Nur Kasih

Semuanya datang dari ‘rekemen’ sahabat-sahabat aku dan sememangnya semua filem itu adalah terbaik. Dan aku masih lagi menanti ‘rekemen’ filem-filem bermutu dari Malaysia. Aku kira kos pembikinan Laskar Pelangi sangatlah rendah kalau mahu dibandingkan dengan filem Cicak Man mahupun Impak Maksima (aku tonton kat Astro masa cuti musim panas yang lepas). Tapi masejnya cukup kuat dan mendalam jika mahu dibandingkan dengan 2 filem dari Malaysia itu.  Dimanakah silapnya?

Di atas adalah sebahagian dari komentar aku terhadap filem Laskar Pelangi. Nampak gayanya….sekarang aku terpaksa menarik balik kata-kata itu dek kerana satu drama ini sahaja. Nur Kasih.

Aku pasti semua dah tonton drama ni. Aku pun dah setelah direkemen oleh sahabat-sahabat di sini. Malah tak sabar-sabar untuk menunggu episod seterusnya.

Ia sememangnya bukan filem seperti Laskar Pelangi. Sekadar drama hujung minggu sahaja. Tapi kualitinya bagi aku cukup memukau.

Iye! Aku ni bukanlah orang seni untuk menilai mahupun memberi sikit padangan tentang kualiti drama ni. Tapi sekali tonton dah dapat rasa kelainan dari segi pencahyaan, gerak kamera, angle kamera, and scene background. Memang mantap. Aku pun tak tau nak describe macam mana. Yang tonton drama ni pasti tau bagaimana.

Contoh yang paling aku ingat ketika Nur Amina ngan Adam duduk diruang tamu rumah Ustaz Hassan. Lawa je pohon-pohon di luar tingkap dan langsir bergerak ditiup angin. Memang hidup. Suasana kampung dalam drama ni memang menjadi. Dengan sawah, pokok, masjid buruk, pekan koboi, teksi buruk, kenduri kendara dll.

Jalan cerita pun tak kalah. Cuma aku rasa tak patut dikeluarkan sinopsis. Kurang syok jadinya sebab tengah menonton dah tau kesudahannya sikit sebanyak.

Masej dan kritikan yang cuba dibawa oleh Khabir Bhatia bagi aku cukup menjadikan drama ni lain dari lain. Pedas dan tajam! Dari kritikan terhadap cara masyarakat kita membawa Islam, berdakwah, mendidik anak hinggalah kepada paparan pelbagai ragam manusia, semuanya disampaikan seiring dengan plot cerita. Bukan sekadar kisah cinta semata-mata yang sangat stereotype dalam kebanyakan drama Melayu yang tidak membawa apa-apa masej bermakna. Bukan juga kisah yang berlatarbelakangkan orang Melayu kebaratan/urban yang miskin identiti (kecuali Adam.haha).

Cuma ada beberapa bahagian yang tak logik. Contohnya bila Adam boleh tiba-tiba ubah keputusan untuk balik ke Malaysia dan membatalkan hasrat untuk pulang menyambung semula pengajian ketika berada di Malaysia. Seolah-olah beli tiket kapal terbang ni macam beli tiket bas lompat je. Satu lagi bila dia tangguhkan pengajian untuk balik ziarah ayah. Tak semudah itu untuk menangguhkan pengajian lebih-lebih lagi jika Adam tu ada penaja.

Apapun, kira ok la drama ni. Harap boleh Malaysia keluar banyak lagi drama berkualiti macam ni.

Sekian Wasallam

“Orang kita selalu pilih-pilih hukum agama sesuka hati..adat disanjung lebih daripada hukum”

Amanah…Bukannya Keistimewaan.

Teringat aku akan situasi ketika batch aku (SPM 2004) mula melangkah ke institut pengajian tinggi(tertiary education). Ketika itu isu biasiswa lebih tertumpu kepada lambakan pemohon dan perayu bagi bidang perubatan. Tetapi, semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini perbincangan dan isunya masih lagi dalam konteks yang sama (yakni isu penganugerahan biasiswa) tapi dilihat pada perspektif yang lebih luas iaitu penganugerahan biasiswa secara kesuluruhannya. Tidak lagi hanya bertumpu kepada biasiswa untuk kursus perubatan.

Dan bila bercakap tetang penganugerahan biasiswa, satu perkataan yang terpancar hari ini adalah meritokrasi. Dan bila bercakap soal meritokrasi yang tergambar adalah pemilihan berdasarkan  keputusan semata-mata seperti yang didefinisikan oleh wikipedia-”suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya”. Persoalannya, jika keputusan SPM dijadikan kayu ukur semata-mata, dimana letaknya penilaian terhadap temuduga pelajar itu, dan aktiviti ko-kurikulumnya? Dan jika sistem meritokrasi digunapakai, adakah pelajar yang dipilih benar-benar terbaik bila ianya hanya berpaksikan slip SPM semata-mata? Apatah lagi dengan realiti dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi  selepas mahasiswa keluar dari universiti tidak hanya bergantung pada slip keputusan semata-mata.

Currently, Ong said, the selection is based on four criteria – merit (20%), race (60%), Sabah and Sarawak citizens (10%) and students from underprivileged groups (10%).

He said if meritocracy was part of the criteria, the students’ co-curriculum activities and interviews should not be included for consideration.

“Meritocracy means it should solely be the students’ results and not any other areas,” he said.

source

 Jika dilihat kepada kenyataan diatas, jelas sistem meritokrasi tidak dilaksanakan sepenuhnya. 

Aku tidak mahu mengulas lebih lanjut memandangkan aku sendiri tiada banyak maklumat tentang sistem yang digunapakai dalam menilai permohonan.

Tetapi jika benar sistem meritokrasi itu tidak lansung mengambil kira latar belakang sosial pemohon, aktiviti ko-kurikulum dan prestasi temuduga, aku rasa ada baik ianya tidak diguna pakai.

Sungguh perbincangan ini sangat subjektif dan sukar untuk menemui penyelesaian yang memuaskan pelbagai pihak melainkan menambah jumlah biasiswa yang memenuhi kehendak pemohon.

Dan kebetulan Jumaat lepas aku dan rakan-rakan ada membincangkan sedikit tentang masalah ini bersama Dr Shakor (seorang ahli panel penasihat industri bagi UTP) yang kebetulan datang melawat ke sini. Tapi perbincangan kami lebih tertumpu kepada brain drain yang berlaku kepada mereka yang selesai pengajian di luar negara atas tajaan. Brian drain yang bukan disebabkan keengganan untuk pulang berkhidmat di tanah air, tetapi brain drain akibat graduan-graduan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dan diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya kerana terikat dengan perjanjian mereka. Juga kami sentuh adalah masalah pengagihan biasiswa yang diakuinya masih memerlukan penambahbaikan. Semuanya tentang masalah pengurusan sumber manusia yang tidak pernah selesai sejak dahulu kala lagi.    

Cuma bila kadang-kadang mendengar dan membaca berita sebegini, ia sedikit sebanyak memberikan peringatan terhadap aku tentang peluang yang diberi untuk belajar menggunakan duit rakyat. Aku sedar..aku sendiri belum memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dan sungguh..ianya bukan satu nikmat atau keistimewaan, tapi satu amanah yang pastinya akan disoal di akhirat kelak. Kerana aku percaya amanah itu bukan setakat membawa balik segulung ijazah dan ilmu, tapi juga membawa pulang satu perubahan pada budaya, cara kerja dan cara berfikir yang tidak mungkin boleh diasuh jika menuntut di tanah air. Ke guane sahabat-sahabatku? 

Seruan aku kepada adik-adik yang baru sahaja berjaya menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke dalam atau luar negara, gunakan ia sebaik mungkin. Seperti yang abangaku katakan tadi, ia bukannya keistimewaan..tapi satu amanah. Dan ingat biasiswa yang anda perolehi itu tidak sama sekali menjamin masa depan anda. Pelbagai cabaran sebenarnya sedang menanti anda selepas ini terutama jika anda memilih untuk ke luar negara. Di sepanjang perjalanan nanti, anda akan lihat ramai rakan seperjuangan(yang sama mendapat biasiswa seperti anda) yang leka dan tak kuat akan tercicir dan kecundang. Dan anda juga akan lihat rakan-rakan yang tanpa apa-apa bantuan atau biasiswa boleh terus mara ke hadapan meninggalkan anda. Percayalah!

Coretan Awal Minggu

Alhamdulillah. Hari ini saya diberi kesempatan untuk menonton rakaman ucapan Dato Syed Zainal ketika melancarkan Proton Exora minggu lepas. Sesiapa yang masih belum menontonnya boleh ke blog paultan untuk menontonnya.  Mungkin ada yang bertanya mengapa saya kisah dengan ucapan itu dan mengapa saya membuang masa menontonnya? Jawapanya mudah. Sebagai peminat sektor automotif dan permotoran, sikit sebanyak memang saya ambil kisah dan sentiasa mengikuti perkembangan pengeluar kereta nasional ini.  

Secara keseluruhannya, saya suka ucapan beliau dan masej yang dibawa dalamnya. Ringkas, padat dan penuh informasi. Dimulakan dengan sejarah ringkas Proton dan kemudian terus menyentuh bagaiaman Exora mula dibina. Turut dimuatkan adalah komen dan padangan dari pasukan yang membina Exora sendiri. Kelebihan dan ciri-ciri Exora juga diterangkan dengan jelas dalam ucapan beliau. Video yang mengiringi ucapan beliau juga memang ‘masuk’ (selari)  dengan isi ucapannya. Lagi satu kekaguman saya adalah keberanian beliau untuk mengakui kelemahan Proton dalam ucapannya dan berjanji untuk membuat pembaikan. Bukan mudah tu! Ucapan beliau sememangnya telah meyakinkan saya yang Exora dibina untuk rakyat Malaysia. Bak kata beliau..European technnology, Japanese design and Malaysian price.  Not bad la MPV ni..

Dan kalau korang baca komen-komen di Paultan, korang akan perasan yang Dato Syed Zainal turut berinteraksi dengan pembaca blog paultan dan membalas beberapa komen dan aduan tentang Proton. Mungkin inilah yang dikatakan kuasa globalisasi! CEO sebuah syarikat boleh terus mendengar komen mengenai produk syarikatnya dari pelanggan di bawah.

Dan kalau korang perasan lagi, diakhir video tu semua warga pasukan Exora dipelawa naik ke pentas sambil diiringi nyanyian oleh Badri Ibrahim yang juga merupakan seorang pekerja Proton. Bagi saya, secara tak lansung Exora diibaratkan seperti hasil kerja dari sebuah keluarga. Memang kena dengan tema kekeluargaan MPV ini.  

Jangan pandang rendah pada peranan seorang CEO. Ucapan beliau ada peranan tersendiri. Sape tahu ucapan Dato Syed Zainal itu boleh meyakinkan rakyat Malaysia dan memperbaiki imej negatif Proton?

Ok la..Setakat ini untuk kali ini. Mungkin selepas ini saya tidak akan menulis dan perlu mengurangkan aktiviti blogging untuk beberapa minggu. Aktiviti blogging termasuklah merayau di blog orang, membaca blog orang dan mengomen di blog orang. Peperiksaan akhir tahun tinggal 2 minggu sahaja lagi. Dan kemudian cuti musim panas menjelma. Tak sabar nak habiskan cuti 3 bulan lebih ni. Selepas sem ini, saya sudah selesai 6 sem  disini. Tinggal lagi 2 sem untuk dihabiskan insyaAllah. Tak sabar nak habis belajar walaupun saya masih tak ada spesifik plan selepas grad. hehe. Memang macam orang takde matlamat hidup kan?

Apapun ini jadual peperiksaan akhir sem saya. Kalau rajin, tolonglah doakan saya terang hati ketika menghadapi peperiksaan :) Ameen.. 

MGMT411(Investments Management)
Monday 5/4
3:20p-5:20p LYNN1136

ECON340(Intermediate Microeconomics)
Tuesday 5/5
5:45p-7:45p RAWLS1086

STAT417(Statistical Inference)
Friday 5/8
8:00a-10:00a GRIS280

STAT420(Time Series)
Friday 5/8
1:00p-3:00p BCHM105

Suara Ini Harus Didengari

Wahai presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini
Suara yang keluar dari dalam goa
Goa yang penuh lumut kebosanan

Walau hidup adalah permainan
Walau hidup adalah hiburan
Tetapi kami tak mau dipermainkan
Dan kami juga bukan hiburan

Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Pasti kuangkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Masalah moral masalah akhlak
Biar kami cari sendiri
Urus saja moralmu urus saja akhlakmu
Peraturan yang sehat yang kami mau

Tegakkan hukum setegak tegaknya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti kuangkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Masalah moral masalah akhlak
Biar kami cari sendiri
Urus saja moralmu urus saja akhlakmu
Peraturan yang sehat yang kami mau

Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Tegakkan hukum setegak tegaknya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti kuangkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Wahai presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini

Saya pernah letak lagu ini di blog ini selepas BN kembali memengang tampuk pemerintahan negara Mac lepas. Kali ini saya letak sekali lagi sempena pertabalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM ke-6 yang telah selamat mengangkat sumpah tadi. Selamat memimpin Malaysia diucapkan. Terjawab sudah segalanya.

Apa yang saya harapkan dari Datuk Seri semuanya telah tersemat dalam lagu di atas. Pimpinlah Malaysia adil dan saksama. Cabaran yang menanti Datuk Seri sememangnya luar biasa. Datuk Seri mengambil alih tampuk pemerintahan di kala dunia dan Malaysia sama-sama menghadapi kemelesatan ekonomi.  Ditambah pula dengan ketidakstabilan politik Malaysia pada masa sekarang. Tanggungjawab yang berada di bahu Datuk Seri bukan sebarang.  Dan saya sememangnya amat-amat mengharapkan perubahan yang positif di Malaysia tanpa mengira sesiapa yang menerajuinya. Sebarang usaha ke arah itu insyaAllah akan saya sokong sepenuhnya.

Kepada Pak Lah, terima kasih kerana memimpin kami selama 5 tahun. InsyaAllah jasa dan sumbangan Pak Lah akan kami kenang. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Harus saya akui yang pentadbiran Pak Lah sangat terbuka dan mendengar suara rakyat. Semoga Allah mengampuni segala silap dan salah Pak Lah selama 5 tahun memerintah.

Adakah anda yakin dengan kepimpinan baru Malaysia?
Yakin dan percaya
Tidak sama sekali
Tak ambil kisah
Get Code View Result

Satu Pemerhatian

Ketika melintasi Chicago dalam perjalanan balik semalam dan 2 hari lepas, aku berpeluang melihat sedikit sebanyak kesan krisis ekonomi yang melanda industri automotif di AS. Pemandangan di sekitar suburb Chicago tidak lagi seperti dulu. Jika dulu bersinar-sinar deretan kereta perbagai jenama buatan AS dan luar negara dapat diperhatikan di sekitar premis di tepi jalan. Lambang ‘American Dreams’ yang dibanggakan mereka. Tapi sekarang suasananya agak berbeza. Banyak ruang tempat letak kereta di premis menjual  kereta sudah lengang dan kosong. Malah ada bilik pameran yang telah ditutup dan berhenti beroperasi. Kebanyakannya adalah premis yang menjual jenama Ford, Chevy, dan Chrysler. Mungkin ini adalah kesan daripada langkah pengurangan pengeluaran yang diambil ketiga-tiga syarikat berkenaan awal tahun ini. Dan yang masih dapat meneruskan perniagaan pula tampil dengan pelbagai tawaran yang tak masuk akal dulu seperti 0% pinjaman.

Spring Break

Salam to all,

Alhamdulillah..spring break sudah tiba. Cuti aku dah bermula semalam selepas 2 kelas dibatalkan oleh pensyarah.

InsyaAllah spring break kali ini memberi peluang sekali lagi untuk keluar dari West Lafayette. 4 hari dari 10 hari cuti kali ini akan dihabiskan di bahagian utara atau lebih spesifik lagi ke Twin Cities, Minnepolis. Dekat tempat jambatan I-35W yang runtuh tahun 2007 tu. Tak la jauh sangat tempatnya. 9 jam je kalo gerak dengan kereta tanpa henti. Dan kali ini rombongan cik kiah dari West Lafayette ke Minnepolis terdiri dari sebuah minivan dan 2 kereta. Ramai tuh!!

Aku pun tak tahu apa yang ada di Minnesota. Yang ku tahu hanyalah Mall of America. Gedung ke-2 terbesar di negara uncle sam ini. Tapi mall tu kecik je kalo nak dibandingkan dgn Berjaya Times Square (boleh tahan jugak shopping complex  kat Malaysia ni..haha).  Dan menurut kawan aku sorang kat Minne..minne bermaksud ‘water’. Sesuai dengan gelarannya sebagai ‘tanah sepuluh ribu tasik’ atau ‘Land of 10,000 Lakes’. Haha. Dan insyaAllah juga akan singgah di Wisconsin dan Chicago dalam perjalanan pulang.

Apapun, doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang serta dirahmati Allah swt.

Sekian Wasallam

Kopi

Salah satu tabiat baru yang aku dapat setelah 2 tahun di sini adalah minum kopi. Bukan setakat minum. Kat Malaysia pun minum kopi macam biasa. Tapi sekarang dah macam ketagih. Sekurang-kurangnya sehari kena perkena sekali. Tak kira waktu. Kalau tak dapat pagi, petang masih ada. Tak dapat petang, malam mesti dapatkan. Tak kira sama ada cari di kedai atau buat sendiri di rumah. Tapi tak lebih dari 2 kali la setiap hari.

Di sini, kedai yang menjual kopi bertebaran dimerata-rata. Al-maklumlah..Starbucks pun lahir di sini. Dan rasanya pun bermacam-macam. Mungkin itulah yang membuatkan aku ketagih kopi di sini. Dan kalau ke gas station pun, aku biasanya tak akan melepaskan peluang untuk mengangkat secawan kopi. Tambahan pula ketika musim sejuk sebegini, kopi panas memang nikmat untuk sepanjang masa. 

Ketika winter baru ini, kopi tidak terlepas dari menjadi subjek pelancongan aku dan rombongan. Sanggup berjalan hampir setengah jam di tengah bandar New Orleans di malam tahun baru untuk mencari kopi Cafe de Monde di French Market. Alhamdulillah..usaha kami tidak sia-sia. Itulah rasanya kopi yang paling ‘kaw’ pernah aku nikmati. Dan ketika di Miami, kami sekali lagi keluar memburu Cuban coffee. Rasanya pun boleh tahan bagi aku. Tapi masih tidak dapat menandingi kopi di Cafe de Monde.  

Satu perkara yang menarik aku perhatikan ialah cara orang di sini minum kopi. Jika di Malaysia, nak minum kopi kena ke kedai. Ambil order dan tunggu beberapa lama sebelum dihidangkan. Ia tak habis disitu. Sambil minum, sambil borak. Bagi yang merokok, sambil minum, sambil pekena sebatang. Akhirnya, masa yang dihabiskan di kedai kopi boleh sampai sejam.

Berbeza sekali dengan cara orang di sini minum kopi.  Kedai kopi di sini sangat tidak kondusif untuk anda melepak. Di Starbucks contohnya, kopi tidak dihidangkan dalam cawan kaca, tetapi di dalam cawan kertas. Meja di starbucks biasanya kecil dan kerusinya pula keras. Di dalamnya tidak dibenarkan merokok. Dan sememangnya bukan budaya orang disini minum  kopi sambil melepak. Kopi yang dibeli biasanya disediakan sendiri dalam cawan kertas dan dibawa ke tempat kerja untuk dinikmati. Kalau di kampus, mungkin ke perpustakaan atau ke kelas. Ya. Ada juga kedai kopi yang menyediakan tempat lepak. Tapi jumlahnya amat kecil dan kedai kopi sebegini sememangnya menghadapi persaingan dengan kopi yang ditawarkan di premis segera seperti Starbucks, McD dan Dunkin.  

Sama ada anda setuju atau tidak, budaya minum kopi di sini bagi aku sikit sebanyak menggambarkan cara penghargaan dan penggunaan masa masyarakat di sini.

Sekian..

 

Black Gold
dokumentari menarik tentang ekonomi kopi

Untitled

A reflection for today. Taken from the last paragraph of the introduction part of Alan Greenspan’s The Age of Turbulence. Maybe Mr Greenspan is trying to lecture some of our Malay leaders.

In the face of the increasing integration of the global economy, the world’s citizens face a profound choice: to embrace the worldwide benefits of open markets and open societies that pull people out of poverty and up the ladder of skills to better, more meaningful lives, while bearing in mind fundamental issues of justice; or to reject that opportunity and embrace nativism, tribalism, populism, indeed all of the “isms” into which communities retreat when their identities are under siege and they cannot perceive better options. They are enormous obstacles facing us in the decades ahead, and weather we surmount them is up to us.