Hajat di hati mahu menghabiskan sebuah buku tentang pemikiran Dr Burhanuddin tulisan Dato’ KJ (Dr Burhanuddin Al-Helmy: Pemikiran dan Perjuangan). Tapi seperti biasalah..berhenti lagi di tengah jalan kali ini. Kisah perjuangan Dr Burhanuddin yang jarang didengari memang sedikit sebanyak menarik minat aku untuk membaca satu dua buku tentang beliau. Kalau tidak disebabkan mata pelajaran sejarah di sekolah menengah nama beliau mungkin lansung tiada dalam ingatan ini. Tapi aku kira paparan perjuangan beliau dalam buku teks sejarah belum mencukupi untuk generasi hari ini menghayati perjuangan tokoh kemerdekaan bertubuh kecil ini.
Dan lebih kurang sebulan yang lalu, nama beliau muncul kembali dibenak pemikiran aku berikutan kisah pemergian Natrah. Dr Burhanuddin merupakan pejuang yang ditahan pihak British pada tahun 1950 kerana dikatakan terlibat dalam demonstrasi membantah keputusan Mahkamah tinggi berhubung status penjagaan Natrah.
Jika disalah tafsir atau dibaca tulisan sejarah mereka yang menang, Dr Burhanuddin mungkin dipandang sebagai seorang yang radikal. Tak kurang juga yang memandang beliau sebagai pejuang tidak berprinsip melihat kepada sorotan sejarahnya yang berjuang dalam KMM, KRIS, PKMM, MATA, Hizbul Muslimin, PUTERA-AMCJA, Parti Rakyat dan PAS. Tapi menurut Dato’ KJ, 3 ciri utama yang jelas dalam perjuangan dan pemikiran politiknya menafikan tohmahan sedemikian. Ciri-ciri tersebut adalah merdeka, kebangsaan Melayu dan Islam.
Mungkin ada yang bertanya tentang matlamat perjuangan beliau. Yakni bagaimana beliau menyelaraskan antara fahaman kebangsaan Melayu dengan Islam? Samakah dengan mereka yang memperjuangkan fahaman kebangsaan pada hari ini? Aku petik sedikit tulisan beliau dalam Falsafah Kebangsaan Melayu:
“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat, bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam menadang dunia bukan tujuan tetapi satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.”
Apapun, membaca sejarah perjuangan beliau di awal buku itu sedikit sebanyak menyedarkan aku yang perjuangan kebangsaan Melayu menuntut kemerdekaan dari British bukanlah datang dari UMNO semata-mata. Ada dua tiga ketul parti Melayu yang dah bergerak memperjuangkan kemerdekaan sebelum tertubuhnya UMNO. No offence ek UMNO! PEACE!
Burhanuddin Al-Helmy nyanyian Black..
dari surat al-Baqarah, ayat 2-5..terjemahannya:
[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
dari surah a-li-Imran, ayat 133-136..terjemahannya:
[133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
dari surah Adz-Dzaariyat, ayat 15-19…terjemahannya:
[15]
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
[16]
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
[17]
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[18]
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
[19]
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
dari surah al-a’raaf ayat 201..terjemahannya:
[201]
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.
dari surah al-Anbiyaa’ ayat 48 dan 49..terjemahannya:
[48]
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.
[49]
Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang, dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.
dari Surah Al-Lail ayat, 17-19..terjemahannya:
[17]
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
[18]
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
[19]
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
InsyaAllah, kurang 24 jam dari sekarang aku akan bertolak ke Wilderness State Park, Michigan. Ke sana untuk menyertai STC buat kali kedua. Pertama kali pi 2 tahun lepas di Missouri. Tika itu dibawa orang ke sana. Kali ini terpaksa membawa orang pulak. Begitulah kehidupan. Ibarat roda yang berputar. Apapun doakanlah keselamatan perjalanan kami dan semua peserta STC ke sana. InsyaAllah, kalau ada benda yang menarik akan dicoretkan di blog. Kalau tak, takde la.
Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Fall Sem bermula. Lebih kurang seminggu lagilah aku akan mula bergelar senior. Jika di Malaysia, masuk tahun 2 mungkin sudah dikira senior. Tapi di sini terpaksa tunggu tahun 4(tahun akhir) sebelum boleh bergelar senior. Senior tidak membawa apa-apa kelebihan pun.Sama saje. Malah, tahun senior adalah tahun kritikal. Tiada lagi option untuk repeat kelas sesuka hati. Melainkan mau extend, yakni terus membelanjakan duit rakyat.
Hanya tinggal 10 bulan sahaja lagi aku di sini insyaAllah(dah countdown beb.mmg tak sabar nak balik ni). Begitu cepat masa berlalu. Teringat akan kenangan lebih kurang tiga tahun lalu. Ketika itu pertama kali aku menaiki kapal terbang. Memang terasa kepuasan bila 747 yang ku naiki memecut di atas landasan dan terbang meninggalkan KLIA.
Ya..itu la saat yang aku takrif sebagai satu kejayaan setelah bertahun-tahun belajar di sekolah. Rasa puas dengan segala penat lelah dan susah payah dahulu. Dan sememangnya aku nantikan saat ketibaan di KLIA dengan membawa pulang satu ijazah 10 bulan lagi. Harapnya ia berbaloi dengan 4 tahun yang aku korbankan di sini. (Walau mungkin ijazah itu tak menjamin apa-apa pekerjaan untuk aku.haha).
Bagi mahasiswa, masing-masing ada cara tersendiri untuk menikmati dan meraikan kejayaan itu setelah bertahun belajar. Ada yang merasa kepuasan dengan pakaian jubah graduasi. Ada yang puas dapat salam dengan Pres Cordova
. Ada juga yang hanya puas setelah mendapat pekerjaan.
Di dunia ini, kejayaan ada perbagai. Ada kejayaan dalam politik. Setelah berhari-hari bertarung memancing undi di seluruh pelusuk kawasan, saat kepuasannya adalah sebaik sahaja keputusan diumumkan pengarah pilihan raya. Pememang dijulang. Pemenang diarak sambil berpesta. Laungan dan slogan politik terus bergema. Yes we did!
Dalam bola sepak juga ada kejayaan. Kejayaan kecil mungkin selepas gol dijaringkan. Penjaring akan dirai dan dijulang. Penyokong pula memekik dan melolong. Kejayaan besar dalam bola sepak mungkin selepas menjurai sesuatu piala selepas mengharungi berpuluh-puluh perlawanan setiap minggu. Piala dijulang dan diarak seluruh bandar.
Itulah fitrah kejayaan. Kejayaan diiringi usaha.Tanpa usaha tiadalah kejayaan. Dengan usaha barulah terasa kepuasannya. Ada ‘umph!’ kata orang.
Tapi semua kejayaan tadi tidak akan kekal.
Masih ingatkah anda dengan ‘the invincibles’ dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 03/04? Tahukah anda dimana pasukan itu sekarang? Berapa piala yang dimenangi selepas musim gemilang itu? (yang tak ikut EPL pasti blur.maaf la ya)
Dalam politik juga sama ceritanya. Hari ini seorang tokoh itu dijulang ketika dia ditampuk kuasa. Tapi dia pasti akan tumbang setelah berada di atas pada satu tempoh masa. Saat itu mungkin layanan yang diterimanya lebih teruk dari layanan terhadap kucing kurap.
Begitu juga dengan seorang pelajar. Zaman pengajian diwarnai dengan pelbagai kejayaan. Tapi di alam kerjaya, takdirnya mungkin berbeza. Bertukar kerja. Dipecat. Kerja tak naik pangkat etc.
Itulah hakikat kejayan di dunia ini. Kepuasannya hanya sementara. Kejayaan di dunia biasanya diringi dengan kegagalan selepas itu.
Realitinya, kejayaan yang hakiki hanyalah di akirat. Hanya ada dua jawapan ketika itu. Syurga atau neraka.
Teringat aku akan khutbah yang disampaikan Brother Haroon minggu lepas. Sungguh terkesan sekali gambaran yang diberikan beliau akan ganjaran dan suasana pada hari pengadilan. Yakni ketika salah satu dari 8 pintu syurga dibuka. Ketika mana orang-orang yang beriman dan beramal soleh dipelawa masuk oleh malaikat-malaikat penjaga-penjaga syurga. Suasana dan keadaan syurga diceritakan beliau seperti mana yang tertulis dalam al-Quran. Ada sungai, ada pepohon, tempat duduk yang empuk dan segala kenikmatan yang tidak dapat digambar dengan kata-kata.
Sungguh, syurga adalah kejayaan yang hakiki. Kejayaan di mana tiada lagi kegagalan selepas kejayaan itu.
Dan sememangnya bila ditanya kepada setiap dari kita, tentu syurga menjadi pilihan dan matlamat. Tapi mengapa kengkadang tingkah laku kita tidak sama sekali menunjukkan syurga itu tujuan kita? Bayangkan, untuk kejayaan dunia yang tak seberapa ini pun kita perlu bertungkus-lumus. Tapi untuk kenikmatan dan kesenangan syurga yang hakiki itu, kita buat acuh tak acuh je. Murah sangat ke harga syurga bagi kita?
Layakkah ke kita untuk ke syurga kalau berjam-jam sehari dihabiskan stalking di Facebook? Layakkah kita ke syurga jika waktu hujung minggu dihabiskan untuk Nur Kasih dan drama-drama yang sewaktu dengannya? Layakkah kita ke syurga jika berjam-jam masa setiap minggu dihabiskan depan XBox mahupun Wii? Layakkah syurga jika hari-hari telinga diulit dengan alunan muzik yang sama sekali tak menambahkan iman dan amal? Layakkah syurga jika perkara sia-sia masih lagi sebati dalam diri?
Aku tak kata semua tu salah, haram mahupun berdosa. Hanya Allah yang layak menilai.
Amalan kita sehari-hari pun belum tentu untuk menjamin nasib di hari akhirat. Amal ibadat haruslah berdasarkan quran dan sunnah. Segala apa yang dilakukan perlulah ikhlas kepada Allah swt. Kalimah tauhid perlu dijaga dari mensyirikkan Allah. Hak sesama manusia perlu dijaga. Lidah perlu dijaga. Hati perlu dijaga. Jiwa perlulah bersih. Lu orang ingat sesenang je ke masuk syurga? Banyak benda nak kena settle beb kalo nak ke syurga.
Tapi kalau dibandingkan syurga yang penuh kenikmatan itu dengan usaha kita di atas dunia ini, berbaloi ke dengan apa yang kita lakukan setiap hari itu? Sudah cukup ke usaha dan pengorbanan yang kita lakukan untuk mendapat rahmat Allah ke syurga?
Syurga tak semurah itu sahabat.
Sungguh, jika nak dinilai tingkah laku dan perbuatan aku sehari-hari, jauh untuk dikatakan bertungkus-lumus. It’s nothing. Rasa macam takda apa pun aku sumbang untuk Islam. Bak kata bro Cidos, ‘Jangankan bermandi darah, berpeluh pun tidak untuk perjuangan Islam’.
I rarely put a video related to Islamic stuff which featuring a non-muslim in it. But this time, I have to do so. John Esposito really has two excellent points it that video. At least for me. Both of them are applicable for the Islamic communities here.
But one of them is really important to muslim communities in Malaysia especially for those located at the urban area. The same point always been reiterated by Ustaz Has in his talks.
It’s sad to see how muslim parents in Malaysia nowadays leave Islam for their future generation. Most of them focus their kids’ education towards science and math stream. Careers in prefessional sectors always been their lists when choosing paths in tertiary level. Not so many parents are willing to encourage and send some of their kids to further their studies in syariah or Islamic studies.
Most parents want all their kids to be doctors, engineers, accountants etc.That’s nothing wrong with that. In fact, their kids could still study Islam while doing medicine, engineering, accountancy etc. But serious problem will arise when their community don’t have a scholar or ustaz or ustazah who has very deep knowledge in Islam and understand the community very well. Worse still, they turn to Ustaz who doesn’t have any connection with the community and chose to study Islam as his last choice. It’s a serious issue to be dealt with when you consider the increasing propotion of ‘generation-Y’ in our communities nowadays. Think about it guys!
An article form Saifulislam.com for your further reading.
by Shaykh Jamal Zarabozo..
Sh. Jamaal Zarabozo is a long-time American convert to Islam. He is the author of a number of books, including the three-volume Commentary on the Forty Hadith of al-Nawawi, How to Approach and Understand the Quran, Purification of the Soul and others..