Angka-Angka Kosong

Aku jarang petik tulisan panjang seperti entri kali ini. Tulisan ini aku petik dari buku al-Muntalaq karangan Muhammad Ahmad ar-Rashid. Banyak kritikan-kritikan dalam buku ini yang terkena pada diri aku. Tapi dari banyak-banyak kritikan itu, ini paling bermakna untuk direnungkan dan dikongsi bersama. Sebanyak mana nilai diri ini pada ummah. Sudahkah mencapai angka 1? Atau setakat 0.1? Atau cuma 0.001? Atau sememangnya sifar sejak dahulu?

Mereka sangka jalan ini cukup dengan sekadar pidato, syarahan, ceramah, resolusi-resolusi dan seminar semata-mata. Oleh itu, seorang da’i Islam yang agung, Syakib Arsalan Rahimahullah telah berusaha bersungguh-sungguh mengajar jalan yang betul namun masih juga belum berjaya.

Di dalam sebuah risalahnya yang diterbitkan pada tahun 1931 dan disiarkan di dalam majalah al-Muslimun, beliau berkata kepada salah seorang warga Palestine: “Banyak surat sampai kepadaku, sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestine. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: “Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

Seterusnya beliau berkata: “Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?”

Kata-kata beliau itu menyerlahkan kemuncak kesedaran dan pengalaman mutakhir pada da’i, tetapi rakan-rakan Syakib Arsalan telah mengecewakan beliau dan tidak bersemangat.

Kita masih menyaksikan penceramah-penceramah di atas mimbar-mimbar masjid pada hari Jumaat dan perhimpunan- perhimpunan perayaan yang meratapi dan dukacita. Mereka mengajak umat Islam untuk beramal dan berjihad. Mereka menutup ucapan dan pidato mereka dengan kata-kata: “Islam menyeru kamu….” Sebaliknya mereka tidak bertanya kepada diri mereka sendiri, ‘Manakah pemimpin yang harus dipercayai? Sedangkan pemimpin yang ada hanyalah pemimpin yang menjadi boneka dan hamba penjajah yang kononnya berkuasa penuh.

Mereka tidak memahami jalan amal yang sahih. Syarahan dan pidato mereka hanya menambahkan lagi penderitaan dan kekesalan pada diri mereka dan pada para pendengar. Sekiranya mereka mengajar orang ramai supaya jangan lagi mengharap kepada para pemimpin hari ini, kemudian membimbing mereka agar berjamaah dan menjalankan tugas menyeru kepada kebaikan yang dibawa oleh Islam dan menegah dari melakukan kemungkaran yang dilakukan oleh parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa, pasti mereka dapat mencapai apa yang mereka inginkan.

Namun, sampai kini kita masih mendengar laungan-laungan di dalam perhimpunan-perhimpunan serta resolusi-resolusi di muktamar-muktamar sejak puluhan tahun lalu. Semuanya itu hanya merupakan himpunan angka kosong.

Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang.

Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu. Kamu panggillah puterimu: “Marilah anakku”, untuk menyemarakkan lagi nyalaan unggun api lalu kamu mengajarnya:


Marilah wahai anakku, nyalakanlah api itu sepanjang malam.
Nyalakanlah api itu, semoga api itu menjadi penunjuk
Nyalakanlah ia wahai manjaku
Sesungguhnya para da’i dalam kehairanan
Nyalakan ia untuk para pengembara di padang luas ini
Marakkan api dan nyalakanlah baranya
Semoga para pengembara segera datang kepadanya
Usirlah kegelapan yang pekat ini
Tunjukkanlah jalan ini kepada rama-rama yang sesat itu
Inilah api yang paling baik, dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita
Itulah sebaik-baik penghibur yang menyalakan api hidayah itu
Bukan persinggahan yang menjadi tujuan pasukan
Tetapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan kepada pengembara yang mencari
panduan
Bekalkanlah kami dengan kehangatan cinta dan tanggungjawab
Bekalkan kau wahai puteri si manjaku, dari nyalaan hidayah ini

Jangan Buat!

Salam.

Saje nak kongsi kat sini tulisan Ustaz Zaharuddin mengenai do’s and don’ts di Hari Raya. Tapi aku qoute bahagian don’ts sahaja sebab yang ni selalu kita alpa.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

SUMBER

Kembalikan Hak Rakyat Ganu.

Bak kata orang puteh, ‘so far, so good”.  Sekali lagi, aku bersetuju dengan kenyataan terbaru Menteri Besar baru aku ini.

Ahmad Said Minta Kerajaan Pusat Serah Kembali Royalti Minyak

KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) — Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 2000 dan kemudiannya digantikan dengan DKKP, diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini.

“Kita berharap bahawa kalau boleh Kerajaan Pusat kembalikan royalti itu, kita cakap terus teranglah…tidak boleh selindung lagi. Kita mengharapkan duit (royalti) dapat kepada kita,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selepas PAS mengambil alih pemerintahan di Terengganu apabila memenangi pilihan raya umum 1999, Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ehsan yang disalurkan terus kepada rakyat menerusi projek pembangunan, dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, sejak DKKP diperkenalkan semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.

“Ada projek yang kita rancang… kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat.

Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya.

“Ini yang menjadi masalah… sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

“Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah,” katanya.

Ahmad berkata jika Kerajaan Pusat menyerahkan kembali hak pengurusan DKKP, ia akan memudahkan kerajaan Terengganu membuat perancangan tentang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan berbanding keadaan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu.

Katanya kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah. – BERNAMA

Values

Taken from the second chapter of The Audacity of Hope entitled ‘Values’.

It’s not a question we ask ourselves enough, I think; as a country, we seem to be suffering from an empathy deficit. We wouldn’t tolerate school that don’ teach, that are chronically underfunded and understaffed and underinspired, if we thought that the children in them were like our children. It’s hard to imagine the CEO of a company giving himself a multimillion-dollar bonus while cutting health-care coverage for his workers if he thought they were in some sense his equals. And it’s safe to assume that those in power would think longer and harder about launching a war if they envisioned their own sons and daughters in harm’s way.

I believe a stronger sense of empathy would tilt the balance of our current politics in favor of those people who are struggling in this society. After all, if they are like us, then their struggles are own. If we fail to help, we diminish ourselves.

Political Maturity.

Have Malaysian politicians (either from BN or PR) reached the level of politics that Obama mentioned in the second last paragraph of the first chapter (Republicans and Democrats) of The Audacity of Hope? Got the message embedded in it?

I imagine they are waiting for a politics with the maturity to balance idealism and realism, to distinguish between what can and cannot be compromised, to admit the possibility that the other side might sometimes have a point. They don’t always understand the arguments between right and left, conservative and liberal, but they recognize the difference between dogma and common sense, responsibility and irresponsibility, between those things that last and those that are fleeting.

Kepulangan Sultan Disambut Meriah.

Only 2 things I can say here. I’m proud to be a Terengganuian and we, the Teregganuians, are proud to have you as our king. Long live the King!

10,000 People Turn Up To Welcome King At KT Airport

KUALA TERENGGANU, March 29 (Bernama) — About 10,000 people turned up at the Sultan Mahmud Airport here to welcome the Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, when the king flew in here from Kuala Lumpur Saturday.

They arrived as early as 7.30am, carrying with them banners and placards and yellow flags in an expression of support for Tuanku Mizan, who is the Sultan of Terengganu, and gathered outside the airport terminal building.

Many of the people also lined both sides of the road leading out of the airport for a distance of about one kilometre.

Shouts of “Daulat Tuanku” (Long Live His Majesty) reverberated around the airport soon after the king’s special aircraft touched down at the airport at about 10am.

Tuanku Mizan was accompanied by the President of the Regency Advisory Council, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, on the flight from Kuala Lumpur. Tuanku Mizan was welcomed upon arrival by Regency Advisory Council member Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail, Menteri Besar Datuk Ahmad Said, state assemblymen, heads of departments and senior government officers.

Former menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, who is the assemblyman for Jerteh, was not seen at the airport.

The “doa selamat” prayer was recited after the arrival of Tuanku Mizan.

Tuanku Mizan, who was visibly moved by the show of support, waved to the people before getting into his car.

The king continued to wave to the people as the car pulled out of the airport terminal building and, at times, also shook hands with the people lining the road as the car moved slowly away. Tuanku Mizan had returned to Terengganu to participate in the FEI/ISN/EAM-Malaysia Endurance Circuit 2008 at the Terengganu International Endurance Park in Lembah Bidong, Setiu, which is scheduled to begin at 4pm.

Thirty minutes before the king arrived, the Regent of Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, arrived in another special aircraft accompanied by another Regency Advisory Council member, former Federal Court judge Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Tengku Muhammad Ismail waited for the arrival of his father before proceeding together to the palace.

The welcome ceremony for Tuanku Mizan was organised by the Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) for the people to express their undivided support for the king.

Two days ago, Mampat launched a signature campaign to enable the people pledge their loyalty to the Sultan of Terengganu. People in the state had also affixed yellow ribbons on their vehicles to express their support for Tuanku Mizan.

– BERNAMA

Photos taken from BuletinOnline.net

more photos at Amdang’s blog.