Mendengar dan membaca hujah dari kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) terhadap Belanjawan 2010 di Parlimen memberi sedikit gambaran mengenai keadaan semasa ekonomi Malaysia. Aku bukanlah pakar atau ahli ekonomi. Tapi sedikit ilmu yang aku perolehi dari beberapa kelas ekonomi yang aku ambil di sini memaksa aku untuk berlaku adil dalam membuat penilaian. Tidak boleh lagi mengatakan segala dari kerajaan itu salah, yang datang dari pembangkang itu saja yang betul. Atau sebaliknya.
Apapun, aku harus puji beberapa inisiatif terutamanya yang membabitkan sektor kewangan Islam. Juga tak dilupakan penukaran PTPTN kepada biasiswa penuh utk mereka yang cemerlang serta tumpuan utnuk pembangunan teknologi hijau negara. Juga langkah liberisasi kerajaan di pasaran saham dan membenarkan 100% hak pemilikan asing dalam syarikat kewangan diharapkan dapat sedikit membantu meningkatkan tahap daya saing sektor korporat negara.Apapun, inisiatif ini tiada makna sama sekali jika sikap pihak pelaksana masih lagi seperti dulu. Ketirisan di sana-sini.
Dan kerajaan juga meramalkan pengembangan sebanyak 2-3% untuk tahun hadapan. Pengembangan ini tiada makna sama sekali jika tiada pekerjaan yang cukup disediakan untuk kami para graduan yang bakal memasuki pasaran kerja pertengahan 2010.
Itu jika dilihat secara surface dan sebelah pihak(kerajaan). Jika melihat kepada hujah pihak pembangkang, lain pula perspektifnya. Ekonomi negara tak la seindah ketika DS Najib membentangkannya.
Percaya atau tidak, terlalu banyak angka-angka yang amat membimbangkan dalam Belanjawan 2010. FDI merudum, hutang meningkat, kebergantungan negara pada sumber asli, pecahan cukai, kadar daya saing negara di peringkat antarabangsa. Apakah masih ada masa depan yang cerah untuk generasi muda jika semua ini berkekalan untuk tahun-tahun yang mendatang tanpa ada langkah serius menangani kekurangan pelabur, hutang dan peningjkatan daya saing negara? Aku petik di bawah beberapa fakta yang aku maksudkan dari teks ucapan ketua pembangkang yang ke baca di malaysiakini. Wallahualam.
“hutang Negara meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009. Sejak 2006 hutang Negara meningkat 49.7% daripada RM242.2 billion. Dalam masa yang sama peratusan hutang Negara dengan KDNK meningkat 41.5% pada tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009″
“Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI”
“Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini. Perlu diberi perhatian bahawa kadar celik huruf dewasa di Malaysia ialah 91.2%, Indonesia 92% serta Georgia ialah 100%!”
“Menurut kedudukan university-universiti terbaik Asia yang dinilai oleh QS Top Universities, 2 buah universiti dari Thailand iaitu University Mahidol menduduki tangga ke 30 dan Chulalongkong ke 35 berbanding dengan university terbaik negara iaitu Universiti Malaya yang hanya berjaya menduduki tangga ke 39. University of Hong Kong yang sama taraf dengan University Malaya satu ketika dahulu menduduki tangga no 1 sementara National University of Singapore tangga 10.”
“Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan domestik untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk”

October 28, 2009 at 1:57 am
salam,
manusia merancang, tapi perancangan Allah lebih baik. Hurm, berkenaan situasi ekonomi di Malaysia, banyak bergantung kepada keadaan ekonomi di USA, dan juga perlaburan asing. Banyak pelabur ‘lari’ ke China beberapa tahun kebelakangan ini, dan permulaan situasi ini dibebankan keatas Mantan PM, Pak lah.
Kerajaan biasalah, perlu optimis, kalau kerajaan panik, atau tidak yakin, macamana rakyat nak yakin. Nanti masa PRU akan datang rakyat mana yakin nak mengundi.
Kepada pembangkang/ PR, jelas mereka juga tahu situasi ekonomi negara sebagaimana kerajaan , yang cumanya mereka lebih realistik dan lantang dalam menyuarakan isu ini. Tak kata pihak ini bukan hanya tahu mencari punca dan masalah, mereka pun ada perancangan masing2. Cuma kalau sempat intai2lah negeri yang diperintah oleh PR, keadaan ekonomi bagaimana situasinya?
pasal ranking universiti, yang tu no komen, sebab dah diulas panjang oleh VC USM, Dato Dzulkifli.
sekian, komen balas dendam.
October 28, 2009 at 8:09 am
wasalam..
komen balas dendam apa plk ni en pali?
apapon, tak dinafikan FDI ni ada kaitannya dgn kelembaban ekonomi dunia..tp takleh diketepikan jugak kronisme, curruption, red tape, intenet lembab turut mempengaruhi kedatangan pelaur asing..mr pali blh semak balik transperancy int pny index..brp score n rank msia dapat? contoh terbesar adalah pkfz..bagaimana investor from dubai terminate diorang pny plan bbrp thn lalu sbb tak tahan dgn campur tangan politik.dah berapa billion rugi kat situ.lagi satu, ketidak stabilan politik pon menyumbang..tp yg buat politik tak stabil pon sape die? yg kaco kerajaan yg elok2 memerintah kat Perak sape? nak duduk elok buat sidang dun pon dah tak blh skrg..apatah lagi nak luluskan bajet negeri..let alone plan2 lain utk stimulate ekonomi negeri..
psl ekonomi kat negeri2 PR ni..mr pali blh la semak laporan tahunan yg dikeluarkan jabatan audit negara..ada 2 jabatan kewangan negeri PR yg diberi pengiktirafan oleh jabatan audit sbg jabatan yg mempunyai pengurusan kewangan sangat baik.bukanlah nak membela sgt kerajaan PR ni.tp yg mana diorang buat bagus harus kita iktiraf.
btw, kat mana saya blh baca ulasan vc usm tu?ada link?
October 30, 2009 at 6:12 pm
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
October 31, 2009 at 9:50 am
takut nya tgk nombor2 tu!