Bahasa Inggeris December 21, 2011
Posted by farhan in Uncategorized.trackback
Kalau ada satu nasihat yang aku mahu aku sampaikan pada adik-adik mahupon sepupu aku, pastilah ianya saranan untuk belajar bahasa inggeris bersungguh-sungguh. (Tanpa menafikan rezeki, ajal maut dan ketentuan dari Allah swt) Bagi aku salah satu faktor yang amat memainkan perasan waktu masuk dalam pasaran kerja sememangnya bahasa Inggeris. Ianya boleh dikatakan saringan pertama. Kalo ko tak lepas, memang susah la untuk ke peringkat seterusnya. Aku dah pernah melaluinya. Dan aku tak pelik bila isu sebegini dibangkitkan kembali.
Dan munasabah la kalau majikan mahukan pekerja yang boleh berbahasa inggeris. Pi mana2 dan buat apa2 pon, ko akan pakai medium tu. Kalau takleh, alamatnya kerja pon susah nak jalan. Dan lebih teruk lagi imej majikan boleh tercemar. Tak boleh salahkan majikan. Mereka pon ada kepentingan juga yang perlu dijaga.
Aku sendiri pon takde la mantap sangat english. Tonggang terbalik jugak. And still learning. Dan aku akui la yang kehidupan 4 tahun di negara orang banyak membantu. Tapi nak dapat ‘tiket’ untuk ke sana lepas SPM bukan sekadar bergantung pada nasib. Kat situ pon tapisan bahasa inggeris dah bermula. Tapi kalau diingat balik citer macam mana aku struggle nak belajar english dulu, boleh buat aku tersenyum sendiri. Ye la..budak ulu berang.what do you expect?? mental block la aku rasa paling susah sekali waktu tu. Kononnya orang bandar je boleh excel dalam english. Tapi aku tak leh nafilah strong support dari parents aku yang tak putus asa hantar aku gi tuisyen english(walaopun anak mereka sememangnya slow dlm BI) dan sistem pembelajaran kat mrsm tu sendiri.
Oleh sebab nak practice english luar bilik darjah, aku sanggup cari NST waktu hujung minggu untuk di baca.Ntah la. Waktu tu suka baca akhbar je. So NST je la option yang ada. Tambahan pulak, hari jumaat ada sisipan EPL. So beli dan baca je la. Orang mungkin nampak poyo. Bila orang tanya sebab apa beli NST, aku kata nak baca section EPL tu. huhu. So bila ada perkataan baru yang aku jumpa, terus buka kamus. Slowly2 dapat tambah vocab baru.
Yang lagi satu ni aku buat kat rumah je la. Haha. Buka internet, search dan print lirik lagu orang putih. Lagu favorite la. Siap buat koleksi lagi. Waktu tu aku layan HITZ.fm ngan radio omputih RTM.huhu. Kalo ada lagu tu keluar radio, aku buka lirik and nyanyi. Kononnya nak practice spelling and so-called speaking la. Tapi lama-lama boleh addicted jugak la ngan lagu omputih.haha
Struggle jugak la waktu tu.Tiada jalan mudah. Orang mungkin hanya nampak ‘output’, tapi tak nampak ‘input’ dan ‘investment’ yang kita buat untuk sampai ke tahap yang kita berada sekarang. Lain la kalo family ko ada background english. Dari kecik speaking. Mmg tak struggle la.huhu
betul doh tu farhan.bi mmg penting.xpnda bi rendah lalu org pandang..betapalah dunia ni ntahpape.bila dh mantap@hmpir mantap ‘english’ cuba2 kerling@jeling bhs arab plok.bestnya hidup!
hehe.dah cuba dah..in fact siap ambik kelas arab lg waktu kat u..dok tau la bakpe dok leh gi jugok ngan bahasa arab ni..basic dok kuat kot..