Recap 2011 December 31, 2011
Posted by farhan in Uncategorized.trackback
Seperti biasa, ini sekadar catatan biasa.Sila berhenti kalo tak nak masa terbuang.
Tirai 2011 bakal dilabuhkan lama lagi..Kalau di ibu kota, manusia berpusu-pusu keluar meraikannya. Di Shah Alam pon tak kurang hebatnya. Ada 2 program yang berbeza ‘falsafah’ berlansung. Ada countdown dengan Ust Azhar di Dataran Shah Alam & konsert artis di I-City. Tapi aku tak pergi kedua-dua.Haha.Lebih senang duduk di rumah. Malas nak bersesak-sesak. Mungkin dah memang aku ni jenis malas nak bersesak-sesak. Terengganu masuk final 2 kali tahun ni pon aku tak turun stadium
Boleh dikatakan 2011 tahun yang amat bermakna. Alhamdulillah..sebahagian hasrat serta azam yang ditanam sejak pulang ke Malaysia telah tercapai.
Alhamdulillah, 2011 menyaksikan aku berjaya menghidupkan kembali hobi membaca yang hampir berkubur sejak pulang ke Malaysia. Mungkin di pandangan orang benda ni satu yang remeh. Tapi bagi aku impaknya tetap besar walaupon buku yang di baca tak sebanyak waktu di universiti. Dan alhamdulillah, satu lagi hobi baru berjaya dicipta iaitu berjogging. Haha. Ni semua lantaran timbul kesedaran hidup seharian yg banyak dihabiskan di kerusi empuk pejabat & depan komputer amat tak menyihatkan. Sekali lagi nampak macamsatu perubahan gaya hidup yang kecil. Tapi aku yakin kesannya insyaAllah ada di hari senja nanti. Waktu nak start amalan ni mmg sangat2 susah. Liat beb.Tapi sekarang dah jd macam satu ketagihan. Kalau seminggu tak jogging tak sah. Rasa tak sedap badan.
2011 juga menyaksikan aku memulakan kerjaya dlm IB. Pengalaman 11 bulan di Kenanga IB mengajar aku banyak perkara(benda akedemik dan bukan akedemik). Banyak dapat kawan baru dan juga banyak suka duka. Tak sangka aku dapat bertahan sampai 11 bulan walaupon kena condemn ngan bos on my very second day. Huhu. Ntah kenapa aku tak gelabah nak tukar kerja. Keje kat Kenanga pon ok je sebenarnya. Tak stress pon. Cuma aku masih mencari-cari a dream career. Boleh katakan jemputan temuduga sentiasa datang (esp mgmt trainee). Tp ntah kenapa semuanya tak masuk dengan minat aku. Aku bertahan je sampai peluang yang betul2 aku minat datang. Then come the interview invitation form EPF. I decided to go all out for it. Dan alhamdulillah dapat..sekarang dah sebulan di sana. Masih lagi under investment, tp different job scope. So far so good. I love what I’m doing now, I love the people here as well as the working environment. Semuanya best alhamdulillah..Rasa kesabaran selama setahun amat2 berbaloi.
Dan 2011 juga menyaksikan aku kembali ke ‘pangkal jalan’.hehe. Alhamdulillah.. dipertemukan dengan rakan-rakan baru yang pernah menuntut di pelbagai tempat. Ada engineer, ada dr, ada lecturer, ada student, ada banker, dan macam-macam lagi. Semua berkumpul dan bergerak atas satu fikrah. Selama ni memang tak pernah jumpa dan tak pernah kenal. Tp fikrah la yang mempertemukan aku dengan mereka. Bagi aku ni antara nikmat terbesar aku dapat tahun ni. Aku pinta dari Allah semoga kekal di ‘pangkal jalan’ ini..
Dan alhamdulillah, 2011 aku dipertemukan kembali dengan ramai rakan-rakan lama waktu mrsm dan waktu universiti dulu. Tapi masih ramai lagi yang tak berjaya dihubungkan semula. Tapi ok la setakat ini. Ada ramai kawan pon tapi takleh maintain susah jugak. Bukan mudah beb nak keep in touch selalu ngan semua orang.
Alhamdulillah..kalau nak dikirakan memang banyak limpah rahmat dan kurnia dari Allah swt yang kadang-kadang aku terlupa. Ada keluarga di sisi, ada kawan-kawan yang best, ada ofismates yang sempoi, ada career yg baik dan macam-macam nikmat lain yg tak terhitung. Cuma diri aku yang selalu alpa. Bak kata Ust Azhar, bahang lagho sokmo.
Apapon, tahun 2012 pastinya perlu lebih fokus kepada aspek Spiritual dengan peningkatan pada aspek P, I dan E. Dan 2012 juga perlu kickstart something untuk mencari rumah dan orang rumah. Dua subjek ni bagi aku perlukan waktu yang secukupnya. Tak boleh terburu-buru esp dalam bab cari orang rumah. Memang, setiap bulan ada je kawan yang menamatkan zaman bujang. Tapi itu tak seharusnya dipandang sebagai ‘tekanan rakan sebaya’ (motivasi mungkin? ). Apapon, persediaan ke arah dua subjek itu seharusnya bermula dari sekarang. As investment community says; those 3 subjects shall be my themes for 2012..insyaAllah.
Comments»
No comments yet — be the first.