
Assalamualaikum
Rasa sangat syukur melihat perkembangan terkini yang berlaku di MISG dan di West Lafayette. Hanya ungkapan alhamdulillah yang mampu aku ucapkan. Ketika akhir cuti musim panas, aku sama sekali tidak menyangka perkembangan yang begitu positif ini boleh muncul. Apa perkembangan positif itu?
1. Muktamar. Perkembangan yang sungguh positif. Aku sama sekali tak menyangka (kali ke-2) yang aku boleh merancang untuk ke Muktamar tahun ini pada awal Fall Sem. Bagi sesiapa yang belum maklum (Ditujukan khas kepada Boilermakers. Aku tahu ramai yang masuk blog ni), Muktamar MISG-IMSA tahun ini insyaAllah akan berlansung di Houston, Texas bermula 26 hingga 30 Dec. Open invitation ni. Jadi janganlah lepaskan peluang ni. Berjalan-jalan sambil mencari ilmu. So far, dah ada beberapa orang yang memberi persetujuan secara lisan untuk turut sama ke sana. Aku harap lebih ramai akan menyertai rombongan kami ke sana December ini.
2. Kader-kader. Syukur juga aku panjatkan bila melihat freshman yang baru tiba sebulan yang lepas. Tak sia-sia sponsor hantar mereka beramai-ramai ke sini. Ramai sekali berminat dengan aktiviti Islamik di sini. Harapnya mereka istiqamah. Cabaran bergerak di sini tak sama seperti di Malaysia. Walaupun kebanyakan mereka tidak sefikrah dengan aku, tapi aku pasti matlamat akhir kami sama. Pada mereka jua harapan di letakkan untuk meneruskan kesinambungan gerak kerja dakwah untuk Malaysians di bumi AS ini.
3. Website. Alhamdulillah.. misgonline.com sudah pulih. Baru je petang ni aku maklum tentang perkara ini. Harap-harap ia pulih sepenuhnya. Seperti yang aku pernah tulis kat sini, integrated website seperti ini amat penting jika mahu bergerak di bumi AS yang luas ini. Jazakallahu khairan diucapkan kepada insan yang telah menghulurkan tangan dan kepakaran memulihkannya. Hanya Allah yang mampu membalas.
Sekian buat ketika ini. Wasallam.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah ISR telah berjaya dilaksanakan di Midwest dan East region dengan selamat. Harapnya, peserta ISR telah memanfaatkan program yang telah dianjurkan oleh MISG itu. Memang..jarang sekali ahli-ahli MISG dapat berkumpul di lokaliti untuk menganjurkan majlis ilmu.
Walaubagaimanapun, aku tidak berpeluang untuk menghadirkan diri ke ISR UIUC (lokasi ISR paling dekat dengan Purdue). Tetapi siaran lansung yang diusahakan MISG baru-baru ini membolehkan aku mengikuti sebahagian perjalanan ISR terus dari Urbana-Champaign. Sekalung tahniah aku ucapkan pada team Lujnah Informasi dan sesiapa jua yang terlibat dalam mengusahakan siaran lansung itu.
Siaran lansung itu merupakan siaran lansung yang pertama kali dibawa oleh MISG. Walaupun pertama kali, ianya tidak sama sekali mengecewakan. Dengan kelancaran siaran, chat box, dan juga maklumat yg berkaitan dengan topik yang sedang dibincangkan dibekalkan terus kepada penonton menerusi caption di bahagian bawah skrin, semuanya memang cukup membantu ketika menerusi ceramah. Jumlah penonton yang mengikuti siaran ini juga agak membanggakan. Angka yang tertinggi setakat pemerhatian aku pada hari itu adalah 32 orang.
Siaran secara lansung memang menjadi pilihan masa kini. Malah ceramah-ceramah agama dan politik di tanah air juga telah mula menggunakannya sejak dulu lagi. Tapi kualiti siaran yang pertama dari MISG ini berani aku katakan jauh lebih baik dari apa yang ada di Malaysia. Mungkin dari segi angle kamera video masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki.
Tidak dinafikan, kekangan jarak beratus-ratus batu antara universiti-universiti kami menjadi halangan utama untuk ahli MISG berkumpul bersama. Dalam setahun, hanya beberapa peluang(ISR,IFR,STC,Muktamar) untuk mereka bertemu dengan pertemuan utama adalah di Muktamar yang diadakan pada cuti musim sejuk.Walaubagaimapun, alhamdulillah, MISG telah berjaya mengeksplotasi halangan ini dengan menguatkan gerakan mereka di alam maya. Bak kata slogan yang popular di Terengganu-”Tiada Halangan, Hanya Peluang!”
Buktinya?
Secara pemerhatian kasar aku, kurang jemaah pelajar Malaysia di luar negara yang mempunyai rangkaian web seperti yang dimiliki MISG. Dari MISGOnline, lahirlah beberapa ‘anak’nya yang lain. Contohnya: Forum MISG, Radio MISG, MISGPodcast, MISG Toolbar , MISG Store, MISG Library, dan banyak lagi bahagian-bahagian lain dalam MISGonline sendiri.
Ini belum lagi dikira dengan blog-blog kumpulan usrah pelajar Malaysia di lokaliti masing-masing. Belum juga lagi dikira dengan MISG Production di Youtube, MISGNET Yahoo Group, mahupun FlickrMISG. Malah RadioMISG sekarang mempunyai DJ Asan dan DJ Faidz yang secara sukarela ke udara dari jam 8:00pm higga 9:00pm est(8:00am hingga 9:00am waktu Malaysia). Sesi ini digunakan mereka untuk berceloteh serba-sedikit tentang perkembangan MISG dan bertukar-tukar pandangan dalam isu-isu semasa.
Tujuan aku menulis sebegini bukanlah mahu mengatakan MISG sudah lengkap segala-galanya di alam maya dan jemaah pelajar Malaysia yang lain pula kurang bergerak di alam maya. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma aku harap MISG sendiri akan mempertingkatkan lagi gerakan di alam maya dan ahli-ahlinya sendiri berusaha untuk memanfaatkan sepenuhnya medium yang ada di alam maya ini. Aku yakin Lujnah Informasi akan terus keluar dengan produk-produk baru walaupun tahun demi tahun tulang belakang mereka seorang demi seorang pulang ke tanah air. Ini bukanlah menjadi masalah besar. Bak kata orang, ‘patah tumbuh hilang berganti’.
Dan aku juga amat berharap, jemaah pelajar Malaysia yang lain dapat mengikut jejak langkap MISG. Jangan pandang rendah pada kemampuan dakwah di alam maya. PRU-12 telah membuktikan kemampuan gerakan kempen politik di internet. Malah Perdana Menteri kita sendiri mengakui bahawa kekalahan partinya sedikit sebanyak disebabkan mereka memandang remeh kempen di alam maya. Memang, kempen dakwah tiada ukuran yang tepat seperti kempen pilihan raya. Tapi aplikasi dan golongan sasarnya hampir serupa. Sekali lagi-”Tiada Halangan, Hanya Peluang!”.
Sekian Wasallam.
Titian Fitrah kompilasi khas Muktamar 2007 telahpun diterbitkan. Rasanya, kompilasi inilah yang paling lengkap menceritakan segala-galanya tentang Muktamar yang lepas. Jemput semua untuk download di sini.
Boleh klik di sini untuk download nota-nota Muktamar 2007. Walaubagaimanapun, ia tidak merangkumi semua sesi. Masih ada yg belum lengkap.
Ini pula kartun cincai dari MFRstudioz. Menarik untuk renungan bersama…
Alhamdulillah..Pada cuti thanksgiving, aku bersama-sama rakan dalam MISG lain telah bertamrin di Rensselaer Polytechnic Institute(RPI), New York. Jauh juga tempatnya. 17 jam dihabiskan untuk perjalanan pergi. Aku bertolak dari Purdue bersama 3 orang lagi brothers pada tengah malam hari Rabu (21 Nov). Kereta kami adalah satu-satunya kereta dari Midwest ke Tamrin RPI. Dalam perjalanan menuju ke Ann Arbor, salji mula turun. Perjalanan kami diuji dengan kegelapan pagi, jalan yang licin dan salji yang menghadkan penglihatan. Perjalanan ke Rochester diteruskan selepas selesai menjemput seorang sister di Ann Arbor, Michigan.

Perjalanan ke Rochester juga tidak banyak berubah. Salji turun diselang-selikan dengan hujan. Kami tiba di Rochester pada tengah hari untuk menjemput saudara Pekan. Perjalanan diteruskan ke Troy tempat di mana letaknya kampus RPI. 3 jam berhimpit di belakang dirasakan sekejap dek kerana mendengar saudara Pekan berceloteh.
Kami tiba di RPI agak lewat iaitu jam 6 malam(hari Khamis). Setengah jam kami habiskan dengan berputar-putar di sekitar kampus untuk mencari lokasi program. RPI tidak seperti Purdue. Bukit-bukau di sekitar kampusnya curam-curam belaka. Ketibaan kami disambut rakan-rakan lain yang telah berprogram sejak tengah hari. Sungguh gembira sekali kami berjumpa setelah lama tidak bertemu.

Program 3 hari Tamrin kali ini menurut rakan-rakan MISG adalah lain dari yang lain. Hanya seorang speakers(Imam Djafer) sahaja dijemput untuk memberikan pengisian dalam satu slot. Slot-slot lain dikendalikan oleh kepimpinan MISG sendiri. Kagum aku dengan meraka. Malah ada yang mengatakan Tamrin kali ini lebih mantap dari sebelumnya kerana dikendalikan sendiri oleh Qiyadah MISG tanpa memenuhkan slot-slot dengan mendengar ceramah dari penceramah jemputan.
Jika ditanya slot apa yang paling best, aku pasti menjawab slot pembentangan lajnah yang dikendalikan oleh akhi Firdaus dan akhi Anas. Menerusi slot ini banyak yg aku belajar mengenai gerakan MISG. Dalam slot ini juga banyak yang aku dapat tahu kekuatan dan kelemahan MISG. Anda tahu berapa nisbah usrah sisters jika dibandingkan dengan usrah brothers? Anda tahu berapa jumlah jualan yang dilakukan oleh Lujnah Ekonomi? Anda tahu berapa borang Unit Baitul Muslim(UBM) yang dihantar? Banyak lagi la yang terdedah dalam slot ni..

Juga dalam slot itu, aku dapat bertemu dangan ahli-ahli Lujnah Dakwah Tarbiyah(LDT) yang lain. Selama ini gerak kerja kami lebih tertumpu di alam maya. Tetapi, bila bertemu di alam nyata, ternyata memang banyak idea-idea bernas dan analisis yang berjaya dilontarkan oleh ahli-ahli LDT tentang lujnah kami yang merupakan tunjang utama MISG. Jika lujnah kami lesu dan tidak bergerak, bermakna MISG juga turut lesu dan tidak bergerak. Harapnya, kami dapat memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan pada tahun hadapan.
Slot Perang Cyber juga menarik kerana ia sedikit sebanyak boleh dijadikan kayu ukur gerakan MISG yang banyak berpusat di alam maya. Banyak lagi perkara yang belum aku manfaatkan di MISGonline. Banyak ‘khazanah’ dan ‘harta’ di sana. Berdasarkan analisis oleh akhi Anas, sambutan kepada MISGonline agak kurang di US berbanding di Malaysia. Begitu juga dengan radio MISG. Harapnya Lujnah Informasi dapat hadir dengan idea-idea mantap selepas ini untuk memulihkan semua ini.
Banyak lagi program lain yang menarik di Tamrin. Tapi itu je yang boleh untuk aku sampaikan di sini. Sesungguhnya memang terlalu banyak ruang kosong yang boleh dipehuni dan diperbaiki dalam MISG. InsyaAllah MISG tidak akan kurang tenaga kerja selepas ini. Sekurang-kurangnya, di Tamrin RPI ini, 22 orang telah berjanji untuk bersama-sama mengembangkan dakwah ini. InsyaAllah doa akhi Zuhdi semoga MISG dapat subur seperti gerakan dakwah pelajar Malaysia di negara-negara lain seperti satu ketika dulu akan termakbul. Ia tak datang dengan mudah. Semua penggerak perlu gandakan usaha dan buang ego serta sikap malas masing-masing.

Yang pasti, Tamrin ini telah berjaya menaikkan kembali semangat kami untuk memperkasakan lagi gerakan dakwah ini. Harap-harap ia tak jadi hangat-hangat tahi ayam. Dalam masa terdekat ini, kami berjanji untuk menumpukan gerak kerja pada muktamar yang akan berlansung kurang sebulan dari sekarang. Sedang mereka yang lain mungkin tak sabar untuk ke Muktamar, aku rasa sedikit cuak pula untuk ke sana. Harapnya sukarelawan makanan dapat sama-sama membantu di dapur nanti.Kami bertolak pulang ke universiti masing-masing selepas selesai menjamu selera di sebuah restoran Pakistan di downtown Troy. Memang sedap makanannya lebih-lebih lagi bila dibelanja.

Perjalanan pulang bermula pada jam 4 petang(hari Sabtu). Kami berkonvoi pulang bersama dengan rakan-rakan dari Vandy. Kami singgah di Rochester sebelum berpisah di Cleveland, Ohio. Kereta dari midwest terpaksa meneruskan perjalan ke Ann Arbor, Michigan sebelum pulang ke Indiana. Kami sampai di Purdue jam 1 petang(hari Ahad). Ansari dan Imran terpaksa meneruskan perjalan pulang mereka ke Illinois. Perjalanan pulang kami kali ini lancar tanpa diuji dengan salji yang turun.
Sekian Wasallam.
ps: laporan bergambar di sini.