Entri ini mungkin tidak membawa apa-apa faedah untuk anda. Sekadar mahu memanaskan kembali jari-jemari ini. Mungkin juga sebagai peringatan untuk diri sendiri dengan kesenangan dan kemudahan hidup yang dinikmati sekarang. Melihat koleksi foto reunion geng-geng YTD di facebook mengimbau kenangan 7 tahun lalu.Juga menjadikan aku tidak sabar untuk pulang ke Malaysia. Sedar atau tidak, banyak yang dah berubah. Yang jelas fizikal masing-masing dah berubah. Pemikiran, emosi dan rohani pasti juga berubah.
7 tahun lalu aku rasakan banyak juga kesulitan ketika mengaji di sana. Tapi kata orang dalam kesulitan itu ada kemanisan. Yang pasti kedudukannya yang betul-betul di tepi pantai menjadikan sekolah ini laman ilmu yang paling indah dan nyaman pernah aku jejaki.
Masih aku ingat lagi satu gejala yang paling menyakitkan hati ketika menuntut di sana. Kehilangan selipar. Kalau dalam seminggu tak hilang memang tak sah. Kadang-kadang setiap hari hilang. Tension dibuatnya sebab susah nak bergerak. Tapi sekarang lain ceritanya. Selipar dan kasut yang available untuk digunakan boleh dikatakan lebih dari cukup. Yang lama masih elok tapi beli lagi yang baru. Sampai tak cukup spaces.
Ketika di YTD, salah satu kesulitan adalah financial yang tak berapa nak liquid. Kalo nak pakai duit kena pi jumpa Cikgu Saedah (cikgu homeroom aku). Tak pun tunggu hari outing untuk ke bank. Tapi outingnya dua kali sebulan je. Tu pon sampai dibank kena beratur hampir sejam untuk withdraw duit dari ATM. Kalau withdraw di kaunter, lagi la berjam-jam. So, memang kena merancang betul-betul la.Tapi sekarang pi kedai dah tak payah pikir pasal nak withdraw duit semua ni. Pilih je kad mana yang nak guna. Shopping depan komputer lagi senang. Enter password je untuk verify paypal. Tapi bila guna kad atau paypal ni tak sedar duit mengalir macam air.
Kalau dulu nak pakai internet masa outing je. Itupun kalau ada keperluan. Kalau tak memang aku malas ke cc walaupun pada zaman tu rancak sekali rakan-rakan ku bergiat dalam MIRC. Kat maktab hanya ada satu lab komputer yang biasanya dimasuki seminggu sekali. Teringat lagi mcm mana belajar komputer menggunakan windows zaman tok kaduk. Windows versi 92 kalau tak silap aku (versi yang lagi awal dari 95). Kalau nak banding ngan sekarang memang sangat jauh berbeza.
Lagi satu lokasi nostalgik adalah surau maktab. Tepi asrama je surau ni. Berjalan dua tiga langkah dah sampai. Kalau malas solat jugak tak tau nak cakap apa la.Macam-macam peristiwa menarik berlaku kat sini. Dan surau tu bila digunakan pada kapasiti penuh akan menghasilkan pemanas semulajadi. Sampai ustaz ceramah pon boleh tertidur sebab panas. Ceramah boleh dikatakan setiap hari ada. Dan isinya boleh dikatakan agak tinggi esp bila Cikgu Weil yang sampai kan. Aku sendiri pon tak mampu nak grasp point-point penting dari kuliah beliau. Banyak tidur mungkin. Mungkin juga surau tu yang panas sangat.
Bab balik kampung pon nostalgik jugak. Tahun pertama abah yang jemput dan hantar balik. Masuk tingkatan dua dah kena balik sendiri naik bas lompat. Seksanya Allah je yang tahu. Berdiri dan berhimmpit dua jam dari Dungun ke KT. Sampai KT kena ambik lagi sekali bas sampai Kuala Berang. Keluar maktab pukul 1, maghrib baru sampai rumah. Tapi yang seronoknya bila balik sendiri sebab boleh tengok macam-macam gelagat manusia sepanjang perjalanan. Kalau nak banding ngan balik kampung sekarang memang jauh beza la. Sekarang pon lompat-lompat jugak. Tapi lompat-lompat flight. Kalau dulu letih berdiri, sekarang letih sebab duduk lama sangat dalam flight dr LAX ke HK.
Cuma yang paling best duk kat maktab tu tentulah makanan kan. Pagi petang siang malam ada makanan. 6 kali sehari beb. Tak payah susah nak kena masak cam sekarang. Haha. Lauk paling spesel mesti la makan tengah hari sebelum solat jumaat. Nasi ayam atau nasik beriani. Camne la kitorang tak lentok tengah khutbah kalau dijamu dengan menu yang sebegini lazat sebelum ke masjid..