1Malaysia, 1Mufti.

Ekoran penangkapan Dr Asri tempoh hari, timbul cadangan dari Datuk Shahidan akan pelantikan 1 Mufti sahaja untuk seluruh negara.erkk..apa kaitan 1 Mufti ngan penangkapan Dr Asri ek?

Cakap pasal mufti, aku tertarik dengan kisah pentadbiran agama Islam di Turki dari satu buku yang sedang aku baca. Walaupun, negara ini sememangnya dikenali dengan sekular totok walaupon majoriti penduduknya adalah muslim, pemisahan antara agama dan pentadbiran  bukanlah secara keseluruhan. Pentadbiran agama memang dikawal di bawah kerajaan melalui Diyanet. Lebih kurang macam kat Malaysia la aku nampak.

Dan di bawah pentabbiran ni ada 80 wilayah dan 900 daerah di mana setiap satu wilayah mempunyai 1 mufti. Semua mufti-mufti ni dan imam adalah penjawat awam di bawah Diyanet . Lu orang bayangkan la macam mana diorang nak deal ngan 80 mufti ni. Kalau la semua mufti ni mintak tauliah untuk sape-sape yang nak sampaikan kuliah di masjid-masjid kat dalam wilayah masing-masing, tak ke haru? Tu belum cakap macam mana nak deal ngan 80 ijtihad yang mungkin keluar untuk satu isu.

Apapun, aku teringin nak tulis sedikit catatan tentang isi buku ini terutamanya tentang AKP dan bagaimana aku berharap akan wujud di Malaysia satu parti yang mempunyai pendekatan politik seperti AKP. Dinamik, memahami kehendak rakyat, bacaan politik yang mantap  dan lebih mencari titik persamaan dalam politik. Bukan sekadar jadi politician semata!

2 Responses to “1Malaysia, 1Mufti.”

  1. Salahuddin Says:

    Saya rasa kita patut bebaskan sistem agama, mufti dan sebagainya berkaitan dengan islam melalui badan bebas. Sebagai contoh seperti di pakistan, muftinya dipilih oleh ulama dan bukan pemimpin. Jika ketua dalam sistem agama seperti mufti dipilih oleh pemerintah maka, badan tersebut tidak lagi bebas membuat keputusan berdasarkan quran dan sunnah. Sebagai contoh al-azhar, sheikhul azhar dipilih oleh presiden mesir hosni mubarak yang sosialis. Tengok ape jadi, Syed Tantawi dak ada pun kritik israel malah bersalaman dengan Simon Perez. Tantawi juga menentang niqab… tgk ape dah jadi

  2. farhan Says:

    patutnya begitu la..mcm kitorang kat US ni ada fiqh council of north america.bebas dr pengaruh politik.tp kat Malaysia realitinya lain.Islam satu elemen yg teramat kuat pengaruhnya di kalangan majoriti rakyat.tak semudah itu utk golongan umarak melepaskanya kepada badan2 yg bebas pengaruh politik.


Leave a Reply