashier gives him proper directions to reach Indy Airport. Turn right into the State St, go straight till you reach I65, so on and so forth.

After the guy has gone, the cashier thinks it might be a good idea if he makes copies of direction to the Indy Airport and distributes them to all the people who come to the gas station. Yup. We’ll definitely call him a crazy guy. It just a simple logic. Isn’t it? A cashier at a gas station will not give directions to reach certain point to a person who is not asking for it.

si A: awang, mu ning bile gok nok beruboh?

si B: hidayah dok sapa lagi la ke aku pok.

First and foremost, I’m not denying the fact that Allah the Almighty can bestow his guidance upon anyone He wish. There are lot of verses in the Quran mentioning this fact. But for me, it is a disappointment to hear a person gives such excuse for not making  any change in his/her life. Please la.. You not even asking for a guidance from Allah. How could you claim Allah is not granting you His light? InsyaAllah..if we make sincere doa, Allah will show us His way and make it easy for us to change. In fact, we call for His guidance at least 17 times a day (if and only if you are aware that you are calling for it when you make your solat).

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki- Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Al Qashash : 56)

I end this entry with a commentary by Ibnu Qayyim on verse no 69 of Surah Al-Ankabuut. According to that verse there is a connection between guidance and jihad as jihad is another mean to ask for guidance from Allah. This commentry is taken from the book Purification of the Soul by Jamaludin Zarabozo.

“And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah is with those who do right” (29:69)

Allah has connected guidance with jihad. The people who have the most complete guidance are those who make the greatest jihad. The forms of jihad which are most obligatory upon a person are the jihad against the soul, jihad against the desires, jihad against the Satan jihad (being overcome by this) worldly life. Whoever strives against these four for the sake of Allah, Allah guides him to the paths that are pleasing to Him, leading to His paradise. Whoever abandons the jihad would lose a corresponding portion of guidance based on how much jihad he failed to perform. One cannot fight the external enemy unless one fights these internal enemies. Whoever is given victory over them will be given victory over his external enemy.
-Muhammad ibn al-Qayyim, al-fawaaid, (Beirut: Daar al-Nafaais, 1984) p. 78

Bacaan Musim Panas 1

purificationhamza

1. Purification of Heart (Hamza Yusuf).

Bagi sesiapa yang mengenali dan sentiasa mengikuti kuliah Syeikh Hamza, buku ini mungkin bacaan ‘wajib’ bagi mereka. Buku yang sangat-sangat bermanfaat bagi mereka yang berusaha mendapatkan jiwa yang tenang. Buku ini sebenarnya adalah ulasan kepada MatharatulQulub Imam Mawlud dan didalamnya dibahagikan ulasan berdasarkan penyakit-penyakit hati. Penerangan secara terperinci diberikan tetang punca setiap penyakit hati serta tanda-tandanya. Rawatan kepada penyakit-penyakit yang disenaraikan dalam buku ini lebih bersifat psikologi. Kelebihan rawatan menurut amalan praktikal seperti puasa, jaga makan, sedekah, zikir turut diulas tetapi lebih dalam konteks umum. Buku ini merupakan buku Islami berbahasa inggeris yang pertama aku beli disini. Dan ini kali ketiga aku membacanya. Walaupun bahasanya agak sukar, tapi itu tidak sedikit pun menjadi halangan untuk aku membacanya lagi. Satu bahan muhasabah yang aku sangat rekemen.

ketika-cinta-bertasbih

2. Ketika Cinta Bertasbih (Habiburrahman El Shirazy).

Aku kira timing aku untuk buku ini agak tepat iaitu ketika filemnya dilancarkan bulan lepas. Novel ini merupakan novel pertama yang aku baca setelah kali terahir membaca novel komponen sastera tingkatan 5, DI Hadapan Pulau, 5 tahun lalu. Alhamdulillah..Ketika Cinta Bertabsih tidak mengecewakan. Aku hanya memerlukan 4-5 hari untuk menghabiskan 2 jilid Ketika Cinta Bertasbih. Agak cepat bagi aku memandangkan setiap jilid dalam 400 ms. Walaupun datang dari seberang, bahasa lembut dalam novel KCB ini tak begitu sukar untuk difahami. Dan penulisan novel ini bukan semata-mata tetang cinta. Di sepanjang penceritaan diselitkan dengan pelbagai masej untuk dijadikan renungan pembacanya. Yang paling aku ingat adalah kisah sang singa yang bermental kambing.   Apapun, pengajaran paling besar yang aku nampak dalam novel ni adalah kekuasaan Allah swt dalam mengatur sesuatu. Dalam konteks novel KCB ini, pengaturan jodoh. Tak usah bimbang, tak usah la risau. Kalau jodoh takkan ke mana.

Who-Speaks-for-Islam

3. Who Speaks For Islam (John L Esposito).

Buku ini telah direkemen oleh IIIT. Dan sememangnya ia membawa untuk aku melihat Islam dari pelbagai sudut pandang masyarakat Islam seleuruh dunia sendiri. Ringkasnya, buku ini tidak mengandungi pandangan Esposito secara lansung. Ia sekadar memaparkan hasil Gallup Poll mengenai Islam yang dilakukan di 35 negara Muslim yang mengandungi pelbagai latar belakang sosial.  Kebanyakan soalan yang ditanya adalah mengenai pandangan masyarakat muslim tentang terhadap barat dan pandangan mereka dalam beberapa isu seperti Islamic law, gender justice dan jihad. Apa yang aku nampak, buku ini cuba mengenengahkan fakta bahawa pandangan dan pemikiran masyakarat Muslim tidak sama dengan apa yang cuba dipaparkan dalam media.  Malah, perbezaan antara Islam dan barat sebenarnya lebih kepada perlaksanaan polisi oleh pemerintah, bukannya perbezaan pada prinsip.

syabab+musafir+kasih+014

4. Syabab Musafir Kasih(Fatimah Syarha).

Novel ini membawa aku untuk mengenal penulisnya, Fatimah Syarha. Tak sangka daerah aku telah melahirkan seorang penulis yang sangat prolifik dan berbakat seperti beliau. Secara ringkasnya, Syabab Musafir Kasih berkisar tentang perjalanan seorang pemuda di Kampung Pacat Lintah. Bermula dari kisah seorang kanak-kanak nakal, Syabab berubah menjadi  seorang pendukung Islam dibawah bimbingan dan didikan Nur Mumtazah. Cemuhan dan cacian masyarakat kampung terhadap Syabab tidak sekali mematahkan semangat Nur Mumtazah yang melihat dengan yakin potensi yang ada pada diri Syabab. Syabab berjaya melanjutkan pengajian ke Syria dan kemudian pulang mencurahkan ilmu di Kampung Pacat Lintah. Pengajaran paling penting bagi aku: jika anak buah korang nakal sangat, jangan la putus asa. Jangan ingat dia tak boleh berubah. Banyak-banyakkan doa dan berikanlah dia didikan yang sepatutunya. Berkat doa dan didikan yang betul, insyaAllah boleh berubah budak tu.

pergolakan

5. Pergolakan Pemikiran Islam(Ahmad Wahib)

Lagi buku dari seberang yang ditulis oleh seorang aktivis dari sebebrang. Tapi yang ini aku hanya membacanya tak sampai separuh. Setakat bab satu mengenai hal keagamaan. Itu pun sudah cukup untuk menyesakkan dadaku. Lebih banyak persoalan dari pencerahan yang ditimbulkan dalam buku ini. Dan tulisannya pula tiada ’sequance’ yang jelas. Banyak ‘jumping’. Malah penulis bagi aku seakan-akan memberontak penulisannya dalam bab keagaman. Bab politik selepas bab ini lansung aku tidak menjengah memandangkan aku sendiri tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang politik Indonesia. Lebih-lebih lagi penulisan ini berlatarbelakangkan zaman 70-an.

agenda

6. Agenda To Change Our Condition ( Hamza Yusuf & Zaid Shakir)

Sebuah lagi buku tulisan Syeikh Hamza bersama Imam Zaid. Seruan dalam Agenda To Change Our Condition adalah untuk melakukan perubahan pada diri sendiri terlebih dahulu jika kita menginginkan perubahan pada peringkat yang lebih besar. Asas kepada segala perubahan ini satu sahaja iaitu taqwa. Suka atau tidak, untuk memperolehi taqwa tidak ada jalan lain untuk mencapai taqwa melalui mujahadah. Didalamnya dilampirkan dengan amalan-amalan praktikal (meliputi 7 pintu maksiat) yang dilaksanakan dalam masa 40 hari. Apakah amalan-amalan itu? Boleh la baca sendiri buku ni. Nipis saja buku ini. Tapi perlaksanaan isi dalam buku ini aku rasakan sangat berat.

Posted in Book. 10 Comments »

The Truth about Actuarial Science

Some people ask me why I didn’t post something about actuarial science here. Maybe because I’m not a qualified person to talk about it though it has been 3 years I’m majoring in that course. Well,  majoring in actuarial science and being an actuary are two different stories. You don’t even need a degree in actuarial science to be an actuary. But, having a degree in actuarial science doesn’t mean that you are qualified to be an actuary. People who have acquainted with actuarial science and actuary know what I’m talking about.

And today, because of my boredom, I googled some information about actuarial science in Malaysia. And guess what? I found this thread at lowyat forum. The monkeyseemonkeydo guy has written a good introduction and what people need to know about actuarial science. For me, his words are almost 100% true. I have the same thoughts too but just don’t really know how to put them in words. I quote his introduction here and you guys can read further discussion about actuarial science at the thread. Oh ya! For readers who have no idea what actuary is all about,I would recommend you guys to watch this youtube video. Hopefully, it will help.

Well, upon SPM you might consider several things before choosing a right path to take in the future. Your interests, salaries, career status, career development etc. But I’m sure you’ll reach a point where you realize those things aren’t the ultimate ones. I’ll rather not be in a rat race, doing a routine job, working 9 to 7 for 6 days in a week. Even if it pays me 5 digits salary. Less time to spend and communicate with Allah. Less time to spend with family and friends. Less time to contribute to the society. Less time to learn your deen. Less time to do what you love (such as blogging, facebooking.haha). It’s a pathetic state for me. Seriously. But everyone has his/her opinion on this. It’s a debatable subject. So the question now, am I on the right path? Haha. I should keep the answer for myself.

I believe that people are doing Actuarial Science for the wrong reasons. I hope that this post will actually shatter the disillusionment that people have. Don’t get me wrong, I am not trying to discourage people to pursue this challenging course, its challenge being its ultimate reward. However, it is disheartening to see so many people get into this course and ending up not being qualified actuaries, because they fail to understand what this course is all about.
First and foremost, my qualifications: I have wanted to do Actuarial Science since I was in Form 4. In college, I did my research and I have looked at the qualifications provided in the UK, US, Australia and Malaysia. I have now finished my final year in Actuarial Science in the UK. I have interned in an insurance company in Malaysia as well as in my current location. And I have been in your shoes before.

To get the ball rolling, here are some misconceptions that need to be cleared up:

1. I want to do Actuarial Science because I like Math.
This is the biggest misconception that people have about Actuarial Science. In actual fact, a good knowledge of Mathematics is necessary, but a great knowledge is not. In the UK, the first 8 professional papers are somewhat Maths-based, but the tougher papers at the end are all written papers, which require a good command of English, a good knowledge of the insurance industry and good critical thinking skills. Throughout my course, the most difficult branch of Maths we did was Calculus and Linear Algebra, and that is not saying much. When you do start working, you will realise that the only Math you need are mostly addition and subtraction. Computer Programming will be the most important skill you will ever need. And to all of those who says that they need Further Math in their A-Levels, I did Math, Economics and Law. If you like Math, do a Mathematics degree.

2. I want to do Actuarial Science because the pay is good.
True, we have one of the highest starting salaries in the business world. Not by much though. The thing is, a qualified actuary does earn a lot. But to get that qualification, one has to pass professional papers, and those are not easy by a mile. The average time it takes to pass all your papers in Malaysia is around 6 years, depending on how good you are. (Some do take more than 10 years) And truth be told, all other professions will be able to earn a satisfactory remuneration within 10 years. If you want the money, go into Investment Banking. In a magazine which I have read, in business, while all other financial workers are paying off their mortgage for their first house, Investment Bankers are buying their second home.

3. I can pass all my professional exams if I work hard enough.
I want to believe this. I really do want to believe this. But with only 50 qualified actuaries in Malaysia, doesn’t it make you doubt that the only reason people are failing is because of a lack of effort? Studying is easy enough. Working is easy enough. Studying while working is not. While I was working in Malaysia, a colleague of mine works from 9 to 7 everyday, if he is lucky. On his way to and back from work, he studies on the LRT. If there is overtime, he will need to stay back and continue working. On weekends, he studies. At night, after being thoroughly exhausted at work, he studies. And while doing all these, he needs to find time for his girlfriend, family and friends. Now, ask yourself this: can you picture yourself doing that for a year? 3 years? 10 years?

I am really glad I chose this course. I know I would spend half my time working staring in a computer at spreadsheets. I know it will be a hard few years in front of me. I also know that I want nothing more than to qualify as a professional actuary, as I do love what I do very much. But I wished I knew what I was in for before I made the decision. And I do hope that people who read this will have the ability to make an informed decision about the course that is Actuarial Science.

The Fight Against Malaria In Africa

Ken Livingstone

Benarlah kata Ustaz Maszlee dalam bukunya. Nama David Beckham dan isterinya lebih ku kenali berbanding Ken Livingstone. Malah pemain-pemain bola sepak sebuah kelab di utara London lebih aku kenali berbanding nama bekas Datuk Bandar London ini.  Mengenali nama beliau dari buku tulisan Ustaz Maszlee membuatkan aku rasa sangat malu. Malu kerana tidak sedar akan wujudnya pemimpin di UK seperti beliau yang bersimpati dengan umat Islam Palestin. Juga malu kerana pemimpin di negara aku sendiri tidak selantang dan bersungguh seperti beliau.

Aku kira, beliau umpama Alison Weir di bumi Amerika ini. Bagi sesiapa yang masih belum mengenali Ken, pemimpin berfahaman kiri ini merupakan tokoh yang amat lantang mengkritik polisi zionis dan menuntut keadilan untuk umat Islam di Palestin. Seorang atheist, tapi sangat peka dengan nasib yang menimpa saudara kita di sana. Kita yang satu agama dan bersaudara ni bagaimana plak?

Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan muslim di Great Britain selain turut menyertai perhimpuan mengecam keganasan Zionis. Malah pernah dijemput untuk merasmikan perhimpunan International Association of Muslim Scholars(IAMS) pada Julai 2004. Beliau juga turut mempertahankan Syeikh Yusuf al-Qardawi apabila lobi Zionis di UK melobi agar menteri dalam negeri UK tidak memberikan visa kepadanya. Beliau berpendirian al-Qardawi mampu menjadi penghubung antara dunia Islam dan dunia barat. Dan artikel tulisannya yang dimuatkan dalam The Guardian pada 2004 turut mendapat perhatian pabila dia lantang mengkritik Zionis. Boleh baca artikel itu di sini.

Kalau nak disenaraikan memang banyak tindakan beliau yang menyebelahi umat Islam Palestin ditulis dalam buku ‘Konflik Palestin-Israel: Peluru vs Batu’ ini. Tapi cukup la dua tiga kerat sahaja. Boleh la buat research sendiri.

Musim Buah dan Amalan.

Alhamdulillah..Musim buah khabarnya tiba lagi di kampung aku. Yang jauh di bandar semua pulang ke desa untuk merasa durian kampung. Ya, pulang ke kampung bukannya setakat waktu raya saje!

Walaupun di bandar memang merata-rata durian dijual di pasar malam, tapi rasanya takkan sama dengan durian yang dipungut di dusun kampung. Mereka yang mencari keaslian akan berusaha pulang ke kampung dan menjejakkan sendiri kaki meredah denai-denai dan semak-samun di dusun demi menikmati raja buah ini. Bukan sahaja raja buah itu jadi buruan, langsat, duku, dan rambutan tidak dilupakan. Tak sama tau cari durian kat dusun dengan cari durian kat pasar malam!

Dan setiap kali tiba musim durian, aku tidak dapat tidak akan teringat akan tok wan aku.

Setiap kali musim durian, dialah antara orang yang paling sibuk memungut, mengopek durian untuk diberi makan kepada cucu-cucunya. Di luar musim, aku sering mengikutnya ke kebun di belakang rumah menanam anak-anak pokok buah. Durian ada. Langsat ada. Duku ada. Salak ada. Dan manggis pun ada. Sambil menanam, tok wan selalu berceloteh. “An, Wan tanam ni bukan wan nok makan sangat pon. An ngan adik-adik la makan bile die buoh kekgi. Kalau dang, cicit wan pun buleh rasa buoh pokok ni.” Wan aku berceloteh lebih kurang. Waktu tu aku tak paham apa-apa. Yang aku paham hanya makan, makan dan makan. Makan durian! Itu cerita ketika aku masih bersekolah rendah.  Cerita ketika dia sihat dan gagah untuk turun berkebun. Bila aku masuk menengah atas, waktunya banyak dihabiskan di atas katil. Tak larat lagi untuk turun ke tanah.

Tak sangka. Waktu cepat berlalu. Apa yang dia selalu seloroh dulu kini sudah menjadi kenyataan. Tok Wan aku sudah pergi. Sudah hampir tiga tahun dia pergi meninggalkan aku. Meninggalkan aku ketiga aku baru sahaja 2 bulan sampai di States dan masih terkontang-kanting menyesuaikan diri di bumi asing ini. Dan sekarang apa yang ditanamnya lebih sedekad lalu mula membuahkan hasil. Hasil yang dinikmati oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Dan mungkin akan dinikmati oleh cucu-cucunya yang tak pernah ketemu sama-sekali dengannya.

Itulah sebahagian dari cerita orang tua-tua yang bertanam di kampung. Cerita yang sama mungkin di mana-mana kampung. Mereka menanam bukanlah untuk dinikmati diri sendiri. Mereka tahu. Usia mereka tak panjang untuk menikmati hasilnya. Segala yang terbaik dilalukan untuk generasi yang terkemudian.

Bagi aku falsafah yang sama ada dalam hadith mutawatir tentang 3 perkara yang pahalanya tidak putus selepas sesorang itu meninggal. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya. Ketiga-tiganya mungkin tidak dapat memberi apa-apa pulangan yang dapat dilihat secara fizikal dan mungkin tak dapat dirasai lansung ketika berada dunia ini.  Tapi insyaAllah, generasi yang kemudian akan terus mendapat manfaat dari 3 perkara tadi. Segala wakaf(sekolah, jalan, masjid) insyaAllah akan menjadi aset yang manfaatya berterusan untuk masyarakat. Begitu juga dengan ilmu yang pasti tidak akan pernah habis dan sentiasa bercambah seperti pokok. Dan semestinya anak soleh tadi kemudiannya akan berkembang kepada zuriat-zuriat yang menyambung perjuangannya. Dan apa yang lagi penting amalan ini manfaatnya berterusan walaupun si pelakunya sendiri tidak dapat merasainya secara lansung.

Ramadan and Eid ul-Fitr

taken from ISNA’s website. However, I would rather follow my local community if there is any conflict with those dates in the future.

First day of Ramadan will be Saturday, August 22, 2009

and Eid ul-Fitr on Sunday, September 20, 2009, inshaAllah.

“O you who believe, fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that you may (learn) self-restraint.” Qur’an 2: 183

The Fiqh Council of North America (FCNA) recognizes astronomical calculation as an acceptable Shar’ia method for determining the beginning of lunar months including the months of Ramadan and Shawwal. FCNA uses Makkah al-Mukarram as a conventional point and takes the position that the conjunction must take place before sunset in Makkah and the moon must set after sunset in Makkah.

On the basis of this method the dates of Ramadan and Eid ul-Fitr for the year 1430 AH are established as follows:

1st of Ramadan will be on Saturday, August 22, 2009
1st of Shawwal will be on Sunday, September 20, 2009

Ramadan 1430 AH:
The astronomical New Moon is on Thursday, August 20, 2009 at 10:01 Universal Time (1:01 pm Makkah time). Sunset at Makkah on August 20 is at 6:47 pm local time, while moonset at Makkah is at 6:46 pm local time (1 minute before sunset). Therefore the following day Friday, August 21, 2009 is not the 1st day of Ramadan. First day of Ramadan is Saturday, August 22, insha’Allah. First Tarawih prayer will be on Friday night.

Eid ul-Fitr 1430 AH:
The astronomical New Moon is on Friday, September 18, 2009, at 18:44 Universal Time (9:44 pm Makkah time). On Saturday, September 19, 2009, sunset at Makkah is 6:20 pm local time, while moonset is at 6:36 pm local time. Therefore, first day of Shawwal, i.e., Eid ul-Fitr is Sunday, September 20, insha’Allah.

May Allah (swt) keep us on the right path, and accept our fasting and prayers. Ameen. For more detailed information, please visit: www.fiqhcouncil.org or www.moonsighting.com

Sincerely,
Dr. Muzammil Siddiqi
Chairman, Fiqh Council of North America

MU

Sungguh kenyataan yang menyalahkan politik wang dari Dato Husam bagi aku amat mengecewakan. Itulah reaksi biasa dari PR mungkin. Jika mereka menang, baru la sesuatu pilihan raya itu adil. Jika kalah, bermacam-macam alasan la datang. Pengundi hantu la. Duit sampul surat la. Guna jentera kerajaan la. Konspirasi SPR la.

Mengapa tidak mengaku sahaja calon PAS untuk PRK ini belum berjaya memikat hati penduduk Manek Urai? Bagi aku, kejayaan BN mengurangkan majoriti PAS kali ini lebih kepada perbezaan calon. Jangan kita lupa sejarah pada tahun 2004 dimana BN menang tipis tika allahyarham Pok Su Weil tidak bertanding. Beberapa penggal sebelum itu, allahyarham Pok Su Weil berjaya mengekalkan kerusi ini. Dan PAS kembali merampas kerusi ini pada 2008 bila mana Pok Su Weil kembali bertanding. Mungkin selepas diberi peluang berkhidmat, Abe Uji akan mampu memikat hati orang Manek Urai.

Apapun, itu sekadar pemerhatian berdasarkan angka-angka dalam pilihan raya sebelumnya. Lagipun, aku bukan orang Manek Urai dan tidak berada di lokasi. Tak berani nak komen lebih-lebih. Sekadar bagi pendapat dari maklumat yang aku perolehi melalui internet.

Pejuang Islam

Satu point penting dari sedutan video ini: UMNO juga turut memperjuangkan Islam..menurut kata YB Khairy..

Zaman Berubah

Kira punya kira, 7 kesemuanya. Banyak jugak jumlahnya tu. Dan pasti, kesemuanya aku terpaksa RVSP ‘not attending’. Sedikit sesalan muncul di benak fikiranku. Kalau la aku balik kampung, mungkin boleh turut sama ke majlis mereka. Mungkin boleh buat internship. Mungkin boleh ke STC Malaysia. Mungkin boleh merasa durian. Dan bermacam-macam kemungkinan lagi. Errr.. ada bunyi menyesal ke?? Takpe la. Benda dah lepas pun.

Bercakap pasal kawan-kawan ku yang sudah dan bakal menamatkan zaman bujang, ada satu perkara menarik yang aku perhatikan. Kesemua majlis mereka yang telah dan bakal berlansung, takde satu kad pun yang sampai ke tangan aku. Semua jemputan  aku terima melalui email dan masej dari facebook. Dengan web, sebaran walimah menjadi lebih luas. Yang sekaligus bagi aku memenuhi tuntutan sunnah walimah itu sendiri, yakni menghebohkan kepada masyarakat akan pernikahan itu sendiri. Teknologi memungkinkan segalanya. Detik-detik bahagia kini boleh dirakam dengan mudah. Gambar dan video semuanya membantu. Perkara yang agak mustahil di zaman datuk nenek serta mak ayah kita dahulu.

Web juga telah memulakan satu trend baru dalam walimah yang kurang aku senangi secara peribadi. Mewujudkan satu web khas untuk menghebohkan perkahwinan tiada salahnya. Cuma bila mana satu bahagian khas untuk ‘wish list’ diwujudkan, aku naik hairan. Di situ segala jenis barang-barang rumah disenarikan. Blender, pinggan-mangkuk, frame gambar dan bermacam-macam lagi. Nasib baik tak letak motor. Aku tak berani nak menghukum, apatah lagi mengahlang. Cuma bagi aku page sebegitu kelihatannya kurang manis.

Zaman dan masa yang berlalu juga mengubah perspektif aku terhadap walimah. Waktu kecik-kecik dulu, pergi ke walimah hanya memikirkan untuk makan-makan atau bermain-main sahaja. Soal siapa yang kahwin, dari mana keluarga ‘lawannya’  lansung tidak terlintas. Tapi sekarang, makanan di majlis dah tiada nilai sangat. Walaupun jauh dan mustahil akan ke walimah kawan-kawan dan saudara-saudara, aku sekadar mengambil tahu je siapa pasangan hidup mereka, asal dari mana. Cukuplah ucapan tahniah dan doa menjadi pengganti walau tak dapat nak merasa nasi minyak.

Kepada kawan-kawan aku yang telah menamatkan zaman bujang (kalo kome baca blog aku la), tahniah aku ucapkan. Tahniah kerana anda telah memenuhi tuntutan agama dan menyempurnakan agama. Tahniah atas keberanian anda memilih usia yang begitu muda untuk mengemudi bahtera perkawinan. Aku kagum dengan kome. Dan semoga langkah anda memilih jalan yang halal untuk bercinta anda akan menjadi contoh ikutan kepada mereka yang masih terjebak dengan cinta di luar nikah (couple).

Sekian Wasallam.