Salam Merdeka

Hajat di hati mahu menghabiskan sebuah buku tentang pemikiran Dr Burhanuddin tulisan Dato’ KJ (Dr Burhanuddin Al-Helmy: Pemikiran dan Perjuangan). Tapi seperti biasalah..berhenti lagi di tengah jalan kali ini. Kisah perjuangan Dr Burhanuddin yang jarang didengari memang sedikit sebanyak menarik minat aku untuk membaca satu dua buku tentang beliau. Kalau tidak disebabkan mata pelajaran sejarah di sekolah menengah nama beliau mungkin lansung tiada dalam ingatan ini. Tapi aku kira paparan perjuangan beliau dalam buku teks sejarah belum mencukupi untuk generasi hari ini menghayati perjuangan tokoh kemerdekaan bertubuh kecil ini.

Dan lebih kurang sebulan yang lalu, nama beliau muncul kembali dibenak pemikiran aku berikutan kisah pemergian Natrah. Dr Burhanuddin merupakan pejuang yang ditahan pihak British pada tahun 1950 kerana dikatakan terlibat dalam demonstrasi membantah  keputusan Mahkamah tinggi berhubung status penjagaan Natrah.

Jika disalah tafsir atau dibaca tulisan sejarah mereka yang menang, Dr Burhanuddin mungkin dipandang sebagai seorang yang radikal. Tak kurang juga yang memandang beliau sebagai pejuang tidak berprinsip melihat kepada sorotan sejarahnya yang berjuang dalam KMM, KRIS, PKMM, MATA, Hizbul Muslimin, PUTERA-AMCJA, Parti Rakyat dan PAS. Tapi menurut Dato’ KJ, 3 ciri utama yang jelas dalam perjuangan dan pemikiran politiknya menafikan tohmahan sedemikian.  Ciri-ciri tersebut adalah merdeka, kebangsaan Melayu dan Islam.

Mungkin ada yang bertanya tentang matlamat perjuangan beliau. Yakni bagaimana beliau menyelaraskan antara fahaman kebangsaan Melayu dengan Islam? Samakah dengan mereka yang memperjuangkan fahaman kebangsaan pada hari ini? Aku petik sedikit tulisan beliau dalam Falsafah Kebangsaan Melayu:

“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat, bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam menadang dunia bukan tujuan tetapi satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.”

Apapun, membaca sejarah perjuangan beliau di awal buku itu sedikit sebanyak menyedarkan aku yang perjuangan kebangsaan Melayu menuntut kemerdekaan dari British bukanlah datang dari UMNO semata-mata. Ada dua tiga ketul parti Melayu yang dah bergerak memperjuangkan kemerdekaan sebelum tertubuhnya UMNO. No offence ek UMNO! PEACE!

Burhanuddin Al-Helmy nyanyian Black..

A New Beginning

I guess most of you guys have watched this speech online. And I bet some of you watched it live this morning right after subuh.

Well..I’m not going to make comments like what I did to Datuk Syed Zainal’s and Datuk Seri Anwar Ibrahim’s speeches.

Personally, this one is among the best speeches from President Obama  I ever watched. Especially when the subject  got something to do with me.

However, as he said, no single speech can eradicate years of mistrust..

To President Obama..I’m touched by your words..And I really appreciate your efforts so far to engage and open a new chapter with the Muslim world..

Now it’s time for you to walk the talk during your tenure..

And this one is for those who are scuffling for power in Perak..

Listen to his speech starting at min 35:49 till min 40..What he pointed out might give you some lessons on democracy and how you can stay in power longer (of course la stay in power to serve the people).

But I do have an unyielding belief that all people yearn for certain things:  the ability to speak your mind and have a say in how you are governed; confidence in the rule of law and the equal administration of justice; government that is transparent and doesn’t steal from the people; the freedom to live as you choose.  These are not just American ideas; they are human rights.  And that is why we will support them everywhere.  (Applause.)

Now, there is no straight line to realize this promise.  But this much is clear:  Governments that protect these rights are ultimately more stable, successful and secure.  Suppressing ideas never succeeds in making them go away.  America respects the right of all peaceful and law-abiding voices to be heard around the world, even if we disagree with them.  And we will welcome all elected, peaceful governments — provided they govern with respect for all their people.

This last point is important because there are some who advocate for democracy only when they’re out of power; once in power, they are ruthless in suppressing the rights of others.  (Applause.)  So no matter where it takes hold, government of the people and by the people sets a single standard for all who would hold power:  You must maintain your power through consent, not coercion; you must respect the rights of minorities, and participate with a spirit of tolerance and compromise; you must place the interests of your people and the legitimate workings of the political process above your party.  Without these ingredients, elections alone do not make true democracy.

source

Artis dan Politik

Mungkin kerana musim pilihan raya kecil yang tengah hangat sekarang, artis turut diheret untuk berkempen. Semalam 2 artis, Yasin dan Azhar Atan, turut sama memeriahkan kempen Pakatan Rakyat di Bukit Gantang. Rasanya inilah kali pertama aku terbaca artis tempatan digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk berkempen dalam pilihan raya. Boleh baca di sini.

Apapun aku tak mengatakan ianya salah.  Aku puji hiburan sihat yang dibawa Pakatan Rakyat berbanding dengan tarian gadis seksi yang kononnya menghormati kaum tiong hua atas nama budaya mereka.

Cuma bimbang akan cara kempen sebegini akan menjadi trend utama dalam pilihan raya di Malaysia. Lantas ianya akan mematikan diskusi isu-isu nasional atau tempatan yang sepatutnya  menjadi keutamaan kepada para pengundi. Lebih parah lagi jika endorsement para artis dipergunakan untuk melakukan swing dan menarik sedikit golongan muda menyokong parti-parti yang menjadi pilihan artis itu. Walaubagaimanapun, ia mungkin satu yang positif  jika artis itu menyokong sesebuah parti secara rasional dan dapat memberikan hujah ke atas sokongannya. Namun jika sokongan artis-artis ini ‘dibeli’ oleh parti-parti politik, ia seharusnya dipandang serius.

Di Kelantan pula lain ceritanya. Kunjungan Siti ke pejabat Menteri Besar Kelantan mengundang desas-desus yang beliau dan suaminya telah menyertai PAS.  Haih.Kesian Siti. Lawat Tok Guru pun ada suara-suara yang berbunyi di belakang. Macam-macam manusia ni. Suka sangat berprasangka dengan orang lain. Tapi kalu beliau dan suami menyertai PAS pun apakah itu satu kesalahan? Inikan negara demokrasi. Mereka juga punyai hak untuk memilih parti politik dan ideologi masing-masing. Seolah-olah menyertai PAS atau Pakatan Rakyat  adalah satu subjek yang negatif. Apapun, ini tidak sama sekali menandakan aku ini disebelah PR (haha.disclaimer kena ada beb). Cuma kebenaran itu perlu ditegakkan.

012529622foto dari Bernama

Kerajaan Telus

Aku kira Presiden Obama benar-benar berusaha mengotakan janjinya untuk mewujudkan kerajaan yang telus (transparent governance). Hari ini, satu online town-hall-meeting telah dianjurkan beliau di White House dimana beliau menjawab pelbagai soalan yang  dihantar secara online. Ianya julung kali aiadakan. Lebih 100,000 soalan telah dihantar melalui laman rumah putih ini. Namun hanya soalan-soalan yang mendapat undian tertinggi yang hanya akan disentuh Presiden Obama.

Tak lupa juga pentadbiran Obama juga turut menyediakan satu laman khas bagi memaklumkan setiap sen perbelanjaan dari pakej ransangan yang diumumkan baru-baru ini. Sila lawat http://www.recovery.gov/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Aku sendiri tidak tahu sejauh mana ketelusan mereka. Tapi sekurang-kurangnya mereka memberi peluang untuk rakyat bersuara dan memaklumkan rakyat kemana perginya duit cukai mereka.

Pola Semasa Media

download-1Statistik pertama di atas yang aku ambil dari alexa.com untuk 6 bulan pertama bagi 5 akhbar utama di Malaysia. Ia jelas meunjukkan Malaysiakini.com kini meninggalkan jauh utusan.com.my dan bharian.com.my (dua akhbar melayu utama). Walaubagaimanapun akhbar online no 1 negara masih lagi milik akbar berbahasa Inggeris thestar.com.my.

downloadDan graf kedua di atas menunjukkan pola keselurahan bagi 5 akhbar tersebut semenjak Ogos 2007. Sekali lagi ia jelas menunjukkan Malaysiakini telah ‘memintas’ utusan dan berita harian selepas bulan Mac 2008 iaitu ketika musim pilihan raya ke 12. Malah ‘gap’ antara harakahdaily dengan utusan mahupun berita harian telah berkurang selepas Mac 2008.

Aku tak reti nak tulis apa-apa intrepetasi tentang pola kedua-dua graf di atas. Tapi aku pasti pola peralihan pengguna kepada akhbar maya alternatif dan bebas seperti Malaysiakini pasti mempunyai kesan yang tersendiri kepada politik negara.

PKS

Video sejarah ringkas PKS

 “Berbuat adillah, karena berbuat adil itu lebih dekat kepada taqwa”

How Much Do We Need?

Read here for more information.

Muzakkirah.

Assalamualaikum

Sekadar mahu berkongsi buku yang baru sahaja selesai aku baca. Muzakkirah: Sebuah Autobiografi Suku Abad Menerajui Kerajaan terengganu tulisan Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Aku baca buku ini bukanlah kerana mengagumi ketokohan bekas Menteri Besar Terengganu ini, tapi sekadar mahu mengetahui sedikit sebanyak sejarah pentadbiran negeri Terengganu. Buku ini ditulis dengan bahasa yang sangat ringkas untuk difahami, tidak begitu tebal (sekitar 200 ms). Hanya sehari lebih diperlukan untuk menghabiskannya.

Di bahagian Pendahuluan, penulis ada menyatakan tentang tugasan utama beliau sebagai pemegang amanah memimpin kerajaan negeri adalah mengatur rancangan pembangunan dari segi kemudahan asas untuk dinikmati rakyat. Bagi aku ini persoalan ini adalah fundamental yang menjadi batu asas kepada sesebuah kerajaan. Bagi aku yang seharusnya menjadi asas utama adalah pembangunan insan dan kerohanian rakyat. Pembangunan kebendaan boleh mengambil tempat selepas itu. 

Secara ringkasnya, buku ini dimulakan dengan kisah zaman pendidikan Dato’ dan pengalamannya menuntut ilmu di Mesir. Tiada apa yang menarik disini. Peringkat kedua adalah ketika beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Kemaman. Pilihan raya ketika itu jauh beza dengan sekarang dimana calon-calon sekadar berbahas tentang logo parti mereka. Soal pembangunan, ideologi letak ke tepi. Lucu juga bila membacanya. Tak ubah seperti gaya kempen seperti ini dan ini. Kisah zaman awal ketika menjadi wakil rakyat juga menarik. Terpaksa beli kereta sendiri (kereta terpakai) untuk melawat kawasan. Terpaksa menyewa bilik di Kemaman denagn kadar Rm20 sebulan (Dato’ Seri Amar bukan anak jati Kemaman. Beliau orang KT). Terpaksa berhimpit naik teksi ketika hadir persidangan luar negara. Tiket kapal terpaksa diuruskan sendiri. Tiada peruntukan khas parlimen untuk bagi bantuan. Terpaksa gunakan elaun sebagai ahli parlimen Jauh bezanya jika mahu dibandingkan dengan wakil rakyat sekarang. Macam langit dengan bumi.

Tumpuan agenda pembangunan selama suku abad menerajui Terengganu semestinya sektor pertanian dan perikanan. Dari buku ini terselit serba sedikit bagaimana tertubuhnya KETENGAH. Cuma sikap orang Melayu itu sendiri yang tidak menghargai bantuan yang menghalang usaha pembangunan banyak dinyatakan dalam buku ini. Terlalu banyak contoh-contohnya. Cuma aku tertarik tentang hubung kait antara bantuan dan undi. Boleh rujuk muka surat 51 dan 56. Aku harap amalan begitu tidak lagi wujud hari ini.

Kisah penemuan petroleum di Terengganu, agihan wang petroleum sebanyak 5% dan sejarah pembangunan Rantau Petronas juga ada dimuatkan. Tak semudah itu rupanya kompleks penapisan minyak di Kerteh itu berjaya didirikan. Ada cerita disebaliknya sehingga Sidang tergempar DUN terpaksa diadakan dari jam 8 malam hingga 4 pagi. Kebenarannya…wallahualam. Cuma wang hasil minyak tidak sama sekali disebut royalti. Dan anda memang tidak akan menjumpai walau sepatah pun perkataan royalti dalam buku ini. Yang ada hanyalah wang ehsan.

Pembangunan insan melalui pendidikan juga turut disentuh. Di sini bolehlah sikit sebanyak mengetahui kisah penubuhan Kusza, TATI, Maahad Tahfiz Padang Midin, sekolah agama dan MRSM-YT. Ketika menjadi Biro Agama UMNO Pusat juga, Dato’ telah mencadangkan kepada Menteri Pelajaran(Dato Musa Hitam) supaya kelas agama petang diwujudkan menggunakan kelas yang kosong di sekolah kerajaan. Kalau tiada cadangan ini, mungkin petang aku diisi dengan agenda merayau kampung.

Strategi pembangunan negeri juga turut diceritakan Dato’ terutamanya tentang plan 30 tahun pembangunan negeri yang sepatutnya berakhir tahun depan. Kisah penubuhan PMINT, BABENA, Sutera Semai dan Permodalan Terengganu Berhad juga turut dimuatkan. Plan pembangunan bandar KT yang tidak menjadi kenyataan juga ada diceritakan. Dan kisah kegagalan projek pertanian atas pasir juga menjawab persoalan yang bermain difikiran aku sewaktu kecil dahulu mengapa pokok roselle yang ditanam nenek dan datuk aku sekitar tahun 1994 hanya bertahan semusim walaupun membuahkan hasil yang sangat lebat(ada lagi gambar kebun roselle tu kat rumah). Rupanya,kilang memprosesnya di Ajil diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.   

Turut dimuatkan adalah 12 kisah pelik Dato’ bersama rakyat. Lucu juga bila membaca gelagat rakyat Terengganu ni.

Buku ini diakhiri dengan kisah kekalahan parti beliau dalam PRU 1999. Beliau lebih lepada menjustifikasikan kekalahan waktu itu kepada angin sokongan rakyat yang berubah ekoran pemecatan DSAI dan Terengganu menerima tamparan paling hebat. Pengalaman beliau menjadi Duta Malaysia ke Arab Saudi selama 5 tahun turut diselitkan diakhir buku.  

Apapun dari buku ini, dapatlah aku bina sikit hearaki pemerintahan Terengganu bermula dari Tan Sri Ibrahim Fikri, Mahmood Sulaiman, Dato’ Nik Hassan, Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Said. Untuk 10 tahun terakhir ini, Terengganu mempunyai 4 MB dan aku jangka untuk penggal seterusnya mungkin dapat MB baru lagi.

Sekian Wasallam

Makin Kotor

Nampaknya gencatan senjata yang dicadangkan ketua AMAN Malaysia, Datuk Mukhriz bagi menyedarkan rakyat tentang penderitaan rakyat Palestin tidak menjadi kenyataan. Yang jadi adalah sebaliknya. Kempen PRk P036 khabarnya makin kotor. Koyak pemidang la..Dedah surat tahun 1998 la.. Gadis yang berkaraoke bersama calon pun dijadikan isu..Turut mengejutkan apabila pegawai pengurus PRK ini telah menarik diri walaupun tinggal satu hari sebelum hari mengundi. Entah la.. Mungkin betul agaknya yang orang politik memang susah nak berdamai dan duduk diam sehari. Memang la gencatan senjata itu tiada impak yang lansung pada rakyat Palestin. Tapi sekurang-kurangnya bantulah untuk sama menyedakkan rakyat dan tunjukkanlah yang anda cakna tentang isu Palestin. Bukannya mabuk berpilihan raya sepanjang masa.

2 Resolusi

Alhamdulillah. 10 ketetapan untuk membela rakyat Palestin yang dikemukakan Perdana Menteri berjaya mendapat sokongan kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. Baca di sini. Syabas diucapkan walaupun  aku masih lagi menanti dan berharap lebih banyak strong action yang dapat membantu rakyat Palestin boleh diambil kerajaan. Bukan sekadar mengutuk.

Di AS pula ceritanya hampir sama dimana ada resolusi di House of Representatives. Cuma resolusi itu tidak sama nadanya dengan resolusi yang dicapai di Parlimen Malaysia. Tapi tetap syabas kepada 5 congressman yang menolak usul ini. Baca di sini.Dibawah ini ada 2 petikan ucapan daripada 2 ahli politik AS yang bagi aku amat konsisten dalam menyatakan pendirian mereka. Harapnya selepas ini kita tak main ‘pukul rata’ ahli politik AS kerana di kalangan mereka masih ada yang bersimpati pada rakyat Palestin.