1Konvensyen!

Untuk memperolehi sesuatu ijazah, pihak universiti pasti telah membentuk satu modul serta silibus lengkap untuk membentuk seorang graduan. Ada kelas-kelas dengan jumlah masa yang tertentu yang perlu diambil. Ada kursus yang perlu diikuti. Ada kajian makmal yang perlu lulus.

Sama la juga perspektifnya dalam Islam. Kita telah disediakan latihan dan modul yang secukupnya oleh Allah swt untuk membentuk sahsiah muslim sejati. Ada solat, ada puasa, ada zakat dan beberapa lagi ibadat khusus yang pasti ada hikmah disebalik perlaksanaannya selain tujuan utamanya untuk menyembah Allah yang satu. Tapi malang, ibadat-ibadat itu hari ini hanya ritual semata-mata. Lantas ia gagal membentuk kita untuk menjadi duta kepada Islam.

Tersentuh aku bila mana brother Mutah semalam terpaksa mengakui hakikat ini di hadapan non-muslim yang hadir dalam ceramah beliau. Tanpa berselindung dia meminta non-muslim yang belum mengenali Islam untuk mengkaji Islam menerusi al-Quran dan kisah nabi Muhammad saw. Mereka mungkin tidak dapat mengenali Islam yang sebenar jika terlebih dahulu bersemuka dengan orang Islam kerana kebanyakan muslim sekarang gagal mewakili dan menonjolkan Islam dengan sebaiknya.

Berbalik kepada ‘latihan dan modul’ yang disediakan Allah swt tadi. Sama ada kita sedar atau tidak terdapat satu program mingguan yang sangat hebat perlaksanaannya. Jika dibandingkan dengan mana-mana program di muka bumi ini, aku jamin program ni la paling power. Korang pikir la..mana nak dapat program yang satu bangunan boleh penuh tanpa ada satu flyer, trailer, facebook event atau iklan pun? Mana nak dapat program yang kaum adam dalam setiap komuniti dapat sama-sama berkumpul pada setiap minggu? Mana nak dapat program dimana manusia boleh berhenti dalam segala kerja walaupon program tu tak sediakan apa-apa waimma  nasik bungkus untuk pesertanya? Walaupon penyampai dalam program tu bosan dan mengantukkan, tapi satu bangunan boleh penuh beb! Tak lain tak bukan program yang aku maksudkan adalah solat jumaat. Cuba bagi tahu gua beb kalau ada kot celah-celah mana program mingguan yang lagi hebat dari solat jumaat nih. Hebat bukan program yang Allah perintahkan untuk kita ni?

Lu orang bayangkanlah seruan yang boleh disampaikan ke setiap pelusuk komuniti Islam jika khutbah dalam solat jumaat ini digunakan sebaik mungkin. Tapi malangnya amanah besar dari Allah untuk setiap masjid ini gagal kita manfaatkan dengan sebaik mungkin. Apa yang jelas sekarang, khutbah dan solat Jumaat masih gagal untuk mejadi medium terbaik untuk mobolisasi ummah. Khutbah khususnya masih banyak yang belum ‘turun’ kepada rakyat marhaen. Masih ada khutbah yang menggunakan terminologi fiqh yang lansung tiada kena mengena dan tidak difahami pendengarnya. Itu satu cerita. Yang khutbah monsun cup, tahun pertanian negeri lain pulak ceritanya. Masing-masing gagal untuk mengintegrasikan peringatan dari Quran untuk terjun ke dalam realiti masyarakat sekarang. Korang pon boleh tengok sendiri kerosakan yang jadi bila khutbah dan penyampaiannya gagal menarik dan ‘engage’ dengan pendengarnya. Berapa ramai dari kita yang datang untuk solat jumaat ke masjid sekadar untuk melepaskan lelah dan lelap sebentar sementara menanti khatib selesai dengan khutbahnya. Dan lihat la apa yang jadi dalam masyarakat bila instrumen yang Allah sediakan untuk kita gagal kita manfaatkan sebaiknya.

Dan alhamdulillah..aku rasa salah satu benda yang akan aku rindu selepas pulang ke tanah air nanti pastinya khutbah di ISGL.  Walaupon tak semua kahtib membaca khutbah secara spontan dan menarik, tapi topik-topik yang disentuh alhamdulillah masih relevan.

Dan yang paling mutakhir (khutbah hari ini) menyentuh tentang realiti pemikiran muslim hari ini. Bagaimana kita menganggap Islam tidak bersesuaian dengan kehendak zaman ini dan cuba mengubah banyak hukum dan peraturan agama agar ianya nampak sepadan dengan kehendak semasa atau dengan kata lain agar sesuai dengan nafsu sendiri.

Apa yang menarik brother Heni (khatib) menggunakan analogi atau cerita 3 jejaka yang dibawa berhijrah dari sebuah negeri asing ke ‘the United States of Vegapolis’ oleh ibu bapa mereka. Di negara ini public opinion masyarakatnya mengukur ketamadunan sesebuah tamadun hanya bila tamadun itu memakan tumbuhan(vegitarian). Perbuatan memakan binatang dianggap zalim dan tidak bertamadun.   Setelah kematian ibu bapa, mereka cuba mencari kebenaran tentang agama Islam yang diwariskan kepada mereka. Yang paling sulong mengambil keputusan keluar dari Islam setelah kajiannya mendapati terdapat nas dalam al-Quran yang membenarkan umatnya memakan daging. Malah dalam Islam sendiri terdapat ibadat penyembelihan korban. Kesimpulannya agama Islam tidak relevan sama sekali kerana seruan memakan daging. Yang kedua, dari kajiannya, si Khalid pula berpendapat seruan memakan daging hanya sesuai untuk umat di tanah arab ketika zaman Rasulullah.  Dengan kata lain seruan itu tidak lagi relevan untuk zaman ini tapi dalam pada masa masih menerima kebenaran Islam. Tapi si adik bongsu, Ali, menyanggah pendapat kedua-dua abangnya dengan menyoal kayu ukur ketamadunan itu sendiri. Adakah ketamadunan sesebuah negara itu layak diukur hanya pada pemakanan?  Sungguh itulah yang berlaku pada hari ini. Manusia ramai yang menyoal di mana posisi Islam dalam satu subjek. Lantas ada yang mengatakan ianya tidak kena dengan peredaran zaman tanpa mereka sendiri terlebih dahulu menyoal akan subjek itu samaada ianya sepadan dengan fitrah dan akal sihat manusia.  Kat AS ni banyak contoh-contohnya.

Opss..dah digress ni beb..Tapi tu nak bagi satu contoh la khutbah kat sini. Sepanjang kat Malaysia gua tak pernah dengar lagi khutbah yang guna teknik penceritaan ringkas sebegitu untuk memahamkan pendengarnya dengan satu subjek yang sangat penting. Bukan ke dalam quran banyak menggunakan cerita untuk menyampaikan pengajaran kepada pembacanya?

Apapon, ini sekadar catatan dan perkongsian dari apa yang aku dapat sejak seminggu lalu. Sedikit daripadanya aku dapat dari kuliah bro Nouman kat Quran Conference yang aku rasa amat penting untuk disebarkan ideanya. Sape-sape nak dengar lebih lanjut boleh tonton video dibawah. Dia ada sentuh tentang subjek ni bermula minit 40.

Wallahualam.

Mengapa Terpisah?

Dalam satu buku yang ditulis oleh Dr Yusuf Qardawi (Priorities of the Islamic Movement in the Coming Phase), beliau ada menyentuh tentang satu aspek dalam pendidikan(tarbiyah) yang kurang ditekankan oleh kebanyakan gerakan Islam masa kini. Aspek atau perkara itu mungkin sudah menjadi budaya kehidupan dalam pekerjaan seharian terutama bagi mereka yang bergelar pelajar, saintis ataupun ahli akedemik. Bak kata omputih,  somehow,  bila terjun ke lapangan harakah islamiyyah, budaya itu gagal diterapkan atau dibawa bersama oleh sesetengah penggerak harakah itu. Dimanakah silapnya?

Mungkin selama ini kita nampak keperluan untuk membawa keluar budaya positif yang diterapkan menerusi solat, puasa, sedekah ke dalam kehidupan seharian.Tapi perkara sama tidak boleh berlaku untuk budaya saintifik dibawa kedalam gerakan Islam? Seakan-akan ada pemisahan pula dalam kehidupan kita. Mengapa intergasi itu gagal sedangkan ideologi saintifik lah yang telah memacu ketamadunan manusia sejak berkurun lamanya?

Dan bila disebut ideologi saintifik, ianya sama sekali tidak bermaksud segala perkara atau teknik yang diaplikasi ketika melakukan penyelidikan, eksperimen atau analisa data. Yang dimaksudkan oleh Dr Yusuf Qardawi adalah semangat dan budaya dari ideologi tersebut. Secara amnya, bila disebut pemikiran saintifik, seseorang itu tidak akan menerima  satu pernyataan, keputusan tanpa diselidiki terlebih dahulu atau di sokong dengan bukti yang meyakinkan. Segalanya mesti bebas dari keraguan.

Dan disini aku senaraikan beberapa sifat ideologi saintifik yang penting dan amat diperlukan oleh gerakan Islam masa kini:

(Perlu diingatkan, tulisan ini ada sekadar nota berdasarkan pemahaman aku dan bukannya alih bahasa dari buku tersebut. Jadi, amat digalakkan untuk mereka yang beminat memahaminya dengan lebih lanjut mendapatkan buku ini dan membaca sendiri huraian Dr Yusuf Qaradawi.)

1. Meangadaptasi sikap berobjektif dalam setiap perkara atau situasi.

2. Mengadaptasi budaya pengkhususan. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing dan seharusnya ia disalurkan sebaik mungkin dalam gerak kerja Islami.

3. Bersikap terbuka, bersedia untuk dikritik, mengakui kesilapan dan belajar dari pengalaman dan kesilapan lepas. Elakkan mentaliti melihat sejarah lalu sebagai kejayaan dan kemeangan semata.

4. Menggunakan teknik yang terkini dan terbaik dalam setiap gerak kerja.

5. Segala keputusan dan penilaian perlu dibuat setelah kajian terperinci dibuat dan melihat kepada segala aspek. Dan ia juga perlu bebas dari pengaruh emosi dan kegopohan.

6. Menghormati pendapat orang lain dan mengambil bersikap berlapang dada selagi mana ia dikemukakan berdasarkan bukti atau data.

Kejayaan Hakiki

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Fall Sem bermula. Lebih kurang seminggu lagilah aku akan mula bergelar senior. Jika di Malaysia, masuk tahun 2 mungkin sudah dikira senior. Tapi di sini terpaksa tunggu tahun 4(tahun akhir) sebelum boleh bergelar senior. Senior tidak membawa apa-apa kelebihan pun.Sama saje.  Malah, tahun senior adalah tahun kritikal. Tiada lagi option untuk repeat kelas sesuka hati. Melainkan mau extend, yakni terus membelanjakan duit rakyat.

Hanya tinggal 10 bulan sahaja lagi aku di sini insyaAllah(dah countdown beb.mmg tak sabar nak balik ni). Begitu cepat masa berlalu. Teringat akan kenangan lebih kurang tiga tahun lalu. Ketika itu pertama kali aku menaiki kapal terbang. Memang terasa kepuasan bila 747 yang ku naiki memecut di atas landasan dan terbang meninggalkan KLIA.

Ya..itu la saat yang aku takrif sebagai satu kejayaan setelah bertahun-tahun belajar di sekolah. Rasa puas dengan segala penat lelah dan susah payah dahulu. Dan sememangnya aku nantikan saat ketibaan di KLIA dengan membawa pulang satu ijazah 10 bulan lagi. Harapnya ia berbaloi dengan 4 tahun yang aku korbankan di sini. (Walau mungkin ijazah itu tak menjamin apa-apa pekerjaan untuk aku.haha).

Bagi mahasiswa, masing-masing ada cara tersendiri untuk menikmati dan meraikan kejayaan itu setelah bertahun belajar. Ada yang merasa kepuasan dengan pakaian jubah graduasi. Ada yang puas dapat salam dengan Pres Cordova :D . Ada juga yang hanya puas setelah mendapat pekerjaan.

Di dunia ini, kejayaan ada perbagai. Ada kejayaan dalam politik. Setelah berhari-hari bertarung memancing undi di seluruh pelusuk kawasan, saat kepuasannya adalah sebaik sahaja keputusan diumumkan pengarah pilihan raya. Pememang dijulang. Pemenang diarak sambil berpesta. Laungan dan slogan politik terus bergema. Yes we did!

Dalam bola sepak juga ada kejayaan. Kejayaan kecil mungkin selepas gol dijaringkan. Penjaring akan dirai dan dijulang. Penyokong pula memekik dan melolong. Kejayaan besar dalam bola sepak mungkin selepas menjurai sesuatu piala selepas mengharungi berpuluh-puluh perlawanan setiap minggu. Piala dijulang dan diarak seluruh bandar.

Itulah fitrah kejayaan. Kejayaan diiringi usaha.Tanpa usaha tiadalah kejayaan. Dengan usaha barulah terasa kepuasannya. Ada ‘umph!’ kata orang.

Tapi semua kejayaan tadi tidak akan kekal.

Masih ingatkah anda dengan ‘the invincibles’ dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 03/04?  Tahukah anda dimana pasukan itu sekarang? Berapa piala yang dimenangi selepas musim gemilang itu? (yang tak ikut EPL pasti blur.maaf la ya)

Dalam politik juga sama ceritanya. Hari ini seorang tokoh itu dijulang ketika dia ditampuk kuasa. Tapi  dia pasti akan tumbang setelah berada di atas pada satu tempoh masa. Saat itu mungkin layanan yang diterimanya lebih teruk dari layanan terhadap kucing kurap.

Begitu juga dengan seorang pelajar. Zaman pengajian diwarnai dengan pelbagai kejayaan. Tapi di alam kerjaya, takdirnya mungkin berbeza. Bertukar kerja. Dipecat. Kerja tak naik pangkat etc.

Itulah hakikat kejayan di dunia ini. Kepuasannya hanya sementara.  Kejayaan di dunia biasanya diringi dengan kegagalan selepas itu.

Realitinya, kejayaan yang hakiki hanyalah di akirat. Hanya ada dua jawapan ketika itu. Syurga atau neraka.

Teringat aku akan khutbah yang disampaikan Brother Haroon minggu lepas. Sungguh terkesan sekali gambaran yang diberikan beliau akan ganjaran dan suasana pada hari pengadilan. Yakni ketika salah satu dari 8 pintu syurga dibuka. Ketika mana orang-orang yang beriman dan beramal soleh dipelawa masuk oleh malaikat-malaikat penjaga-penjaga syurga. Suasana dan keadaan syurga diceritakan beliau seperti mana yang tertulis dalam al-Quran. Ada sungai, ada pepohon, tempat duduk yang empuk dan segala kenikmatan yang tidak dapat digambar dengan kata-kata.

Sungguh, syurga adalah kejayaan yang hakiki. Kejayaan di mana tiada lagi kegagalan selepas kejayaan itu.

Dan sememangnya bila ditanya kepada setiap dari kita, tentu syurga menjadi pilihan dan matlamat. Tapi mengapa kengkadang tingkah laku kita tidak sama sekali menunjukkan syurga itu tujuan kita? Bayangkan, untuk kejayaan dunia yang tak seberapa ini pun kita perlu bertungkus-lumus. Tapi untuk kenikmatan dan kesenangan syurga yang hakiki itu, kita buat acuh tak acuh je. Murah sangat ke harga syurga bagi kita?

Layakkah ke kita untuk ke syurga kalau berjam-jam sehari dihabiskan stalking di Facebook? Layakkah kita ke syurga jika waktu hujung minggu dihabiskan untuk Nur Kasih dan drama-drama yang sewaktu dengannya? Layakkah kita ke syurga jika berjam-jam masa setiap minggu dihabiskan depan XBox mahupun Wii? Layakkah syurga jika hari-hari telinga diulit dengan alunan muzik yang sama sekali tak menambahkan iman dan amal? Layakkah syurga jika perkara sia-sia masih lagi sebati dalam diri?

Aku tak kata semua tu salah, haram mahupun berdosa. Hanya Allah yang layak menilai.

Amalan kita sehari-hari pun belum tentu untuk menjamin nasib di hari akhirat. Amal ibadat haruslah berdasarkan quran dan sunnah. Segala apa yang dilakukan perlulah ikhlas kepada Allah swt. Kalimah tauhid perlu dijaga dari mensyirikkan Allah. Hak sesama manusia perlu dijaga. Lidah perlu dijaga. Hati perlu dijaga. Jiwa perlulah bersih. Lu orang ingat sesenang je ke masuk syurga? Banyak benda nak kena settle beb kalo nak ke syurga.

Tapi kalau dibandingkan syurga yang penuh kenikmatan itu dengan usaha kita di atas dunia ini, berbaloi ke dengan apa yang kita lakukan setiap hari itu? Sudah cukup ke usaha dan pengorbanan yang kita lakukan untuk mendapat rahmat Allah ke syurga?

Syurga tak semurah itu sahabat.

Sungguh, jika nak dinilai tingkah laku dan perbuatan aku sehari-hari, jauh untuk dikatakan bertungkus-lumus. It’s nothing. Rasa macam takda apa pun aku sumbang untuk Islam. Bak kata bro Cidos, ‘Jangankan bermandi darah, berpeluh pun tidak untuk perjuangan Islam’.

Muslim Scholars for Our Local Communities

I rarely put a video related to Islamic stuff which featuring a non-muslim in it. But this time, I have to do so. John Esposito really has two excellent points it that video. At least for me. Both of them are applicable for the Islamic communities here.

But one of them is really important to muslim communities in Malaysia especially for those located at the urban area. The same point always been reiterated by Ustaz Has in his talks.

It’s sad to see how muslim parents in Malaysia nowadays leave Islam for their future generation. Most of them focus their kids’ education towards science and math stream. Careers in prefessional sectors always been their lists when choosing paths in tertiary level. Not so many parents are willing to encourage and send some of their kids to further their studies in syariah or Islamic studies.

Most parents want all their kids to be doctors, engineers, accountants etc.That’s nothing wrong with that. In fact, their kids could still study Islam while doing medicine, engineering, accountancy etc. But serious problem will arise when their community don’t have a scholar or ustaz or ustazah who has very deep knowledge in Islam and understand  the community very well. Worse still, they turn to Ustaz who doesn’t have any connection with the community and chose to study Islam as his last choice. It’s a serious issue to be dealt with when you consider the increasing propotion of ‘generation-Y’ in our communities nowadays. Think about it guys!

An article form Saifulislam.com for your further reading.

Finding Joy and Purpose

by Shaykh Jamal Zarabozo..

Sh. Jamaal Zarabozo is a long-time American convert to Islam. He is the author of a number of books, including the three-volume Commentary on the Forty Hadith of al-Nawawi, How to Approach and Understand the Quran, Purification of the Soul and others..

Guidance & Jihad

In today’s khutbah, brother Sohail made an analogy on Allah’s guidance. It was simple yet meaningful for me. It goes like this. Let’s say a person wanna go to the Indy Airport from West Lafayatte. Of course this person is new to West Lafayette. So, he stop at a gas station and ask the cashier at the register for directions. Without hesitant, the cashier gives him proper directions to reach Indy Airport. Turn right into the State St, go straight till you reach I65, so on and so forth.

After the guy has gone, the cashier thinks it might be a good idea if he makes copies of direction to the Indy Airport and distributes them to all the people who come to the gas station. Yup. We’ll definitely call him a crazy guy. It just a simple logic. Isn’t it? A cashier at a gas station will not give directions to reach certain point to a person who is not asking for it.

si A: awang, mu ning bile gok nok beruboh?

si B: hidayah dok sapa lagi la ke aku pok.

First and foremost, I’m not denying the fact that Allah the Almighty can bestow his guidance upon anyone He wish. There are lot of verses in the Quran mentioning this fact. But for me, it is a disappointment to hear a person gives such excuse for not making  any change in his/her life. Please la.. You not even asking for a guidance from Allah. How could you claim Allah is not granting you His light? InsyaAllah..if we make sincere doa, Allah will show us His way and make it easy for us to change. In fact, we call for His guidance at least 17 times a day (if and only if you are aware that you are calling for it when you make your solat).

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki- Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Al Qashash : 56)

I end this entry with a commentary by Ibnu Qayyim on verse no 69 of Surah Al-Ankabuut. According to that verse there is a connection between guidance and jihad as jihad is another mean to ask for guidance from Allah. This commentry is taken from the book Purification of the Soul by Jamaludin Zarabozo.

“And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah is with those who do right” (29:69)

Allah has connected guidance with jihad. The people who have the most complete guidance are those who make the greatest jihad. The forms of jihad which are most obligatory upon a person are the jihad against the soul, jihad against the desires, jihad against the Satan jihad (being overcome by this) worldly life. Whoever strives against these four for the sake of Allah, Allah guides him to the paths that are pleasing to Him, leading to His paradise. Whoever abandons the jihad would lose a corresponding portion of guidance based on how much jihad he failed to perform. One cannot fight the external enemy unless one fights these internal enemies. Whoever is given victory over them will be given victory over his external enemy.
-Muhammad ibn al-Qayyim, al-fawaaid, (Beirut: Daar al-Nafaais, 1984) p. 78

The Truth about Actuarial Science

Some people ask me why I didn’t post something about actuarial science here. Maybe because I’m not a qualified person to talk about it though it has been 3 years I’m majoring in that course. Well,  majoring in actuarial science and being an actuary are two different stories. You don’t even need a degree in actuarial science to be an actuary. But, having a degree in actuarial science doesn’t mean that you are qualified to be an actuary. People who have acquainted with actuarial science and actuary know what I’m talking about.

And today, because of my boredom, I googled some information about actuarial science in Malaysia. And guess what? I found this thread at lowyat forum. The monkeyseemonkeydo guy has written a good introduction and what people need to know about actuarial science. For me, his words are almost 100% true. I have the same thoughts too but just don’t really know how to put them in words. I quote his introduction here and you guys can read further discussion about actuarial science at the thread. Oh ya! For readers who have no idea what actuary is all about,I would recommend you guys to watch this youtube video. Hopefully, it will help.

Well, upon SPM you might consider several things before choosing a right path to take in the future. Your interests, salaries, career status, career development etc. But I’m sure you’ll reach a point where you realize those things aren’t the ultimate ones. I’ll rather not be in a rat race, doing a routine job, working 9 to 7 for 6 days in a week. Even if it pays me 5 digits salary. Less time to spend and communicate with Allah. Less time to spend with family and friends. Less time to contribute to the society. Less time to learn your deen. Less time to do what you love (such as blogging, facebooking.haha). It’s a pathetic state for me. Seriously. But everyone has his/her opinion on this. It’s a debatable subject. So the question now, am I on the right path? Haha. I should keep the answer for myself.

I believe that people are doing Actuarial Science for the wrong reasons. I hope that this post will actually shatter the disillusionment that people have. Don’t get me wrong, I am not trying to discourage people to pursue this challenging course, its challenge being its ultimate reward. However, it is disheartening to see so many people get into this course and ending up not being qualified actuaries, because they fail to understand what this course is all about.
First and foremost, my qualifications: I have wanted to do Actuarial Science since I was in Form 4. In college, I did my research and I have looked at the qualifications provided in the UK, US, Australia and Malaysia. I have now finished my final year in Actuarial Science in the UK. I have interned in an insurance company in Malaysia as well as in my current location. And I have been in your shoes before.

To get the ball rolling, here are some misconceptions that need to be cleared up:

1. I want to do Actuarial Science because I like Math.
This is the biggest misconception that people have about Actuarial Science. In actual fact, a good knowledge of Mathematics is necessary, but a great knowledge is not. In the UK, the first 8 professional papers are somewhat Maths-based, but the tougher papers at the end are all written papers, which require a good command of English, a good knowledge of the insurance industry and good critical thinking skills. Throughout my course, the most difficult branch of Maths we did was Calculus and Linear Algebra, and that is not saying much. When you do start working, you will realise that the only Math you need are mostly addition and subtraction. Computer Programming will be the most important skill you will ever need. And to all of those who says that they need Further Math in their A-Levels, I did Math, Economics and Law. If you like Math, do a Mathematics degree.

2. I want to do Actuarial Science because the pay is good.
True, we have one of the highest starting salaries in the business world. Not by much though. The thing is, a qualified actuary does earn a lot. But to get that qualification, one has to pass professional papers, and those are not easy by a mile. The average time it takes to pass all your papers in Malaysia is around 6 years, depending on how good you are. (Some do take more than 10 years) And truth be told, all other professions will be able to earn a satisfactory remuneration within 10 years. If you want the money, go into Investment Banking. In a magazine which I have read, in business, while all other financial workers are paying off their mortgage for their first house, Investment Bankers are buying their second home.

3. I can pass all my professional exams if I work hard enough.
I want to believe this. I really do want to believe this. But with only 50 qualified actuaries in Malaysia, doesn’t it make you doubt that the only reason people are failing is because of a lack of effort? Studying is easy enough. Working is easy enough. Studying while working is not. While I was working in Malaysia, a colleague of mine works from 9 to 7 everyday, if he is lucky. On his way to and back from work, he studies on the LRT. If there is overtime, he will need to stay back and continue working. On weekends, he studies. At night, after being thoroughly exhausted at work, he studies. And while doing all these, he needs to find time for his girlfriend, family and friends. Now, ask yourself this: can you picture yourself doing that for a year? 3 years? 10 years?

I am really glad I chose this course. I know I would spend half my time working staring in a computer at spreadsheets. I know it will be a hard few years in front of me. I also know that I want nothing more than to qualify as a professional actuary, as I do love what I do very much. But I wished I knew what I was in for before I made the decision. And I do hope that people who read this will have the ability to make an informed decision about the course that is Actuarial Science.

Musim Buah dan Amalan.

Alhamdulillah..Musim buah khabarnya tiba lagi di kampung aku. Yang jauh di bandar semua pulang ke desa untuk merasa durian kampung. Ya, pulang ke kampung bukannya setakat waktu raya saje!

Walaupun di bandar memang merata-rata durian dijual di pasar malam, tapi rasanya takkan sama dengan durian yang dipungut di dusun kampung. Mereka yang mencari keaslian akan berusaha pulang ke kampung dan menjejakkan sendiri kaki meredah denai-denai dan semak-samun di dusun demi menikmati raja buah ini. Bukan sahaja raja buah itu jadi buruan, langsat, duku, dan rambutan tidak dilupakan. Tak sama tau cari durian kat dusun dengan cari durian kat pasar malam!

Dan setiap kali tiba musim durian, aku tidak dapat tidak akan teringat akan tok wan aku.

Setiap kali musim durian, dialah antara orang yang paling sibuk memungut, mengopek durian untuk diberi makan kepada cucu-cucunya. Di luar musim, aku sering mengikutnya ke kebun di belakang rumah menanam anak-anak pokok buah. Durian ada. Langsat ada. Duku ada. Salak ada. Dan manggis pun ada. Sambil menanam, tok wan selalu berceloteh. “An, Wan tanam ni bukan wan nok makan sangat pon. An ngan adik-adik la makan bile die buoh kekgi. Kalau dang, cicit wan pun buleh rasa buoh pokok ni.” Wan aku berceloteh lebih kurang. Waktu tu aku tak paham apa-apa. Yang aku paham hanya makan, makan dan makan. Makan durian! Itu cerita ketika aku masih bersekolah rendah.  Cerita ketika dia sihat dan gagah untuk turun berkebun. Bila aku masuk menengah atas, waktunya banyak dihabiskan di atas katil. Tak larat lagi untuk turun ke tanah.

Tak sangka. Waktu cepat berlalu. Apa yang dia selalu seloroh dulu kini sudah menjadi kenyataan. Tok Wan aku sudah pergi. Sudah hampir tiga tahun dia pergi meninggalkan aku. Meninggalkan aku ketiga aku baru sahaja 2 bulan sampai di States dan masih terkontang-kanting menyesuaikan diri di bumi asing ini. Dan sekarang apa yang ditanamnya lebih sedekad lalu mula membuahkan hasil. Hasil yang dinikmati oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Dan mungkin akan dinikmati oleh cucu-cucunya yang tak pernah ketemu sama-sekali dengannya.

Itulah sebahagian dari cerita orang tua-tua yang bertanam di kampung. Cerita yang sama mungkin di mana-mana kampung. Mereka menanam bukanlah untuk dinikmati diri sendiri. Mereka tahu. Usia mereka tak panjang untuk menikmati hasilnya. Segala yang terbaik dilalukan untuk generasi yang terkemudian.

Bagi aku falsafah yang sama ada dalam hadith mutawatir tentang 3 perkara yang pahalanya tidak putus selepas sesorang itu meninggal. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya. Ketiga-tiganya mungkin tidak dapat memberi apa-apa pulangan yang dapat dilihat secara fizikal dan mungkin tak dapat dirasai lansung ketika berada dunia ini.  Tapi insyaAllah, generasi yang kemudian akan terus mendapat manfaat dari 3 perkara tadi. Segala wakaf(sekolah, jalan, masjid) insyaAllah akan menjadi aset yang manfaatya berterusan untuk masyarakat. Begitu juga dengan ilmu yang pasti tidak akan pernah habis dan sentiasa bercambah seperti pokok. Dan semestinya anak soleh tadi kemudiannya akan berkembang kepada zuriat-zuriat yang menyambung perjuangannya. Dan apa yang lagi penting amalan ini manfaatnya berterusan walaupun si pelakunya sendiri tidak dapat merasainya secara lansung.

Guessing Game(II)

Alhamdulillah..hari ini ada sedikit kesempatan untuk menunaikan janji aku tempoh hari untuk mengulas secara ringkas tentang guessing game. Kepada sesiapa yang terlepas boleh baca di sini.

Dan alhamdulillah juga..keputusan telah diperolehi bulan lalu dan hadiah telah selamat diterima pemenangnya. Tapi nama pemenang tidak boleh didedahkan. Haha

Mungkin telah ramai yang mengetahui apa signifikan disebalik permainan ini yang kelihatan agak ’simple’ ini.

Orang yang berfikir akan menggangarkan bahawa purata keseluruhan nombor akan berada sekitar 50. Jika dia berfikir sedikit kehadapan dia kemudiannya akan mengambil 2/3 dari no itu sebagai jawapan iaitu  33.333 .

Walaubagaimanapun, orang yang berfikir sedikit lebih akan pergi lebih ke depan dari itu kerana memikirkan orang lain pasti turut sama memilih no 33  dan akan memilih 22.2222. Dan begitulah seturesnya hingga angka purata itu akan mencapai nilai 0. Nilai yang hanya diperolehi pada satu dunia yang sempurna(perfect world) iaitu semua orang  mempunyai pemikiran yang rasional. Pada keadaan ini, pemenang tidak akan berjaya diketemukan.

Permainan ini sebenarnya digunakan untuk menerangkan hipotesis pasaran yang efisyen(efficient market hypothesis) pada sesuatu pasaran saham. Pelabur-pelabur tidak mungkin akan membuat keuntungan yang lebih dalam satu pasaran yang sempurna(strong-form efficiency). Harga-harga unit saham pada waktu pasaran sebegini akan ‘reflect‘ segala maklumat syarikat itu sama ada maklumat yang boleh diperolehi oleh orang awam atau maklumat dalaman syarikat itu sendiri. Dan pelabur tidak lagi boleh membuat keuntungan menerusi kegiatan ‘arbitrage‘ kerana tiada perbezaan harga pada waktu ini.

Hakikatnya satu pasaran itu sememangnya tidak sempurna dan tidak efisyen. Dan ini membolehkan pelabur membuat keuntungan yang lebih dari normal melalui pelbagai cara. Cara utama adalah arbitrage seperti yang disebut sebentar tadi. Dan ketidaksempurnaan itu menyebabkan wujudnya anomali dalam satu pasaran, amanah saham dan seterusnya memberi peluang pekerjaan untuk pengurus amanah saham.  Ini jika permainan ini dilihat dari perspektif pelaburan.

Jika dilihat dari perspektif kehidupan pula, kemenangan/kejayaan memerlukan seseorang itu berfikir lebih hadapan dari orang lain. Bukan saja dari sudut pemikiran, dari segi kemahiran dan pengalaman juga sama. Kemahiran yang lain dari kebiasaan dan pengalaman yang lebih akan menjadi  ’added values’ pada seseorang itu yang semestinya dapat membantunya untuk lebih berjaya.  Itu secara teori je la. Praktikalnya amat susah untuk dilakukan. Ke guane?

Angka-Angka Kosong

Aku jarang petik tulisan panjang seperti entri kali ini. Tulisan ini aku petik dari buku al-Muntalaq karangan Muhammad Ahmad ar-Rashid. Banyak kritikan-kritikan dalam buku ini yang terkena pada diri aku. Tapi dari banyak-banyak kritikan itu, ini paling bermakna untuk direnungkan dan dikongsi bersama. Sebanyak mana nilai diri ini pada ummah. Sudahkah mencapai angka 1? Atau setakat 0.1? Atau cuma 0.001? Atau sememangnya sifar sejak dahulu?

Mereka sangka jalan ini cukup dengan sekadar pidato, syarahan, ceramah, resolusi-resolusi dan seminar semata-mata. Oleh itu, seorang da’i Islam yang agung, Syakib Arsalan Rahimahullah telah berusaha bersungguh-sungguh mengajar jalan yang betul namun masih juga belum berjaya.

Di dalam sebuah risalahnya yang diterbitkan pada tahun 1931 dan disiarkan di dalam majalah al-Muslimun, beliau berkata kepada salah seorang warga Palestine: “Banyak surat sampai kepadaku, sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestine. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: “Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

Seterusnya beliau berkata: “Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?”

Kata-kata beliau itu menyerlahkan kemuncak kesedaran dan pengalaman mutakhir pada da’i, tetapi rakan-rakan Syakib Arsalan telah mengecewakan beliau dan tidak bersemangat.

Kita masih menyaksikan penceramah-penceramah di atas mimbar-mimbar masjid pada hari Jumaat dan perhimpunan- perhimpunan perayaan yang meratapi dan dukacita. Mereka mengajak umat Islam untuk beramal dan berjihad. Mereka menutup ucapan dan pidato mereka dengan kata-kata: “Islam menyeru kamu….” Sebaliknya mereka tidak bertanya kepada diri mereka sendiri, ‘Manakah pemimpin yang harus dipercayai? Sedangkan pemimpin yang ada hanyalah pemimpin yang menjadi boneka dan hamba penjajah yang kononnya berkuasa penuh.

Mereka tidak memahami jalan amal yang sahih. Syarahan dan pidato mereka hanya menambahkan lagi penderitaan dan kekesalan pada diri mereka dan pada para pendengar. Sekiranya mereka mengajar orang ramai supaya jangan lagi mengharap kepada para pemimpin hari ini, kemudian membimbing mereka agar berjamaah dan menjalankan tugas menyeru kepada kebaikan yang dibawa oleh Islam dan menegah dari melakukan kemungkaran yang dilakukan oleh parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa, pasti mereka dapat mencapai apa yang mereka inginkan.

Namun, sampai kini kita masih mendengar laungan-laungan di dalam perhimpunan-perhimpunan serta resolusi-resolusi di muktamar-muktamar sejak puluhan tahun lalu. Semuanya itu hanya merupakan himpunan angka kosong.

Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang.

Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu. Kamu panggillah puterimu: “Marilah anakku”, untuk menyemarakkan lagi nyalaan unggun api lalu kamu mengajarnya:


Marilah wahai anakku, nyalakanlah api itu sepanjang malam.
Nyalakanlah api itu, semoga api itu menjadi penunjuk
Nyalakanlah ia wahai manjaku
Sesungguhnya para da’i dalam kehairanan
Nyalakan ia untuk para pengembara di padang luas ini
Marakkan api dan nyalakanlah baranya
Semoga para pengembara segera datang kepadanya
Usirlah kegelapan yang pekat ini
Tunjukkanlah jalan ini kepada rama-rama yang sesat itu
Inilah api yang paling baik, dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita
Itulah sebaik-baik penghibur yang menyalakan api hidayah itu
Bukan persinggahan yang menjadi tujuan pasukan
Tetapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan kepada pengembara yang mencari
panduan
Bekalkanlah kami dengan kehangatan cinta dan tanggungjawab
Bekalkan kau wahai puteri si manjaku, dari nyalaan hidayah ini