Amaran: Entri ini lebih kepada perkongsian tentang diri saya. Jangan buang masa anda dengan membacanya.
Assalamualaikum
Sempena fall break, kali ini saya break sekejap dari mengarut pasal isu semasa. Ok, let’s have some fun. Semalam saya telah ditag oleh Cik Fathen, rakan senegeri yang berada di Wellington. Secara jujurnya, tag beliau agak mencabar kerana bagi saya tak semua fakta tentang diri kita boleh dikongsi. Boleh baca satu entri saya ni tentang tingkap johari. So saya perlu sedikit selective di sini. Maaf kalau tag ini kurang memuaskan hati pembaca. Begini bunyinya…
* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
Al-jawab….
1. Sedikit tentang saya dan blog ini. Saya mula blogging pada awal Januari 2007 setelah pulang dari kota New York. Domain pertama saya adalah p*****.wordpress.com. Domain tu pun dah dihapuskan. Tapi keluar dari ‘persembunyian’ dan berubah kepada farhanwahab.com pada 31 Oktober 2007 selepas percaya akan pentingnya mengamalkan freedom of speech. Tiada makna menuntut di bumi AS tapi tidak punyai kebebasan dan kekuatan untuk bersuara. Ke guane?
2. Suka mengembara lebih-lebih lagi ber’road trip‘. Jarang saya menolak kalau orang ajak travel. Kalau diberi pilihan antara flight dan road trip, saya tanpa ragu akan memilih road trip walaupun road trip mengambil masa berbelas jam. Mungkin sebab lebih advanterous kot. Selain lebih jimat kos dan boleh kenal kawan-kawan dengan lebih dekat, macam-macam benda lain boleh kita rasai. Boleh merasa sesat, boleh merasa pengalaman disaman dan ditahan polis(hehe.yang ni saya tak pernah kena.setakat memerhati kawan yang kena pernah la) dan boleh tengok pelbagai ragam manusia sepanjang jalan. Alhamdulillah..so far tak pernah lagi mengalami pengalaman buruk seperti accident, kereta rosak atau dirompak sewaktu road trip. Tapi ujian besar bila ber’road trip’ adalah bila terkena giliran memandu di waktu malam. Ala..macam on the way pulang dari ISNA itu hari. hehe. Dikala orang lain tidur, kita keseorangan meredah kesunyian dini hari bertemankan GPS sebagai petunjuk jalan dan CD-CD sebagai penghilang kebosanan. Lagi tak tahan bila ada yang berdengkur. Tapi tak kisah pun. Sebab bila orang lain drive, saya pulak tidur. Adil la kan.
3. Cintakan buku. Kalau orang lain turun KL sebab nak bersiar-siar, saya boleh turun KL semata-mata untuk cari buku. Juga sanggup berhabis untuk membeli dan membaca buku yang diinginkan. Cuma penyakit yang selalu melanda adalah suka membeli buku terpakai di half.com walaupun buku sedia ada masih banyak yang tak terbaca. Tapi saya tak pula membaca novel. Novel terakhir yang berjaya dihabiskan adalah novel komsas ketika di tingkatan 5 dulu. Kerusi ke apa ntah tajuknya. Pernah mencuba untuk menghabiskan e-book novel popular AAC sebab ramai kawan saya rekemen. Tapi hanya mampu sampai ke mukasurat 80 lebih sahaja. Mungkin sebab saya dah tengok movienya terlebih dahulu.
4. Bercakap pasal movie. Saya memang seorang yang tak menonton, melayan dan mengikuti perkembangan filem. Kalau menonton pun bila ada kawan rekemen sesuatu filem. Macam filem AAC tu. Itupun kat youtube. Masuk pawagam pun cuma sekali sepanjang saya hidup setakat ini. Pawagamnya kat Washington DC. Tak ingat dah tajuk apa filemnya. Tengok pun sikit je sebab saya tidur lebih separuh dari waktu tayangan. Cerita pasal budak-budak kat Muzium. Ada banyak binatang. Muzium tu kat New York kalo tak silap. Kalau tanya saya pasal pelakon, filem lama, filem baru, adegan-adegan terbaik etc memang dalam kepala saya hampir 0. Surrender awal-awal. Nak beli DVD filem memang jauh la.
5. Berbangga dengan kampung saya. Walaupun kampung saya di pedalaman, sukar dihubungi dan takde apa-apa dan walaupun saya jarang pulang ke kampung, tetap bagi saya bahawa kampung saya adalah antara tempat paling best untuk hidup. Hidup di kampung tenang, segar, dan bebas dari tekanan walaupun tak semewah dan secanggih tinggal di kota. Besenya orang yang dah pernah datang kampung saya akan komen pasal lembu yang berkeliaran di kampung saya. Saya kata, bukan setakat lembu, malah kambing, biri-biri, kerbau semua ada kat tepi-tepi jalan.
6. Mempunyai rekod memasak yang kurang memberangsangkan. Saya hanya memasak bila lapar dan ada giliran dalam jadual. Dan juga kurang inovatif dalam mencuba masakan baru. Memang tak dapat la kalau nak tengok saya masak pisang goreng di waktu petang atau mencuba resepi baru di hujung minggu. Kesian housemates saya, asyik makan lauk bese-bese je bila tiba turn saya. Sorry guys. haha. Sewaktu bercuti di Malaysia baru-baru ni pun saya hanya masak bila disuruh emak. Tapi saya juga tak akan makan di luar kalau emak pulang lewat dan tak pesan saya untuk masak tengah hari. Kalau tak masak, nasi bersama budu dan pucuk ulam di sekeliling rumah dah cukup sebagai hidangan tengah hari. Ada pucuk ubi, pegaga, pucuk kayu manis, petai, jering, ulam raja etc..argh..meleleh dibuatnya.
7. Sangat sukakan nombor, fakta, statistik, atau graf. Lebih-lebih lagi bila benda-benda ni boleh digunakan dalam menerangkan, menganalisis atau memahami sesuatu pattern, human behavior, teori atau kejadian semasa yang berlaku di sekeliling. Mungkin inilah sebab utama saya memilih kursus sains aktuari. Tapi nak jadi aktuari lepas belajar belum tentulah lagi(abih..tak nak jd aktuari, nak jd apa?). Mungkin sebab perasaan saya yang sangat menyampah dengan subjek probability buat waktu sekarang ini. Walaubagaimanapun tak banyak fakta atau nombor yang dapat saya simpan dalam memori dek kerana ingatan saya yang agak lemah.
*Panjang juga entri ini. Mungkin sebab ini pertama kali perkongsian fakta-fakta tentang diri saya di blog ni.
*Untuk request yang ketiga dan yang keempat tu saya betul-betul tak dapat penuhi. Pengalaman pertama kali mengetag orang lain agak memeritkan. Tak lebih separuh yang langsaikan tag itu. Due date pun dah lepas. Nak buat camne. Mungkin tag-mentag ni tak sesuai ngan tone blog mereka. Semua entri nak yang Islamik sahaja. Maaf kalau terasa.. Peace!
*Maaf kalau entri ini membuang masa anda. Apapun, amaran telah diberikan terlebih dahulu.
Sekian Wasallam.
