Alhamdulillah..hari ini ada sedikit kesempatan untuk menunaikan janji aku tempoh hari untuk mengulas secara ringkas tentang guessing game. Kepada sesiapa yang terlepas boleh baca di sini.
Dan alhamdulillah juga..keputusan telah diperolehi bulan lalu dan hadiah telah selamat diterima pemenangnya. Tapi nama pemenang tidak boleh didedahkan. Haha
Mungkin telah ramai yang mengetahui apa signifikan disebalik permainan ini yang kelihatan agak ’simple’ ini.
Orang yang berfikir akan menggangarkan bahawa purata keseluruhan nombor akan berada sekitar 50. Jika dia berfikir sedikit kehadapan dia kemudiannya akan mengambil 2/3 dari no itu sebagai jawapan iaitu 33.333 .
Walaubagaimanapun, orang yang berfikir sedikit lebih akan pergi lebih ke depan dari itu kerana memikirkan orang lain pasti turut sama memilih no 33 dan akan memilih 22.2222. Dan begitulah seturesnya hingga angka purata itu akan mencapai nilai 0. Nilai yang hanya diperolehi pada satu dunia yang sempurna(perfect world) iaitu semua orang mempunyai pemikiran yang rasional. Pada keadaan ini, pemenang tidak akan berjaya diketemukan.
Permainan ini sebenarnya digunakan untuk menerangkan hipotesis pasaran yang efisyen(efficient market hypothesis) pada sesuatu pasaran saham. Pelabur-pelabur tidak mungkin akan membuat keuntungan yang lebih dalam satu pasaran yang sempurna(strong-form efficiency). Harga-harga unit saham pada waktu pasaran sebegini akan ‘reflect‘ segala maklumat syarikat itu sama ada maklumat yang boleh diperolehi oleh orang awam atau maklumat dalaman syarikat itu sendiri. Dan pelabur tidak lagi boleh membuat keuntungan menerusi kegiatan ‘arbitrage‘ kerana tiada perbezaan harga pada waktu ini.
Hakikatnya satu pasaran itu sememangnya tidak sempurna dan tidak efisyen. Dan ini membolehkan pelabur membuat keuntungan yang lebih dari normal melalui pelbagai cara. Cara utama adalah arbitrage seperti yang disebut sebentar tadi. Dan ketidaksempurnaan itu menyebabkan wujudnya anomali dalam satu pasaran, amanah saham dan seterusnya memberi peluang pekerjaan untuk pengurus amanah saham. Ini jika permainan ini dilihat dari perspektif pelaburan.
Jika dilihat dari perspektif kehidupan pula, kemenangan/kejayaan memerlukan seseorang itu berfikir lebih hadapan dari orang lain. Bukan saja dari sudut pemikiran, dari segi kemahiran dan pengalaman juga sama. Kemahiran yang lain dari kebiasaan dan pengalaman yang lebih akan menjadi ’added values’ pada seseorang itu yang semestinya dapat membantunya untuk lebih berjaya. Itu secara teori je la. Praktikalnya amat susah untuk dilakukan. Ke guane?






