Tidak perlu diperkenalkan kepada semua bila disebut nama Dato Seri Anwar Ibrahim. Tokoh politik tanah air ini sememangnya cukup terkenal di dalam dan luar tanah air. Juga telah membuat kemunculan kali kedua dalam senarai 100 individu paling popular majalah Times. Tapi mungkin ramai yang masih belum sedar akan impak yang dibawa beliau di arena politik tanah air sejak beliau menyertai UMNO pada tahun . Dan bila bercakap tentang tsunami politik 8 Mac 2008, mungkin ramai yang meyangka ianya hasil pengaruh beliau semata-mata dan kemarahan rakyat yang meluap-luap.
Walaubagaimanapun, membaca buku yang berjudul ‘Winning Strategies Of Anwar Ibrahim’ yang ditulis oleh Mutharasan(seorang peguam) ini sedikit sebanyak mengubah pandangan saya. Kemenangan yang mereka perolehi bukan sekadar nasib, tapi merupakan starategi rapi yang dikepalai DSAI sendiri yang dirancang dan dijalankan semenjak 2 tahun sebelum PRU 12 bermula.
Walaupun penulis buku ini merupakan seorang ahli MIC, pandangan beliau sama sekali tidak bias kepada mana-mana pihak. Tulisannya sangat kritikal. Jauh dari kutukan atau pujaan yang melampau terhadap DSAI.
Dimulakan dengan sejarah ringkas perjalanan politik DSAI. Jika dilihat liku-liku kehidupan DSAI, satu benda yang mungkin kita boleh ambil pengajaran adalah semangat melawan dan tidak berputus asa beliau. Walaupun berada dalam penjara beliau tetap mampu menggerakkan satu mobilisasi perjuangan dan kembali semula ke arena politik tanah air sebagai ketua pembangkang selepas dibebaskan dari penjara. (pengajaran 1: jangan berputus asa)
Penulis juga turut menganalisis bagaimana pengalaman-pengalaman pilihan raya yang lalu dijadikan pengajaran oleh PKR-DAP-PAS untuk merencana strategi mengahdapi PRU 12. Banyak kesilapan-kesilapa lalu cuba untuk tidak diulangi mereka pada PRU 12.
DSAI juga berjaya memanipulasikan segala kelemahan di pihak Barisan Nasional sendiri untuk mengubah arus sokongan kepada 3 parti tadi. Terdapat beberapa kelemahan yang diulas penulis secara teperinci dalam buku ini.
Dan jika dilihat, beberapa bulan menjelang PRU, banyak sekali perisitiwa-peristiwa yang mewarnai lasnkap politik tanah air dan cukup menekan BN. Antaranya adalah demo BERSIH, video VK Lingam, isu kenaikan harga barang dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, mereka tetap masuk awal dalam gelanggang dalam keadaan tidak bersedia. Iaitu sebulan sebelum DSAI bebas untuk kembali semula bertanding.
Dan jika dikaji semula, larangan untuk bertanding sebenarnya memberi banyak kelebihan kepada 3 parti itu sendiri dimana beliau berpeluang untuk berkempen secara bebas di merata-rata tempat. Walaubagaimanapun kempen beliau tidak dilakukan secara semberono. Gerakan kempen DSAI cukup berfokus dan berstategi. Beliau kurang menjejakkan kaki ke timur Malaysia dan negeri yang sememangnya kubu UMNO seperti Johor dan Pahang. Tetapi, beliau banyak berfokus kepada negeri yang memeliki komposisi kaum yang pelbagai seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Kempen beliau di Kelantan dan Terengganu juga kurang dek kerana kekuatan PAS yang sedi ada di kedua-dua negeri itu. (pengajaran 2: buat kerja biar berfokus)
Dan strategi DSAI untuk menubuhkan parti berbilang kaum(Parti Keadilan Nasional dan kemudiannya PKR) selepas keluar dari UMNO merupakan salah satu lagi strategi yang mula menampakkan hasil dan relevan dengan arus politik semasa. Ianya merupakan satu langkah yang memerlukan satu keberanian untuk betul-betul berubah memandangkan ianya sangat berbeza dari landasan perjuangan beliau dalam UMNO. (pengajaran 3: berani berubah)
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati membaca analisis Mutharasan ini. Analisis yang ditulisnya mungkin biasa dibaca di laman sesawang selepas 8 Mac 2008. Cuma unik bagaimana semua itu saling kait-mengait dan menghasilkan satu kemenangan untuk DSAI dan PR. Cuma mungkin buku ini agak kurang dari segi sumber rujukan yang tidak disertakan bersama pada setiap fakta yang dikemukan.
Penafian: Saya sama sekali bukanlah penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim. Jauh sekali menjadi pemuja beliau atau ahli Parti Keadilan Rakyat. Ulasan ini dibuat atas rasa ingin berkongsi dari apa yang saya baca.