STC 2009

Image and video hosting by TinyPic

InsyaAllah, kurang 24 jam dari sekarang aku akan bertolak ke Wilderness State Park, Michigan. Ke sana untuk menyertai STC buat kali kedua. Pertama kali pi 2 tahun lepas di Missouri. Tika itu dibawa orang ke sana. Kali ini terpaksa membawa orang pulak. Begitulah kehidupan. Ibarat roda yang berputar. Apapun doakanlah keselamatan perjalanan kami dan semua peserta STC ke sana. InsyaAllah, kalau ada benda yang menarik akan dicoretkan di blog. Kalau tak, takde la.

The Fight Against Malaria In Africa

Fatwa on Swine Flu Safety

SOURCE

Fatwa on Swine Flu Safety

Swine Flu is spreading very fast and causing a lot of public concern in United States and other countries of the world. The World Health Organization (WHO) and Center for Disease Control in US (CDC) have already issued advisories to the general public. We urge Muslims to exercise necessary precautions in this matter. It is an Islamic teaching that in the situation of wide spread infections, people living in infected areas should be careful not to move around in order to avoid spreading infections. Similarly those who are healthy should avoid traveling to infested areas in order to protect themselves, unless they are needed as doctors or health workers. Allah says in the Qur’an, “Do not contribute to your destruction with your own hands…” (2:195) The Prophet –peace be upon him- said, “If you are in a land and plague breaks out there, then do not leave that place. If you are told that it is spreading in some land and you are not there, then do not go there.” (Muslim, Hadith no. 5731)

In the light of these instructions the Fiqh Council of North America emphasizes that Muslims should take CDC advisories seriously. Those who are affected by any symptoms of this flu should avoid shaking hands and coming into close contacts with others. They are allowed in this situation to pray at home and not go to the Masjid for congregational prayers, until they are healthy. The Prophet –peace be upon him- said, “A sick person (with contagious disease) must not be brought among the healthy.” (Abu Dau’ud, Hadith 3911)

In case there is a Swine Flu pandemic, public assemblies might be curtailed. In that situation it will be allowed for the Masajid to issue special instructions regarding Jama’ah (congregational) and Jumu’ah (Friday) prayers considering the general welfare of their communities and cooperating with local authorities to maintain public health and safety.

We must also make individual and collective du’a asking Allah to remove this affliction and bless us all.

Fiqh Council of North America

Coretan Awal Minggu

Alhamdulillah. Hari ini saya diberi kesempatan untuk menonton rakaman ucapan Dato Syed Zainal ketika melancarkan Proton Exora minggu lepas. Sesiapa yang masih belum menontonnya boleh ke blog paultan untuk menontonnya.  Mungkin ada yang bertanya mengapa saya kisah dengan ucapan itu dan mengapa saya membuang masa menontonnya? Jawapanya mudah. Sebagai peminat sektor automotif dan permotoran, sikit sebanyak memang saya ambil kisah dan sentiasa mengikuti perkembangan pengeluar kereta nasional ini.  

Secara keseluruhannya, saya suka ucapan beliau dan masej yang dibawa dalamnya. Ringkas, padat dan penuh informasi. Dimulakan dengan sejarah ringkas Proton dan kemudian terus menyentuh bagaiaman Exora mula dibina. Turut dimuatkan adalah komen dan padangan dari pasukan yang membina Exora sendiri. Kelebihan dan ciri-ciri Exora juga diterangkan dengan jelas dalam ucapan beliau. Video yang mengiringi ucapan beliau juga memang ‘masuk’ (selari)  dengan isi ucapannya. Lagi satu kekaguman saya adalah keberanian beliau untuk mengakui kelemahan Proton dalam ucapannya dan berjanji untuk membuat pembaikan. Bukan mudah tu! Ucapan beliau sememangnya telah meyakinkan saya yang Exora dibina untuk rakyat Malaysia. Bak kata beliau..European technnology, Japanese design and Malaysian price.  Not bad la MPV ni..

Dan kalau korang baca komen-komen di Paultan, korang akan perasan yang Dato Syed Zainal turut berinteraksi dengan pembaca blog paultan dan membalas beberapa komen dan aduan tentang Proton. Mungkin inilah yang dikatakan kuasa globalisasi! CEO sebuah syarikat boleh terus mendengar komen mengenai produk syarikatnya dari pelanggan di bawah.

Dan kalau korang perasan lagi, diakhir video tu semua warga pasukan Exora dipelawa naik ke pentas sambil diiringi nyanyian oleh Badri Ibrahim yang juga merupakan seorang pekerja Proton. Bagi saya, secara tak lansung Exora diibaratkan seperti hasil kerja dari sebuah keluarga. Memang kena dengan tema kekeluargaan MPV ini.  

Jangan pandang rendah pada peranan seorang CEO. Ucapan beliau ada peranan tersendiri. Sape tahu ucapan Dato Syed Zainal itu boleh meyakinkan rakyat Malaysia dan memperbaiki imej negatif Proton?

Ok la..Setakat ini untuk kali ini. Mungkin selepas ini saya tidak akan menulis dan perlu mengurangkan aktiviti blogging untuk beberapa minggu. Aktiviti blogging termasuklah merayau di blog orang, membaca blog orang dan mengomen di blog orang. Peperiksaan akhir tahun tinggal 2 minggu sahaja lagi. Dan kemudian cuti musim panas menjelma. Tak sabar nak habiskan cuti 3 bulan lebih ni. Selepas sem ini, saya sudah selesai 6 sem  disini. Tinggal lagi 2 sem untuk dihabiskan insyaAllah. Tak sabar nak habis belajar walaupun saya masih tak ada spesifik plan selepas grad. hehe. Memang macam orang takde matlamat hidup kan?

Apapun ini jadual peperiksaan akhir sem saya. Kalau rajin, tolonglah doakan saya terang hati ketika menghadapi peperiksaan :) Ameen.. 

MGMT411(Investments Management)
Monday 5/4
3:20p-5:20p LYNN1136

ECON340(Intermediate Microeconomics)
Tuesday 5/5
5:45p-7:45p RAWLS1086

STAT417(Statistical Inference)
Friday 5/8
8:00a-10:00a GRIS280

STAT420(Time Series)
Friday 5/8
1:00p-3:00p BCHM105

Kuliah Online: Bila Cinta Bersemi

Kuliah Online MISG untuk bulan April 2009 bersama Ustaz Rushdan. Tajuk kali ini ada sikit kaitan dengan artikel kedua dari At-Tazkirah edisi April. Sape tak download lagi, boleh la download di sini. Untuk kuliah ini, semua dijemput hadir. Waktu Malaysia 8 pagi hari Ahad. Tak kira jauh dekat. Depan komputer je pun. Datang jangan tak datang. Tajuk best ni :)

Untuk maklumat lanjut boleh lawati misgonline.com

Bermusafir

 

Sekadar catatan pendek. Untuk dua minggu lebih yang akan datang insyaAllah aku tiada dirumah kerana bermusafir sempena cuti musim sejuk. Blog ini juga tidak akan dibuka untuk satu tempoh masa dan komen akan di’moderate’(mcm la byk sgt org komen kat blog ni). InsyaAllah aku akan ke Houston untuk bermuktamar dan singgah sekejap di New Orleans sebelum ke Florida untuk berjalan-jalan. Tiada apa yang aku pinta selain doa dari kalian semua agar perjalanan aku dan rakan-rakan selamat.

Sekian Wasallam.

Capai Kecemerlangan Sebenar Dengan Mengimani Qada’ dan Qadar.

Waktu Malaysia jam 10:00am hari Ahad

Juga boleh didengari melalui RadioMISG

Jumpa di sana!!

Hancur!

Kurang 32 tangga lagi untuk menjadi pasukan paling ‘cap ayam’ di atas muka bumi.  Kedudukan ini adalah yang terburuk dalam sejarah FAM. Semak di sini. Kepada pengurusan FAM yang baru, tahniah diucapkan! Mungkin inilah perubahan yang diwar-warkan dulu. Perubahan yang tidak dihebohkan dengan meluas di media cetak dan elektronik. Selepas ini boleh la jemput pasukan ternama dunia untuk bertarung dengan pasukan kebangsaan. Bravo FAM!

Daulat Tuanku!

sumber: http://mampat.blogspot.com/

*patik takde kereta, so tak dapat la nak ikat riben kuning. Tapi sokongan untuk Tuanku tak pernah luntur!

Munajat Perdana Rakyat Terengganu.

sila klik pada banner
MUNAJAT PERDANA RAKYAT TERENGGANU
MEMOHON KEBERKATAN DAN KEDAULATAN
KDYMM TUANKU AL-SULTAN DAN NEGERI TERENGGANU

Dipimpin Oleh;
YBhg. Datuk Sheikh Ismail Mohamad Al-Hafiz

Pada : 27 Mac 2008 (Khamis Malam Jumaat)
Masa : 8.30 Malam (Solat Isya’ Berjemaah)
Tempat : Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

SEMUA RAKYAT TERENGGANU DIJEMPUT HADIR
*anjuran NGO Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat)