Mengapa Terpisah?

Dalam satu buku yang ditulis oleh Dr Yusuf Qardawi (Priorities of the Islamic Movement in the Coming Phase), beliau ada menyentuh tentang satu aspek dalam pendidikan(tarbiyah) yang kurang ditekankan oleh kebanyakan gerakan Islam masa kini. Aspek atau perkara itu mungkin sudah menjadi budaya kehidupan dalam pekerjaan seharian terutama bagi mereka yang bergelar pelajar, saintis ataupun ahli akedemik. Bak kata omputih,  somehow,  bila terjun ke lapangan harakah islamiyyah, budaya itu gagal diterapkan atau dibawa bersama oleh sesetengah penggerak harakah itu. Dimanakah silapnya?

Mungkin selama ini kita nampak keperluan untuk membawa keluar budaya positif yang diterapkan menerusi solat, puasa, sedekah ke dalam kehidupan seharian.Tapi perkara sama tidak boleh berlaku untuk budaya saintifik dibawa kedalam gerakan Islam? Seakan-akan ada pemisahan pula dalam kehidupan kita. Mengapa intergasi itu gagal sedangkan ideologi saintifik lah yang telah memacu ketamadunan manusia sejak berkurun lamanya?

Dan bila disebut ideologi saintifik, ianya sama sekali tidak bermaksud segala perkara atau teknik yang diaplikasi ketika melakukan penyelidikan, eksperimen atau analisa data. Yang dimaksudkan oleh Dr Yusuf Qardawi adalah semangat dan budaya dari ideologi tersebut. Secara amnya, bila disebut pemikiran saintifik, seseorang itu tidak akan menerima  satu pernyataan, keputusan tanpa diselidiki terlebih dahulu atau di sokong dengan bukti yang meyakinkan. Segalanya mesti bebas dari keraguan.

Dan disini aku senaraikan beberapa sifat ideologi saintifik yang penting dan amat diperlukan oleh gerakan Islam masa kini:

(Perlu diingatkan, tulisan ini ada sekadar nota berdasarkan pemahaman aku dan bukannya alih bahasa dari buku tersebut. Jadi, amat digalakkan untuk mereka yang beminat memahaminya dengan lebih lanjut mendapatkan buku ini dan membaca sendiri huraian Dr Yusuf Qaradawi.)

1. Meangadaptasi sikap berobjektif dalam setiap perkara atau situasi.

2. Mengadaptasi budaya pengkhususan. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing dan seharusnya ia disalurkan sebaik mungkin dalam gerak kerja Islami.

3. Bersikap terbuka, bersedia untuk dikritik, mengakui kesilapan dan belajar dari pengalaman dan kesilapan lepas. Elakkan mentaliti melihat sejarah lalu sebagai kejayaan dan kemeangan semata.

4. Menggunakan teknik yang terkini dan terbaik dalam setiap gerak kerja.

5. Segala keputusan dan penilaian perlu dibuat setelah kajian terperinci dibuat dan melihat kepada segala aspek. Dan ia juga perlu bebas dari pengaruh emosi dan kegopohan.

6. Menghormati pendapat orang lain dan mengambil bersikap berlapang dada selagi mana ia dikemukakan berdasarkan bukti atau data.

Jangan Bajet!

Mendengar dan membaca hujah dari kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) terhadap Belanjawan 2010 di Parlimen memberi sedikit gambaran mengenai keadaan semasa ekonomi Malaysia. Aku bukanlah pakar atau ahli ekonomi. Tapi sedikit ilmu yang aku perolehi dari beberapa kelas ekonomi yang aku ambil di sini memaksa aku untuk berlaku adil dalam membuat penilaian. Tidak boleh lagi mengatakan segala dari kerajaan itu salah, yang datang dari pembangkang itu saja yang betul. Atau sebaliknya.

Apapun, aku harus puji beberapa inisiatif terutamanya yang membabitkan sektor kewangan Islam. Juga tak dilupakan penukaran PTPTN kepada biasiswa penuh utk mereka yang cemerlang serta tumpuan utnuk pembangunan teknologi hijau negara.  Juga langkah liberisasi kerajaan di pasaran saham dan membenarkan 100% hak pemilikan asing dalam syarikat kewangan diharapkan dapat sedikit membantu meningkatkan tahap daya saing sektor korporat negara.Apapun, inisiatif ini tiada makna sama sekali jika sikap pihak pelaksana masih lagi seperti dulu. Ketirisan di sana-sini.

Dan kerajaan juga meramalkan pengembangan sebanyak 2-3% untuk tahun hadapan. Pengembangan ini tiada makna sama sekali jika tiada pekerjaan yang cukup disediakan untuk kami para graduan yang bakal memasuki pasaran kerja pertengahan 2010.

Itu jika dilihat secara surface dan sebelah pihak(kerajaan). Jika melihat kepada hujah pihak pembangkang, lain pula perspektifnya. Ekonomi negara tak la seindah ketika DS Najib membentangkannya.

Percaya atau tidak, terlalu banyak angka-angka yang amat membimbangkan dalam Belanjawan 2010. FDI merudum, hutang meningkat, kebergantungan negara pada sumber asli, pecahan cukai, kadar daya saing negara di peringkat antarabangsa. Apakah masih ada masa depan yang cerah untuk generasi muda jika semua ini berkekalan untuk tahun-tahun yang mendatang tanpa ada langkah serius menangani kekurangan pelabur, hutang dan peningjkatan daya saing negara? Aku petik di bawah beberapa fakta yang aku maksudkan dari teks ucapan ketua pembangkang yang ke baca di malaysiakini. Wallahualam.

“hutang Negara meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009. Sejak 2006 hutang Negara meningkat 49.7% daripada RM242.2 billion. Dalam masa yang sama peratusan hutang Negara dengan KDNK meningkat 41.5% pada tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009″

“Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI”

“Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini. Perlu diberi perhatian bahawa kadar celik huruf dewasa di Malaysia ialah 91.2%, Indonesia 92% serta Georgia ialah 100%!”

“Menurut kedudukan university-universiti terbaik Asia yang dinilai oleh QS Top Universities, 2 buah universiti dari Thailand iaitu University Mahidol menduduki tangga ke 30 dan Chulalongkong ke 35 berbanding dengan university terbaik negara iaitu Universiti Malaya yang hanya berjaya menduduki tangga ke 39. University of Hong Kong yang sama taraf dengan University Malaya satu ketika dahulu menduduki tangga no 1 sementara National University of Singapore tangga 10.”

“Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan domestik untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk”

Notis

Mulai 31 Oktober 2009, domain farhanwahab.com tidak akan berfungsi lagi. Ini selaras dengan langkah-langkah penjimatan yang diambil sebelum pulang ke Malaysia. Lagipun aku tak rasa aku akan kekal dengan aktiviti blogging untuk tahun-tahun yang mendatang. Akan tiba satu masa nanti komitmen pada kerjaya, keluarga dll akan meneggelamkan aktiviti ini secara automatik. Kelajuan internet juga mungkin akan secara semulajadi membantu aku mengurangkan aktiviti di alam maya pabila berada di Malaysia nanti. Apapun, blog ini masih boleh dicapai menerusi pautan farhanwahab.wordpress.com.

Wallahualam..

Terkenang Di Ketika Itu.

Entri ini mungkin tidak membawa apa-apa faedah untuk anda. Sekadar mahu memanaskan kembali jari-jemari ini. Mungkin juga sebagai peringatan untuk diri sendiri dengan kesenangan dan kemudahan hidup yang dinikmati sekarang. Melihat koleksi foto reunion geng-geng YTD di facebook mengimbau kenangan 7 tahun lalu.Juga menjadikan aku tidak sabar untuk pulang ke Malaysia. Sedar atau tidak, banyak yang dah berubah. Yang jelas fizikal masing-masing dah berubah. Pemikiran, emosi dan rohani pasti juga berubah.

7 tahun lalu aku rasakan banyak juga kesulitan ketika mengaji di sana. Tapi kata orang dalam kesulitan itu ada kemanisan. Yang pasti kedudukannya yang betul-betul di tepi pantai menjadikan sekolah ini laman ilmu yang paling indah dan nyaman pernah aku jejaki.

Masih aku ingat lagi satu gejala yang paling menyakitkan hati ketika menuntut di sana. Kehilangan selipar. Kalau dalam seminggu tak hilang memang tak sah. Kadang-kadang setiap hari hilang. Tension dibuatnya sebab susah nak bergerak. Tapi sekarang lain ceritanya. Selipar dan kasut yang available untuk digunakan boleh dikatakan lebih dari cukup. Yang lama masih elok tapi beli lagi yang baru. Sampai tak cukup spaces.

Ketika di YTD, salah satu kesulitan adalah financial yang tak berapa nak liquid. Kalo nak pakai duit kena pi jumpa Cikgu Saedah (cikgu homeroom aku). Tak pun tunggu hari outing untuk ke bank. Tapi outingnya dua kali sebulan je. Tu pon sampai dibank kena beratur hampir sejam untuk withdraw duit dari ATM. Kalau withdraw di kaunter, lagi la berjam-jam. So, memang kena merancang betul-betul la.Tapi sekarang pi kedai dah tak payah pikir pasal nak withdraw duit semua ni. Pilih je kad mana yang nak guna. Shopping depan komputer lagi senang. Enter password je untuk verify paypal. Tapi bila guna kad atau paypal ni tak sedar duit mengalir macam air.

Kalau dulu nak pakai internet masa outing je. Itupun kalau ada keperluan. Kalau tak memang aku malas ke cc walaupun pada zaman tu rancak sekali rakan-rakan ku bergiat dalam MIRC. Kat maktab hanya ada satu lab komputer yang biasanya dimasuki seminggu sekali. Teringat lagi mcm mana belajar komputer menggunakan windows zaman tok kaduk. Windows versi 92 kalau tak silap aku (versi yang lagi awal dari 95). Kalau nak banding ngan sekarang memang sangat jauh berbeza.

Lagi satu lokasi nostalgik adalah surau maktab. Tepi asrama je surau ni. Berjalan dua tiga langkah dah sampai. Kalau malas solat jugak tak tau nak cakap apa la.Macam-macam peristiwa menarik berlaku kat sini. Dan surau tu bila digunakan pada kapasiti penuh akan menghasilkan pemanas semulajadi. Sampai ustaz ceramah pon boleh tertidur sebab panas. Ceramah boleh dikatakan setiap hari ada. Dan isinya boleh dikatakan agak tinggi esp bila Cikgu Weil yang sampai kan.  Aku sendiri pon tak mampu nak grasp point-point penting dari kuliah beliau. Banyak tidur mungkin. Mungkin juga surau tu yang panas sangat.

Bab balik kampung pon nostalgik jugak. Tahun pertama abah yang jemput dan hantar balik. Masuk tingkatan dua dah kena balik sendiri naik bas lompat. Seksanya Allah je yang tahu. Berdiri dan berhimmpit dua jam dari Dungun ke KT. Sampai KT kena ambik lagi sekali bas sampai Kuala Berang. Keluar maktab pukul 1, maghrib baru sampai rumah. Tapi yang seronoknya bila balik sendiri sebab boleh tengok macam-macam gelagat manusia sepanjang perjalanan. Kalau nak banding ngan balik kampung sekarang memang jauh beza la. Sekarang pon lompat-lompat jugak. Tapi lompat-lompat flight. Kalau dulu letih berdiri, sekarang letih sebab duduk lama sangat dalam flight dr LAX ke HK.

Cuma yang paling best duk kat maktab tu tentulah makanan kan. Pagi petang siang malam ada makanan. 6 kali sehari beb. Tak payah susah nak kena masak cam sekarang. Haha. Lauk paling spesel mesti la makan tengah hari sebelum solat jumaat. Nasi ayam atau nasik beriani. Camne la kitorang tak lentok tengah khutbah kalau dijamu dengan menu yang sebegini lazat sebelum ke masjid..

Kaku

Baru tersedar.

Sudah hampir sebulan blog tidak diisi.

Mungkin inilah dikatakan penangan senior year.

Buku pun sebijik belum ku habiskan semenjak fall sem bermula.

InsyaAllah akan cuba coretkan sesuatu sebelum berakhirnya October Break esok.

Itupun kalo ada idea.

Kalo nak cite pasal apa aku buat tiap-tiap hari pon boleh kat sini.

Tapi agak mundane la.