Dalam satu buku yang ditulis oleh Dr Yusuf Qardawi (Priorities of the Islamic Movement in the Coming Phase), beliau ada menyentuh tentang satu aspek dalam pendidikan(tarbiyah) yang kurang ditekankan oleh kebanyakan gerakan Islam masa kini. Aspek atau perkara itu mungkin sudah menjadi budaya kehidupan dalam pekerjaan seharian terutama bagi mereka yang bergelar pelajar, saintis ataupun ahli akedemik. Bak kata omputih, somehow, bila terjun ke lapangan harakah islamiyyah, budaya itu gagal diterapkan atau dibawa bersama oleh sesetengah penggerak harakah itu. Dimanakah silapnya?
Mungkin selama ini kita nampak keperluan untuk membawa keluar budaya positif yang diterapkan menerusi solat, puasa, sedekah ke dalam kehidupan seharian.Tapi perkara sama tidak boleh berlaku untuk budaya saintifik dibawa kedalam gerakan Islam? Seakan-akan ada pemisahan pula dalam kehidupan kita. Mengapa intergasi itu gagal sedangkan ideologi saintifik lah yang telah memacu ketamadunan manusia sejak berkurun lamanya?
Dan bila disebut ideologi saintifik, ianya sama sekali tidak bermaksud segala perkara atau teknik yang diaplikasi ketika melakukan penyelidikan, eksperimen atau analisa data. Yang dimaksudkan oleh Dr Yusuf Qardawi adalah semangat dan budaya dari ideologi tersebut. Secara amnya, bila disebut pemikiran saintifik, seseorang itu tidak akan menerima satu pernyataan, keputusan tanpa diselidiki terlebih dahulu atau di sokong dengan bukti yang meyakinkan. Segalanya mesti bebas dari keraguan.
Dan disini aku senaraikan beberapa sifat ideologi saintifik yang penting dan amat diperlukan oleh gerakan Islam masa kini:
(Perlu diingatkan, tulisan ini ada sekadar nota berdasarkan pemahaman aku dan bukannya alih bahasa dari buku tersebut. Jadi, amat digalakkan untuk mereka yang beminat memahaminya dengan lebih lanjut mendapatkan buku ini dan membaca sendiri huraian Dr Yusuf Qaradawi.)
1. Meangadaptasi sikap berobjektif dalam setiap perkara atau situasi.
2. Mengadaptasi budaya pengkhususan. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing dan seharusnya ia disalurkan sebaik mungkin dalam gerak kerja Islami.
3. Bersikap terbuka, bersedia untuk dikritik, mengakui kesilapan dan belajar dari pengalaman dan kesilapan lepas. Elakkan mentaliti melihat sejarah lalu sebagai kejayaan dan kemeangan semata.
4. Menggunakan teknik yang terkini dan terbaik dalam setiap gerak kerja.
5. Segala keputusan dan penilaian perlu dibuat setelah kajian terperinci dibuat dan melihat kepada segala aspek. Dan ia juga perlu bebas dari pengaruh emosi dan kegopohan.
6. Menghormati pendapat orang lain dan mengambil bersikap berlapang dada selagi mana ia dikemukakan berdasarkan bukti atau data.
Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Fall Sem bermula. Lebih kurang seminggu lagilah aku akan mula bergelar senior. Jika di Malaysia, masuk tahun 2 mungkin sudah dikira senior. Tapi di sini terpaksa tunggu tahun 4(tahun akhir) sebelum boleh bergelar senior. Senior tidak membawa apa-apa kelebihan pun.Sama saje. Malah, tahun senior adalah tahun kritikal. Tiada lagi option untuk repeat kelas sesuka hati. Melainkan mau extend, yakni terus membelanjakan duit rakyat.
Hanya tinggal 10 bulan sahaja lagi aku di sini insyaAllah(dah countdown beb.mmg tak sabar nak balik ni). Begitu cepat masa berlalu. Teringat akan kenangan lebih kurang tiga tahun lalu. Ketika itu pertama kali aku menaiki kapal terbang. Memang terasa kepuasan bila 747 yang ku naiki memecut di atas landasan dan terbang meninggalkan KLIA.
Ya..itu la saat yang aku takrif sebagai satu kejayaan setelah bertahun-tahun belajar di sekolah. Rasa puas dengan segala penat lelah dan susah payah dahulu. Dan sememangnya aku nantikan saat ketibaan di KLIA dengan membawa pulang satu ijazah 10 bulan lagi. Harapnya ia berbaloi dengan 4 tahun yang aku korbankan di sini. (Walau mungkin ijazah itu tak menjamin apa-apa pekerjaan untuk aku.haha).
Bagi mahasiswa, masing-masing ada cara tersendiri untuk menikmati dan meraikan kejayaan itu setelah bertahun belajar. Ada yang merasa kepuasan dengan pakaian jubah graduasi. Ada yang puas dapat salam dengan Pres Cordova . Ada juga yang hanya puas setelah mendapat pekerjaan.
Di dunia ini, kejayaan ada perbagai. Ada kejayaan dalam politik. Setelah berhari-hari bertarung memancing undi di seluruh pelusuk kawasan, saat kepuasannya adalah sebaik sahaja keputusan diumumkan pengarah pilihan raya. Pememang dijulang. Pemenang diarak sambil berpesta. Laungan dan slogan politik terus bergema. Yes we did!
Dalam bola sepak juga ada kejayaan. Kejayaan kecil mungkin selepas gol dijaringkan. Penjaring akan dirai dan dijulang. Penyokong pula memekik dan melolong. Kejayaan besar dalam bola sepak mungkin selepas menjurai sesuatu piala selepas mengharungi berpuluh-puluh perlawanan setiap minggu. Piala dijulang dan diarak seluruh bandar.
Itulah fitrah kejayaan. Kejayaan diiringi usaha.Tanpa usaha tiadalah kejayaan. Dengan usaha barulah terasa kepuasannya. Ada ‘umph!’ kata orang.
Tapi semua kejayaan tadi tidak akan kekal.
Masih ingatkah anda dengan ‘the invincibles’ dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 03/04? Tahukah anda dimana pasukan itu sekarang? Berapa piala yang dimenangi selepas musim gemilang itu? (yang tak ikut EPL pasti blur.maaf la ya)
Dalam politik juga sama ceritanya. Hari ini seorang tokoh itu dijulang ketika dia ditampuk kuasa. Tapi dia pasti akan tumbang setelah berada di atas pada satu tempoh masa. Saat itu mungkin layanan yang diterimanya lebih teruk dari layanan terhadap kucing kurap.
Begitu juga dengan seorang pelajar. Zaman pengajian diwarnai dengan pelbagai kejayaan. Tapi di alam kerjaya, takdirnya mungkin berbeza. Bertukar kerja. Dipecat. Kerja tak naik pangkat etc.
Itulah hakikat kejayan di dunia ini. Kepuasannya hanya sementara. Kejayaan di dunia biasanya diringi dengan kegagalan selepas itu.
Realitinya, kejayaan yang hakiki hanyalah di akirat. Hanya ada dua jawapan ketika itu. Syurga atau neraka.
Teringat aku akan khutbah yang disampaikan Brother Haroon minggu lepas. Sungguh terkesan sekali gambaran yang diberikan beliau akan ganjaran dan suasana pada hari pengadilan. Yakni ketika salah satu dari 8 pintu syurga dibuka. Ketika mana orang-orang yang beriman dan beramal soleh dipelawa masuk oleh malaikat-malaikat penjaga-penjaga syurga. Suasana dan keadaan syurga diceritakan beliau seperti mana yang tertulis dalam al-Quran. Ada sungai, ada pepohon, tempat duduk yang empuk dan segala kenikmatan yang tidak dapat digambar dengan kata-kata.
Sungguh, syurga adalah kejayaan yang hakiki. Kejayaan di mana tiada lagi kegagalan selepas kejayaan itu.
Dan sememangnya bila ditanya kepada setiap dari kita, tentu syurga menjadi pilihan dan matlamat. Tapi mengapa kengkadang tingkah laku kita tidak sama sekali menunjukkan syurga itu tujuan kita? Bayangkan, untuk kejayaan dunia yang tak seberapa ini pun kita perlu bertungkus-lumus. Tapi untuk kenikmatan dan kesenangan syurga yang hakiki itu, kita buat acuh tak acuh je. Murah sangat ke harga syurga bagi kita?
Layakkah ke kita untuk ke syurga kalau berjam-jam sehari dihabiskan stalking di Facebook? Layakkah kita ke syurga jika waktu hujung minggu dihabiskan untuk Nur Kasih dan drama-drama yang sewaktu dengannya? Layakkah kita ke syurga jika berjam-jam masa setiap minggu dihabiskan depan XBox mahupun Wii? Layakkah syurga jika hari-hari telinga diulit dengan alunan muzik yang sama sekali tak menambahkan iman dan amal? Layakkah syurga jika perkara sia-sia masih lagi sebati dalam diri?
Aku tak kata semua tu salah, haram mahupun berdosa. Hanya Allah yang layak menilai.
Amalan kita sehari-hari pun belum tentu untuk menjamin nasib di hari akhirat. Amal ibadat haruslah berdasarkan quran dan sunnah. Segala apa yang dilakukan perlulah ikhlas kepada Allah swt. Kalimah tauhid perlu dijaga dari mensyirikkan Allah. Hak sesama manusia perlu dijaga. Lidah perlu dijaga. Hati perlu dijaga. Jiwa perlulah bersih. Lu orang ingat sesenang je ke masuk syurga? Banyak benda nak kena settle beb kalo nak ke syurga.
Tapi kalau dibandingkan syurga yang penuh kenikmatan itu dengan usaha kita di atas dunia ini, berbaloi ke dengan apa yang kita lakukan setiap hari itu? Sudah cukup ke usaha dan pengorbanan yang kita lakukan untuk mendapat rahmat Allah ke syurga?
Syurga tak semurah itu sahabat.
Sungguh, jika nak dinilai tingkah laku dan perbuatan aku sehari-hari, jauh untuk dikatakan bertungkus-lumus. It’s nothing. Rasa macam takda apa pun aku sumbang untuk Islam. Bak kata bro Cidos, ‘Jangankan bermandi darah, berpeluh pun tidak untuk perjuangan Islam’.
In today’s khutbah, brother Sohail made an analogy on Allah’s guidance. It was simple yet meaningful for me. It goes like this. Let’s say a person wanna go to the Indy Airport from West Lafayatte. Of course this person is new to West Lafayette. So, he stop at a gas station and ask the cashier at the register for directions. Without hesitant, the cashier gives him proper directions to reach Indy Airport. Turn right into the State St, go straight till you reach I65, so on and so forth.
After the guy has gone, the cashier thinks it might be a good idea if he makes copies of direction to the Indy Airport and distributes them to all the people who come to the gas station. Yup. We’ll definitely call him a crazy guy. It just a simple logic. Isn’t it? A cashier at a gas station will not give directions to reach certain point to a person who is not asking for it.
si A: awang, mu ning bile gok nok beruboh?
si B: hidayah dok sapa lagi la ke aku pok.
First and foremost, I’m not denying the fact that Allah the Almighty can bestow his guidance upon anyone He wish. There are lot of verses in the Quran mentioning this fact. But for me, it is a disappointment to hear a person gives such excuse for not making any change in his/her life. Please la.. You not even asking for a guidance from Allah. How could you claim Allah is not granting you His light? InsyaAllah..if we make sincere doa, Allah will show us His way and make it easy for us to change. In fact, we call for His guidance at least 17 times a day (if and only if you are aware that you are calling for it when you make your solat).
“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki- Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Al Qashash : 56)
I end this entry with a commentary by Ibnu Qayyim on verse no 69 of Surah Al-Ankabuut. According to that verse there is a connection between guidance and jihad as jihad is another mean to ask for guidance from Allah. This commentry is taken from the book Purification of the Soul by Jamaludin Zarabozo.
“And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah is with those who do right” (29:69)
Allah has connected guidance with jihad. The people who have the most complete guidance are those who make the greatest jihad. The forms of jihad which are most obligatory upon a person are the jihad against the soul, jihad against the desires, jihad against the Satan jihad (being overcome by this) worldly life. Whoever strives against these four for the sake of Allah, Allah guides him to the paths that are pleasing to Him, leading to His paradise. Whoever abandons the jihad would lose a corresponding portion of guidance based on how much jihad he failed to perform. One cannot fight the external enemy unless one fights these internal enemies. Whoever is given victory over them will be given victory over his external enemy.
-Muhammad ibn al-Qayyim, al-fawaaid, (Beirut: Daar al-Nafaais, 1984) p. 78
Alhamdulillah..Musim buah khabarnya tiba lagi di kampung aku. Yang jauh di bandar semua pulang ke desa untuk merasa durian kampung. Ya, pulang ke kampung bukannya setakat waktu raya saje!
Walaupun di bandar memang merata-rata durian dijual di pasar malam, tapi rasanya takkan sama dengan durian yang dipungut di dusun kampung. Mereka yang mencari keaslian akan berusaha pulang ke kampung dan menjejakkan sendiri kaki meredah denai-denai dan semak-samun di dusun demi menikmati raja buah ini. Bukan sahaja raja buah itu jadi buruan, langsat, duku, dan rambutan tidak dilupakan. Tak sama tau cari durian kat dusun dengan cari durian kat pasar malam!
Dan setiap kali tiba musim durian, aku tidak dapat tidak akan teringat akan tok wan aku.
Setiap kali musim durian, dialah antara orang yang paling sibuk memungut, mengopek durian untuk diberi makan kepada cucu-cucunya. Di luar musim, aku sering mengikutnya ke kebun di belakang rumah menanam anak-anak pokok buah. Durian ada. Langsat ada. Duku ada. Salak ada. Dan manggis pun ada. Sambil menanam, tok wan selalu berceloteh. “An, Wan tanam ni bukan wan nok makan sangat pon. An ngan adik-adik la makan bile die buoh kekgi. Kalau dang, cicit wan pun buleh rasa buoh pokok ni.” Wan aku berceloteh lebih kurang. Waktu tu aku tak paham apa-apa. Yang aku paham hanya makan, makan dan makan. Makan durian! Itu cerita ketika aku masih bersekolah rendah. Cerita ketika dia sihat dan gagah untuk turun berkebun. Bila aku masuk menengah atas, waktunya banyak dihabiskan di atas katil. Tak larat lagi untuk turun ke tanah.
Tak sangka. Waktu cepat berlalu. Apa yang dia selalu seloroh dulu kini sudah menjadi kenyataan. Tok Wan aku sudah pergi. Sudah hampir tiga tahun dia pergi meninggalkan aku. Meninggalkan aku ketiga aku baru sahaja 2 bulan sampai di States dan masih terkontang-kanting menyesuaikan diri di bumi asing ini. Dan sekarang apa yang ditanamnya lebih sedekad lalu mula membuahkan hasil. Hasil yang dinikmati oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Dan mungkin akan dinikmati oleh cucu-cucunya yang tak pernah ketemu sama-sekali dengannya.
Itulah sebahagian dari cerita orang tua-tua yang bertanam di kampung. Cerita yang sama mungkin di mana-mana kampung. Mereka menanam bukanlah untuk dinikmati diri sendiri. Mereka tahu. Usia mereka tak panjang untuk menikmati hasilnya. Segala yang terbaik dilalukan untuk generasi yang terkemudian.
Bagi aku falsafah yang sama ada dalam hadith mutawatir tentang 3 perkara yang pahalanya tidak putus selepas sesorang itu meninggal. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya. Ketiga-tiganya mungkin tidak dapat memberi apa-apa pulangan yang dapat dilihat secara fizikal dan mungkin tak dapat dirasai lansung ketika berada dunia ini. Tapi insyaAllah, generasi yang kemudian akan terus mendapat manfaat dari 3 perkara tadi. Segala wakaf(sekolah, jalan, masjid) insyaAllah akan menjadi aset yang manfaatya berterusan untuk masyarakat. Begitu juga dengan ilmu yang pasti tidak akan pernah habis dan sentiasa bercambah seperti pokok. Dan semestinya anak soleh tadi kemudiannya akan berkembang kepada zuriat-zuriat yang menyambung perjuangannya. Dan apa yang lagi penting amalan ini manfaatnya berterusan walaupun si pelakunya sendiri tidak dapat merasainya secara lansung.
Walaupun tak mungkin dan susah untuk dinyah sekaligus. Tapi cubalah untuk kurangkan muzik yang tidak berfaedah dalam hidup ini. Kurangkan dengar lagu. Kurangkan dengar nasyid. Gantikannya dengan banyakkan berdamping dengan Quran. Banyakkan bertafakur dan bertadabur akan ayat-ayat Allah. Dan Ramadan yang menanti semestinya waktu terbaik untuk mulakannya.
Kadang-kadang kita merasa amal ibadat kita sudah banyak. Kalo tak pun sekadar cukup makan. Malah kita berusaha untuk menambah momentum dalam amalan tarbiyyah dzatiyah kita seperti yang diseru Imam Zaid Shakir di sini. Tapi kadang-kadang kita lupa untuk menilai kembali kualiti ibadat-ibadat yang kita lakukan seharian samada yang wajib atau yang sunat. Kita lebih pandang hanya pada kuantiti. Kita sangka ibadat seharian kita adalah ‘output’. Kita sangka dengan solat, puasa, zakat dan baca Quran kita sudah lengkap agama kita. Kita lupa semua ibadat itu hanyalah proses. Output yang sebenarnya adalah dalam tindakan harian kita diluar ibadat, akhlak kita dan taqwa kita. Renung-renungkanlah kata-kata Ibn Qayyim di bawah yang dipetik dari kitab Madarij Salikin dibawah tajuk ‘Kendala Taubat Orang-Orang Yang Bertaubat’.
Kebaikan-kebaikan yang mereka lakukan merupakan keburukan menurut orang-orang yang khusus. Kebaikan orang awam bisa menjadi keburukan untuk orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah. Dia perlu bertaubat dari kebaikan-kebaikan yang dilakukannya, kerana dia melalaikan aib dan kekurangannya, kerana menganggap kebaikan yang dilakukannya itu sudah banyak. Dia mengingkari nikmat Allah kerana nikmat itu tidak tampak atau ditangguhkan. Jika engkau menginginkan pemahamanmu tentang hal ini, maka perhatikanlah keadaanmu saat membaca Al-Quran. Jika engkau tidak memahami, menelaah, memikirkannya, menyimak apa yang dimaksudkan dalam setiap ayat, tidak peduli dengan seruan yang akan ditujukan kepadamu, engkau hanya ingin menamatkan bacaan, engkau tidak merasakan pengobatannya di dalam hatimu, atau engkau membacanya secara serampangan, tentu engkau akan merasa bahawa bacaanmu terlalu banyak. Namun, jika engkau menelaah, menyimak maksud ayat-ayat yang engkau baca, merasakan bahawa ayat-ayat itu ditujukan kepadamu, engkau merasakan pengobatannya di dalam hatimu, maka engkau tidak berasa engkau telah membaca satu ayat atau satu surat dan seterusnya. Begitulah jika engkau memaksa hatimu untuk khusyuk saat mengerjakan dua rakaat solat sunat, maka solat beriktunya akan engkau kerjakan dengan berat hati. Tetapi jika hatimu tidak terbebani dengan hal itu, maka berapa pun rakaat yang engkau kerjakan tidak akan terasa berat. Bertaubat dengan menganggap ketaatan terlalu banyak tanpa memerhatikan aib dan kekurangannya adalah taubatnya orang awam.
Buku tulisan John Esposito yang di pinjam dari perpustakaan universiti itu sudah lama tersadai di atas rak buku aku. Buku yang dipinjam seminggu sebelum musim peperiksaan hanya memakan masa 5 hari untuk dihabiskan. Lansung tidak disuntuh atau dibelek kembali buku itu usai dibaca.
Ntah macam mana..tak rasa tergerak hati untuk memulangkannya kembali. Cuti musim panas makin memberatkan kaki ini untuk menjejakkan kaki ke kampus walaupun jaraknya hanyalah 2-3 minit berjalan kaki. Hari demi hari..sampailah sebulan lebih. Buku yang dipinjam luput dari ingatan. Hinggalah aku membelek-belek webmail pada hujung minggu lalu dan terbaca overdue notice yang dihantar perpustakaan.
Kecewa dengan kecuaian itu, aku terus ke circulation office bagi memulangkannya dan membayar denda. Aku sangka dendanya sekadar 20-30 sen sehari seperti waktu sekolah dahulu. Sangkaan aku meleset. Precessing fee sudah $15. Ditambah dengan denda replacement cost berjumlah $50. Jumlah keseluruhan $65. Bukan sikit tuh! $65 boleh tampung barang-barang groceries selama sebulan. Boleh beli 5 bijik buku yang sama.
Tanpa banyak bicara mak cik di kaunter itu hanya menyuruh aku menunggu invoice dihantar ke rumah. Tak mahu bersoal jawab dengan mak cik di pejabat tuh, aku pulang dengan redho walaupun agak bengang dengan $65 yang bakal melayang dek kerana kemalasan aku sendiri.
Entah macam mana, seorang senior mencadangkan aku buat rayuan pengampunan. Aku mencuba nasib dan menelefon circulation office pagi tadi. Semakan dibuat oleh operator pejabat itu. Tak semena-mena, terpacul keluar dari mulutnya “You have been forgiven”. Fuh..lega..alhamdulillah..selamat $65 aku. Gembira tak terkata aku tika itu. Masakan tidak. Aku tak isi borang apa-apa pun untuk mintak denda aku dihapuskan. Malah tak jumpa sesiapa pun untuk mintak ‘waive’.
Begitulah kisah satu nikmat pengampunan atas dunia. Pengampunan dari manusia yang mungkin tidak seberapa.
Ini baru kelegaan di dunia. Kelegaan dan kegembiraan bila mana $65 selamat. Apalah sangat kan?
Bayangkan kelegaan di hari akhirat nanti tika mana beban dosa yang ditanggung dibawa bertemu Allah. Tika mana kita menanti pengadilan dari Allah swt. Tika mana azab api neraka yang diperingatkan Allah melalui al-Quran menjadi kenyataan. Tika itu aku rasa takde satu benda yang paling bernilai melainkan keampunan Allah swt atas dosa-dosa yang pernah dilakukan atas dunia. Tika itu kelegaan dan kegembiraan menerima pengampunan dari Allah swt tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Mungkin kelegaan hakiki.
Tapi kadang-kadang kita lupa dengan nikmat pengampunan dari Allah swt di hari pengadilan nanti. Kita sombong! Kita putus asa! Kita ‘headless’! Kita rasa kita boleh ‘lulus’ pengadilan di akhirat dengan amal kebajikan. Kita lupa kita ni manusia yang tak terlepas dari buat dosa. Berat mulut kita nak ucap istighfar. Malah kadang-kadang ada hari yang kita lalui tanpa pernah beristigfar dan pohon keampunan denganNya. Itulah gelagat manusia. Selalu lupa dan alpa yang dirinya hanyalah berasal dari setitis air mani yang hina.
Alhamdulillah..hari ini ada sedikit kesempatan untuk menunaikan janji aku tempoh hari untuk mengulas secara ringkas tentang guessing game. Kepada sesiapa yang terlepas boleh baca di sini.
Dan alhamdulillah juga..keputusan telah diperolehi bulan lalu dan hadiah telah selamat diterima pemenangnya. Tapi nama pemenang tidak boleh didedahkan. Haha
Mungkin telah ramai yang mengetahui apa signifikan disebalik permainan ini yang kelihatan agak ’simple’ ini.
Orang yang berfikir akan menggangarkan bahawa purata keseluruhan nombor akan berada sekitar 50. Jika dia berfikir sedikit kehadapan dia kemudiannya akan mengambil 2/3 dari no itu sebagai jawapan iaitu 33.333 .
Walaubagaimanapun, orang yang berfikir sedikit lebih akan pergi lebih ke depan dari itu kerana memikirkan orang lain pasti turut sama memilih no 33 dan akan memilih 22.2222. Dan begitulah seturesnya hingga angka purata itu akan mencapai nilai 0. Nilai yang hanya diperolehi pada satu dunia yang sempurna(perfect world) iaitu semua orang mempunyai pemikiran yang rasional. Pada keadaan ini, pemenang tidak akan berjaya diketemukan.
Permainan ini sebenarnya digunakan untuk menerangkan hipotesis pasaran yang efisyen(efficient market hypothesis) pada sesuatu pasaran saham. Pelabur-pelabur tidak mungkin akan membuat keuntungan yang lebih dalam satu pasaran yang sempurna(strong-form efficiency). Harga-harga unit saham pada waktu pasaran sebegini akan ‘reflect‘ segala maklumat syarikat itu sama ada maklumat yang boleh diperolehi oleh orang awam atau maklumat dalaman syarikat itu sendiri. Dan pelabur tidak lagi boleh membuat keuntungan menerusi kegiatan ‘arbitrage‘ kerana tiada perbezaan harga pada waktu ini.
Hakikatnya satu pasaran itu sememangnya tidak sempurna dan tidak efisyen. Dan ini membolehkan pelabur membuat keuntungan yang lebih dari normal melalui pelbagai cara. Cara utama adalah arbitrage seperti yang disebut sebentar tadi. Dan ketidaksempurnaan itu menyebabkan wujudnya anomali dalam satu pasaran, amanah saham dan seterusnya memberi peluang pekerjaan untuk pengurus amanah saham. Ini jika permainan ini dilihat dari perspektif pelaburan.
Jika dilihat dari perspektif kehidupan pula, kemenangan/kejayaan memerlukan seseorang itu berfikir lebih hadapan dari orang lain. Bukan saja dari sudut pemikiran, dari segi kemahiran dan pengalaman juga sama. Kemahiran yang lain dari kebiasaan dan pengalaman yang lebih akan menjadi ’added values’ pada seseorang itu yang semestinya dapat membantunya untuk lebih berjaya. Itu secara teori je la. Praktikalnya amat susah untuk dilakukan. Ke guane?
[103]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? [104]
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.
Teringat aku akan situasi ketika batch aku (SPM 2004) mula melangkah ke institut pengajian tinggi(tertiary education). Ketika itu isu biasiswa lebih tertumpu kepada lambakan pemohon dan perayu bagi bidang perubatan. Tetapi, semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini perbincangan dan isunya masih lagi dalam konteks yang sama (yakni isu penganugerahan biasiswa) tapi dilihat pada perspektif yang lebih luas iaitu penganugerahan biasiswa secara kesuluruhannya. Tidak lagi hanya bertumpu kepada biasiswa untuk kursus perubatan.
Dan bila bercakap tetang penganugerahan biasiswa, satu perkataan yang terpancar hari ini adalah meritokrasi. Dan bila bercakap soal meritokrasi yang tergambar adalah pemilihan berdasarkan keputusan semata-mata seperti yang didefinisikan oleh wikipedia-”suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya”. Persoalannya, jika keputusan SPM dijadikan kayu ukur semata-mata, dimana letaknya penilaian terhadap temuduga pelajar itu, dan aktiviti ko-kurikulumnya? Dan jika sistem meritokrasi digunapakai, adakah pelajar yang dipilih benar-benar terbaik bila ianya hanya berpaksikan slip SPM semata-mata? Apatah lagi dengan realiti dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi selepas mahasiswa keluar dari universiti tidak hanya bergantung pada slip keputusan semata-mata.
Currently, Ong said, the selection is based on four criteria – merit (20%), race (60%), Sabah and Sarawak citizens (10%) and students from underprivileged groups (10%).
He said if meritocracy was part of the criteria, the students’ co-curriculum activities and interviews should not be included for consideration.
“Meritocracy means it should solely be the students’ results and not any other areas,” he said.
Jika dilihat kepada kenyataan diatas, jelas sistem meritokrasi tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Aku tidak mahu mengulas lebih lanjut memandangkan aku sendiri tiada banyak maklumat tentang sistem yang digunapakai dalam menilai permohonan.
Tetapi jika benar sistem meritokrasi itu tidak lansung mengambil kira latar belakang sosial pemohon, aktiviti ko-kurikulum dan prestasi temuduga, aku rasa ada baik ianya tidak diguna pakai.
Sungguh perbincangan ini sangat subjektif dan sukar untuk menemui penyelesaian yang memuaskan pelbagai pihak melainkan menambah jumlah biasiswa yang memenuhi kehendak pemohon.
Dan kebetulan Jumaat lepas aku dan rakan-rakan ada membincangkan sedikit tentang masalah ini bersama Dr Shakor (seorang ahli panel penasihat industri bagi UTP) yang kebetulan datang melawat ke sini. Tapi perbincangan kami lebih tertumpu kepada brain drain yang berlaku kepada mereka yang selesai pengajian di luar negara atas tajaan. Brian drain yang bukan disebabkan keengganan untuk pulang berkhidmat di tanah air, tetapi brain drain akibat graduan-graduan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dan diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya kerana terikat dengan perjanjian mereka. Juga kami sentuh adalah masalah pengagihan biasiswa yang diakuinya masih memerlukan penambahbaikan. Semuanya tentang masalah pengurusan sumber manusia yang tidak pernah selesai sejak dahulu kala lagi.
Cuma bila kadang-kadang mendengar dan membaca berita sebegini, ia sedikit sebanyak memberikan peringatan terhadap aku tentang peluang yang diberi untuk belajar menggunakan duit rakyat. Aku sedar..aku sendiri belum memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dan sungguh..ianya bukan satu nikmat atau keistimewaan, tapi satu amanah yang pastinya akan disoal di akhirat kelak. Kerana aku percaya amanah itu bukan setakat membawa balik segulung ijazah dan ilmu, tapi juga membawa pulang satu perubahan pada budaya, cara kerja dan cara berfikir yang tidak mungkin boleh diasuh jika menuntut di tanah air. Ke guane sahabat-sahabatku?
Seruan aku kepada adik-adik yang baru sahaja berjaya menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke dalam atau luar negara, gunakan ia sebaik mungkin. Seperti yang abangaku katakan tadi, ia bukannya keistimewaan..tapi satu amanah. Dan ingat biasiswa yang anda perolehi itu tidak sama sekali menjamin masa depan anda. Pelbagai cabaran sebenarnya sedang menanti anda selepas ini terutama jika anda memilih untuk ke luar negara. Di sepanjang perjalanan nanti, anda akan lihat ramai rakan seperjuangan(yang sama mendapat biasiswa seperti anda) yang leka dan tak kuat akan tercicir dan kecundang. Dan anda juga akan lihat rakan-rakan yang tanpa apa-apa bantuan atau biasiswa boleh terus mara ke hadapan meninggalkan anda. Percayalah!