Sukan Paling Kolot

Dikala teknologi berevolusi hari demi hari, masih ada lagi sukan yang masih memilih untuk menafikan peranan teknologi.  Setiap kali insiden tragis seperti ini berlaku, isu penggunaan rakaman video dalam membantu pengadil membuat keputusan timbul lagi. Disebalik laungan fair play, FIFA masih berkeras untuk tidak menggunakannya. Ntah…aku tak memahami jiwa FIFA. Apa yang aku perhatikan, selama aku menonton sukan yang menerima ulang tayang video semasa perlawanan, nafsu untuk mengkritik pengadilnya boleh dikatakan tiada. Kecuali jika ada undang-undang pelik seperti penalti 15 yard bila seorang pamain memeluk maskot ketika meraikan touchdown. Sambutan berlebihan kononnya.

Kelahiran


Aku tak mahu membicarakan hukum menyambut ulang tahun kelahiran di sini. Tapi bagi aku perspektif kita tentang kelahiran atau pertambahan usia harus berubah seperti yang diperkatakan Imam Anwar Al-Awlaki dalam video di atas. Sampai bila mahu menyambut  kelahiran pada perspektif seorang kanak-kanak? Meniup lilin, bersuka ria tanpa sedar tanggungjawab yang bakal dipikul dengan pertambahan usia dan bekal akhirat yang sudah dikumpul selama mana kita hidup. Saat pertambahan satu tahun sepatutnya menjadi saat terbaik untuk melakukan muhasabah terhadap diri sendiri bahawa diri ini makin dekat setahun dengan saat kematian seperti yang telah ditetapkan Allah swt. Itu jika kita yang menyambut kelahiran.

Perspektif kita bila mengucapkan tahniah atas ulang tahun kelahiran juga harus berubah bagi aku. Tak ada salah bagi aku kalau mahu meraikan ulang tahun seseorang. Tapi lebih elok kita turut sama mengambil peluang itu untuk sama-sama mengingatkan mereka akan kematian yang semakin menjengah dengan pertambahan usia serta menguntum doa untuk kebaikan mereka. Bukan sekadar ucapan kosong.

Apatah lagi jika ucapan sebegitu ditujukan kepada ahli keluarga kita. Berat untuk aku untuk mengucapkan selamat hari lahir dan sayang pada orang yang tersayang. Segala ucapan tak membawa sebarang makna jika tindakan dan perlakuan kita di belakang mereka masih banyak yang tidak selari dengan kehendak Allah swt dan kehendak mereka. Our speeches must match our actions!

Wallahualam

Atlanta Melambai.

15543_883745245418_13755885_50133217_2241579_n

1Konvensyen!

Untuk memperolehi sesuatu ijazah, pihak universiti pasti telah membentuk satu modul serta silibus lengkap untuk membentuk seorang graduan. Ada kelas-kelas dengan jumlah masa yang tertentu yang perlu diambil. Ada kursus yang perlu diikuti. Ada kajian makmal yang perlu lulus.

Sama la juga perspektifnya dalam Islam. Kita telah disediakan latihan dan modul yang secukupnya oleh Allah swt untuk membentuk sahsiah muslim sejati. Ada solat, ada puasa, ada zakat dan beberapa lagi ibadat khusus yang pasti ada hikmah disebalik perlaksanaannya selain tujuan utamanya untuk menyembah Allah yang satu. Tapi malang, ibadat-ibadat itu hari ini hanya ritual semata-mata. Lantas ia gagal membentuk kita untuk menjadi duta kepada Islam.

Tersentuh aku bila mana brother Mutah semalam terpaksa mengakui hakikat ini di hadapan non-muslim yang hadir dalam ceramah beliau. Tanpa berselindung dia meminta non-muslim yang belum mengenali Islam untuk mengkaji Islam menerusi al-Quran dan kisah nabi Muhammad saw. Mereka mungkin tidak dapat mengenali Islam yang sebenar jika terlebih dahulu bersemuka dengan orang Islam kerana kebanyakan muslim sekarang gagal mewakili dan menonjolkan Islam dengan sebaiknya.

Berbalik kepada ‘latihan dan modul’ yang disediakan Allah swt tadi. Sama ada kita sedar atau tidak terdapat satu program mingguan yang sangat hebat perlaksanaannya. Jika dibandingkan dengan mana-mana program di muka bumi ini, aku jamin program ni la paling power. Korang pikir la..mana nak dapat program yang satu bangunan boleh penuh tanpa ada satu flyer, trailer, facebook event atau iklan pun? Mana nak dapat program yang kaum adam dalam setiap komuniti dapat sama-sama berkumpul pada setiap minggu? Mana nak dapat program dimana manusia boleh berhenti dalam segala kerja walaupon program tu tak sediakan apa-apa waimma  nasik bungkus untuk pesertanya? Walaupon penyampai dalam program tu bosan dan mengantukkan, tapi satu bangunan boleh penuh beb! Tak lain tak bukan program yang aku maksudkan adalah solat jumaat. Cuba bagi tahu gua beb kalau ada kot celah-celah mana program mingguan yang lagi hebat dari solat jumaat nih. Hebat bukan program yang Allah perintahkan untuk kita ni?

Lu orang bayangkanlah seruan yang boleh disampaikan ke setiap pelusuk komuniti Islam jika khutbah dalam solat jumaat ini digunakan sebaik mungkin. Tapi malangnya amanah besar dari Allah untuk setiap masjid ini gagal kita manfaatkan dengan sebaik mungkin. Apa yang jelas sekarang, khutbah dan solat Jumaat masih gagal untuk mejadi medium terbaik untuk mobolisasi ummah. Khutbah khususnya masih banyak yang belum ‘turun’ kepada rakyat marhaen. Masih ada khutbah yang menggunakan terminologi fiqh yang lansung tiada kena mengena dan tidak difahami pendengarnya. Itu satu cerita. Yang khutbah monsun cup, tahun pertanian negeri lain pulak ceritanya. Masing-masing gagal untuk mengintegrasikan peringatan dari Quran untuk terjun ke dalam realiti masyarakat sekarang. Korang pon boleh tengok sendiri kerosakan yang jadi bila khutbah dan penyampaiannya gagal menarik dan ‘engage’ dengan pendengarnya. Berapa ramai dari kita yang datang untuk solat jumaat ke masjid sekadar untuk melepaskan lelah dan lelap sebentar sementara menanti khatib selesai dengan khutbahnya. Dan lihat la apa yang jadi dalam masyarakat bila instrumen yang Allah sediakan untuk kita gagal kita manfaatkan sebaiknya.

Dan alhamdulillah..aku rasa salah satu benda yang akan aku rindu selepas pulang ke tanah air nanti pastinya khutbah di ISGL.  Walaupon tak semua kahtib membaca khutbah secara spontan dan menarik, tapi topik-topik yang disentuh alhamdulillah masih relevan.

Dan yang paling mutakhir (khutbah hari ini) menyentuh tentang realiti pemikiran muslim hari ini. Bagaimana kita menganggap Islam tidak bersesuaian dengan kehendak zaman ini dan cuba mengubah banyak hukum dan peraturan agama agar ianya nampak sepadan dengan kehendak semasa atau dengan kata lain agar sesuai dengan nafsu sendiri.

Apa yang menarik brother Heni (khatib) menggunakan analogi atau cerita 3 jejaka yang dibawa berhijrah dari sebuah negeri asing ke ‘the United States of Vegapolis’ oleh ibu bapa mereka. Di negara ini public opinion masyarakatnya mengukur ketamadunan sesebuah tamadun hanya bila tamadun itu memakan tumbuhan(vegitarian). Perbuatan memakan binatang dianggap zalim dan tidak bertamadun.   Setelah kematian ibu bapa, mereka cuba mencari kebenaran tentang agama Islam yang diwariskan kepada mereka. Yang paling sulong mengambil keputusan keluar dari Islam setelah kajiannya mendapati terdapat nas dalam al-Quran yang membenarkan umatnya memakan daging. Malah dalam Islam sendiri terdapat ibadat penyembelihan korban. Kesimpulannya agama Islam tidak relevan sama sekali kerana seruan memakan daging. Yang kedua, dari kajiannya, si Khalid pula berpendapat seruan memakan daging hanya sesuai untuk umat di tanah arab ketika zaman Rasulullah.  Dengan kata lain seruan itu tidak lagi relevan untuk zaman ini tapi dalam pada masa masih menerima kebenaran Islam. Tapi si adik bongsu, Ali, menyanggah pendapat kedua-dua abangnya dengan menyoal kayu ukur ketamadunan itu sendiri. Adakah ketamadunan sesebuah negara itu layak diukur hanya pada pemakanan?  Sungguh itulah yang berlaku pada hari ini. Manusia ramai yang menyoal di mana posisi Islam dalam satu subjek. Lantas ada yang mengatakan ianya tidak kena dengan peredaran zaman tanpa mereka sendiri terlebih dahulu menyoal akan subjek itu samaada ianya sepadan dengan fitrah dan akal sihat manusia.  Kat AS ni banyak contoh-contohnya.

Opss..dah digress ni beb..Tapi tu nak bagi satu contoh la khutbah kat sini. Sepanjang kat Malaysia gua tak pernah dengar lagi khutbah yang guna teknik penceritaan ringkas sebegitu untuk memahamkan pendengarnya dengan satu subjek yang sangat penting. Bukan ke dalam quran banyak menggunakan cerita untuk menyampaikan pengajaran kepada pembacanya?

Apapon, ini sekadar catatan dan perkongsian dari apa yang aku dapat sejak seminggu lalu. Sedikit daripadanya aku dapat dari kuliah bro Nouman kat Quran Conference yang aku rasa amat penting untuk disebarkan ideanya. Sape-sape nak dengar lebih lanjut boleh tonton video dibawah. Dia ada sentuh tentang subjek ni bermula minit 40.

Wallahualam.

Kritikan Terbuka

Aku menantikan kritikan seterusnya dari Prof Aziz di seminar politik esok. Harap-harap orang-orang PAS bersikap terbuka dan akan upload ke youtube.

1Malaysia, 1Mufti.

Ekoran penangkapan Dr Asri tempoh hari, timbul cadangan dari Datuk Shahidan akan pelantikan 1 Mufti sahaja untuk seluruh negara.erkk..apa kaitan 1 Mufti ngan penangkapan Dr Asri ek?

Cakap pasal mufti, aku tertarik dengan kisah pentadbiran agama Islam di Turki dari satu buku yang sedang aku baca. Walaupun, negara ini sememangnya dikenali dengan sekular totok walaupon majoriti penduduknya adalah muslim, pemisahan antara agama dan pentadbiran  bukanlah secara keseluruhan. Pentadbiran agama memang dikawal di bawah kerajaan melalui Diyanet. Lebih kurang macam kat Malaysia la aku nampak.

Dan di bawah pentabbiran ni ada 80 wilayah dan 900 daerah di mana setiap satu wilayah mempunyai 1 mufti. Semua mufti-mufti ni dan imam adalah penjawat awam di bawah Diyanet . Lu orang bayangkan la macam mana diorang nak deal ngan 80 mufti ni. Kalau la semua mufti ni mintak tauliah untuk sape-sape yang nak sampaikan kuliah di masjid-masjid kat dalam wilayah masing-masing, tak ke haru? Tu belum cakap macam mana nak deal ngan 80 ijtihad yang mungkin keluar untuk satu isu.

Apapun, aku teringin nak tulis sedikit catatan tentang isi buku ini terutamanya tentang AKP dan bagaimana aku berharap akan wujud di Malaysia satu parti yang mempunyai pendekatan politik seperti AKP. Dinamik, memahami kehendak rakyat, bacaan politik yang mantap  dan lebih mencari titik persamaan dalam politik. Bukan sekadar jadi politician semata!