Bajet 2012 November 10, 2011
Posted by farhan in Uncategorized.trackback
2011 hampir melabuhkan tirainya..Tinggal lebih kurang satu setengah bulan je lagi. Awal Oktober lalu, kerajaan dah pon bentang bajet. Begitu juga dengan dept aku yang sibuk dengan bajet syarikat utk tahun depan sebelum raya baru ni. Individu sekecil aku pon sememangnya amat perlukan bajet untuk tahun depan walaupon dengan skala yang sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan bajet syarikat.
Berikut dikongsikan item utama dalam pecahan bajetku yang bakal dipecahkan mengikut bulanan. Bajet orang bujang beb. Korang macam mana? Rasanya, lain komitmen lain pecahan. Bergantung pada keperluan masing-masing.
| Saving |
| Car installment |
| House rent |
| Takaful |
| Internet |
| TnG |
| Petrol/toll/park |
| Infaq |
| Food/groceries |
| Phone |
| Misc |
| Total |
| Nett Income |
Alhamdulilah..dalam bajet aku takde peruntukan sama sekali untuk rokok, astro subscription, tengok wayang mahupon peruntukan khas untuk makwe. Jimat beb kalo tak layan mende2 takde paedah ni. Juga takde installment untuk personal loan mahupon study loan.hehe
Alhamdulillah sekali lagi..expense tracking yang aku mulakan akhir 2010 sebenarnya banyak membantu dalam merencanakan bajet untuk tahun depan. Dari tracking tu dah nampak kemana duit setiap bulan mengalir dan kat mana perlu dikurangkan.
Dan InsyaAllah 1 Dec aku akan mula berkhidmat dengan majikan baru (yup..I decided to move
). Ada satu bulan untuk menyesuaikan perbelanjaan harian di tempat baru sebelum belanjawan 2012 bermula. Dengan sedikit perubahan pada struktur gaji dan benefits, objektif kewangan untuk 2-3 tahun mendatang perlu dikemaskini. Tapi insyaAllah, rasanya dah tak lompat kapal lepas ni. Hehe..Tak larat nak buat banyak adjustments setiap kali tukar environment.
Comments»
No comments yet — be the first.