3 hari sahaja lagi..
Kurang 3 hari dari sekarang insyaAllah Islamic Fall Retreat akan kembali ke Purdue.
Excited ke? Ada la jugak skit.
Jika diimbau kembali, semenjak 5 tahun lalu IFR memang dianjurkan di Purdue.
Dan kali pertama aku menyertainya pada 2006. Tika itu bulan Ramadan.
Ntah mengapa, tarikan makanan berbuka lebih ku rasakan dari makanan rohani ketika itu.
IFR 07 ada kelainan. MISG berkolaborasi dengan MSA. Syeikh Shpendim Nadzaku dibawa sebagai speaker.
Programnya juga sama. Selepas pengisian, makan dan terus pulang. Isinya ada yang lekat, ada yang tidak.
IFR 08 lain ceritanya. Kemeriahan sedikit terasa.
Mungkin kerana warga Malaysia yang berganda. Mungkin kerana pengisian yang membuat diri merenung jauh.
Tak sekadar makan. Ada riadah. Ada LDK. Ada isi borang. Haha.
Lagi bermakna, IFR 08 tidak sekadar berakhir dengan tasbih kaffarat dan surah al-Asr.
Momentumnya alhamdulillah kekal sepanjang tahun.
Dan IFR 09 insyaAllah IFR yang terakhir untuk aku.
Muqaddimah Cinta jadi agenda.
Semestinya aku harap ia lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.
Dan harapnya ayat-ayat cinta itu mampu membawa perubahan dalam diri ini.
Bukan sekadar ungkapan di bibir 17 kali sehari semata.




