Kejayaan Hakiki

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Fall Sem bermula. Lebih kurang seminggu lagilah aku akan mula bergelar senior. Jika di Malaysia, masuk tahun 2 mungkin sudah dikira senior. Tapi di sini terpaksa tunggu tahun 4(tahun akhir) sebelum boleh bergelar senior. Senior tidak membawa apa-apa kelebihan pun.Sama saje.  Malah, tahun senior adalah tahun kritikal. Tiada lagi option untuk repeat kelas sesuka hati. Melainkan mau extend, yakni terus membelanjakan duit rakyat.

Hanya tinggal 10 bulan sahaja lagi aku di sini insyaAllah(dah countdown beb.mmg tak sabar nak balik ni). Begitu cepat masa berlalu. Teringat akan kenangan lebih kurang tiga tahun lalu. Ketika itu pertama kali aku menaiki kapal terbang. Memang terasa kepuasan bila 747 yang ku naiki memecut di atas landasan dan terbang meninggalkan KLIA.

Ya..itu la saat yang aku takrif sebagai satu kejayaan setelah bertahun-tahun belajar di sekolah. Rasa puas dengan segala penat lelah dan susah payah dahulu. Dan sememangnya aku nantikan saat ketibaan di KLIA dengan membawa pulang satu ijazah 10 bulan lagi. Harapnya ia berbaloi dengan 4 tahun yang aku korbankan di sini. (Walau mungkin ijazah itu tak menjamin apa-apa pekerjaan untuk aku.haha).

Bagi mahasiswa, masing-masing ada cara tersendiri untuk menikmati dan meraikan kejayaan itu setelah bertahun belajar. Ada yang merasa kepuasan dengan pakaian jubah graduasi. Ada yang puas dapat salam dengan Pres Cordova :D . Ada juga yang hanya puas setelah mendapat pekerjaan.

Di dunia ini, kejayaan ada perbagai. Ada kejayaan dalam politik. Setelah berhari-hari bertarung memancing undi di seluruh pelusuk kawasan, saat kepuasannya adalah sebaik sahaja keputusan diumumkan pengarah pilihan raya. Pememang dijulang. Pemenang diarak sambil berpesta. Laungan dan slogan politik terus bergema. Yes we did!

Dalam bola sepak juga ada kejayaan. Kejayaan kecil mungkin selepas gol dijaringkan. Penjaring akan dirai dan dijulang. Penyokong pula memekik dan melolong. Kejayaan besar dalam bola sepak mungkin selepas menjurai sesuatu piala selepas mengharungi berpuluh-puluh perlawanan setiap minggu. Piala dijulang dan diarak seluruh bandar.

Itulah fitrah kejayaan. Kejayaan diiringi usaha.Tanpa usaha tiadalah kejayaan. Dengan usaha barulah terasa kepuasannya. Ada ‘umph!’ kata orang.

Tapi semua kejayaan tadi tidak akan kekal.

Masih ingatkah anda dengan ‘the invincibles’ dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 03/04?  Tahukah anda dimana pasukan itu sekarang? Berapa piala yang dimenangi selepas musim gemilang itu? (yang tak ikut EPL pasti blur.maaf la ya)

Dalam politik juga sama ceritanya. Hari ini seorang tokoh itu dijulang ketika dia ditampuk kuasa. Tapi  dia pasti akan tumbang setelah berada di atas pada satu tempoh masa. Saat itu mungkin layanan yang diterimanya lebih teruk dari layanan terhadap kucing kurap.

Begitu juga dengan seorang pelajar. Zaman pengajian diwarnai dengan pelbagai kejayaan. Tapi di alam kerjaya, takdirnya mungkin berbeza. Bertukar kerja. Dipecat. Kerja tak naik pangkat etc.

Itulah hakikat kejayan di dunia ini. Kepuasannya hanya sementara.  Kejayaan di dunia biasanya diringi dengan kegagalan selepas itu.

Realitinya, kejayaan yang hakiki hanyalah di akirat. Hanya ada dua jawapan ketika itu. Syurga atau neraka.

Teringat aku akan khutbah yang disampaikan Brother Haroon minggu lepas. Sungguh terkesan sekali gambaran yang diberikan beliau akan ganjaran dan suasana pada hari pengadilan. Yakni ketika salah satu dari 8 pintu syurga dibuka. Ketika mana orang-orang yang beriman dan beramal soleh dipelawa masuk oleh malaikat-malaikat penjaga-penjaga syurga. Suasana dan keadaan syurga diceritakan beliau seperti mana yang tertulis dalam al-Quran. Ada sungai, ada pepohon, tempat duduk yang empuk dan segala kenikmatan yang tidak dapat digambar dengan kata-kata.

Sungguh, syurga adalah kejayaan yang hakiki. Kejayaan di mana tiada lagi kegagalan selepas kejayaan itu.

Dan sememangnya bila ditanya kepada setiap dari kita, tentu syurga menjadi pilihan dan matlamat. Tapi mengapa kengkadang tingkah laku kita tidak sama sekali menunjukkan syurga itu tujuan kita? Bayangkan, untuk kejayaan dunia yang tak seberapa ini pun kita perlu bertungkus-lumus. Tapi untuk kenikmatan dan kesenangan syurga yang hakiki itu, kita buat acuh tak acuh je. Murah sangat ke harga syurga bagi kita?

Layakkah ke kita untuk ke syurga kalau berjam-jam sehari dihabiskan stalking di Facebook? Layakkah kita ke syurga jika waktu hujung minggu dihabiskan untuk Nur Kasih dan drama-drama yang sewaktu dengannya? Layakkah kita ke syurga jika berjam-jam masa setiap minggu dihabiskan depan XBox mahupun Wii? Layakkah syurga jika hari-hari telinga diulit dengan alunan muzik yang sama sekali tak menambahkan iman dan amal? Layakkah syurga jika perkara sia-sia masih lagi sebati dalam diri?

Aku tak kata semua tu salah, haram mahupun berdosa. Hanya Allah yang layak menilai.

Amalan kita sehari-hari pun belum tentu untuk menjamin nasib di hari akhirat. Amal ibadat haruslah berdasarkan quran dan sunnah. Segala apa yang dilakukan perlulah ikhlas kepada Allah swt. Kalimah tauhid perlu dijaga dari mensyirikkan Allah. Hak sesama manusia perlu dijaga. Lidah perlu dijaga. Hati perlu dijaga. Jiwa perlulah bersih. Lu orang ingat sesenang je ke masuk syurga? Banyak benda nak kena settle beb kalo nak ke syurga.

Tapi kalau dibandingkan syurga yang penuh kenikmatan itu dengan usaha kita di atas dunia ini, berbaloi ke dengan apa yang kita lakukan setiap hari itu? Sudah cukup ke usaha dan pengorbanan yang kita lakukan untuk mendapat rahmat Allah ke syurga?

Syurga tak semurah itu sahabat.

Sungguh, jika nak dinilai tingkah laku dan perbuatan aku sehari-hari, jauh untuk dikatakan bertungkus-lumus. It’s nothing. Rasa macam takda apa pun aku sumbang untuk Islam. Bak kata bro Cidos, ‘Jangankan bermandi darah, berpeluh pun tidak untuk perjuangan Islam’.

Bukan Senang…

Terjemahan dari Surah Al-Kahf ayat 103 & 104

[103]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
[104]
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

Amanah…Bukannya Keistimewaan.

Teringat aku akan situasi ketika batch aku (SPM 2004) mula melangkah ke institut pengajian tinggi(tertiary education). Ketika itu isu biasiswa lebih tertumpu kepada lambakan pemohon dan perayu bagi bidang perubatan. Tetapi, semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini perbincangan dan isunya masih lagi dalam konteks yang sama (yakni isu penganugerahan biasiswa) tapi dilihat pada perspektif yang lebih luas iaitu penganugerahan biasiswa secara kesuluruhannya. Tidak lagi hanya bertumpu kepada biasiswa untuk kursus perubatan.

Dan bila bercakap tetang penganugerahan biasiswa, satu perkataan yang terpancar hari ini adalah meritokrasi. Dan bila bercakap soal meritokrasi yang tergambar adalah pemilihan berdasarkan  keputusan semata-mata seperti yang didefinisikan oleh wikipedia-”suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya”. Persoalannya, jika keputusan SPM dijadikan kayu ukur semata-mata, dimana letaknya penilaian terhadap temuduga pelajar itu, dan aktiviti ko-kurikulumnya? Dan jika sistem meritokrasi digunapakai, adakah pelajar yang dipilih benar-benar terbaik bila ianya hanya berpaksikan slip SPM semata-mata? Apatah lagi dengan realiti dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi  selepas mahasiswa keluar dari universiti tidak hanya bergantung pada slip keputusan semata-mata.

Currently, Ong said, the selection is based on four criteria – merit (20%), race (60%), Sabah and Sarawak citizens (10%) and students from underprivileged groups (10%).

He said if meritocracy was part of the criteria, the students’ co-curriculum activities and interviews should not be included for consideration.

“Meritocracy means it should solely be the students’ results and not any other areas,” he said.

source

 Jika dilihat kepada kenyataan diatas, jelas sistem meritokrasi tidak dilaksanakan sepenuhnya. 

Aku tidak mahu mengulas lebih lanjut memandangkan aku sendiri tiada banyak maklumat tentang sistem yang digunapakai dalam menilai permohonan.

Tetapi jika benar sistem meritokrasi itu tidak lansung mengambil kira latar belakang sosial pemohon, aktiviti ko-kurikulum dan prestasi temuduga, aku rasa ada baik ianya tidak diguna pakai.

Sungguh perbincangan ini sangat subjektif dan sukar untuk menemui penyelesaian yang memuaskan pelbagai pihak melainkan menambah jumlah biasiswa yang memenuhi kehendak pemohon.

Dan kebetulan Jumaat lepas aku dan rakan-rakan ada membincangkan sedikit tentang masalah ini bersama Dr Shakor (seorang ahli panel penasihat industri bagi UTP) yang kebetulan datang melawat ke sini. Tapi perbincangan kami lebih tertumpu kepada brain drain yang berlaku kepada mereka yang selesai pengajian di luar negara atas tajaan. Brian drain yang bukan disebabkan keengganan untuk pulang berkhidmat di tanah air, tetapi brain drain akibat graduan-graduan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dan diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya kerana terikat dengan perjanjian mereka. Juga kami sentuh adalah masalah pengagihan biasiswa yang diakuinya masih memerlukan penambahbaikan. Semuanya tentang masalah pengurusan sumber manusia yang tidak pernah selesai sejak dahulu kala lagi.    

Cuma bila kadang-kadang mendengar dan membaca berita sebegini, ia sedikit sebanyak memberikan peringatan terhadap aku tentang peluang yang diberi untuk belajar menggunakan duit rakyat. Aku sedar..aku sendiri belum memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dan sungguh..ianya bukan satu nikmat atau keistimewaan, tapi satu amanah yang pastinya akan disoal di akhirat kelak. Kerana aku percaya amanah itu bukan setakat membawa balik segulung ijazah dan ilmu, tapi juga membawa pulang satu perubahan pada budaya, cara kerja dan cara berfikir yang tidak mungkin boleh diasuh jika menuntut di tanah air. Ke guane sahabat-sahabatku? 

Seruan aku kepada adik-adik yang baru sahaja berjaya menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke dalam atau luar negara, gunakan ia sebaik mungkin. Seperti yang abangaku katakan tadi, ia bukannya keistimewaan..tapi satu amanah. Dan ingat biasiswa yang anda perolehi itu tidak sama sekali menjamin masa depan anda. Pelbagai cabaran sebenarnya sedang menanti anda selepas ini terutama jika anda memilih untuk ke luar negara. Di sepanjang perjalanan nanti, anda akan lihat ramai rakan seperjuangan(yang sama mendapat biasiswa seperti anda) yang leka dan tak kuat akan tercicir dan kecundang. Dan anda juga akan lihat rakan-rakan yang tanpa apa-apa bantuan atau biasiswa boleh terus mara ke hadapan meninggalkan anda. Percayalah!