Benarlah kata Ustaz Maszlee dalam bukunya. Nama David Beckham dan isterinya lebih ku kenali berbanding Ken Livingstone. Malah pemain-pemain bola sepak sebuah kelab di utara London lebih aku kenali berbanding nama bekas Datuk Bandar London ini. Mengenali nama beliau dari buku tulisan Ustaz Maszlee membuatkan aku rasa sangat malu. Malu kerana tidak sedar akan wujudnya pemimpin di UK seperti beliau yang bersimpati dengan umat Islam Palestin. Juga malu kerana pemimpin di negara aku sendiri tidak selantang dan bersungguh seperti beliau.
Aku kira, beliau umpama Alison Weir di bumi Amerika ini. Bagi sesiapa yang masih belum mengenali Ken, pemimpin berfahaman kiri ini merupakan tokoh yang amat lantang mengkritik polisi zionis dan menuntut keadilan untuk umat Islam di Palestin. Seorang atheist, tapi sangat peka dengan nasib yang menimpa saudara kita di sana. Kita yang satu agama dan bersaudara ni bagaimana plak?
Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan muslim di Great Britain selain turut menyertai perhimpuan mengecam keganasan Zionis. Malah pernah dijemput untuk merasmikan perhimpunan International Association of Muslim Scholars(IAMS) pada Julai 2004. Beliau juga turut mempertahankan Syeikh Yusuf al-Qardawi apabila lobi Zionis di UK melobi agar menteri dalam negeri UK tidak memberikan visa kepadanya. Beliau berpendirian al-Qardawi mampu menjadi penghubung antara dunia Islam dan dunia barat. Dan artikel tulisannya yang dimuatkan dalam The Guardian pada 2004 turut mendapat perhatian pabila dia lantang mengkritik Zionis. Boleh baca artikel itu di sini.
Kalau nak disenaraikan memang banyak tindakan beliau yang menyebelahi umat Islam Palestin ditulis dalam buku ‘Konflik Palestin-Israel: Peluru vs Batu’ ini. Tapi cukup la dua tiga kerat sahaja. Boleh la buat research sendiri.
Read 